Roommate mengigau

Assalam kepada semua pembaca FS. Ini adalah pertama kali aku menulis disini. Aku merupakan pembaca newbie FS dan aku tetiba terasa nak berkongsi satu pengalaman yang mungkin tak berapa seram (rasanya la). Sebelum itu, nama aku Ryu (bukan nama sebenar) dan aku seorang perempuan (nanti ada pulak yang salah paham kata aku nie lelaki). Aku ingin meminta maaf sekiranya aku terguna bahasa yang agak kasar atau tidak menyenangkan para pembaca.

Kisah ni terjadi pada tahun 2015, di mana ketika itu aku mendapat tawaran untuk menyambung pengajianku di sebuah university di Perak. Aku memohon Pra-diploma (Pra-dip) kerana waktu itu result SPM aku boleh tahan teruk la jugak maklumlah masa sekolah dulu banyak main-main bukan nak belajar. Berbalik pada cerita tadi, pada hari pendaftaran tersebut tak pasti la aku sampai lewat ke apa tapi aku rasa ramai yang sampai awal dari aku walaupun rumah aku dekat je. Dalam sejam ataupun 45 minit sampailah kalau jalan tak sesak.

Aku berbaris dengan mereka yang datang awal tu kemudian dalam 20 minit, aku berjaya mendapat kunci bilik. Bilik aku berada di depan tangga (bila naik atas, jalan kanan sikit nampak la bilik tu), di bahagian kiri dan kalau pandang belakang boleh nampak kolej (asrama) lain dan jugak dewan makan kat depan tu. Nama kolej aku nie kolej Melati dan aku duduk di blok A (siapa tahu university ni angkat tangan hahaha). Blok B pulak belakang bangunan tu hutan jadi seram sikit la bagi sesiapa yang menetap kat situ. Kolej Melati nie memang belakang sekali kalau nak tau. Ada jugak beberapa kolej yang lain ditepi hutan tapi lepas aku abis Pra-dip, alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pelajaran aku dalam bidang yang aku minat, di tempat lain tetapi di university yang sama. Jadi aku tak sempat la nak merasa kolej-kolej yang lain tu.

Pada hari pertama dah rasa azab kena join orientasi sampai rasa nak menangis sebab tiap-tiap hari kena bangun awal pagi dalam 3-4 pagi macam tu sebab tak nak berebut bilik air. Dalam masa seminggu orientasi, abang-abang dan kakak-kakak fasi tak bagi balik bilik untuk mandi. Balik dari orientasi pun around 12-1 pagi macam tu. Tu pun belum tentu kami boleh mandi lagi sebab ramai nak mandi. Aku ni jenis selamba badak aku je, cuci muka apa semua, gosok baju dan masuk tidur. Melekit ke apa ke aku dah tak kisah yang penting aku tak mengantuk pagi nanti. Aku dengan tiga orang roommates aku ni asalnya tak berapa rapat sangat sebab aku jenis pendiam. Aku hanya akan bercakap bila deme cakap dengan aku sebab aku malu nak menyembang. Lagi pun rumah aku dekat jadi aku selalu la balik rumah pada hari Jumaat sebab aku tak ada kelas pada hari tu. Mungkin sebab tu hubungan kami masih lagi belum rapat.

Aku perkenalkan roommates aku ni nama deme Miera (umur 20), Hana (umur 18) dan Daa (umur 18). Yang pasti ini bukan nama sebenar ye. Kami memang tak pakai pangkat atau panggilan kakak time tu sebab Miera ni cakap tak perlu la formal sangat dan kami satu bilik tu semuanya student Pra-dip cuma kelas je lain-lain. Aku dapat Group A, Miera dapat Group B manakala Hana dan Daa pulak Group C. Jadi jadual kelas kami ikut group masing-masing tetapi yang pastinya sama kami punya kelas semuanya sampai 5 petang je.

Alhamdulillah, sepanjang semester tu aku dapat jugak kawan-kawan yang boleh bimbing dan nak belajar sama-sama. Aku jarang study dengan roommates aku sebab deme ni hanya rapat sesama deme je (so aku rasa terpinggir la sikit hahaha aku gurau-gurau je). Deme ni pulak jenis suka study campur lelaki perempuan ramai-ramai, berhimpit-himpit. Sebab tu aku tak berapa suka sangat. Lagipun dengar cerita budak-budak dari kelas bawah kitorang tak sukakan budak-budak Group A ni (Akak redho dikk oiii hahaha). Jadi aku hanya study dengan kawan-kawan aku dua orang dari kelas yang sama dengan aku iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dan seorang lagi merupakan pelajar lelaki tapi ambik diploma.

