manor_screenshot_03-1920x1080-9443be80244e91e5f66b6292bf98c2bf

Rumah Sarah

Assalamualaikum dan hai semua. Nama aku Ayin. Aku perempuan tau. So hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku dengan kawan aku nama Akila (bukan nama sebenar) masa kitorang tumpang tidur rumah sorang kawan kitorang.

Kisah dia takde la seram mana. Tapi korang baca je lah ok. Maaf kalau agak panjang dan meleret. Ni cerita time kitorang tengah belajar kat satu IPTA kat negeri pantai timur. Dalam 3 tahun lepas. Masa tu aku dengan Akila ni cadang nak makan kat mcD . Sambil makan sambil cuci mata laa kan. Kot sangkut sorang dua. Huhu.

Dah leka makan borak-borak tu kitorang tak perasan jam dah lebih pukul 12. Pagar dah kene tutup. Student yang masuk lewat pun akan kene denda dengan pak guard. Last-last kitorang plan tidur rumah kawan kitorang je. Kebetulan si Akila ni ada motor. So lepas je aku mesej member kitorang yang kitorang nak tumpang tidur ni. Ok aku bg nama dia Sarah laa ye. Bukan nama sebenar gak tau. Die pun reply “okay, datang lah, aku kat rumah”. Kitorang pun terus laa gerak. Jauh jugak rumahnya dalam 30 minit perjalanan.

Kitorang sampai sana pun lebih kurang pukul 1 pagi. Untuk pengetahuan korang, Sarah ni tinggal sorang je. Mak ayah dia dah meninggal. Adik beradik dia lain semua dah kawin and tinggal dia sorang je. So adik-beradik dia duduk rumah masing masing la. Sarah pulak duduk sorang kat rumah peninggalan mak ayah dia. Lagipun umur dia dah dekat 30 an rasanya masa tu. Dan untuk pengetahuan korang, Sarah ni tak selalu duduk rumah tu sebab elektrik air semua takde. Dia punye kepala letrik ke amende tah tu kene curik sebab rumah die masuk perompak sebelum tu. So sarah pun selalu tidur kt rumah kakak dia.

Dah sampai rumah tu memang aku dengan Akila dah rase seram gila. Sebab kitorang dah lama tak datang situ. Dgn lalang tinggi paras lutut. Ni kalau Sarah mati kene makan ular sawa pun tak jumpa terlindung oleh lalang ni. Aku dgn Akila terus turun moto dan pasang lampu fon. Sbb gelap gila kan elektrik takde kat rumah die tu . Aku pun call laa Sarah bagitau kitorang dah sampai. Pastu dia bukak pintu ajak kitorang naik.

Astaghfirullah. Masa masuk tu aku terkejut gila sebab tengok keadaan rumah dia yg bersepah. Kain berhamburan. Tingkap takda. Tapi aku buat senyap je laa. Yelaa rumah orang kan. Tak kan kita nak komen itu ini. Dalam hati aku dok fikir fikir Sarah ni tak takut ke tinggal sorang macam ni. Yeke ni Sarah. Ke hantu. Haihhh jahat betul aku fikir mcm tu.

Dengan menggunakan lilin dan lampu fon, Sarah tunjuk kan bilik kat kitorang. Dia cakap tu bilik arwah mak dan ayah dia. Bederauu jugak darah aku time tu . Pastu aku tanya lah. “Kalau kitorang tidur sini kau tidur mana ? ” btw bilik tu tak la besar sgt. Muat2 utk 2/3 org je. Tp ade katil queen satu dalam tu. Pastu Sarah ni jawablah. “Takpe lah aku tidur kat bilik sebelah je, bilik aku”.

Dah dia cakap camtu aku ngan Akila pun okay je lah. Lepas Sarah keluar, aku dgn Akila pun start laa nak tidur sebab dah ngantok sgt masa tu dekat pukul 2 dah. Tengah sedap-sedap tido tetibe aku terjaga. Sebab aku dengar bunyi macam binatang mendengus tu. Bunyi lebih kurang macam hmmrr hmmrrr. Aihh tak tau laa aku nak eja camne. Mula mula aku ingatkan si Akila ni berdengkur ke ape kan. Tapi aku pelik kenapa laa teruk sangat bunyinye macam kerbau kene sembelih tu. Pastu aku bukak lampu fon tengok Akila. Dia tido mati takde lak nampak die berdengkur.

Aku masa tu dah start rasa pelik. Tapi sebab ngantok sangat aku tertidur balik. Tetiba aku tejaga lagi. Sbb si Akila ni bangunkan aku. Tapi dia tak besuara pun. Dia cuma gerak2 kan lengan aku. Pastu letak jari telunjuk kat bibir dia macam buat tanda suruh senyap tu. Aku pelik laa kenapa kan die suruh aku senyap. Pastu sekali lagi kitorang dengar bunyi mendengus macam yang aku dengar tadi. Time tu hilang terus dah ngantuk aku. Berdiri habis bulu roma bulu ketiak. Yg si Akila ni tangan dah menggeletar dah sebab aku rasa tangan dia yg pegang bahu aku tu.

Disebabkan aku ni bukan la jenis penakut sgt, aku pun bukak lampu fon. Pastu aku cakap kat Akila. “Weh Kila, aku nak pergi tengok bilik sebelah”. Aku takut jugak kalau tu bunyi binatang kaki pendek tu ke nak masuk dalam rumah . Sebab tingkap tak becermin kan . Cuma letak kain je. Kot la die melompat masuk. Si Kila ni dah halang2 aku keluar. Aku cakap laa kalau kau tak nak ikut kau duduk sini. Lagi lah budak tu menangis sebab takut kene tinggal ngan aku. Haha.

Bertemankan cahaya henfon, kitorang keluar pergi bilik Sarah sebab kitorang dengar bunyi tu dekat dengan bilik dia. Tapi aku pelik jugak tak kan Sarah tak dengar. Aku tengok time tu dah pukul 5 pagi mcm tu kot. Nak subuh dah. Si Akila ni duduk belakang aku pegang baju aku. Susah aku nak jalan. Ikut hati aku tinggal je dlam bilik tu. Hahahaa.

Aku ketuk la pintu Sarah. Aku panggil “Sarah! Sarah!” Tetibe bunyi mendengus tadi senyap. Aku malas la nak fikir pape aku masuk bilik tu. Akila masih kat belakang aku. Korang tau apa aku nampak? KOSONG! Bilik tu kosong. Sarah takde dalam tu weyh! Habis apa yang bunyi mendengus tu. Slow slow aku dgn Akila masuk. Aku panggil la “Sarah, kau kat mane?” Tetibe dummmm! Pintu bilik tu tertutup sendiri. Hampir melompat aku. Si Akila ni pulak da meracau-racau. “Ayin jom balik, jom balik”. Hampir je die melompat keluar ikut tingkap tapi aku sempat tarik. Pastu aku kata jom kita blah. Tapi aku cube carik Sarah lagi dalam bilik tu sebab aku tak nak tinggal dia sorang.

Dalam bilik tu ada satu almari lama. Besar jugak. Aku pun tah mcm mane boleh terfikir Sarah ada dalam tu. Aku bukak la almari tu. Sekali korang tau apa ada dlam almari tu? Bukan Sarah tapi seekor makhluk yang lengkap berkapan! Muka bertanah . Tepat memandang kitorang sambil buat bunyi mendengus tu. Ya Allah! Memang kitorang tak mampu nak menjerit semua tu. Aku terus tutup balik pintu almari tu dan tarik tangan Akila nak kluar dari bilik tu. Si Akila pulak dah jatuh terduduk. Aku tarik tangan dia aku seret dia. Sambil nak keluar tu aku tendang pintu bilik tu sekali pintu rumah tu aku tendang. Sambil keluar tu aku jerit, “Sarah, kami nak balik! Kau jangan ikut!”.

