Rumah Nombor 86, Jalan Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Aku antara peminat Fiksyen Shasha, banyak kisah dalam FS yang boleh jadikan tauladan dan pernah terjadi juga pada diriku sendiri.Aku ingin kongsikan juga pengalaman mistik yang aku pernah lalui sepanjang hidupku.Aku cuba menulis sebaik mungkin kisah yang akan aku kongsikan ini.

Pada tahun 1998,aku sekeluarga berpindah dari sabah ke utara semenanjung.Kami menyewa sebuah rumah beralamat nombor 86 Jalan Sekolah,hanya berlokasi disekitar kampung kelahiran abah dan mamaku. Rumah ni betul-betul berada di tepi jalan, dua tingkat,atas papan dan bawah simen,rumah separa siap walaupun sudah berusia 70 tahun,menurut abahku,sangat luas,bilik 2 dibawah dan satu diatas,dua bilik air di bawah.

Rumah dibina mengikut reka bentuk rumah kampung zaman 50an.Jarak antara jiran hanya 10 meter.Keadaan kawasan kampung yg bersawah padi,bersungai memang mendamaikan,cumanya aku memang pada awal lagi merasakan rumah yang kami bakal duduki itu kelihatan seram dan pelik.Bilik atas cermin tingkapnya tiada,dan rumah itu tidak bercat dan seperti aku katakan separa siap.

Pada hari pertama dirumah tersebut,kami sekeluarga membersihkan rumah dan menyusun segala barang-barang kami ditempat yang sesuai.Seharian mengerjakannya menyebabkan abah,mama aku dan 3 adik aku lagi semuanya tertidur di ruang tamu rumah.Penat.Pukul 2.30 pagi aku terjaga dahaga dan berjalan menuju kedapur untuk minum.

Selangkah dua dari tempat pembaringan,”tap,tap,tap,tap”aku terdengar bunyi tapak kaki berjalan cepat dari lantai tingkat atas.Untuk pengetahuan pembaca,lantai tingkat atas diperbuat dari kayu.Aku pusing kearah ahli keluarga ku yang lena di ruang tamu,untuk melihat jika ada sesiapa yang tiada,kemungkinan ada yang naik ke tingkat atas.Tapi sangkaan aku meleset,cukup semuanya.Aku berdebar,fikiranku mungkin pencuri,perompak.Aku berlari kearah mama dan abah kerana tapak kaki itu masih kedengaran malah semakin laju berjalan.

Aku kejutkan mereka.”mama,abah bangun-bangun,cek dengaq macam ada orang kat ataih” mama ku terjaga abah pun sama.Tapak kaki tu terhenti.”Mana?” ringkas abah.Abah dan mama berjalan naik ke atas.Aku,mengekori mereka sambil mencapai penyapu.Kot betul pencuri,perompak boleh ku hempuk je kalau dia bertindak.

Kami menaiki tangga dan abah membuka lampu ruang atas dan periksa keseluruhan bilik dan ruang.Tiada siapa.Aku diam.”Aih..tiada orang” bisik hatiku.Mama tegur aku,”hang mengigau kot” Aku terpinga.”Dak aih,cek dengaq la mama memang ada,cek nak pi dapoq tadi minum ayaq cek dengaq dan sedaq macam orang berjalan laju” aku cuba meyakin kan mama.Abah senyum.”Dah jom turun sambung tidoq,takdak apapun,abah nak solat tahajjud ni”kami berjalan turun kebawah.Mama teman aku kedapur.Selesai,aku sambung tidur.

Malam seterusnya,mama dan abahku keluar membeli makanan selepas solat isyak.Tinggal aku dan adik beradikku.Adikku yang kedua bersuara,”eh,jom malamni tidoq ataih” aku berfikir-fikir,adik aku lagi yg dua orang tu setuju dan bersorak,”yeayy tidoq ataih” biasalah budak-budak.Umur adikku yang kedua 15,ketiga 12 dan yang bongsu 8 tahun.

