“Roh di Makan Penunggu Tanah”

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada Admin dan pembaca2 setia FS. Saya Koh (bukan nama sebenar tapi saya Islam) berasal dari Negeri di Bawah Bayu iaitu Sabah (bukan dari Indonesia yaaa) hehehehe.

Saya ingin berkongsi satu kejadian yang berlaku dalam keluarga kami. Kejadian ini di ceritakan sendiri oleh Mak saya. Sebelum saya memulakan cerita, saya hendak memaklumkan pada pembaca2 FS, mungkin cerita ini tidak logik dan mengarut. Tapi ini lah yang terjadi di dalam keluarga kami. Harap anda memberikan comment2 yang baik 🙂

Di teruskan cerita, makcik saya berkahwin dengan pakcik saya semasa saya berumur 3 tahun. Di pendekkan cerita, suami makcik saya ini mempunyai kebolehan untuk mengubati orang2 yang di sampuk atau di rasuk. Kaedah perubatan nya menggunakan bahasa2 Suku Kaum Bugis memandangkan keluarga kami berdarah Bugis Asli. Jangan risau, tidak syirik dan khurafat. Cuma yang unik tentang perubatan Bugis ni. Dia tidak menyimpang dari ajaran agama islam. Cuma dia gabungkan sekali. Gabungkan macam mana? Saya kurang pasti . Fikir yang positif ya para pembaca. Hehehehe

Pakcik saya ini mempunyai seorang Abang yang juga pandai mengubat. Dengar cerita dari Mak saya , abang pakcik saya ini lebih hebat. Dia mempunyai kebolehan memanggil semula orang yang m**i untuk bertanyakan sebab mengapa dan siapa yang menyebabkan kematian dia. Betul atau tidak cerita tu, Allah sahaja la yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Untuk pengetahuan pembaca2 semua. Abang pakcik saya tu sudah meninggal dunia pada tahun lalu dan cerita yang hendak saya sampaikan ini adalah cerita berkenaan beliau. Sama2 kita sedekahkan Al-fatihah.

Terima kasih atas doa nya.

Di teruskan cerita, maaf, pendahuluan cerita saya panjang sangat. Harap tidak ada pembaca yang marah k. Saya hendak menerangkan sahaja agar tiada timbul perasaan buruk sangka di kalangan pembaca dan saya takut ada yang melabel orang Sabah ni suka mengamalkan ilmu yang syirik dan khurafat. Maaf kalau saya terkasar bahasa.

Cerita nya begini, pada suatu hari. Ada sepasang suami isteri dari Indonesia datang berjumpa Arwah Abang pakcik saya ini untuk meminta bantuan. Pasangan suami isteri ini telah membeli satu bidang tanah di Indonesia. Tetapi mereka tidak tahu yang tanah itu ada “penghuni” nya. Akibat nya pasangan suami isteri itu di ganggu dengan sangat teruk oleh “tuan tanah” tersebut.

Setelah selesai berjumpa dengan Arwah abang pakcik saya. Pasangan suami isteri tersebut pun pulang ke Indonesia setelah mendapat kata putus dari Arwah Abang pakcik saya yang menyatakan dia sudi untuk menolong mereka.

Tiba lah hari dia berangkat ke Indonesia, dia merasa tidak sedap hati. Tiba2 dia mendapat satu panggilan dari nombor yang tidak di kenali. Lantas dia menjawab panggilan tersebut. Buat pengetahuan anda semua, Arwah abang pakcik saya sudah sampai di Indonesia semasa dia menerima panggilan itu. Dia pun menjawab panggilan itu,

“Assalamualaikum, siapa ni?”

“Waalaikumsalam!! Pakcik!! Saya ni anak kepada **** !!! Pakcik di mana?? Cepat pakcik!! Bapa dan mak saya sedang tenat!! Bapa saya kata badan dia panas, dia nampak roh nya sendiri di masak oleh benda Hitam besar!!! Cepat pakcik!!!”

“Hahh?? Ok2 sekejap lagi pakcik sampai!!”

Sesampai nya Arwah abang pakcik saya sampai, dia merasakan bahang yang amat panas di dalam rumah suami isteri tersebut. Dan betul la apa yang dikatakan oleh anak pasangan itu. Roh mereka sedang di masak dan ingin di makan oleh “tuan tanah” tersebut. Lantas beliau berkomunikasi dengan makhluk itu.

“Hai Makhluk Allah! Mengapa kau memasak roh orang itu?”

Makhluk itu menjawab,
“Kerana dia hendak mendirikan bangunan dan merosakkan rumah aku!!! Dia harus menerima balasan”

“Tidak kah kau boleh mencari tempat tinggal yang baru?” tanya Arwah Abang pakcik saya.

“Tidak boleh!!! Aku tetap akan makan roh orang ini dan aku tidak akan cari tempat tinggal yang baru!!!

Tanpa membuang masa arwah abang pakcik saya mula la membaca doa2 dan ayat2 untuk menghapuskan makhluk itu. Malangnya gagal dan tidak mendatangkan kesan langsung.

Di pendekkan cerita, arwah abang pakcik saya pun terkorban kerana roh nya di makan oleh makhluk itu setelah berhempas pulas dia cuba memusnahkan makhluk itu. Buat pengetahuan anda semua. Pasangan suami isteri itu terselamat. Bagaimana boleh terselamat? Saya pun tidak tahu. Sebab mak saya cerita sampai situ sahaja.

Sekian sahaja la cerita dari saya. Saya minta maaf jikalau ada ayat2 saya yang pembaca2 tidak faham. Minta maaf juga banyak2 kalau cerita ini kurang menarik dan kurang seram. Doakan kesejahteraan keluarga kami dan doakan arwah abang pakcik saya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan mulia di sisi Allah S.W.T amin amin. Terima kasih dan Assalamualaikum 🙂

Koh

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

12 thoughts on ““Roh di Makan Penunggu Tanah””

  1. Hrm. Kepercayaan apakah ini???. Boleh pulak main panggil2 roh si m**i. Kalo mcm tu la hebat sgt, boleh la tiap2 hari panggil roh nabi utk tanya kisah diri nabi.

    Reply
  2. tak paham langsung cerita nie.. kalau blh, dapatkan cerita penuh dari org terdekat sebelum publish kat sini. sekiranya tiada, tak payahlah publish. Buat kena maki je nnt.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.