#RobotNaz TRAGEDI KEM BENA JADI DIRI.

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera…

Terima kasih admin kerana tidak jemu untuk terbitkan setiap kisah yang telah dikongsi. Terima kasih juga buat semua peminat dan pembaca tegar kisah-kisah seram, korang semua memang terbaiklah.

Kali ini, aku ingin berkongsi satu lagi kisah atau pengalaman seram yang takboleh aku lupakan. Kisah ini terjadi sekitar sepuluh tahun yang lalu dan ketika itu aku, hanif, haziq, fariz dan beberapa lagi orang pelajar lain menghadiri kem bena jati diri di sekakap mersing.

Menurut salah seorang rakan kami, sekakap ada banyak bahagian. Sekakap satu, sekakap dua lebih kurang begitulah. Namun, aku takpasti sekakap mana yang kami pergi ketika itu sebab takperasanlah pula kalau-kalau ada papan tanda yang menunjukkan itu sekakap satu, dua atau sekakap berapa.

Sebelum aku meneruskan perkongsian ini, biar aku jelaskan kepada korang tentang serba sedikit kawasan yang kami pergi pada waktu itu. kawasan ini sangat terpencil dan agak jauh juga daripada kawasan penempatan orang. Sepanjang berada di sana, kami akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tiga orang ahli, ketiga-tiga ahli kempulan ini akan tinggal bersama di dalam dangau yang disediakan.

Setahu aku, memang tiada chalet di kawasan tersebut, dangau berlambaklah. Dangau adalah rumah tiga segi yang kalau korang masuk dalam rumah tersebut nak bediri tegak pun takboleh sebab rumah tu kecil saja tapi dilengkapi dengan bilik air. Seingat aku, di kawasan teluk batik pun ada kot dangau. Jarak setiap dangau adalah lebih kurang sepuluh meter gitu.

Setelah masing-masing diberi kunci dangau, semua pelajar terus ke dangau-dangau yang telah ditetapkan. Masing-masing mahu menyimpan barang dan membersihkan diri sebelum program bermula.

Sebelumtu, setiap pelajar juga diberi satu ‘KEYWORD’ dan ‘KEYWORD’ tersebut adalah “ANAK”. Menurut salah seorang guru pengiring ketika itu, ‘KEYWORD’ tersebut perlu dinyatakan apabila hendak berkomunikasi pada waktu malam. Senang cerita, bila kau keluar pada waktu malam untuk join program ke, nak pergi mencekik ke, kebetulan kau ternampak someone dan kau ingin tegur ‘KEYWORD’ tersebut perlu dinyatakan terlebih dahulu. Kemudian, tunggu balasan daripada kawan tersebut, jika dia balas ‘IBU’ bererrti dia adalah manusia dan kawan kau yang sebenar tetapi jika dia diam atau jawab dengan ‘KEYWORD’ lain, abaikan terus dan besegeralah berlalu daripada situ.

Setelah semua pelajar selesai membersihkan diri dan berehat seketika, kini tibalah masa untuk mengisi perut yang sudah mulai bekeroncong. Aku, hanif dan fariz tinggal dalam dangau yang sama. senang cerita kami satu kumpulanlah. Fariz ni budaknya terejal sedikit, boleh dia kata pada aku dan hanif kalau nanti orang kata “anak” kepada dia, dia akan jawab “hantu”. Bagi fariz, smeua benda tu mengarut dan dia beranggapan cikgu sengaja ingin menakut-nakutkan pelajar agar tiada pelajar yang merayau ke pantai pada waktu malam. Tapi, kadang-kadang memang ada ligiknya juga sebab aku dah plan memang nak lepak di pantai lepas tamat progam pada malam nanti.

“wey, kau takrasa mengarut ke semua ni? berkata kunci bagai, dah macam apa pulak. Kita bukan dalam hutan, mana ada hantu nak kacau kita ramai-ramai macam ni.” ujar fariz lagi, dia jelas tidak berpuas hati.
“ala… ikutkan jelah, lagipun kita kan ditempat orang ni. mulut tu jaga sikit fariz.” Aku cuba menasihati fariz tapi hampeh, takmakan saman budak ni.

“hahaha, tempat orang? Hey come on bebeh! Ini bumi ALLAH. kita khalifah di atas muka bumi ini, takperlu nak takut dengan itu semua. Kita lagi mulialah daripada setan durjana tu. kecoh aa lu mamat.” Fariz masih tidak berpuas hati. aku Cuma diam, kalau dilayan terus nanti semakin menjadi-jadi.
“dahlah, takpayah nak memeakak marghrib-marghrib ni. eh, kita pergi makan lambat sikit ey. Kita solat dulu lepastu baru pergi makan, orang pun mesti dah takramai waktu tu.” hanif cuba menenangkan keadaan.
“beres boss. Boleh saja.” Balasku, fariz pula sekadar mengangguk lemah.

