Assalamualaikum, salam sejahtera pembaca Fiksyen Shasha. Ok aku Fifi penghuni rumah 18-2-1 Uitm kampus puncak perdana batch Julai 2007, sebelum aku memulakan cerita, aku perkenalkan rakan rumah aku Fara, Fana, Sidah, Kak Pah, Atiq dan Fifah.
Time ni Kampus Puncak Perdana di banjiri kisah2 mistik diantaranya penemuan mayat gadis mongolia ditemui pada 7 November 2006 iaitu 17 hari selepas dia diletupkan tidak jauh dari Kolej Puncak Perdana. Masa ni kalau kiteorang outing memang sampai petang je, sebab pak cik teksi dah pesan dorang memang tak nak masuk kampus malam-malam. Kampus Puncak Perdana dikelilingi hutan2-hutan ditambah dengan kejadian tersebut yang baru beberapa bulan berlaku.
Menurut cerita Pakcik Teksi ada kawan-kawannya yang terkena gangguan selepas menghantar pelajar pulang ke kampus pada waktu malam diantaranya ada wanita cantik melambai-lambai menahan teksi di tepi hutan, ada bau harum bertukar bau busuk secara tiba-tiba ketika melalui jalan sunyi tersebut. Kelibat wanita melintas jalan secara laju, jelmaan wanita di kerusi belakang melalui pandangan cermin pandang belakang dan pelbagai lagi lah.
Oklah berbalik cerita asal rumah. Kisah ni terjadi pada bulan puasa konon hantu syaitan semua kena ikat, jadi aku, Fara dan Fifah dengan berani plan la nak jadi hantu kenakan Fana, Sidah dan Atiq. Masa ni dorang berbuka puasa makan kat kandang (port makan budak puncak) sorang lagi Kak Pah, dia ni member rumah aku yang islamik ala hakak baik, setelah dipujuk rayu dia pun terjebak nak jadi hantu.. hehe kenala sporting, kami kan budak TEKA (Teknologi Kreatif Dan Artistik).
Ok aku dalangnya.. aku cerita tak best, sebab bukan aku yang kena kacau, so korang baca pengalaman fana kat bawah ni yang kena kacau ngan hantu2 jadian ni ..
Si Hantu : Fifi, Fifah, Fara, Kak Pah
Mangsa si Hantu : Aku(Fana), Sidah, Atiq (tapi lepas Atiq kena, dia masuk dalam list Si Hantu)
Lokasi : Kolej Puncak Perdana (rumah tingkat 2, 18-2-1)
Macam biasa aku, Sidah, dengan Atiq pergi kandang lepak makan waktu berbuka. Lepak sampai malam around 8 above lah. Then Atiq nak balik dulu. Aku ngan Sidah sambung lepak. Pastu Fifi kot mesej suruh balik tolong matikan desktop Fifah sebab die lupa nak matikan. Takut nanti Fifah marah. Diorang semua konon pergi tolong MPP siapkan banner semua. Aku ngan Sidah kelam kabut balik tapi malas nak terus balik rumah. Pergi lepak bilik TV.
Aku mesej Fifi cakap nak duduk dekat bilik TV dulu. Diorang suruh balik jugak. Cakap kunci ada dekat paip depan rumah. Aku balik sorang sebab nak matikan desktop je pon. Bila sampai depan rumah nak tunduk ambil kunci, dengar suara mengilai. Tengok rumah kiri kanan macam gelap jea kalau nak anggap rumah orang lain yang bising sebab rumah aku memang gelap. Sumpah terus menggigil dan lari kepada Sidah semula. Tapi terfikir ini bulan puase.
‘Sidah aku dengar suara orang gelak la. Takut.’
Sidah pun dah lain macam. Kitorang balik rumah berdua. Dengar lagi. Terus turun tangga dan mesej Atiq cakap nak pergi rumah MPP tu, takut punye pasal. Atiq cakap takpayah (Atiq dah sepakat dengan hantu time ni) Kak Pah ada dekat rumah Dayah. Rumah Dayah atas rumah kitorang jea. Kak Pah pun turun dengan rasa tak bersalahnya.
‘Kak Pah kitorang takut. Kitorang dengar. Betul Kak Pah.’
‘Korang jangan. Aku pun takot ni.’ Kata Kak Pah
Yela Kak Pah. Kau pun takutkan…(tangan di dada mata ke atas). Dah bertiga ni terus naik rumah. Aku, Sidah dengan Kak Pah masuk. Aku paling depan dan aku menjerit paling kuat sebab aku nampak ada hantu sebelah meja belajar aku. Dekat tepi desktop ada hantu jugak. Dekat luar balkoni pun ada.
Dalam bilik pun ada.. Haa. Banyak tak hantu dekat rumah aku. Sambil di iringi latar muzik belakang suara mengilai hantu. Sumpah time tu rasa nak pengsan sebab terkejut sangat tapi tak sempat pengsan diorang bukak lampu. Sambil gelak gelak. Demm! Aku terkena. Serius rasa nak pergi lempang muka sorang sorang.
Sidah jangan cakap lah. Terus diam. Dekat tangan aku ade choki choki 2 bungkus. Sambil aku tergamam dan terkejut aku bagi sorang sorang choki choki tapi Sidah taknak. Baik tak aku bagi dorang coklat lepas dah kenekan aku? Baik kan? Tak lama lepas tu baru aku boleh gelak. Tapi Sidah memang muka ketat habis. Tak senyum tak apa. Yang si hantu semua ni semua takut dah. Tak habis habis cakap sorry. Haaaa tahu korang takut kitorang marah. Kalaulah antara kitorang ade sakit jantung dah m**i dah. Siapa nak tanggung. Yang Kak Pah tadi bajet penakut padehal orang pertama kena adalah Atiq sebab dia dah balik awal. Jadi masa Atiq kena Kak Pah one of the hantu hantu tadi.
Ok sekian luahan oleh mangsa, Fana …..
Hahahaaa puas hati aku dapat kenakan dorang, tapi aku memang cuak gile tengok sidah masam je muka sepanjang malam, mana x nya, suara hantu gelak mengilai tu memang menyeramkan, aku pun takut, kami ada yang jadi pocongla, kak ponti la, makeup memang power memang xrupa kami dah yang cantik-cantik ni ..
Kisah gurauan seram kami berakhir di situ, tapi kisah seram yang sebenar baru bermula …..
Untuk pengetahauan korang, kami ada letak kamera tersembunyi untuk rakam aksi kami pada malam tersebut, sebelum tu aku nak cerita kenapa sidah muka ketat je sepanjang malam…
hahahaaaaaa
Jeng jeng jeng bak kata fana “aku menjerit paling kuat sebab aku nampak ada hantu sebelah meja belajar aku. Dekat tepi desktop ada hantu jugak. Dekat luar balkoni pun ada. Dalam bilik pun ade. Haa. Banyak tak hantu dekat rumah aku. Sambil di iringi latar muzik belakang suara mengilai hantu” …..
Ada 4 hantu kat situ, Ikutkan 3 je hantu.. Fara hantu tepi meja belajar, Fifah hantu tepi desktop sebab dalam masa sama dia jaga sound system, aku lak hantu dekat balkoni … huhhh siapa lak hantu dalam bilik tu ???
Disebabkan keadaan Sidah yang masih tak bertegur sapa, kami tak tengok rakaman pada malam tu, kami tengok rakaman pada siang hari. Barulah Sidah bersuara, dia perasan Atiq dekat suis lampu, dia pun tertanya siapa hantu wanita dalam bilik tu, lain macam rupanya, memang naik bulu roma time tu, takda mood terus, nak tanya memang tak sesuai dengan waktu.. Dalam rakaman gelap, tak perasan sangat, cuma suara rakaman mengilai tu agak pelik, ada bunyi lain disebalik rakaman tersebut. Ok kisah ini terhenti di situ, malas nak ambil tahu….
