Rumah Kosong

Hai, terima kasih kepada FS kerana telah memberikan saya peluang menceritakan kisah seram saya. Nama aku Sab. Dan aku nak kisahkan beberapa kisah seram sepanjang yang aku alami.

Cukuplah mukadimah banyak tu ye. Kisah pertama aku nak cerita waktu aku masih tinggal di satu kawasan yang terkenal di Perlis.

Waktu tu malam raya, yes malam raya. Biasalah malam raya kan, mestilah kawan-kawan, adik-beradik berjanji nak main mercun dan seangkatan dengannya.

Malam tu, kakak aku dua orang yakni Ina dan Ana (bukan nama sebenar) ajak aku bermain di sebuah rumah berhadapan dengan rumah kami. Rumah tu dah banyak tahun dikosongkan dan tidak berpenghuni. Jadi, aku pun okay je lah. Kami pun pergi la ke rumah tu dan kak aku pun nyalakan lilin. Nak main bunga api kan, mestilah kena nyalakan lilin. Tiba-tiba, kakak aku terlupa nak ambil sesuatu. Kedua-dua kakak aku beredar ke rumah untuk mengambil barang tersebut dan berjanji akan kembali dalam waktu yg singkat.

Aku pun keseorangan di situ. Keadaan masa itu tidak lah segelap mana. Masih berbekalkan lampu jalan yang cerah menerangi rumah kosong tersebut. Entah kenapa, aku merasakan kepergian kakak aku itu sangat lama, lalu aku mengambil keputusan untuk tinggalkan rumah tersebut, tapi sempat lagi aku berniat untuk memadam api lilin tersebut. Nah, kejadian pelik itu bermula di sini. Aku meniupkan lilin tersebut namun sebaliknya yang berlaku. Api lilin itu bagai ditiup dari arah yang bertentangan dengan aku. Dan api itu sempat terkena pada jari aku. Waktu tersebut memang tiada angin langsung. Lalu, aku terus meniup api yang masih menyala dan meninggalkan rumah kosong tersebut.

Sebenarnya, taman yang aku tinggal tu memang banyak kisah seramnya. Dan memang taman itu agak keras.

InsyaAllah ada masa, aku sambung kisah yang lain di taman tu. Jaga diri, jaga iman. Hati-hati ada yang memerhatikan anda.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 1]
Sab

30 thoughts on “Rumah Kosong”

    • Sbenanye benda tu nak tiup lilin tu bagi kena dekat muka kau sebab dia pun tahu kau punya benak macam mana.. Penyampaian cerita kau sedih do.. Sedih aku baca.. Macam tom and Jerry.. hmm. Sob sob sob T . T

      Reply
  1. ala… pendek bebenor lansung x seram.. krik2 je.. dh la x payah la ko sambung cita ko yg ntah betul ke x, org buat cerita sambung dia nk buat jugak, klau seram xpe tp ni mcm punye cerita bukan setakat bulu roma bulu ari2 pun x naik..buang masa je

    Reply
  2. laa okay ape citer dia. siap pesan jaga diri, jaga iman lagi. teruskan. saya nak tau gak apa jadi lepas tu =) post. jangan x post nanti

    Reply
  3. Bangsat punya sampah.buang masa btol.x pyh nk smbung cite.ko nk sambung gk ,ko tulis je cite ko tu kt dinding jamban.lahabau.admin pn satu.sama2 sampah.bpe kli mnde ni terjadi.pemalas.thu nk sng n gila publisiti je.puihh kat muka korang due ekor

    Reply
  4. Hahaha. Ini power! Hakak bagi 1 bintang k***t 5. Memang seram cerita ni. Seram benor ghasernye. Sampai bulu roma pn seram nak naik. Haha.

    Reply
  5. Lepas tu terdengar orang nyanyi lagu Selamat Hari Jadi…tapi dalam nada tangisan mendayu-dayu baq hang…Semakin lama semakin kuat nyanyian tersebut. Dalam kesamaran seraut wajah kelihatan dengan segaris senyuman yang menakutkan…Se…Laa…Maattt…Haa.. Tiba-tiba nyanyian bertukar…Haaa haaaa haaaa…

    Ok la nnt aku sambung cerita ni.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.