Aku 16 ketika itu.”ok jugak,naa,mungkin nanti takdaklah kosong ja kat ataih tu”sambung ku.Sebenarnya aku masih bingung dengan kejadian malam sebelum tu.Perasaan ingin tahu tu ada dan aku masih belum menceritakan hal itu kepada adik beradikku.Kami pun bersetuju untuk beritahu mama dan abah niat kami itu.Kira-kira sejam mama dan abah balik,kami makan malam,setelah selesai kami naik keatas.Masing-masing ambik ruang tidur sendiri.Bilik atas, masih belum boleh digunakan kerana abah belum menggantikan cermin yang tak tau sejak bila tiada.Jam menunjukkan pukul 11.30 malam,mataku masih tidak boleh lelap.

Aku lihat ahli keluarga yang lain mula lelap.Tiba-tiba,aku terdengar pintu ditolak dan digoncang kuat.Aku duduk mencari pintu yang mana di goncang.Untuk pengetahuan pintu-pintu dirumah tu jenis kayu dua pintu dan kunci selak besi.Jadi bila ditolak dari luar atau dalam memang agak bising tambahan keadannya yang agak usang.”Dang,dang,dang!!” berhenti seketika “dang,dang,dang!!!” mataku terpaku kearah pintu bilik.

Aku lihat pintu itu bergoncang dan hampir-hampir terbuka.Aku ketakutan jantungku berdegup kencang.Aku kejutkan mama dan abah,”mama,mama ,abah,abah!!” aku sedikit terjerit.Mama bangun,”mama pintu tu!” aku tunjuk kearah pintu bilik.Mama bangun dan berjalan kearah pintu itu,aku mengekori mama.Mama buka pintu tersebut,bila pintu terkuak seperti ada angin menghembus menerpa kami.

Mama diam seketika.Aku pandang mama.Mama senyum sinis “kakak,takdak apa-apa lah..perasaan ja ni,angin kuat” Aku masih terdiam.”Jom,tidoq” mama kunci balik pintu tu.Aku dan mama baring kembali.Tapi hatiku merasa semacam.Tidak sedap hati dan badan.Aku merapati mamaku.Aku melihat syiling rumah,mataku masih tidak pejam.Aku sekali sekala melihat mama,mama dah terpejam lena.Ku lihat jam dinding,pukul 1.30 pagi.

Aku berusaha untuk tidur.Badan letih,takut ku mula reda.Mataku mula berat dan aku terlelap.”Aaaaaaaaaa,arghhhhhh!!”aku terkejut.Adikku yang bongsu menjerit,hampir histeria.Jarinya menunjuk kearah pintu bilik,aku terlihat kelibat sesuatu bergerak secara mengensot,didepan pintu dalam kesamaran lampu.Aku menggeletar.Aku pandang adik kemudian pandang sebelah ku.Aku tengok mama tiada.Mama mana? Aku kejutkan abah,adik masih terjerit-jerit.Abah terbangun,cepat-cepat abah buka lampu.

Adik pucat menggeletar.Aku lihat mama mengensot dengan wajah pucat,rambut mengerbang dan mengilai didepan pintu bilik itu.”Hiiiiiihiiiiihiiiiihiiii”nyaring dan menyeramkan.Mata hitam mama hampir tidak kelihatan.Adik aku terjerit-jerit lagi.”Mama jadi hantu,mama jadi hantu!!” Abah,ku lihat terkumat kamit bibirnya lalu hembus pada mama.Mama masih mengilai-ngilai.Kedua-dua adikku yang lain juga terjaga.

Adik bongsu ku menangis kuat bersahutan dengan hilaian mama.Abah laungkan azan sekuatnya.Serta merta mama mengensot laju dan bergerak kearah adik-adikku.Mereka menangis ketakutan berpelukan dengan ku.Selesai azan,mama terdampar dengan mata terbeliak dan muka yang pucat.Abah membaca ayat-ayat suci.Hembus pada mama.Mama masih membatu.Abah memeluk adik bongsu ku sambil mententeramkannya.Semangat aku hilang entah kemana.
“Hampa kena buat bacaan yassin kat rumah tu,supaya makhluk halus tu tak ganggu”kata tokwanku.

Abah memandang mama,aku dan adik-adikku.”Yelah,saya akan jemput orang masjid serta jiran-jiran kampung kita ni” jelas abah bersetuju.Kami sekeluarga mula memahami gangguan dan bunyi-bunyi aneh dirumah sewa kami tu adalah kerana makhluk jin,syaitan.Tibalah hari bacaan yassin.Mama dan beberapa orang jiran pangkat makcik-makcik menyediakan beberapa juadah untuk tetamu malamtu.

Aku dan adik beradik serta beberapa anak jiran-jiran berkumpul di bilik bawah.”Az,aku dengaq haritu mama hang ‘masuk hantu’ kan?” Tiqa menyoalku.Aku mengangguk.Ija memandangku.”Hampa nak tau dak,dulu depa kata rumah ataih tu ada bomoh perempuan mati secara tergantung” Aku pandang Ija.”Betul ke?jadi hantu yang kacau orang duk rumah ni,hantu makcik bomoh tu kot”sampuk Ita.”eh,orang dah mati mana pulak jadi hantu,ustazah sekolah aku kata bila anak adam dah meninggal, hubungan dengan dunia sudah terputus,inikan pulak jadi hantu!” jelas Iza.”Dulu sebelum hampa duk sini,depa selalu nampak orang tua menyerupai makcik tu berdiri di tepi tingkap waktu senja berpakaian merah” cerita Tiqa.”Ish,hampa ngarutlah!”getus Iza.”Betoilah,kalau tak caya hampa tanya pakcik Abu,abang Irfan dan makcik-makcik jiran kitani.” sambung Tiqa.”Tu fitnah jin dan syaitanlah,kalau ada pun” kata Iza.

Aku dan yang lain-lain mengangguk serta melihat antara satu sama lain.Adik bongsu ku merapatiku.Masih ada takut diwajahnya.Jam pukul 9 malam.Dari luar,majlis bacaan yassin bermula.Segalanya berjalan dengan lancar malamtu.Hasilnya pada malam-malam berikutnya kami tidak diganggu oleh makhluk-makhluk tersebut.Aku mula menarik nafas lega.

Sehinggalah satu petang,ketika tu tingkap bilik atas telah abah perbaiki.Bilik itu jadi bilik belajar ku dan adik-adik.Aku naik keatas untuk siapkan kerja sekolah diberi.Dalam khusyuk aku terlelap.Aku buka mata,aku terlihat susuk wanita berbaju merah mengadap tingkap luar dan wajahnya berwarna warni dengan mata terbuntang,rambut menggerbang, menyeramkan.Aku menjerit,badan ku kejang suara ku tak keluar.

Semua ayat-ayat suci aku lupa serta merta.Dia melihatku,kejap muka marah,sekejap lagi dengan wajah tersenyum sinis.Aku sedaya upaya untuk bangun dan menjerit.Makhluk itu masih tercegat.Aku pejam mata dan buka balik mata.Dia masih begitu malah makin dekat kepada ku.Aku ketakutan.

Dalam upaya aku cuba menyebut,ianya makin dekat dan dekat.Allah!!Allah!!Allah!!aku jerit dalam hati.Sambil mata ku antara buka dan pejam.”Gang!” Adikku yang nombor dua buka pintu.”kak,kak”dia menarik tangan ku.Kami berlari turun kebawah.Aku menangis.Aku ceritakan kejadian tersebut kepada ahli keluarga ku.