Kisah seterusnya, ok ni bukan bulan puasa dah, tidur malam aku sering xlena kerana kerap ditindih, kadang pada malam hari dalam jam 2 3 pagi kami terdengar bunyi muzik wayang kulitla, gamelan la. Bila intai dari balkoni apartment lain semua gelap dan semestinya penghuninya lena dibuai mimpi. Paling aku tak boleh lupa satu malam tu, dalam jam 1 pagi, kawan2 aku semua dah tidur, aku nak ke toilet, masa nak masuk pintu toilet aku terdengar suara perempuan panggil nama aku, Fifiiii … Fifiiiii, meremang, naik bulu roma, tak jadi kencing, terus lari masuk bilik aku gerak Atiq, Atiq pun teman keluar bilik pergi tengok, tapi takda siapa, masa tu Allah je yang tahu perasaan aku.
Aku duduk master badroom 4 orang, aku, atiq, fifah n kak pah, Sidah duduk sebilik dengan Fana. Fara lak duduk bilik sorang, roommate dia Hayati dah pindah… ok satu malam tu jam 1.30 pagi Fana lepak bilik aku, kami duk bergosip atas tilam double decker, masa ni semua dah tidur, pintu bilik aku je terbuka, bilik aku berhadapan bilik Sidah dan Fana. Tetiba Sidah keluar bilik , sambil genyeh mata tengok bilik aku, dia nak pergi tandas, tapi singgah bilik aku dulu ngan muka mengantuknya, “ Eh fana bila ko keluar bilik? Aku xperasan pun ko turun katil, kata Sidah. La kan dari balik supper tadi aku ngan Fifi kat sini, aku tak masuk bilik pun lagi “kata Fana”. Ko biar betul, yang sembang ngan aku tadi siapa?
Yang guling2 atas katil tadi siapa, kan aku marah ko tadi suruh ko duduk diam2, aku tak boleh tidur, katil goyang then ko cakap ok, tanya Sidah kepada Fana. Aku pun cakap la, sumpah Sidah, Fana memang atas katil ni dari kita balik tadi, tak masuk lagi bilik, ko mimpi kot? Xde la kata Sidah, walaupn aku mamai, tapi aku sedar, tiba-tiba pintu bilik sidah berdentum tertutup dengan kuat, ape lagi aku dan Fana terkejut memang jerit sekuat hati sampai bangun la kawan-kawan yang lain. Dorang nak tanya lagi kenapa, memang tak sesuai la nak cita waktu camni, ngan Sidah2 sekali tidur dalam bilik aku, maka berenam la kami di dalam 1 bilik, nak pergi bilik sebelah gerak fara pun jadi takut. Heheheeeee …
Ok cerita seram apartment 18-2-1 Uitm Kampus Puncak Perdana tidak berakhir di situ, nanti aku sambung cerita lagi ya, mungkin lebih seram, bagi korang mungkin cerita ni biasa-biasa ja, tapi bagi yang melalui waktu itu memang Tuhan je yang tahu perasan kami, sebab terfikir yang ehem-ehem tu yang kacau kami maklumlah dekat dengan lokasi kejadian pada tahun 2007, aku pun dah mengantuk, esok nak kerja, ok selamat malam, assalamualaikum…
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
thumbs up.
Bosan
Pening baca.
Ishh korang ni ..nakalnyer…x de benda lain nk gurau huhu…syaitan n iblis mmg x de bln puasa tp jin ada dik huhu…
kelaut
hahaha UiTM Puncak Perdana ni sape yg duduk je tau keras x keras.. aku tiga tahun kat situ.. kat fakulti TEKA penah sekali aku ngan member2 nampak sesuatu.. hahaha belum kat area kafe bahagian atas lagi.. hahaha kat blakang blok 5 lagi hahaha belum kat area fakulti Masscom (dulu). hahaha
Berapa banyak kau punya hahaha??