Rumah Sewa

Assalamualaikum FS. Sy ade pengalaman masa tinggal dirumah sewa dan sy nak kongsi cerita sy. Dan cerita sy ni benar dan bukan rekaan semata2..
Mohon hide fb saya. ( nama dalam cerita ni bukan nama sebenar ye )

Ceritanya mcamni. Masa tu aku form 4 dan akan menduduki exam smu (sijil menengah ugama) Masa sminggu nk exam smu,aku dan kawan2 aku berpakat nak duduk rumah sewa sebab senang nak study. Tambah pulak rumah sewa tu depan sekolah kami. Ok nak dijadikan cerita,kami 5 orang semua sewa rumah dekat dgn kawasan bendang/sawah. Rumah berdeket 3pintu. Rumah kami paling hjung, dan hnya kami yg sewa kat situ, 2 pintu lg kosong dan tiada penyewa..

Masa mula2 tengok rumah tu,memang aku dah rasa xsedap hati,tp buat xtau je sbb ingat mungkin perasaan aku je. Hari pertama dirumah sewa,aku dan kawan2 aku ( mimi,syerah,ayu,tirah ) kemas2 rumah sebab rumah tu terlalu lama dibiarkan,jadi agak kotor dan bersepah la jugak..Penat jugak seharian mengemas. Tp lepas kemas rumah sewa,aku balik rumah aku dulu sebab mak aku minta balik rumah dulu. Nanti esok hari baru mak aku hantar aku. Jadi malam mula2 tu hanya kawan2 aku yg tidur kat rumah sewa tu. Dan tiada apa2 pun yg berlaku malam tu. Semua tidur lena sebab penat mengemas seharian.

Keesokan harinya,mak aku hantar aku utk stay bersama kawan aku kat rumah sewa tu…
3 hari aku kat rumah tu memang xde ape2 masalah. Kami tidur kat ruang tamu sbb bilik hnya 1. Tak cukup, jd bilik tu kami buat tempat letak barang. Kemudian esok kami akan mula exam,petang tu masa aku nak masuk dapur,aku trkejut sebab tiba2 kucing hitam terjun depan aku. Mau tak trkejut. Hairan,sebab sblum ni xde pun kucing hitam macam tu. Memang hitam sangat kucing tu dengan mata bersinar pandang aku. Aku buat tak tahu jela..masuk bilik mandi dan mandi..
Bila aku keluar je,kucing tu dah takde. Aku tak bagitau kawan2 pun pasal tu. Malam tu semua masih belum tidur sebab sibuk nak menghafal dan ulangkaji. Kawan2 aku semua duduk kat tengah2 ruang tamu. Ulangkaji sambil baring. Aku je yg jauh sikit sebab nak focus menghafal dan aku duduk dekat pintu masuk.

Masa tengah syok menghafal,aku dengar bunyi macam orang buka pagar rumah yg kat depan Tp aku tengok kawan2 aku mcam tak dengar je sebab tak de respon apa2 pun. Aku tengok jam dah nak masuk jam 11.45mlam. Aku fikir mungkin aku silap dengar. Sape nak datang rumah malam2 buta macam ni kan So buat tak tahu jela. 5minit lepas tu,ade orang ketuk pintu rumah. Memang sahla aku yang terkejut dulu sebab aku yg paling dekat dengan pintu tu. Masa ni memang aku rasa dh tak sedap badan. Habis segala bulu terasa tegak berdiri. Kawan2 aku pun dengar bunyi ketuk pintu td. Lepas tu, tak puas diketuknya pintu,diketuk pulak jendela ruang tamu. Masa ni memang aku lari duduk kat kawan2 aku. Tangan kaki aku dah sejuk. Muka aku memang takyah cakapla,pucat semacam je.

Kawan aku yg lagi sorang memang berani,nama dia Syerah. Dia yg jerit tanya, “sapa kat luar???jangan ganggu kami nak belajar.. ” Lepas Syerah jerit mcam tu,baldi kat dapur orang ketuk. Baldi baiii. Duk kat dapur.. tadi luar rumah,sekarang dah masuk dalam rumah! Syerah dan kawan2 aku yg lain melaungkan azan dan baca ayat qursi sekuat hati. Makin baca,makin kuat bunyi baldi tu diketuk…Memang aku dan kawan2 aku dah takut nak jenguk kat dapur. Tak puas lagi mengusik kami,katil dalam bilik kami diheret. Bunyi mcam orang tengah alih katil. Dan… aku la orang yang nampak “benda” tu. Tangan “benda” tu sgt2 mengerikan. Mata dia takyah cakaplah.. merah dan “benda” tu terbang kat atas syiling. Yang hairannya, aku je yg nampak, tapi kawan2 aku yg lain tak nampak. Diorang hanya dengar bunyi2 je. Tapi aku mata dah terbeliak keatas. Kawan2 aku jadi panik. Kawan aku yg lagi sorang namanya Ayu dah telefon ayah dia. Ayah dia cakap nak datang dengan org yg handal dalam bab2 ni. Lepas telefon ayah dia, terus aku rasa diri aku kena tindih.
Pandangan aku jadi gelap..Lepas tu aku pengsan dan aku tak tau dah apa yg jadi lepas tu.

Bila aku dah tersedar,aku tengok ade 2 orang lelaki yg dah berumur, (ayah ayu & pakcik yg handal pasal benda2 ni) Menurut pakcik tu,masa dia mula2 nak masuk pagar rumah tu,memang dia dah nampak 1 lembaga besar ade kat depan rumah kami. Aku tanya la pakcik tu, kenapa dia kacau kami? Pakcik tu cakap dia tak suka kami tinggal rumah tu. Tu sahaja jawapan pakcik tu. Malam tu pakcik tu pagar rumah kami dengan tabur beras kunyit. Masa tu jam dah menunjukan pkul 3.30 pg. Ayah Ayu dan pakcik tu minta diri nak balik sebab dah lewat malam. Diorang minta kami tidur je sebab esok nk exam.

Lepas diorang balik,kami terus tidur. Masing2 tidur rapat2 sebab takut, dan aku yg ade kat tengah2. Malam tu berlalu dengan begitu shaja. Jam loceng berbunyi menandakan waktu 6pagi. Kami semua bangun untuk bersiap2 ke sekolah. Masing2 mandi ramai2 je dalam bilik air sebab takut. Nak ambik baju dan sebagainya masuk bilik ramai2 sebab perasaan takut masih ada…

Sampai disekolah,kawan aku buka mulut cerita pasal ni kat kawan2 sekelas..Heboh 1 sekolah pasal ni. Tak pasal2 terkenal. Hahahaha. Balik dari sekolah,kami kemas semua barang2 kami sebab dah tak nak tinggal kat situ lagi. Masing2 nak balik rumah sendiri je. Duduk rumah sewa tak sampai 10 hari pun, dan rumah sewa tu sampai sekarang takde yang sudi sewa. Dan yg paling penting,kami dapat MUMTAZ dalam exam SMU hari tu…Alhamdulillah..

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Admin2

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]

8 thoughts on “Rumah Sewa”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.