#Ruby : Solat dan “Dia”

Assalamualaikum, dan hi kepada pembaca FS. Terlebih dahulu aku Ruby, nak ucapkan terima kasih andainya cerita aku ni dipublishkan. Cerita pertama yang aku pernah sharekan adalah Pengalaman di dimensi lain. Tergerak hati nak terus bercerita bila ada yang tak faham cerita pertama aku tu. Pengalaman di dimensi lain maksudnya aku termasuk dimensi lain bila aku balik aku tak nampak akak aku padahal dia da lama balik. So rumah yang aku balik tu sebenarnya aku termasuk dalam dimensi lain.

Menurut kawan aku yang agak berpengetahuan dalam demonologi dia kata memang ada dimensi lain yang sama susunan macam dunia kita tapi dihuni oleh makhluk berbeza. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Jadi sekarang aku sambung cerita macam mana aku kerasukan sampai tulang bahu terkehel keluar. Sebenarnya kes kerasukan aku berpanjangan sampailah baru baru ni baru sembuh sikit.

Masa aku Form 6, aku study Melaka tapi ulang alik rumah bapa aku kat Tangkak atas sebab sebab tertentu. Aku ada enam orang adik tiri. Kesemuanya masih sekolah. Masa aku kat Tangkak bapa aku ikhtiar macam macam jugalah nak ubatkan aku. Siang malam aku meracau. Antara peristiwa yang aku ingat adalah masa satu hari aku dirawat oleh seorang ustaz. Ustaz ni bapa aku yang carikan. Orangnya lembut tutur bahasa pun sopan. Aku da jumpa macam macam orang yang dakwa diri mereka pengubat tradisional.

Macam macam jenis ada dan yang aku boleh simpulkan, makin “berisi” seorang pengubat tradisional tu, makin nada dan perwatakan dia sopan. So harap kalian dapat digest maksud aku. Ustaz ni jubahnya putih, badannya berbau semerbak haruman bidara. Sopan dan muka dia bercahaya. Aku disuruh duduk dengan kaki melunjur. Waktu tu aku berkain batik. Masa sesi rawatan bermula dia baca ayat ayat suci. Badan aku mula rasa panas sebab dulu memang badan aku mendidih bila dibacakan ayat suci. Sedih kan. Alhamdulillah banyak beza da sekarang.

Ustaz tu teruskan bacaan dan aku hilang kawalan. Rasa nak terkam je muka ustaz tu. Masa tu aku sedar tapi aku tak boleh kawal apa yang aku buat. Macam comatose da jadinya. Aku kerasukan lagi. Entah apa yang jadi masa tu aku tak ingat. Aku tersedar aku tengah dibaringkan. Ustaz tu tengah baca lagi ayat suci dan tangan dia bergerak dari kaki hingga ke kepala aku tanpa menyentuh aku. Bila tangan dia bergerak ke dada, nafas aku macam berhenti. Nak ditarik tak boleh nak dilepas tak boleh. Sakit sangat terasa.

Habis je ustaz tu baca, aku rasa pedih satu badan. Masa tu aku nampak sesuatu yang sampai sekarang masih tak dapat dicapai akal aku. Aku nampak tulisan macam ayat suci terapung atas kulit aku berapi api. Macam tak dapat nak serap ke kulit aku. Aku menangis. Ye. Aku tahu mesti kalian tak percaya. Sebab aku pun masih tak percaya perkara tu dapat aku lihat dengan mata kepala sendiri. Kalau kalian tak percaya pun aku tak kisah. Hanya Dia yang tahu kebenaran.

Masa tu ustaz tu pesan sesuatu, dia cakap “Adik, jangan percaya apa yang ada dalam badan awak.”

Masa tu aku tak jawab apa apa. Aku masih menangis sebab aku keliru dengan semua yang aku nampak. Malam tu aku kerasukan lagi. Aku ingat lagi lewat petang tu adik tiri sulung aku bacakan aku Yassin lepas dia balik sekolah. Aku duduk di atas katil dan dia kat bawah katil mengadap aku. Mata aku layu, sesekali aku terlelap adik aku terus gegarkan katil. Maghrib tu aku solat. Badan masih sakit tak berhenti. Masa tu aku rukuk, aku bangun. Ya Allah. “Dia” berdiri tepat depan aku. Ya Rabbi, perasaan aku, lutut aku longgar. Lembik, bagai nak gugur jantung ni. Aku terkaku menangis. Ye waktu waktu aku sakit, aku sangat lemah dan hanya air mata peluah rasa.

Aku menjerit meracau. Adik aku berlari dapatkan aku. Badan aku terhempas ke dinding beberapa kali. Macam ada sesuatu merentap dan menghempas aku. Memang gamat. Masa tu memang aku ingat aku akan m**i. Satu rumah menjerit. Tak berapa details apa yang aku ingat. Aku tersedar aku kat tangga. Rumah bapa aku dua tingkat. Macam yang aku kata, aku tak mampu kawal badan aku sendiri. Masa tu aku rasa ditolak sesuatu. Bam! Aku jatuh ke bawah. Kepala aku berdarah dan tulang bahu aku dislocated. Sakit dia tak payah cerita. Aku pengsan.

Sedar sedar aku dalam ambulans. Malam tu aku kena tahan kat hospital dalam observation unit. Masa tu bf aku pun ada, tak tahu bila dia sampai. Kesian sangat kat dia dan banyak dia berkorban untuk aku waktu aku susah. Berapa hari lepas tu, adik adik aku cerita. Kata mereka aku kerasukan lepas aku pengsan. Mereka kata muka aku berubah lain gila. Masa tu mak tiri aku lari bawa adik adik. Mereka panik. Dia kunci aku dalam rumah siap manggakan. Yela adik adik aku kecil lagi, dan memang teruk aku kerasukan masa tu. Mereka lari minta bantuan.

Yang peliknya adik aku cerita aku boleh keluar dari rumah tu. Lepas tu dengan kain aku boleh terbang lompat pagar. Hah pelik memang tak mampu dicapai akal. Pagar tu tinggi kot sebab ada tajam pacak pacak lagi. Terpulang kalian nak percaya ke tak. Sebab yang ceritakan ni bukan seorang. Nasib baik ada orang taman yang berjaya tahan aku. Kalau tak memang aku da meninggal dirempuh kereta kat jalan raya.

Memang diakui banyak sangat kejadian rasuk yang terjadi kat aku. Last aku kerasukan adalah tahun lepas. Tu pun sebab terkena “amarah” orang. Kalau diikutkan cerita mistik aku ni boleh dibuat novel. Kali terakhir aku berubat, ustaz yang ubatkan aku kata, aku perlu dirawat sebab ada “benda-benda” yang “bersarang” terlalu lama dalam badan aku. Tapi sekarang aku hanya mendekatkan diri dengan Tuhan. Hanya Dia yang boleh melindungi aku. Bak kata Pak Din, hanya aku yang boleh kuatkan diri aku dengan solat lima waktu, zikir dan membaca ayat suci. Dan aku akui amalan tulah yang banyak membantu aku sembuh. Alhamdulillah.

Aku masih dalam proses penyembuhan. Dan hanya satu aku nak pesan, jangan putus harap, Allah sentiasa ada, Dia Maha Mengetahui. Aku mengalami masalah ni bertahun tahun, sepuluh tahun dan masih belum sembuh sepenuhnya. Dan pernah juga aku gila hampir tiga bulan sebab hijab terbuka. Waktu tu memang aku hilang arah. Semua terjadi sebab mulut celupar ditambah dengan saka keluarga. Kalau ada rezeki aku ceritakan. InsyaAllah.

Aku tahu ramai yang akan berkata kata sewenangnya nanti. Tapi ingatlah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Belum kena batang hidung tolonglah jangan menilai sesuka hati. Setiap orang diuji dengan ujian berbeza. I don’t need any sympathy, but please show a little bit of empathy. Moga kita sentiasa dibawah lindungi yang Maha Esa. Amin.

Ruby

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “#Ruby : Solat dan “Dia””

  1. Semoga saudari dikurniakan kesembuhan yg berpanjangan dan berkekalan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Teruskan berzikir dan membaca Al Quran dimasa senggang.

    Reply
  2. Be strong Ruby. Awak boleh cari kesembuhan sendiri. Cari ilmu berubat sendiri itu lebih baik seba kita dah tak ragu and kita yakin kita bergantung sepenuhnya kepada Allah bila kita rawat penyakit tu sendiri. Cuba cari dalam YouTube banyak ilmu dan ayat perubatan di share kat situ. Saya dah cuba and Alhamdulillah saya dah sembuh selepas berbelas tahun hidup dalam keseksaan benda tu. Semoga dikurniakan kesembuhan berpanjangan.

    Reply
  3. Berat mata yang membaca, berat lg bahu yg dislocated…
    Hehheehheeh…jgn mare haaa…

    Akk suke at the end kamu meletakkan sepenuhnye pengharapan pada Allah setelah puas berubat ke sana ke mari…
    Dan Alhamdulillah keadaan semakin baik…

    Reply
  4. semoga cepat sembuh yer. memang betol , pernah dengar ustaz kt tv ckp pasal isu2 kerasukan la , saka lah apa la ni kan..mmg dia kata satu2 nya cara nak sembuh adalah dekat kan diri dengan Allah., percantikan solat 5 waktu kita, baca Quran selalu…dengan cara tu diri kita lebih kuat .

    Reply
  5. Boleh cerita sikit tak pasal kes mulut celupar tu, sbb dlm cerita sebelum ni pun ada mention gak. Tertanya tanya ni curious teruk

    Reply
  6. cerita lagi Ruby. Insya Allah, ramai yang percaya. kalau tak percaya pun biarkan lah.
    mmg dugaan orang tak sama. apatah lagi kalau berkaitan dengan alam mistik ni.

    ‘adik-adik’ tiri awak tu ialah anak ayah awak dengan ibu baru kan (ibu tiri)? kalau macam tu, depa bukan adik tiri tapi adik sebapa dengan awak (half sister/brother). tak batal wuduk. ada hubungan d***h. sama juga kaedahnya dengan adik beradik seibu.

    kalau adik tiri(step brother). maksudnya anak mak tiri awak dengan suami terdahulu sblm dia kawin dengan ayah awak. awak batal wuduk dengan adik tiri sbb tiada hubungan d***h.

    ramai yang keliru istilah adik beradik tiri (step sister/brother) dengan adikberadik seibu atau sebapa (half brother/sister).

    sekadar perkongsian

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.