Rumah 10D

Dah habis rasanya episod D13A yang mampu aku recall. Aku sewakan D13A dengan penuh kenangan.Alhamdulillah,sampai episod ni ditulis,penyewa aku hidup aman harmoni tanpa gangguan.
Kali ni,aku nak berkongsi pengalaman di rumah baru.Rumah No.10D.Aku nak share sebelum aku lupa isinya.Kebelakangan ni aku rasa memori aku kena hack.Bukan tak ingat tapi macam,entahlah.

Rasanya dah hampir 5bulan aku tinggal kat sini.Dan harapnya kekal.InsyaAllah.Ada 5 bilik dan 5 bilik air.Double storey dan terletak di kawasan yang teramatlah baru.Dalam waze pun tak wujud lagi direction untuk kerumah.Kalau kawan-kawan nak datang,mesti tersasar ke bangunan belakang rumah.Tesco Delivery pun tak sampai walaupun aku dah 2x e-mail minta dia cover kawasan ni.Tapi Zalora dan Lazada dah sampai banyak kali..hebatkan service dorang?

Sebelum berpindah,kami dah setting timeline dah elok untuk pasang kitchen cabinet.Tapi entah macamana kontraktor yang kami upah tu banyak songeh.Maka,dah pindah masuk sebulan barulah ada kitchen cabinet.Takde major renovation pun selain pasang lampu dan kipas dan setup furnitures.Sepanjang berulang alik dan datang ke rumah baru, alhamdulillah langsung takde rasa tak best or nampak benda pelik-pelik.Cuma,2minggu sebelum berpindah,rumah mertua aku ada buat kenduri.Dalam ramai-ramai jemputan ,aku jemput kawan aku dari office lama sebagai tetamu.Lagipun dia kenal one of my brother in law.Waktu dia sampai,aku kat dapur.Jadi bibik yang sedang berkemas kat depan sebab masa tu kenduri dah nak habis jemputlah dia masuk ke ruang tamu.Waktu tu ada Azy bersama anak-anak.Kawan aku,Sharifah namanya duduk agak jauh dari sofa yang Azy duduk.By the time dia nampak aku keluar ke ruang tamu tu,lekas-lekas dia bangun and tarik tangan aku untuk lepak bawah khemah.Aku ikutkan jer.Senang nak ambil lauk.Kami makan sambil berborak , kekadang mata dia menjeling ke dalam rumah.

Tiba-tiba dia invite aku untuk jumpa pakcik dia kat Kajang.Macam peliklah pulak,tapi memandangkan dia tinggal bersama pakcik dia,so aku macam fikir maybe dia nak invite ke rumahlah.Kami lepak sampai lepas Asar,then lepas tu dia minta diri untuk balik.Sekali lagi,dia invite aku ke rumah pakcik dia.Sebab aku ni rasa pelik (or sebenarnya curious),aku suarakan apa aku rasa.Dia senyum and cakap,”Babe,kau tak OK babe.Fron my step into the house,Aku dah rasa something not went well.Once I saw her face,(Azy)my strong feeling said dia ni masalah ni.Trouble.Tu yang aku takleh stat lama kat dalam sampai aku ajak kau lepak luar.Sorry babe.But you really need urgent help”.Terkedu aku mendengar.Rasanya tak pernah aku kongsi kehidupan mistik aku dengan budak ni.Korang,readers FS ni tahu lagi banyak pengalaman aku dari dia.Hurm..sesuatu sangat kan?
Weekend seterusnya,seminggu sebelum kami pindah ke rumah Ni.10D,aku berkunjung ke rumah pakcik Sharifah di Kajang.Selepas bersalaman semua and melepak sambil minum kopi,kami berborak pula pasal hal-hal agama dan fikah.Pertemuan haritu versatile dan bukan macam pergi berubat pun.Tapi pakcik dia ni pandai kaitkan dan terangkan bagi kami dan dia faham situasi gangguan kami hadapi.Dia minta sebotol air mineral buat renjis rumah.Sebotol lagi untuk dibuat minum.Dibekalkan serta diijazahkan juga doa Arasy untuk kami amalkan.Beberapa cubaan kami buat untuk pulang tapi pakcik Sharifah cuba tahan kami untuk pulang.Being my husband,dia payah nak tolak pelawaan orang.Nak pula orang tua,maka kami berada kat sana rasanya macam dah 5 jam.Tapi rupanya waktu aku nak pulang,jam baru pukul 3 petang.

Kami sampai lebih kurang pukul 1.30.Taklah lama sangat.Sebelum pulang,barulah pakcik tu nyatakan kenapa dia tahan kami pulang.Sebenarnya waktu kami sampai,kata pakcik ada seekor jin badan tak tinggi tapi besar mengekor kami ke dalam rumah.Tapi sampai muka pintu jer lepas tu dia terhalang untuk masuk.Patutlah aku nampak pakcik tu berdiri kat depan pintu tu waktu kami dah duduk di kerusi.Lama dia kat sana duk tertinjau-tinjau keluar.Kata pakcik Sharifah ,benda tu selalu mengekor kami.Segala perbualan dan kegiatan kami akan dilapor pada tuan dia yang tak guna tu.Loser!Stalker!(aku geram)Dia tahan kami sampai iblis tu dah tak nampak kat pandangan dia walaupun dia kata,anytime benda tu akan kembali.Dari nasihat yang aku dapat dari pakcik tu,dia cuma minta kami banyak bersabar dan redha dengan dugaan Allah.Mungkin ni caranya untuk kami belajar tentang agama.Lagi,dia bagitahu yang sebenarnya Azy tu ada penyakit hati dan tekanan jiwa.Selera dia besar dan tak berpenghujung.Nafsu dia pun besar.Katanya seluruh keluarga tu dia dah cuba kenakan.Ada yang termakan ada yang sekadar di permukaan terkena guna-guna dia.Cuma berita baiknya,dia sebenarnya dah gila dalam diam-diam.

Perlahan-lahan perbuatan dia akan kedapatan juga.Akan orang nampak.Dia takkan dapat sorok tapi buat masa sekarang dia bertahan.Dia juga amalkan pemakai untuk orang pandang jadi kasihan,jatuh sayang.Pemakai untuk orang nampak cantik walaupun sebenarnya,sebaliknya.
Bila sebut pemakai,baru aku teringat suatu kisah yang Mama Hakim ceritakan tentang Azy 2tahun lepas.Waktu tu mereka baru kahwin,and Mukhlis bawa Azy datang ke rumah Hakim.Waktu mama Hakim pandang muka Azy,dia berdebar.Waktu Azy datang salam dengan dia,Azy cuma hulur hujung jari jer and cepat-cepat dia tarik tangan dia.Tapi tu tak langsung menggangu fikiran mama Hakim.Yang buat dia gelisah adalah wajah Azy.Kalau ikut kata mama Hakim,dia tak tahu kenapa dia nampak muka Azy hitam dan kusam,and bengis.Wajah dia nampak tua dan hodoh.Mama Hakim ni kalau dia bercakap aku takleh nak sangkal.Jenis manusia zikir tak lekang kat bibir takkan nak buat cerita.Dia pun ada amalan pendinding diri.Jadi,kisahnya bila waktu nak balik,Azy dah tak salam dia.Azy keluar rumah awal dari Mukhlis dan tunggu kat dalam kereta.

Berbalik pada kisah pakcik Sharifah,katanya orang macam Azy ni pantangnya jangan bagi makan satay dengan lidi.Baru aku teringat yang dia ni memang tak pernah usik kalau ada hidangkan satay.Selain pantang pisang emas dan ampaian,yang ni kami belum cuba walaupun kadang-kadang bila balik je Bangi,aku sengaja makan pisang emas dan buat lawak sarkastik dengan husband aku pasal susuk dan pisang emas.Selaluya dia akan masuk bilik and lepak kat Bilik sampai kami balik.Kalau lagi jahat,kami lepak kat sana sampai lastly,dia yang balik or keluar kemana-mana.
Dah balik dari rumah pakcik Sharifah,terjadi lah kes anak aku tegur ‘aunty fly’ kat dalam tandas.Seram tak payah cerita.Bila aku cerita kat husband,dia pun meremang.Tapi,for the first time in a while,Aku dan husband rasa otak kami less serabut dan penuh.Badan rasa ringan dan tenang.Tapi,diganti dengan mengantuk yang amat waktu dalam kereta.Mengantuk Tuhan jer tahu.Rasa macam nak berhenti tidur.Anak-anak memang dah lama lena.Tapi bila sampai rumah,rasa tu hilang.For the first time juga aku dan husband dapat hidu bau yang dah lama kat dalam rumah tu.Susah nak explain bau tu tapi bau tu yang dah lama kami tak hidu dan nikmati sejak kami berterusan diganggu.Masa tu syukur sangat kami rasa.

Lepas berpindah ke rumah baru,boleh dikatakan hidup kami sangat aman.Adatlah takat kadang ada bau terlintas especially bila kami ada pulang ke Bangi.So far,kami boleh handle.Kalau ikut Ustaz Rahim,katanya sebab dia tak berpeluang nak masuk rumah tu.Jadi kami decide,ni housewarming untuk rumah baru ni.Tapi,kalau kawan-kawan nak datang,we’re more than glad to welcome !
Tapi,langit tak selalu cerah.

Sejak pindah rumah baru,husband aku ada sedikit busy.Maklumlah,bayar tanggungan nak dibayar ni.Jadi aku selalu kat rumah jer dengan anak-anak.Few days before Ramadhan,Aku bermimpi kan di Azy,Miza dan Hazimah,kawannya.Hazimah datang jumpa aku dan bagitahu yang Azy nak santau aku.Tiba-tiba muncul Azy dan Miza dari belakang Hazimah sambil maki-maki Hazimah.Mereka tendang,tampar dan pukul Hazimah.Hazimah sempat jerit suruh aku jaga-jaga.Aku bangun dengan berpeluh-peluh.Bukan pasal mimpi tu,tapi sebab bilik takde aircond lagi.Bila dah tersedar,aku bangun ke tandas.Lepas ke tandas,aku sambung tidur.Sekali lagi,Hazimah datang bagi peringatan yang sama.Bila aku terjaga,aku rasa tak sedap hati.Aku bagitahu husband aku.Mujurlah sampai habis majlis tahlil yang kami adakan kat rumah beberapa hari sebelum Ramadhan .Rumah pun kami dah pagar menggunakan khidmat pakcik husband aku.Tapi aku tak ajak Mukhlis dan Azy walaupun family lain semua dijemput.Precaution is better than cure kata Mat Salleh.

Aku ingatkan mimpi tu dah berlalu.Jadi aku abaikan sebab macam takde apa-apa pun.Sampai aku hampir terlupa.Namun,ada suara ingatkan yang Azy belum berhenti.Tapi dia sedang ‘hibernate’ tunggu masa yang sesuai.Dalam beringat,aku terkena juga.Bermula dengan aku nampak ‘kelibat’ kat luar pagar rumah di bahagian dapur.Mulanya aku ingatkan mungkin cahaya dari public yang lalu kat seberang pagar.Tapi bila aku dah start baca Surah Yunus,81 aku seakan boleh nampak ‘kelibat’ tu yang seakan kabus putih (transparent) tapi bergerak laju.Kejap lalu ke kiri rumah.Kejap ke kanan pula.Aku pun tercegat kat pintu sambil baca ayat kursi 3x dan aku telan .Aku baca lagi 3x dan aku hembus.Aku sempat perli benda tu kononnya tak payah duk lari laju-laju.Aku dah nampak dia.Seterusnya,aku abaikan jer selagi kat luar rumah.Masa tu payah nak cakap sebab aku pun tak tahu samada dari orang yang jahat hati atau dari kawasan tu.Maklumlah,kawasan barulah.Rumah pun banyak lagi yang kosong.Malas nak bersyukur wasangka sangat.Nanti hati kita pula jadi kotor.
Seterusnya aku diuji dengan kecuaian mama aku.Ini yang betul-betul ‘rosakkan’ aku dan amalan aku ditambah pula aku datang h**d for almost 3weeks.Waktu ni aku betul-betul weak yang sampai terjadinya kisah anak aku yang terkena kaca tu.Semuanya bermula dengan mama.

Petang tu dalam kira-kira 7 petang barulah mama teringat yang sampah dan sisa makanan belum dibuang.Rumah kampung,sisa buang kat belakang rumah jer.Nanti adalah kucing sape-sape datang makan.Kadang-kadang biawak dari hutan seberang pun tumpang sekaki.Memang mama dah buat tapak tu sejak 18tahun lalu.Dia kata senang ayam,itik,kucing orang kampung nak cari makan.Takde lah bazir makanan and nasi yang tak habis tu.Aku iyakan ajer.Tak sampai tahap pemikiran mama.Petang tu,waktu dia buang sisa makanan tu,dada berdebar-debar.Tapi dia tahan kan.Malam tu pula,lepas dinner,ada kepala udang and perut sotong perlu dibuang.Kalau simpan kat dalam rumah,busuk.Mama pun dengan takde syak wasangka bukalah pintu dapur.Baru dia nak langkah ke anak tangga pertama,mata dia terpandang 3 lubang yang digali betul-betul kat sebelah pokok pisang.Kat tepi lubang tu,ada kelopak-kelopak mawar merah yang sangat segar.Tak besar pun lubang tu.Rasanya adalah dalam 3jari .Yang buatkan mama nampak sebab lampu kat luar dapur tu memang betul-betul kat tepi lubang tu.Kalau tak,memang tak perasan pun.Jadi,bila dah nampak,sepatutnya dia panggil abah.Tapi mama ni pergi buang dulu sisa then waktu dia dah sambung basuh pinggan bagai,dia dah lupa nak bagitahu abah.Tibalah waktu Dorang tengah menonton TV.Tak semena-mena ada bunyi hentakan kaki pada bumbung rumah.Mama dah pegang lengan abah.Abah pula mute-kan TV.Cuba untuk concentrate dengan bunyi tu.Sekali lagi bunyi tu datang,gaya menghentak kaki macam sedang merengus.Habis hentak kaki,dia lompat-lompat pula kat ceiling rumah.Kalau ikut logik akal,patutnya “orang” yang hentak-hentak kaki tu patutnya dah lama jatuh ke bawah.Tapi macam terlebih kukuh pula ceiling rumah tu sampaikan boleh dibuat berlari.Tak pecah pulak dia.Abah dah ambil giliran.Dia azan kat tengah-tengah rumah.Serentak,dengar bunyi benda terjun dari atap rumah dan berlari mengelilingi rumah sambil mendengus.Mama tiba-tiba teringatkan lubang yang dia nampak tadi.Bila dia tunjuk kat abah,2 dari lubang tu dah berisi kelopak mawar.Salah satunya dah berjambul.Tiinggal 1 lubang jer lagi yang ada kelopak mawar merah tu kat tepi.Abah call Ustaz Rahim minta pendapat tapi tiap kali dia dail nombor Ustaz Rahim,’no network’s.Lagi haru bila semua handphone kat rumah tu tiba-tiba “No Service”.Ini cliche punya drama tapi tu lah yang telah berlaku.Adik aku type jer message minta aku call Ustaz Rahim dengan harapan berjaya dihantar.Izin Allah,dalam duk ‘No Service’ message tu berjaya dihantar.

Bila aku dapat message pelik tu,aku call Ustaz Rahim minta dia call dorang.Tapi Ustaz Rahim pun tak dapat contact dorang.Sekejap jer lepas aku call Ustaz Rahim,mama berjaya call aku tapi dengan suara terputus -putus ceritakan apa yang jadi and minta aku bagitahu Ustaz Rahim.Bila aku call,Ustaz Rahim guide aku caranya.Berbekalkan air penawar yang memang sentiasa berbaki kat rumah tu,abah siraman air yang dah dibacakan 100x ayat Qursi dan Yaasin serta ayat-ayat penawar lain ke dalam lubang bertiga tu.Kuasa Allah,kepulan-kepulan asap kecil keluar dari lubang tu beserta bau busuk dan hangit.Lepas malam tu,mama sering tak sihat dan tak selera makan.Tidur malam pun tak lena.Bila tidur selalu dia dengar ada nafas kasar kat hujung telinga.Pernah sekali,waktu dia tidur,mama lemas sebab katanya kepala macam kena serkup dengan plastik.Ingatkan sampai situ jer.Rupanya ada lagi.Lepas kira-kira mama sakit sampai takde suara,satu hari dia kembali sihat bertenaga.Macam biasa,dia akan menyapu daun2 kering dan halaman .Lagi beberapa minit nak masuk ke pukul ,630ptg,mama mula bersiap masuk.Di kemas alatan ke belakang rumah.Kalini,mama hampir tersadung.Bila dia bangun, lubang bertiga macam haritu ada lagi!Masa ni mama jadi takut.Dia cepat-cepat masuk ke dalam rumah.Malam tu badan mama panas kembali sampai abah kena cuti.Pagi esoknya,waktu mama dan abah nak keluar sarapan,tiba-tiba mata abah ternampak bangkai seakan bayi kecil(janin) betul-betul depan pintu rumah.Tapi lain pula dalam penglihatan aman.Kata mama dia nampak tu bangkai kucing sedangkan adik perempuan aku nampak sama macam apa yang abah nampak.Sebab berani melulu,boleh pula dia kutip bangkai tu even abah dah larang.Maka bermulalah episod gangguan yang tempiasnya aku pun kena.

Aku start kena bilamana aku jawab panggilan mama.Still aku tak boleh lupa bila aku memang dengar suara perempuan menangis dan berketawa waktu aku on the phone dengan mama.Tapi nama cakap dia sorang-sorang kat rumah.Sepanjang waktu tu juga aku tak tahu aku meremang bercakap dengan mama.Lepas berborak dengan mama,kepala aku sakit sangat-sangat sampai aku terlelap dengan keadaan duduk kat sofa.Entah bila husband aku balik,tahu-tahu dia kat sebelah.Lepas maghrib sakit kepala,leher dan belakang aku makin menjadi.Aku minta husband picitkan.Sampai terpejam rapat mata aku menahan sakit.Tapi tu ok lagi.Yang tak ok bila aku nampak ada anjing hitam yang datang depan muka aku sambil menyeringai bersama air liur yang meleleh. Yuuuçk!Bila aku buka mata, anjing tu hilang tapi bila aku pejam dia datang balik. Tu baru intro.Klimaks dari ketika tu,aku mula nampak Mak Ngah aku dalam persalinan serba hitam from head to toe.Sampai ke mata dia pun serba hitam.Takde mata putih dah.Mak Ngah aku tengah berdiri kat dinding tepi TV kat rumah mama aku.Ingatkan habis takat situ jer. Ruoanya malam tu dia datang kat dalam mimpi pula.2 malam berturut-turut aku mimpikan Mak Ngah aku,arwah nenek aku dan anak-anak Mak Ngah aku.Apa punya muslihat la pulak ni aku terfikir waktu tu.Sejak tu juga,tidur malam aku selalu bermimpi perkara bukan-bukan sampaikan badan jadi amat penat.Aku tak puas tidur.Bila mama aku dah sihat,aku pulak yang start takde selera makan maybe sebab penat dan tidur yang tak lena.Hinggalah pada suatu malam,aku bermimpi mama sibuk sedang masak kat dapur rumah baru aku ni.Macam banyak lauk tapi dia hidangkan aku satu pinggan nasi dengan ayam goreng.Mama pelawa aku untuk makan dengan kicap kat dalam peti ais.Aku tolak sebab memang in reality pun aku bukan penggemar kicap.Tapi mama mula psycho aku dengan mainkan sentimen keibuan.Tak nak mama berkecil hati,aku ambil kicap dan waktu aku tuangkan kicap pada pinggan,takdir Allah botol kicap tu pecah.Serpihan kaca dari botol kaca ada yang masuk ke dalam botol tu.Aku nak buang tapi mama dalam mimpi paksa aku makan juga.Bila aku tuangkan kicap ke atas nasi,ada serpihan kaca,paku karat,batu-batu kecil dan juga benda berlendir yang keluar bersama kicap.Mama suruh aku makan dengan mengatakan memang macam tu bahan-bahan dalam kicap.Aku suap kelulut dengan penuh rasa “kembang tekak”.Tak lama lepas tu aku tersedar.And aku muntah dengan banyak sampai menggeletar seluruh badan.Sejak dari pagi tu,aku tak sentuh nasi.Tengok nasi pun aku jijik.Rasa geli.Kalau aku paksa makan,aku muntah.Masa tu period Aku delay.Aku ingatkan aku pregnant lagi.Dengan loya,Morning sicknesses,mengidamnya,macam-macam lah.Genap 2minggu,period Aku datang.Tapi sampai makan masa almost 3minggu.Heavy flow dan berwarna hitam.Ada hari macam tak keluar satu hari,so aku mandi wajib.Dan-dan lepas tu,dia datang 2x ganda banyaknya dari sebelum tu.Keadaan aku masa tu selalu sakit kepala,sakit leher dan bahu dan letih.Waktu ni lah ujian kedua datang,dan aku gagal.Atau dengan kata lain,tewas.

Sejak aku mimpi nasi dan kicap,aku memang tak makan nasi.Geli.Jadi aku tukar ambil roti dan makanan berkarbohidrat selain nasi.Tapi tu buatkan aku sentiasa lapar.Jadi aku akan kunyah macam-macam untuk hilangkan craving tu.Sebenarnya,kalau aku makan nasi sedikit kat luar dari rumah,aku ok.Tapi kalau makan kat rumah,muntah macam orang pregnant gayanya.Malam tu aku tak tahu kenapa waktu aku dah tarik selimut,perut aku berkeroncong bukan main.Punya kuat bunyinya sampai husband aku yang kat hujung bilik pun boleh dengar.Dia offer nak ambilkan aku biskut tapi aku tak nak.Kesudahannya aku tidur dalam lapar.Sebab aku lapar or memang dah tersurat,aku bermimpi aku dapat kunjungan dari someone yang aku kenal.Dia bawakan aku ayam golek dan aku dengan happy makan ayam tu.Aku ceritakan tentang mimpi tu pada husband pagi tu.Kami Cuma ketawa dan anggap itu mimpi yang lucu.

Malam kedua,aku masih mimpikan makanan walaupun aku cukup kenyang sebelum lena.Kali ni aku dibawa ke sebuah kedamaian dan dihidangkan kambing golek dan bermacam-macam hidangan lain yang enak.Kesudahannya aku tersedar dan sendawa!Hingga ke pagi,aku rasa sangat kenyang dan perut aku buncit kekenyangan.Bila sendawa aku dapat rasa kambing dan makanan yang aku mimpikan.Berlaruran mimpi sebegitu hingga akhinya aku dah nampak lain pada pandangan husband aku.Perut aku jadi buncit dan kenyal.Bila ditekan macam bola yang boleh melantun.Kulit muka aku jadi kusam dan gelap.Seluruh sendi terasa sakit. Waktu ni, rambut aku gugur dengan sangat banyak sampai aku naik takut tengok gumpalan rambut sendiri. Tengok makanan kadang aku rasa kenyang.Belum kira dada aku yang rasa berat dan sakit.Nak bernafas pun berat dan semput.Masa ni aku syak aku sakit. Aku mula hitung polisi insurance yang aku ambil. Aku mula fikir kan tentang wasiat dan bahagian untuk anak-anak. Drama ibu-ibu sangat.Nasib baik tak sempat aku suruh husband aku kahwin lain.

Husband aku pula,dia selalu picit aku.Tapi bila picit aku,alih-alih dia yang sakit.Mesti sakit tu pergi kat dia.Angin sendawa,kentut takyah cerita.Berdozen.Sampailah dia pun nampak anjing hitam yang macam aku nampak dan dia pun terasa kehadiran sesuatu kat pagar rumah kami,makanya dia percaya aku bukan sakit hospital.Dia bawa jumpa Haji Zul.Sebenarnya dah lama kami tak jumpa Haji Zil sebab kalau boleh taknak susahkan dia selagi kami handle.Tapi maybe kali keadaan dia lain.Bacaan dan amalan yang selalu aku buat pun macam tak jadi.Baru jer melangkah masuk ke pejabat Haji Zul,dia dah pandang tajam.Dia check nadi di pergelangan tangan aku sambil menggeleng kan kepala.Seterusnya dia pegang kepala aku dan bacakan sesuatu.Serentak tu juga Haji Zul muntah sampai bergoyang-goyang kerusi yang dia duduk.Muka Haji Zul yang putih bertukar jadi merah.Lamanya dia muntah sampai adalah 7minit.Bau masam dan busuk.Bersalah pulak rasanya.Habis muntah dia pegang nadi aku sekali lagi di pergelangan.Then nampaknya muntah lagi.Tapi kali ni tak seteruk tadi.Ada sedikit menggigil badan dia.Dia pandang aku sambil cakap,”Tak sangka lah sampai macam ni sekali yer.Saya ingat awak main-main masa awak cerita nak jumpa.Apa dah jadi?Mana pergi semua?Kenapa badan jadi kosong?Teruk sangat ni awak ni.Awak boleh m**i.Kritikal sangat awak ni.Awak dapat bertahan sampai ada kat depan saya ni pun saya kagum”..aku mampu senyum sambil pendam rasa.Haji Zul bekalkan aku 2 botol air untuk aku minum dan basuh muka.Serta 9 biji limau purut untuk aku perah dan minum airnya.Semua tu dah dibacakan.
Sampai rumah,hujan turun sangat lebat sampaikan waktu tu pukul 1230 macam dah pukul 7petang.Aku minum air yang dibekalkan Haji Zul dan minum sebiji limau purut tu.Peliknya limau tu rasa pahit bila masuk je tekak.Lidah pula rasa tebal dan mulut jadi rasa payau.Masam langsung tak rasa.Air yang pada mulanya aku minum rasa ok,second time Aku nak minum lebih kurang 10minit lepas tu dah bertukar bau longkang.Korang tahu longkang yang ada penutup besi biru berpalang tu?Tau macam mana bau longkang tu boleh bila lalu atas sana? Camtu lah baunya. Husband call Haji Zul kot-kot takleh minum tapi haji Zul suruh aku minum juga tanpa hiraukan bau tu.Sampailah habis botol pertama dan limau ke 2,bau tu tetap sama dan limau tu still rasa pahit.Tapi pada botol kedua,rasanya dah lebih separuh aku minum,suatu pagi bila aku tuang air tu untuk minum, surprisingly air tu takda apa-apa bau.Dan limau,aku rasa masam dan perit dia.Takda lagi rasa pahit atau pedih pada lidah aku.Tapi ikhtiar aku tak habis kat situ.Dalam pada masa yang sama,mama ikhtiarkan juga Ustaz Rahim kat Kelantan untuk tawarkan bisa pada badan aku.Petua dari Ustaz Rahim pula,makan bawang merah yang dibaca 21×ayat Qursi.Pembukanya Al-Fatihah dan penutup juga Al-Fatihah.Niatkan sebelum makan.Yang ni pun aku buat.Terdesak kan.Hasilnya?Bertalu-talu aku kentut dan poopoo.Bau pulak?macam tangki septik.Euuuw!
Mesti korang fikir apa sakit aku kan?

Jawapannya SANTAU MAKANAN.Walaupun tak dapat masuk melalui zahir,melalui mimpi dia datang nak pulak timeaku tengah lemah atau dalam hadas.Kata Ustaz Rahim,dia akan buang baki santau bila aku pulang ke kampung.Setakat ni,dia buat dai jauh jer dulu dengan ikhtiar aku sendiri.Jadi,bila peluang balik ke kampung,aku jumpa ustaz Rahim haritu.Tu yang jadi kisah muntah keluar ikan cencaru bakar cicah kicap pedas.Kata Ustaz Rahim,lambat 2 hari aku dah boleh Innalillah.Nasib baik katanya aku.call dia sendiri bagitahu keadaan aku.Disamping tu juga,aku dan Ustaz Rahim amalkan sembahyang hajat 3 malam berturut-turut untuk dibebaskan dari sihir ni.Alhamdulillah.Badan aku dan kembali normal.Syukur sangat.Kata Ustaz Rahim dan Haji Zul,’benda’ tu tak dapat masuk kawasan rumah,tapi dia boleh ‘masuk’ dari mimpi bila duit kita lemah dan cuai.Aku angguk jer dengar.
Aku taknak tuduh sape-sape.Maybe dari Mak Ngah aku yang korang rindui dan tertanya-tanya.Atau mungkin dari Azy yang aku tak sabar menanti dia jadi absolute gila(tak waras).Lantak korang la.Jawab nanti dalam kubur.

Kisah aku takde kesudahan.Setakat aku mampu kongsi,aku kongsikan untuk pedoman dan iktibar untuk korang.Bagi yang baru baca,maaf kalau gagal nak faham.Panjang ceritanya dik..nak tulis balik semua mau jadi buku cerita tebal cam Koleksi Lawak Kampus.Tapi takpe,jangan bimbang.Ramai readers FS yang baik hati boleh guide korang dan tolong share link cerita-cerita aku.Terima kasih korang.Dan bagi yang ada nasib macam aku,please never give up.Tapi jangan taksub sangat dengan rawatan alternatif,seek for doctor’s advice and treatment first before kaitkan dengan alam mistik.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

33 thoughts on “Rumah 10D”

  1. Moga akak sekeluarga dirahmati Allah sentiasa..
    Moga si pelaku tu semua mendapat balasannya di dunia mahupun akhirat..
    Keep on fighting kak.. And keep on writing jugak.. 😀

    Reply
  2. Alhamdulillah akk masih mampu makan sate, pisang emas dibawa belayar tu sume…
    Mksdnye kecantikan akk ni semulajadi ar ekk bkn sbb susuk busuk…
    Hahahahahahah…

    Kagum akk dgn ko dik…
    Bertimpa2 bertalu2 ujian dtg tapi Alhamdulilah ko sekeluarga dipermudahkan Allah utk mengatasinya…
    Papepon…
    Besooorrrnye umah ko dik…
    5bilik tdo 5toilet tuuu…
    Sonotnyeeee…

    Reply
  3. Babe..take care! Jangan kosong ok. Keep on zikr and ruqyah yang you dapat dr para ustaz yang tolong you. Apa pun, Allah jua yang pegang segalanya. Fighting!

    Reply
  4. Lupa pulak pasal Mak Ngah. Takpa, semoga sentiasa istiqomah dan terus-terusan pertahanan benteng bangi melindungi diri anda sekeluarga. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt. Thanks, Sis sebab share ayat2 Al-Quran mana yg dibaca pada waktu tertentu.

    Reply
  5. Ya allah sis..lama sy n kwn2 sy tgu sis update cerita baru…akhirnyaaaaa….kami tertanya tanya ape kabo la sis cerita no rumah tu..x sabar nk bgtau kwn2 sy…

    Reply
  6. Xtawla nk ckp..sm jg pnh mmpi mkn2 ni.ingt lg..ms baru2 kawin mimpi nenek bersanggul siput..bongkok suapkn nasi.nasi tu dia kepal2.walaupun terasa geli nk mkn tp dlm mpi tu jamah jgkk.haiyooo..bila bubat kt tu saka..hmm…astghfirullahalazim..nauzubillahiminzalik..mintak djauhkan semua yg buruk tu.sm utk akak ni.smoga slmt dunia akhirat

    Reply
  7. Saya mmg follow kisah akak ni dari awal, xsngka wujud jenis- jenis manusia yang tidak berperasaan smpai sanggup sakiti orang lain.. Saya doakan moga akak skeluarga terus tabah dan cepat sembuh..

    Reply
  8. Besar betul dugaan akak.

    Saya doakan semoga Allah sentiasa lindung akak sekeluarga dan semoga Allah buka pintu hati Azy agar sempat bertaubat sebelum m**i.

    Allahu akbar.

    Reply
  9. Be strong sis fighting! Sampai masanya diorg dpt balasan. kita tunggu dan lihat je. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Tuhan. Amin. Btw aku tak makan sate tp bukan sbb aku pakai susuk hahahaha

    Reply
  10. Apa khabar la agaknya Sis & family. Dah lama sangat tak nampak cerita sis. Mohon post apa2 cerita sekadar kami pembaca tahu yg sis & family dlm keadaan ok. Semoga sentisa dirahmati & dilindungi Allah swt Sis.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.