Dalam beberapa bulan aku belajar kat situ, tak ada la kes-kes gangguan (atau aku memang tak ambik tau tu tak pasti la pulakkan hahaha) maklum la I nie pelajar yang rajin study waktu tu so tak ada masa nak bergosip bagai ni. Pada malam kejadian aku macam biasa balik dari study group kat dewan makan dalam pukul 12 macam tu. Aku masuk bilik tengok roommates aku semua dah balik dari study group deme. Aku sembang-sembang dengan deme macam biasa sambil gosok baju untuk ke kelas esok. Aku tak pasti waktu tu pukul berapa, aku pergi tandas seorang diri. Tandas tu seakan-akan tandas asrama sekolah. Tau la kan macam mana rupa tandas gabung dengan bilik mandi. Roommates aku banyak kali la jugak cakap aku ni hati kering sebab tak peduli pun pergi tandas seorang diri pagi-pagi buta. Tapi aku peduli apa kalau ajak deme tapi deme pun takut tercegat seorang diri kat luar tandas tu.

Lepas balik dari tandas aku tutup lampu kat bahagian meja-meja study dan biarkan lampu bilik lagi satu terbuka. Roommates aku semua belum nak tidur lagi waktu tu, aku pulak jenis susah nak tidur kalau lampu terbukak. Jadi aku redho la macam mana pun janji tidur (even aku tau pagi esok badan aku rasa letih). Masa tu kami semua tidur atas lantai sebab serius aku cakap bilik tu memang panas gila chor sebab kipas ada satu je, katil double decker. Jadi kami heret la tilam sorang satu ke lantai. Aku tidur kat bahagian tepi meja study, Miera kat sebelah kiri aku, Hana kat tengah kalau tak silap aku dan Daa kat hujung pintu. Meja study tu dekat depan tingkap jadi aku ni kadang-kadang boleh tahan jugak bongoknya pergi bukak tingkap sikit tengah malam buta sebab panas. Aku tak ingat sejak bila kami ubah tempat tidur masing-masing. Yang aku ingat aku kat tempat biasa, Daa sebelah kiri aku, Hana tengah dan Miera tidur kat pintu.

Berbalik pada cerita yang aku nak cerita ni, masa tu aku memang rasa penat gila dan aku pun tertidur. Tiba-tiba masa tengah tidur tu, aku terasa macam ada orang kejut aku dan panggil nama aku. Goncangan dari orang mengejutkan aku tu agak kuat sampai aku rasa nak tampar orang yang kejut aku tu sebab bagi aku terkejut. Dalam keadaan mamai aku perasan macam Miera yang kejutkan aku dan panggil nama aku sambil ketawa.

Miera : Ryu hehehe Ryu hehehe Ryu hehehe Ryu

Aku bangun dengan mata masih lagi tak boleh bukak akibat keletihan dan pandang Miera disebelah aku yang sedang gelak tersengih-sengih. Aku hanya memandang tanpa ada apa sebarang perasaan waktu tu. Aku dalam hati dah maki hamun dia sebab ganggu aku tengah tidur. Tengah dia gelak tu tiba-tiba dia baring balik. Aku senyap je la then tidur balik sebab aku cuma fikir esok ada kelas. Tiba-tiba aku teringat masa dia sengih waktu tu aku perasan dia macam lain je. Aku pun naik seram bila fikir dan cuba untuk melelapkan mata semula.

Pagi tu aku bangun awal sebab memang kelas aku TIAP hari pukul lapan. Deme semua start kelas lambat sikit around pukul 9-10 pagi macam tu. Aku bangun buat apa yang patut kemudian pergi ke kelas sampai pukul 10 pagi. Dalam perjalanan aku nak balik ke kolej dengan classmate aku terserempak dengan Miera. Kelas dia pukul 10 pagi waktu tu. Jadi aku ambik la kesempatan tanya dia pasal semalam.

Aku : Weh Miera, semalam hang ada kejut aku ke??
Miera : Ehh mana ada aku kejut ko. Aku tak buat apa-apa pun semalam kat ko.
Aku : Ada la. Hang siap gelak-gelak sengih-sengih lagi time tu kejut aku tidur. Entah-entah hang mengigau kot hahaha
Miera : Yeke aku mengigau?? Aku tak sedar pulak weh sorry la hahaha takpe la aku pegi kelas dulu

Petang tu lepas habis kelas, kami menyakat Miera sebab aku ada cerita kat Hana dan Daa pasal dia mengigau. Dia asyik menafikan sebab dia tak sedar waktu kejadian tu terjadi. Dia cuma pasrah je kami sakat dia. Aku ada jugak cerita pada kawan-kawan sekolah aku dalam group whatsapp kitorang. Deme kata betul ke tu roommate aku yang kejut?? Deme kata aku berani betul pergi layan orang kejut tengah-tengah pagi buta sambil gelak-gelak pastu panggil nama aku. Aku hanya gelak je sebab aku dah malas nak fikir. Dua hari lepas tu aku macam biasa balik la rumah tinggalkan deme (hahaha kejam kan aku?). Bila sampai je rumah, aku cerita pada abang aku yang roommate aku mengigau kejut aku tengah pagi buta. Tiba-tiba abang aku bertanya sesuatu yang membuatkan aku tergamam.

Abang : Kamu sure ke yang kejut kamu tu orang?? Cuba kamu ingat balik apa yang pelik time tu.

Aku cuba mengingati kembali kejadian tu dan baru la aku perasan sesuatu yang membuatkan bulu roma aku berdiri. Aku perasan masa Miera kejut aku tu dia asyik gelak tanpa cakap sepatah apa pun kecuali dia panggil nama aku masa dia kejut aku tu. Kemudian aku perasan yang sengih dia tu lebar hingga ke telinga seakan-akan mulut dia koyak. Mata dia pulak waktu tu hanya nampak warna putih je (ala-ala Undertaker tu la).

Aku cuma terdiam dan segera whatsapp roommates aku semua dalam group whatsapp kami. Waktu tu Hana seorang je yang tinggal di bilik sebab aku dapat tau Miera dan Daa balik rumah. Aku bagi pesanan kat Hana dan nasib baik dia tak tidur sendirian malam tu sebab ada classmate dia temankan.

Aku : Weh kome, aku nak bagitau ni. Sebenarnya kan time yang Miera kejut aku tu kan, tu bukan orang tau. Aku baru perasan masa aku cerita kat abang aku.
Miera : Serious la. Seram weh. Hana ko okay tak duduk sorang tu??
Hana : Wehh aku takut. Kamu Ryu apsal bagitau time ni huhuhu
Daa : Nasib baik Daa balik rumah. Sorry Hana Daa tak dapat teman Hana time-time macam ni.
Miera : Miera pun sama huhuhu sorry
Hana : Takpe ada classmate kita temankan Hana tapi takut la jugak huhuhu
Aku : Jangan takut dengan dia. Baca apa yang patut pastu play surah-surah dari dalam phone tu. Kalau rasa apa-apa, just cakap kat dia “aku tak ganggu kau, jangan kau ganggu aku”. Lagi takut, lagi la dia suka.
Hana : Okay-okay. Nanti aku buat.

Sejak dari kes tu kami sentiasa pasang surah-surah dari dalam phone sampai ke pagi sebab deme takut sangat. Aku macam biasa la dalam dok hati kering tu ada la jugak takutnya tapi aku buat tak tau je sebab aku tau kami tak ganggu dia. Lagi satu aku dapat tau dari classmate aku yang roommate dia (classmate kitorang jugak) pernah kena kacau masa tengah study beberapa minggu sebelum aku kena. Dia kata roommate dia tu tengah study sampai pukul tiga pagi seorang diri. Tiba-tiba dia dengar orang panggil nama dia perlahan banyak kali tapi suara tu suara lelaki. Bila dia dengar tu terus dia kemas buku dia terus tidur. Sebenarnya ada lagi cerita yang aku dengar dari students yang aku kenal kat situ tapi dengar macam tu je.

Jadi elok la aku berhenti setakat ni je sebab taip panjang-panjang nanti marah pulak kome. Pesanan aku bila masuk tempat baru ni berhati-hatilah sebab kita tak tau dengan makhluk mana kita duduk sekali. Apa-apa pun kita kena kuatkan semangat bila kena ganggu dengan makhluk tu.

Ryu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

22 thoughts on “Roommate mengigau”

  1. Miera yang kejutkan aku dan panggil nama aku sambil ketawa.

    Miera : Ryu hehehe Ryu hehehe Ryu hehehe Ryu

    Aku bangun dengan mata masih lagi tak boleh bukak akibat keletihan dan pandang Miera disebelah aku yang sedang gelak tersengih-sengih.

    Wehhhhh mmg xla aku nk layan org kejut aku smbil gelak cmni arghhhh serammmm laaaa arghhh cmne ni tido niii hahaha

    Reply
    • Ni ok lgi gelak². Membe aku sekor ngigau trjerit² mcm histeria, sekor lagi nyanyi mendayu². Yg lgi dahsyat ngigau sambil mncarut. Owh duniaa.

      Reply
    • Abg akk die jenis ngigau bgn g peti ais, mkn mnm pastu smbg tdo smle…
      Lg dlm peti ais tu ade buah p****g ke, dessert ker, air manis2 ke, lg die eager utk mengigau perabihkan semua tu…

      Ngigau cara lain, die duduk…
      Pastu membebel2…
      Kdg boleh diajak borak die bls jer wpon huru hara bunyiknye…
      Pastu smbg tdo smle…
      Hehehehehe…

      Reply
      • Adk saya ms dia kecik2 dulu jenis mengigaukan benda yang dia buat sebelum tido. Kalau sebelum tido dia main basikal, tgh tido nanti dia buat kaki macam kayuh basikal. Mak sy memang suka melayan dia bersembang tgh tido walaupun kdg2 tak faham hujung pangkal yg dia cakap….

        Reply
      • Tapi sbnrnye org kate x elok kita melayan org ngigau ni borak2…
        Nnt roh die lg jauh tgglkan jasad, wallahualam…
        Tapi walau kena tegah cmtu pon, ttp suke layan gaakkk…
        Zaman bebudak kan, mne pikir pantang larang atau mistik2 ni…
        Taunye sonok+lucu bile dok kenakan org ngigau tu…
        Heheheheheh…

        Reply
      • Ngigau g kt petis ais ?? Hehehe.. knyg perut smbung tido laaa…

        Biase jenis ngigau ni sonok nyakat.. Wahahaha!!

        Reply
        • Haaa rare kaaannn…???
          Tau2 jer esok pg bka peti ais bekas2 mknn/air tu dh clear…
          Die bkn sedor pon, esok pg bgn tdo lapor gaaakkk carik sapan…

          Reply
    • oklahtu dari aku,masa kat UM(ada kem kat situ),aku tebangun pukul 2 pagi dan aku terkejut banyak ****** dekat setiap kawan aku yang sedang tidur.Takut diaorang perasan aku tidur balik tapi tak boleh.Yang mengejutkan aku,semuanya tahu dan berkerumun kat aku:0

      Reply
  2. Perenggan ke SEPULUH baru ada seram sikit..ciput.. halahaiiiii.. intro panjang bebeno.
    Ini bukan page flashback hakak oi.ini page seremmmm

    Reply
  3. aku pun nama mira.. dan aku pun jenis ada habit suka bercakap masa tidur.. tapi tak teruklah.. anak buah aku, dia mamai teruk. bila bangun tidur terus buat benda ntah apa2. pernah sekali tu dia bangun tidur, dia prg buka baju seluar dia prg buang dlm tong sampah. nasib baik budak. ada suatu hari tu, dia bangun tidur tiba2 prg kt tv dia tolak tv tu lagi sikit nak jatuh, ada abg dia umur 8 tahun sempat tahan..

    Reply
  4. Awak, bukan kolej awak. Hostel yg awak maksudkan tu. Bukan kolej melati bukan balik ke kolej. Hostel melati, balik ke hostel

    Reply
  5. Pernah kerje waktu shift mlm dlu tb2 dgr org menjerit……”baris!….keblkg……pusing!!! Nampak sorang brader kt ujung brdiri tegak, lpas tu duduk sambg tdo…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.