Rumah Sewa 2 Tingkat 3 Bilik

Assalamualaikum hai semua pembaca fiksyen shasha . Nama aku lynn . Tp nak panggil Izara Aishah pun boleh no problem . Okay bukan nak cerita pasal nama . Tapi nak cerita pasal pengalaman aku kat rumah sewa masa aku belajar kat Kelantan .

Aku menyewa dgn member aku 5 org . Rumah sewa aku dua tingkat . Ada tiga bilik . Dua bilik air . Tp satu bilik lagi tu tuan rumah aku tak bagi bukak sbb die letak barang2 penyewa sebelum aku yg dia sita sbb tak bayar sewa rumah . Okay nak di jadikan cerita ada satu malam tu aku pergi keluar lepak dgn member aku sampai la pukul 5 pagi.

So lepas member aku hantar aku balik . Aku mcm biasa la bukak pintu nak masuk rumah . Lepas pintu terbukak je aku punya lah tekejut mcm nak tekeluar jantung aku . Nasib baik aku sempat sambut balik kalau tak maybe jantung dah belari lari ke rumah bangla jiran sebelah aku . Time bukak pintu tu aku hampir je telanggar kepala wawa . Dia ni mmg hobi tidur dia kejap kepala kat atas kejap kepala kat bawah . Nasib baik aku tak tersepak kepala die . Kalau tak mau hilang ingatan si wawa ni . Ohh yaa . Walaupun ada dua lagi bilik tapi kami semua mmg tidur kat ruang tamu .

So lepas aku masuk tu aku terus lah naik bilik atas sbb nak tukar baju . Yg aku geram nya housemate aku boleh pulak matikan lampu bilik atas . Selalu kalau aku keluar mmg aku pasang lampu dulu biar dah balik takde la aku tergagau gagau cari suis lampu . So lepas aku masuk je bilik tu aku terpandang dinding kat belah kanan . Dalam kegelapan malam yg hanya bertemankan lampu jalan kat luar aku samar2 nampak benda putih tergantung kat dinding tu . Time ni mmg jantung aku dah tecabut lari mmg aku tak sempat nak kutip dah . Aku diam terkaku kat depan pintu bilik tu sbb aku nak kan kepastian apa yg sebenarnya aku nampak . Nak kata telekung mcm bukan . Kalau telekung pun biasanya dibiarkan di sudut bilik berhabuk berdebu. Huhu biasa la masa ni zaman jahiliah .

Tiba2 masa aku dok tenung benda putih tu . Aku rasa mcm dia bekibar2 angin apa semua takda. Aku tak tunggu apa dah aku terus belari marathon turun bawah tak tukar baju dgn tudung masih di kepala aku terus selubung dalam selimut . Nasib baik aku tidur tengah2 jadi tak la rasa takut sgt sbb terhimpit dgn kawan2 aku . Kalau benda tu nak join sekali pun mesti dia baring tepi membe aku yg hujung sekali . Punya laa aku nak sedapkan hati aku masa tu . Huhu . Masa tengah berselubung tu aku dpt rasa org bernafas dekat belakang aku. Sangkaan aku meleset . Dia nak jugak menyelit tepi aku . Aku dgn mulut teketar ketar cuba baca surah surah . Tp habis tunggang langgang semua. Alif ba ta . Alif bata je aku ulang . Lepas tu aku tak sedar ape dah . Aku terus tetido sampai ke tengahari .

Esok tu aku tak terus cerita kat kawan2 aku. Lepas habis sewa rumah tu baru aku cerita. Kesimpulan dia kat sini aku nak pesan jgn tinggal solat . Kalau tak solat mudah nya benda tu nak ganggu kita. Lagi satu kalau tido tu letak lah yassin ke apa ke kat sebelah . Sng kalau kene kacau kau tunjuk terus yassin tu kat benda tu . Biar jantung dia pulak jatuh sbb ketakutan . Ok yg penting solat ! Jangan biarkan telekung anda berdebu ! K assalamualaikum .

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

6 comments

    1. ko nyer ‘bahan’ pun laen mcm..tpi seriuz aku pun ade rs cam nk gelak nie..hahahaha~pufff..puff (smbil ttup mulut guna tgn)..haaa tpi ku thn pasal x nk ilang feel bc story laen..haaaa…hait!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *