Rumah Di Dalam Kawasan Pembunuhan Askar Jepun

Assalamualaikum, TERIMA KASIH Fiksyen Shasha kerana kongsikan kisah saya kepada orang ramai. Nama saya Mimi, kisah ni terjadi semasa saya berumur belasan tahun. Saya mulakan dari awal ye, asal tapak tu adalah tempat pembunuhan dan kubur askar askar jepun. Selepas pada tu kawasan tersebut telah dijadikan tapak pembinaan rumah rumah, salah satu nye rumah rumah kat situ adalah rumah nenek. Rumah zaman jepun ni agak menakutkan sebab berlorong untuk ke tandas dan dapur, dari ruang tamu nak ke dapur kena lalu lorong, dari bilik tidur nak ke tandas pun berlorong.

Korang boleh bayangkan macam mana keadaan dalam rumah tu kan. Nenek dengan atok ni suka simpan barang antik, barang barang tersebut jugak disimpan rapi dalam bekas berkaca di setiap lorong untuk ke tandas, bilik tidur dan jugk dapur. Barang yang paling seram adalah pedang pedang yang digunakan oleh askar-askar jepun. Saya pernah juga mintak izin atok nak pegang pedang tu, tapi atok tak izinkan takot terjadi ape2 sebab kata atok pedang tu dia ambil masih ada kesan d***h lagi di pedang tu.

Kisah pertama:
Pukul 6.45pm time saya mandi lah, masa tu nenek atok kat luar rumah, biasa lah time cam tu siram pokok2, tiba2 saya terdengar ada suara yang panggil nama saya dengan lembut, “Mimi”. Saya tak endahkan. Kali kedua dengar lagi, “Mimi..”. Masa ni saya dah mula takut, jantung berdebar2 macam nak tercabut keluar. Saya tutup air nak pastikan betul ke ade orang panggil nama ni, suara tu panggil lagi cukup 3 kali, “Mimi”. Ape lagi, nak cabut lari la, buka pintu tandas tak boleh, macam ade orang belah luar yang kuncikan. Saya cuba panggil nama atok nenek sekuat hati, tapi diorang tak dengar.

Banyak kali saya panggil, saya ni dah menangis dah, lepas tu saya dengar suara nenek dari luar, saya cakap, “nek, tolong bukak pintu ni, terkunci”. Nenek cakap pintu tak kunci nenek suruh saya buka dari dalam. Saya cakap, “saya dah buka kunci, tapi x dapat”. Nenek dengan atok dah cuba tolak pintu tu, saya dari dalam dah cuba tarik tapi tetap tak boleh. Suara tu masih memanggil nama saya, nenek suruh saya baca ape2 ayat al-quran yang saya ingat, nenek dari luar pun baca ayat dari surah2 al-quran.

Saya ni dalam keadaan takut ayat baca tu jadi salah, tiba2 pintu terbuka. Saya ape lagi keluar peluk nenek, lega sebab dapat keluar dari tandas. Masuk bilik dengan perasaan yang amat2 lega. Siap sume nak sikat rambut pandang cermin, ternampak perempuan rambut panjang betul2 dekat pintu. Ape lagi, meraung sekuat hati la. Malam tu terus panggil orang2 surau buat bacaan yasin.

Kisah kedua:
Beberapa bulan selepas kejadian pertama, lepas makan malam, kat dapur cuma saya sorang je, yang lain sume kat ruang tamu. Saya tengah basuh pinggan, saya rasa macam ade seseorang yang tengah perhatikan saya dari lorong untuk keluar dari dapur. Saya buat tak tahu je, saya teruskan kerja basuh pinggan, tapi makin lama rasa tak sedap hati. Saya toleh ke arah lorong tu, seorang perempuan pakaian putih penuh dengan darah2 dan berambut panjang sampai ke lantai berjalan keluar dari lorong tu. Saya kaku, nak menjerit tak mampu, nak berlari keluar lagi lah tak boleh, dah itu je lorong keluar untuk ke ruang tamu. Bila wanita berambut panjang trsebut hilang pada pandangan mata saya, saya mula marathon olahraga lari pecut ke ruang tamu. Diorang terkejut la tengok saya ni hah, dah kenapa lari tak cukup tanah. Saya cerita la ape yang berlaku. Lagi skali panggil orang buat bacaan yasin..

Kisah ketiga:
Setiap cuti sekolah bermula, kami sekeluarga memang akan balik ke kampung. Malam tu bila masing2 dah masuk bilik, bilik kat rumah nenek ade 4, saya biasa tidur dekat bilik yang belakang sebab selesa, tak besar sangat, tak kecik sangat. Masa tu tak lah lewat malam, dalam pukul 11 malam lebih macam tu, tetiba gatai nak pegi bilik atok. Saya pun berjalan keluar nak ke bilik atok. Tiba2 kat ruang tamu, tengok atok duduk atas kerusi pandang saya. Saya cakap lah, “kenapa duk sorang2 kat sini, nenek dah tidur ke?”. Atok tak jawab, senyum pun tak, malah dia memandang tajam ke arah saya. Saya bingung kenapa atok tak jawab, dia marah kat saya ke.

Saya terus buka pintu bilik atok. Masa tu rasa nak pitam ja, sebab atok terbaring lena dibuai mimpi. Habis tu siapa kat ruang tamu tadi? Saya keluar balik dari bilik atok tengok kat sofa dah hilang dah, cepat2 jalan masuk bilik yang ketiga tidur sekali ngan mama. Mama plak bangun nak letak phone kat cermin makeup. Lampu dah padam, mama nyalakan lampu phone. Sampai kat cermin makeup, saya pandang mama dari arah cermin, terkejut saya wajah mama hodoh, sangat hodoh. Sah memang bukan mama, buruk betul rupanya. Bila lampu phone mama padam, saya terus pejam mata dan tidur.

Esok pagi dalam perjalanan pulang, saya pun beranikan diri buka mulut cerita kejadian semalam. Tiba2 adik mula buka cerita jugak. Dia tidur di bilik yang kedua, dia tak tidur skali sebab dia lelaki. Sia cakap kat tingkap bilik tu, dia nampak kepala je bergantung dengan tali, badan takde.

Setakat ni saje lah cite saya, banyak lagi kisah seram yang saya lalui. Kejadian2 seram sampai sekarang menghantui di rumah tu, nak cerita lagi tapi dah panjang sangat dah cerita ni. Tempat tu memang tak boleh nak buat ape dah, dah macam2 ikhtiar, dah macam2 cara tapi tak menjadi. Hanya 1 cara, keluar dari rumah tu, sebab kata atok, mayat2 masih ada dalam tanah rumah atok, atok dengan nenek dah terbiasa dengan kejadian2 seram di rumah tu. Kata atok takpelah, selagi dia boleh bertahan, dia akan bertahan. Sekian dari saya, (Mimi) assalamualaikum…

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

11 thoughts on “Rumah Di Dalam Kawasan Pembunuhan Askar Jepun”

  1. Hehehehe kalau abg yeop xtido dah bilik mama ko tu..mau pecah pintu bilik tu ak terajang nak keluar..dh tau dia berubah buruk tu ko leh lena plak sblh dia ye..berani tul ko ni..

    Reply
  2. Emmmm… kt kisah 1 tu mcm ada confuse skit.. memula siram pokok.. pastu macm ne leh ada dlm tandas? Ke aku je y xfhm sbnrnya? Xpe, nnty free aku baca lagi skali…

    Reply
    • tapak rumah atok dia tu tempat askar jepun dikuburkan… sampai sekarang masih lagi ada dalam tanah tapak rumah tu… tu lah kaitan dia dgn askar jepun tu

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.