Mama mula mendesak abah untuk berpindah.Mama ku kata kemungkinan makhluk tu mula mahu mengganggu kembali.Tapi abah berdiam diri.Sejak haritu setiap hari kami akan diganggu dengan pelbagai gangguan.Sehinggakan setiap malam ular,kala,dan binatang-binatang berbisa lain juga masuk ke rumah.

Orang kata itu tanda ada sesuatu yang tidak baik menumpang di dalam rumah(jin/syaitan).Satu malam,adikku yang nombor tiga barlari keluar dari tandas sambil menjerit,”abah,abah! ada hantu!” kami yang tengah menonton televisyen terkejut dan melihat kearah adik.Abah jalan cepat mendapatkan adikku itu.Adik mula menggelatar dan melentok-lentokkan badan,bersuara garau dan mata hitam keatas.Mukanya pucat, menyeringgai mendengus.”Hermmm,hermmmm,hihihihihihi,mmmm..arghhhh!!”Abah membacakan ayat suci.Adik bertambah liar dan ganas.Menjelir dan merangkak laju.”Bawak adik keluar masuk kereta!”jerit abah.Kami jadi kelam kabut.

Kami mengangkat adik masuk kedalam kereta.Beratnya macam 100kg,sedangkan adikku itu kurus sahaja.Tengah sibuk-sibuk dengan adikku yang ketiga tu,adikku yang bongsu berdiri dan melentokkan badannya seperti adikku yang nombor 3 tadi.Apa lagi sumbatkan sekali semua dan bergerak kerumah tokwan.Malamtu ustaz Fauzi dipanggil untuk mengubati adik-adikku.Kesian mereka,kerana selepas perubatan tersebut,lebam-lebam badan serta demam.

Menurut ustaz Fauzi,makhluk jin dan syaitan jagaan bomoh Kiah(bomoh yang jiranku pernah ceritakan)yang mengganggu.Mereka sudah menggangap rumah tersebut sebagai kediaman mereka sejak kematian bomoh Kiah dirumah tersebut.Sejak kejadian tu,abah tekad berpindah.Hanya mama,abah dan beberapa orang jiran mengemas barang-barang kami.Aku dan adik-adik dijaga oleh tokwan buat sementara waktu.Selepas berpindah aku dan keluarga tidak pernah datang kekawasan itu lagi dan benar-benar berjanji tidak mahu menjejakkan kaki kesana.Serik,takut,seram dan pelbagai lagi.

Tahun 2015, aku mendapat sekeping sampul berisi kad.Aku membuka sampul tersebut dan meneliti kad tersebut.Tertulis nama bakal pengantin Aftiqah Adawiyyah Binti Muhammad dan Izz Zafril Bin Suhaimi beralamat No.87 Jalan sekolah…….Aku hanya tersenyum lalu menyisip kad tersebut didalam diari harian ku.

12 thoughts on “Rumah Nombor 86, Jalan Sekolah

  1. Berlenggang dia berjalan si gadis desa yang manja jelingan, yang manja, datang seorang pemuda di tangan nya penuh bunga di hati, penuh cinta says:

    Yang member punya rumah tu tak kena kacau pulak? hebat

  2. Nenek bomoh tu nenek kepada kawan saya. Dia bukan mati gantung diri. Dia sebeno nya nak main buaian fefeling nak pikat anak raja bunian. Entah kenapa,tali tersebut terbelit mengikat lehernya. Dari gosip mengatakan,itu perbuatan khianat sorg lagi bomoh wanita bernama mak senah yg cemburu akan arwah nenek bomoh itu kerana arwah seorg bekas ratu kebaya. Semenjak tragedi oktober tersebut,kawan sy pun berpindah ke kpg pisang.

  3. uish…seram weyyyy…nak2 part mak dia kena rasut tu…mengesot2 depan pintu, bila buka tingkap nampak mak dia dgn rambut mengerbang mengesot sambil mengilai2..fuhhhhh,naik bulu roma part tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *