Rumah Maklang

Assalamualaikum pembaca fiksyen shasha. Ini adalah kali pertama saya menulis di sini. Kawan saya yang suruh saya tulis cerita saya kat sini sebab saya memang banyak kisah seram. So kali ni saya nak ceritakan tentang kisah seram di rumah maklang saya. Terima kasih jika kisah saya dipublish kan.

Rumah maklang saya memang rumah lama la. Maklang saya duduk kat sana sejak baru kahwin sampailah anak sulung dia berumur 27. Maklang saya ada 7 anak. 3 lelaki 4 perempuan. Yang lelaki memang boleh nampak ‘benda’ tu, yang perempuan seorang je boleh nampak. Tapi bukan 100% nampak. Kadang-kadang je. So diorang dah biasa dengan ‘benda-benda’ ni tambahan pula kawasan rumah maklang memang kawasan hutan and ramai jiran dah pindah so memang sunyi la. Maaf sebab pengenalan ni agak panjang. Okay saya akan mula beberapa kisah sekarang. Ehem ehem.

#KISAH 1
Kisah ni dah lama berlalu. Beberapa tahun yang lepas. Waktu ni dalam pukul 3 pagi. Waktu tu saya dengan adik sedara saya, Mia tengah seronok main game dekat komputer kat bilik abang sedara saya. Tiba tiba dengar bunyi kat tingkap macam kucing cakar tingkap cuba nak naik atas bumbung. Saya cuak dah and Mia cakap tu memang kucing sebab kat rumah wan pun selalu macam tu. Saya diam la. Tiba tiba teringat yang Mia pernah cerita kat rumah wan dulu ingat kan kucing cakar tingkap rupanya cik ponti. Meremang saya dibuatnya tambahan lagi lama sangat kucing tu cakar and cuba nak naik atas bumbung. So saya ajak Mia tidur and dia cakap kejap lagi.Saya diam jelah sambung main.

Tiba tiba betul-betul rasa tak sedap hati and saya cakap kat Mia, “Kalau Mia nak main, Mia main la sorang sorang. Kak Sara nak tidur.” Dia pun nak tak nak terpaksa la berhenti main. Lepas tu saya off komputer. Sambil tunggu computer off Mia ajak saya teman dia minum air kat dapur. Saya pun teman la dia. Lepas tu terniat nak tengok computer dah off ke tak. SURPRISE ! Komputer terbuka balik. Saya pandang Mia and cuba off balik and computer tu on sendiri lagi. 3 kali saya off dia on sendiri balik. Masing masing cuak dah. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim , alhamudlillah computer tu off pun. Kisah ni tak seram sangat.

#KISAH 2
Kisah kedua ni berlaku tahun 2014 tak silap saya. Waktu tu saya dengan tiga orang kakak sedara saya kak zati, atih dan kakcik duduk dalam bilik atih ni borak borak and cerita pasal kagome kagome (kalau korang nak tau kagome kagome ni apa search google and dengar lagu dia kat youtube) waktu tu petang. Memang happy sangat la. Saya duduk dekat dengan atih (dia boleh nampak ‘benda’ tu) tengah seronok sembang tiba tiba dia diam. Saya perasan and pelik la. Lepas tu dia bisik kat saya cakap ‘benda’ tu baru je lalu depan kitorang. Terdiam saya. Malam tu tak tau kenapa kitorang penat sangat. Selalu pukul 12 pun tak tidur lagi. Malam tu pukul 11 dah ngantuk.

Mula mula saya nak tidur dengan kakcik kat bilik atih. Kakcik ni jenis tutup mata terus lelap dan saya pulak jenis yang susah nak lelap. Tengah cuba nak lelap tiba tiba dengar bunyi macam orang berjalan kat belakang bilik. Memang jelas bunyi tu. Dengan keberanian yang ada saya lari kat ruang tamu. Waktu tu atih tengah urut maklang and bila nampak saya dia buat eye-contact yang menandakan jika ada benda berlaku and saya angguk jelah. Waktu tengah cuba nak lelap kat ruang tamu tu kak zati keluar dari bilik maklang sambil marah kitorang tanya jika kitorang pasang lagu kagome kagome waktu dia tengah mengaji. Kitorang cakap la mana ada. Semua diam je.

#KISAH 3
Yang ni kakcik yang cerita. Dia cerita waktu tu abang pijan (abang sedara yang boleh tahan celupar) tengah lepak dengan kawan dia kat kedai makan 24 jam. Tengah lepak tu tiba tiba dengar bunyi macam kucing nak gaduh tapi lain sikit. Si abang pijan ni pulak pergi cakap, “ni kalau bukan kucing ni sah polong” and tak silap saya bunyi tu terus diam. Lepas tu kawan abang pijan hantar abang pijan balik naik kereta. Sampai depan rumah kawan dia menggelabah nak balik. Bila kawan dia dah sampai rumah, kawan dia whatsapp abang pijan cakap tadi dia nak cepat cepat balik sebab ada polong depan pagar rumah abang pijan.

#KISAH 4
Rumah maklang memang banyak sangat kucing. So atih yang selalu bagi kucing kucing tu makan. Setiap kali nak bagi kucing makan atih akan jerit, “SIAPA NAK MAKAN?” “JOM MAKAN!” and one day waktu tu abang pijan duduk kat luar garaj and atih jerit la ajak kucing makan. And guess what? Ada ‘benda’ selain kucing yang datang. ’Benda’ tu tak masuk cuma diri depan pagar je.

Sebenarnya banyak lagi kisahnya. Tapi penat nak menaip. Insya Allah kalau cerita ini dipublish kan saya akan cerita banyak lagi since family belah ayah memang banyak cerita seram and pekerjaan my parents memang selalu bertembung dengan ‘benda’ tu. Maaf jika kisah ini tak seram seperti yang anda inginkan.

Sara

Leave a Reply

3 Comments on "Rumah Maklang"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
nyai

Polong tu type dia mcm mane???

Henna

Seram la siaaaa

darm

gempak! sambung lg

wpDiscuz