Nasib baik kunci motor semua kitorang simpan dalam poket. So aku hidupkan motor aku jerit “Akila, naik cepat!” Pastu aku langgar aja semak-samun depan rumah tu. Dah keluar dari kawasan rumah tu dengan tangan ketar2 aku bawak moto selaju boleh. Si Akila ni mendayu-dayu menanges kat belakang sambil cakap cepat laa yin cepat laa . Masa tu aku tertengok side mirror.

Astaga. Makhluk tadi beguling2 belakang kitorang. Aku nak baca apa apa surah memang aku blur habis. Aku bawak je moto sampai laa ke jalan besar aku nampak lampu jalan dan lampu kereta. Kebetulan masa tu azan dari masjid berdekatan situ. Aku tengok belakang makhluk tadi dah hilang. Kitorang terus masuk dalam masjid tu.

Si Akila ni dah behenti menangis. Pastu dia tanya aku , “Yin, ape yg jadi tadi? Ape bende tu? Pocong ke? Tak kan sarah dah mati jadi hantu? ” Allahu, aku baru teringat Sarah. Lepas tu aku cek laa fon aku mesej dengan Sarah. Takde beb! Hilang mesej kitorang tu!

Aku terus ajak Akila amek wuduk nak solat. Last-last kitorang duduk kat masjid tu sampai laa orang masjid habis Subuh tu. Tapi dalam pukul 8 baru kami kluar dari masjid sebab nak tunggu hari cerah. Sampai je kat hostel aku call Sarah.

Dia angkat. Aku tanya la. “Sarah ! Ko kat mane?” Pastu die jawap “Aku de tranung skang, bakpo mu call aku? “. Aihhh berderau darah aku. Pastu aku tanye la, ” bile lagi ko g teganu?”. Pastu dia jawap “3 hari dah aku dok sini sedare aku nikoh”. Aku cakap “laa, ok takpe lah”, dam aku terus letak fon. Kalau Sarah ada kat Terengganu. Habis yg kat rumah dia malam td tu siape???? Huhu

Sekarang ni rumah Sarah tu pun dah dirobohkan. Sarah pun dah kawin pindah ke Pahang. Ok bye…

18 comments

  1. serammm…tapi tak berapa logik pasal mesej sarah yg hilang tu……hantu pun pandai main phone kerrr…pastu boleh lak korang call sarah dulu pastu dia jawab call n kuar pelawa korang masuk kan?? cuba lagii…cerita dah seram,tapi ada persoalan dan kemusykilan

      1. Pernah alami juga..mesej2 misteri cmtu, memang hilang bila dh pagi.. kalau nk kata mimpi, mata x mengantuk pon.. apa2 pun Allah Maha Mengetahui..

      2. Betul tu. Orang yang tak pernah ada pengalaman macam ni je yang cakap tak logik. Serba-serbi kata itu ini. Cubalah terima hakikat yang jin dan syaitan mahupun makhluk halus tu benar-benar ada kat dunia ni selain kita. APTB.

  2. cerita yg menarik… seram sgt2… xbole bygkan klu aku yg kne kejo ngan hantu gule2 tu… haha…
    tapi tulah kdg, bile masa nk tkena tu, smp xbole pkir mana logiknya…
    bila dh terjadi baru tersedarkan.. sbb pnh gak alaminya.. cm xlah seteruk mcmni…

  3. pasal hp tu… dengar macam x logik… tp pernah berlaku kat opis kawan aku tengah stay back OT… ada call keluar kat hp tapi yg buat seram…. no. telefon tu dari bilik boss yang bergelap….so, saper yg call? dan opis boss tu.. depan mata dia jer…

  4. xde apa yg mustahil langsat oiiii…penah tgk sendiri kt opis ni. technician sdg betulkan telefon sbb telefon rosak & belom disambung ke soketnya…tetiba telefon tu berdering & technician tu dgn beraninya mengangkat gagang. Sibbaik “dia” tak mengilai ke hapa…cuma “dia” ckp “hello ni cafe ke ? sy nak order mee goreng”….

    terus terkedu mamat technician tu…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *