Rumah Nombor 9

Bismillahirrahmanirrahim Assalamua’laikum

Kisah ini tidak ada kaitan hidup atau m**i. Kategori seram biasa.

Polis menemui bukti yang kukuh serta jelas bahawa rangka tulang yang ditemui di dalam lantai di belakang rumah sewa Rasian adalah rangka tulang manusia.

” Cik Rasian bagaimana cik menyedari bahawa ada tulang di dalam lantai ni?” Soal detektif pada Rasian.

” Saya kerap kali bermimpi dan melihat kelibat wanita di bahagian belakang rumah, satu malam saya seolah-olah diberitahu bahawa di bawah lantai simen ini ada rangka manusia yang m**i d*****h tuan,” Rasian memberi jawapan secara jujur kepada detektif.

” Sejak bila cik menyewa rumah ini?”

” Saya menyewa rumah ini baru dua bulan tuan,”

Detektif Carlito berfikir jika dia ni pembunuh, rangka manusia yang ditemui kelihatan telah lama mungkin dah lebih dari setahun. Hasil siasatan daripada jiran tetangga Rasian juga memang dia baru lagi menyewa rumah ini. Tetapi jawapan dia tentang bagaimana dia menemui rangka manusia ini perlu disiasat. Fakta nya diragui mana mungkin roh orang m**i menemui nya dalam mimpi.

Rasian khasrar terpaksa berpindah ke rumah sewa baru kerana dia perlu membawa ibunya tinggal bersama dengan nya. Rakan penyewa yang lain tidak bersetuju dia membawa ibu nya untuk tinggal bersama. Maklumlah pelajar tidak selesa jika ada orang lebih tua ada mereka tidak selesa. Rasian pun mencari rumah sewa lain yang murah sewa dan dekat dengan tempat belajar.

Malam pertama dia masuk ke dalam rumah sewa dia telah menerima salam perkenalan daripada sesuatu. Cakaran kuat dari atas syiling meremang kan bulu roma. Kejadian demi kejadian berlaku. Bunyi hilaian ketawa wanita di belakang rumah nya kerap kali didengari oleh dia dan juga ibunya. Namun demi mengenangkan tiada lagi tempat semurah itu mereka terpaksa juga lalui keadaan ini. Asalkan makhluk tersebut tidak menganggu dengan lebih agresif.

Kerap kali dia didatangi oleh kelibat wanita berpakaian putih lusuh labuh mencecah lantai. Rambut panjang mengurai menutup wajahnya. Kelibat itu berada di bahagian belakang rumah. Terutama sekali pada waktu malam hari antara pukul 2-3 pagi.

Satu malam dia leka menyiapkan tempahan kek dan kuih untuk majlis perkahwinan rakannya. Tiba-tiba setelah siap dia memasak coklat untuk digunakan sebagai hiasan dia berehat di kerusi sambil menonton televisyen. Terdengar bunyi kuat di dapur. Berlari dia rupanya penutup gas masak tercabut. Bunyi gas kuat dan bau semakin mencengkam hidung. Cepat cepat dia membuka pintu dan tingkap. Esoknya bila dia mahu membungkus kuih dan kek alangkah terkejutnya dia apabila di dalam kuih dan kek penuh ulat sampah mengeletik seperti cacing kepanasan.

Sudahlah badan penat rosak pula semua makanan. Dia kena masak semula dan memberitahu teman nya tentang hal ini. Dia perlu mencari penyelesaian dahulu masalah rumah ini. Jika tidak dia akan sering diganggu.

Rasian terus menelefon kawan baik nya Arjuna. Arjuna boleh merawat dan melihat kehadiran makhluk halus.

“Arjuna tolong i takut lah tak tahan dah i duduk rumah ni”

” Kenapa pula, hari tu you okay je tak cakap apa-apa pun masa mula pindah rumah?”

” You datang rumah i please…” Rayu Rasian pada teman baiknya.

Kehadiran Arjuna ke rumah Rasian tidak disenangi oleh makhluk yang mendiami rumah tersebut. Tiba tiba sahaja Rasian dan ibunya mendengar bunyi bising di dapur semua pinggan mangkuk dijatuhkan ke lantai. Mereka berdua berpelukan dan Rasian membawa ibunya keluar menunggu Arjuna di dalam kereta sahaja.

Arjuna telah pun nampak apa yang mengganggu teman baiknya itu. Ada dua jenis yang dapat dilihat nya. Satu seperti roh gentayangan mungkin jin menyamar dan satu lagi langsuir. Langsuir ini yang membuat kacau di rumah itu.

Arjuna datang bersama haiwan ghaib nya drago seekor naga jantan yang besar. Arjuna melihat dua wanita sedang berada di dalam kereta. Dalam hati nya lari keluar buat apa sebab langsuir tu ada juga di belakang mereka.

” Assalamualaikum Rasian,”

” Waa’laikumsalam awak ni lambat sampai saya dah takut tau tak”.

” Dah mari masuk kita selesaikan semua nya hari ni”,

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah Rasian telah hilang kendali. Dia mula menjerit dan memaki hamun Arjuna. Dia mengilai dan ketawa mengejek.

” Budak mentah kau nak halau aku dari rumah aku?” Suara makhluk tu dalam kegarauan.

” Baik kau pergi atau kau aku hapus kan!”

” Aku tak akan pergi!”

Langsuir bertenggek di tubuh Rasian muka makhluk puaka itu tidak jelas. Kuku nya hitam panjang.

Arjuna menggunakan ilmu yang dipelajari oleh nya ditangkap nya langsuir itu dan terus dia simpan. Dia perlu membuang jauh ke tempat lain agar dia tak mengganggu Rasian lagi. Mujurlah Rasian cepat jika tidak pasti langsuir ini akan memberi keburukan kepada Rasian dan ibunya.

Badan Rasian lemah dan tidak sedarkan diri. Arjuna memberikan air penawar agar semangat nya kembali seperti sediakala. Arjuna meminta izin untuk kembali ke rumahnya setelah dia selesai merawat.

Malam itu Rasian bermimpi bertemu seseorang yang tidak dikenali nya. Wanita itu sangat cantik dan menawan. Dia tersenyum melihat Rasian. Dia menarik tangan Rasian dan membawa ke satu tempat yang dikenali Rasian.

Rasian melihat bagaimana seorang wanita diseksa oleh seorang lelaki dan wanita tua. Lelaki itu sering menarik dan memukul wanita itu. Wanita tua itu pun selalu membuli dan mengherdik nya.

Satu kejadian yang menimpa diri wanita itu paling menyedihkan dia dipijak perut yang sedang memboyot membawa kandungan nya. Berlaku pergelutan dan wanita itu ditikam di dadanya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Paling ngeri perut nya dibelah dan bayi nya di ambil.

Mayat bayi nya di simpan dan dipuja. Mayat wanita itu ditanam di belakang rumah dan disimen.

Selepas melihat semua kejadian itu. Wajah wanita itu kelihatan sayu dan dia memohon agar Rasian dapat menyempurnakan mayat nya.

Detektif Carlito tidak dapat melelapkan matanya kerana sejak kejadian penemuan rangka manusia itu. Dia sering diganggu oleh makhluk menyerupai wanita muda. Wanita itu berdarah di dada seperti kesan tikaman dan perut nya juga seperti telah dibelah. Wanita itu seringkali mendatangi dalam mimpi.

Gempar kisah kematian seorang lelaki ditemui maut berlumuran d***h dan disisinya terdapat satu mayat bayi yang telah dikeringkan. Lelaki itu ditemui m**i oleh pihak berkuasa setelah jiran nya membuat laporan mendengar bunyi yang jeritan kuat malam tadi.

Rasian bermimpi lagi wanita itu tapi kali ini dia tersenyum. Dan mengucapkan terima kasih kepada nya kerana telah membantu nya dan dia juga telah membalas dendam pada lelaki yang telah m******h nya dulu. Lelaki itu adalah bomoh jahat yang telah merogol nya dan mengambil anaknya untuk tujuan kejahatan.

Rasian terjaga dari mimpi nya. Di hujung katilnya dia melihat wanita itu tersenyum dan pergi menghilang di sebalik dinding bilik nya.

Detektif Carlito tidak lagi bermimpi ngeri dan dia masih menyiasat kes ini kerana bila dikenalpasti rangka manusia itu adalah milik seorang wanita muda yang telah dilaporkan hilang sejak 10 tahun lepas. Kehilangan masih misteri dan mayatnya telah disempurnakan oleh keluarga yang datang menuntut.

Sekian.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Rumah Nombor 9”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.