………………………………………………….

Tok! Tok! Tok!

“woi, siapa tu? takpayah nak main ketuk-ketuk. Bagi salam takboleh ke?.” pintu dangau kami diketuk, fariz memang macamtu. Mulut takda insurans.

Tok! Tok! Tok!

Sekali lagi pintu dangau kami diketuk, aku, hanif dan fariz pada waktu itu baru selesai ambil wudhu’. Kami ingin ke surau terlebih dahulu sebelum seperti yang dirancang tadi.

“anak!” bosan dengan ketukan yang berkali-kali hanif menjerit sekuat hati. namun tiada jawapan daripada luar. Bukan kami takmahu buka pintu tetapi sejak awal lagi kami telah dipesan agar memastikan terlebih dahulu siapakah tetamu yang tidak diundang itu.

“herm, nampaknya dia bukan manusia. Beri salam tidak, jawapan kepada ‘KEYWORD’ tersebut pun dia taktahu.” Ujar hanif tiba-tiba.
“ah, mengarut! Mana ada hantu kat dunia ni. dahlah! Biar aku buka pintu ni.” balas fariz, dia tetap dengan kedegilannya. Pantas pintu dangau dibuka dan jelas tiada siapa di luar.

“tengok! Buka mata korang tu! mana ada hantu. Penakut! Jom pergi surau.” Aku dan hanif membiarkan saja fariz membebel sorang-sorang. Kami segera ke surau yang terletak tidak jauh daripada dangau kami. Adalah jaraknya lebih kurang lima ratus meter.

………………………………………

“bro, kau okay? Ada rasa apa-apa ke yang takkena pada tempat ni?” haziq tiba-tiba saja menyapa sebaik saja aku melabuhkan p******g di atas kerusi di dewan makan.
“setakat ni takda apa-apa kot, tapi biasalah… tempat orang. Cuma, maghrib tadi pintu dangau aku kena ketuk. Bila buka, takda siapapun di luar.”

“owh yeke? Aku ada dengar juga budak-budak lain pun tekena macamtu. Diorang kata, si pengetuk tu takberi salam. Bila kita jeritkan ‘KEYWORD’ pun takda balasan. Siapalah tu ek?” haziq meneruskan perbualan. hanif yang berada di sebelah aku diam seribu bahasa. Nak kata dia pasang telinga dengar perbualan kami pun takjuga. Macam ada sesuatu yang takkena.

“hahaha, entahlah… aku pun taktahu siapalah yang takda kerja dok ketuk pintu waktu-waktu maghrib macamtu. Eh, hanif apasal diam je ni? kau okay tak?.” Hanif masih diam, mukanya nampak pucat.
“hanif! Are you okay? Kamu taksihat ke?.” tiba-tiba cikgu aini mendekati hanif. Rupa-rupanya bukan aku dan haziq saja yang perasan perubahan hanif, rupa-rupanya cikgu aini dan beberapa lagi orang lain juga perasan benda yang sama.

“eh, aini! Awak cakap dengan siapa tu?” jerit cikgu zaki dari jauh.
“saya bercakap dengan haniflah. You taknampak ke muka dia pucat sangat ni?. come on! Call team madic sekarang! risau je kalau-kalau dia ni pengsan. Hospital bukan dekat!.” Balas cikgu aini dengan penuh rasa geram. Semua orang pandang dia pelik. Bukan pandang dia saja, etapi pandang aku dan haziq juga. Telihat juga beberapa orang pelajar berbisik sesame sendiri.

“no aini, itu bukan hanif. Hanif yang sebenar ada bersama kami di sini. itu bukan hanif!.” Aku tergamam, haziq dan cikgu aini pun sama tergamam. Macam takpercaya dengan apa yang sedang berlaku, jelas di sebelah cikgu zaki terdapat sorang lagi manusia yang serupa macam hanif yang kini berada di sebelah aku.

Aku memberanikan diri untuk membaca beberapa p****g ayat alquran. Namun, hanif yang berada di sebelah aku juga dengan penuh ketenangan turut membaca ayat-ayat yang sedang aku baca.
“korang jangan percaya cakap mereka, aku hanif, yang bersama mereka itu bukan aku.” tiba-tiba hanif yang berada di sebelah aku itu bersuara. Suaranya sangat lemah tapi sangat jelas untuk difahami.

“aini! Naz! Haziq! Tinggalkan dia. Dia bukan hanif.” Cikgu zaki takhenti-henti memujuk kami dari tadi. namun, kami tetap tidak mengendahkannya.

“cikgu! Tolong ambilkan saya segenggam pasir dan kalau boleh, bawa hanif yang bersama cikgu itu ke mari.” Arah haziq tiba-tiba. Tanpa berlengah, segera cikgu zaki membawa hanif ori menghampiri aku, haziq, cikgu aini dan hanif cloen. Kedua-dua hanif diletakkan beersebelahan antara satu sama lain. Pasir yang diminta tadi juga telah tersedia dalam gengaman haziq.

Mulut haziq terkumat-kamit membaca sesuatu. Kemudian, ditiupkannya kepada pasir yang ada di dalam genggamannya itu. “ALLAHUAKBAR!” serentak itu pasir tersebut dilemparkan kepada kedua-dua hanif.

Namun, usahanya siasia saja. Langsung takberkesan, salah sorang hanif seakan mencebik, mengejek haziqlah tu. “cikgu! Biar saya selesaikannya. Bawakan kepada saya segelas air dan segenggam pasir.” Amin pula menawarkan diri untuk membantu. Amin beketurunan bugis, nampak gaya macam bukan kosong orangnya.

Elumpun sempat cikgu zaki menyediakan apa yang diminta amin itu, tiba-tiba saja terlihat satu lagi jelmaan wujud. Kali ini, amin pula yang diklonkannya. Semua orang tergamam, jika tadi masih dengar bunyi suara orang bercakap-cakap tapi kali ini kawasan itu sunyi, semua orang takmampu berkata apa-apa.

Sekali lagi aku cuba membaca beberapa p****g ayat alquran, kemudian aku arahkan haziq untuk melaungkan azan sekuat hati. pada malam tersebut, memang pelik sangat sebab langsung tiada sorangpun staff pengurusan kem tersebut bersama kami. Jadi, memang agak sukar untuk mendapatkan bantuan daripada luar. line telefon pun boleh tahan teruk, sekejap satu bar, sekjap dua dan kadang-kadang kosong terus. Memang payah nak hubungi sesiapa bagi mendapatkan bantuan.

Selesai saja haziq melaungkan azan, satu detuman yang sangat kuat kedengaran. Serentak itu, semua barangan seperti meja, kerusi dan dinding-dinding seakan begegar sendiri. Gegerannya agak kuat dan menyebabkan semua orang jadi panic.

Menyedari keadaan bertambah parah, akhirnya aku memanggil haziq, shami dan cikgu zaki untuk menghampiri aku. jelas pada waktu itu Cuma mereka saja yang nampak kuat semangat.

“nampaknya, kita perlu bertindak segera. Jika tidak, nanti semakin parah jadinya. Cikgu, tolong laungkan azan secara terus menerus. Shami aku nak kau baca ayatulqursi berulangkali tanpa henti tapi ingat, mesti 7 waqaf. Haziq, kau dan aku kita buat macam selalu.” Semua menggangguk faham. Mujur ketika itu tiada siapa yang dirasuk. Cuma gangguan bunyi, gegaran dan jelmaan saja yang terus mejadi-jadi.

“oaky, kita mula sekarang!” arah aku lagi. masing-masing bertindak seperti yang dikehendaki. Aku dan haziq betarung dengan semua jin yang berada ketika itu menerusi batin, manakala shami dan cikgu zaki pula sebaliknya.

Bukan mudah untuk mencari ketenangan dalam waktu-waktu genting begitu, namun aku dan haziq gagahkan juga. Beberapa zikir kami baca sama-sama dan Alhamdulillah akhirnya aku dan haziq berjaya membawa diri ke mood spara sedar. Petarungan pun bermula, kira-kira lima belas minit selepas itu keadaan kembali beransur pulih tetapi jelmaan beberapa orang rakan tetap tidak hilang dari pandangan.

Akhirnya, muncul bantuan daripada hamid. Mungkin dia sudah dapat kekuatan diri dn dengan pantas dia membaca sesuatu, kemudian, dilibaskannya seutas tasbih kepada mangsa clone. Kedengaran beberapa jeritan kuat daripada mangsa-mangsa cloen tesebut.

Satu demi satu cloen mulai hilang dan berubah menjadi seperti kepulan asap. Mereka yang telah diklon semuanya pengsan serta merta dan gangguan pada malam itupun berakhir. Disebabkan pihak sekolah tidak mahu mengambil risiko dan bimbangkan keselamtan para pelajar. Kami tinggalkan tempat tersebut pada malam itu juga. So, program yang dirancang tepaksa dibatalkan, kem bena jati diri bertukar menjadi suatu tragedy.

-tamat-

robotnaz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

4 thoughts on “#RobotNaz TRAGEDI KEM BENA JADI DIRI.”

  1. Name kem tu BENA ke BINA…??
    Zaman akk ghajen join kem dedlu namo eeiii Kem Bina Semangat…
    Sampai skrg mmg KUSSSS SEMANGAT akk jadinye…
    Huhuhuhuuu…

    Tajuk ko tu patot tukor TRAGEDI KEM BINA DIRI JADI-JADIAN…
    Hhahahahaha…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.