Rumah Sewa

Sepanjang hidup aku, macam-macam bentuk makluk halus pernah aku lihat. Ada yang buruk, yang cantik, yang terbang, yang kaku dan kadang-kadang ada yang suka berbisik kat telinga aku. Orang kata hijab mata aku terbuka. Sebab itu aku boleh nampak benda-benda halus dan selalu kena ganggu sampai aku sudah lali.

Tetapi ada satu gangguan yang terkesan dalam hidup aku sampai sekarang. Awal tahun 2000, aku, emak, kakak, abang ipar dan dua anak saudara yang masih kecil menyewa rumah teres dua tingkat di Sri Gombak. Keadaan rumah selesa dan kawasan rumah pun selesa, tapi entah kenapa aku tak boleh duduk dalam rumah tu. Aku sendiri tak tahu apa perasaan aku, rasa macam pelik. Bertambah peliknya bila jiran-jiran tidak bertegur sapa. Aku cuba tegur dan senyum bila tersepak dengan mereka, tetapi krik-krik plak jiran aku. Aku mula fikir jiran sebelah rumah aku sombong, jadi sejak dari tu malas la aku nak tegur.

Setelah beberapa bulan duduk di rumah tu. Banyak benda pelik berlaku. Anak saudara aku bercakap sorang-sorang dan dia kata ada kawan belakang peti sejuk, dalam bilik stor ada kakak dan ada dua orang serupa dengan aku dalam rumah tu. Aku juga berasa pelik bila penyewa sebelum ni tak ambil surat-surat dia dan dia tak tukar alamat surat menyurat. Semua surat yang sampai, semuanya dari bank dan semuanya surat overdue payment. Nama disurat tu lelaki berbangsa cina.

Kisah seram aku bermula, bila aku beli camera fone baru. Kebetulan malam itu kawan baik aku datang dan tumpang tidur di rumah kami. Bila dah lewat malam, aku, emak dan kawan aku bersiap-siap untuk tidur. Lampu bilik ditutup, pintu bilik hanya tutup separuh supaya ada cahaya dari luar. Lampu bilik air berhadapan dgn bilik aku kebiasaannya dibuka supaya senang untuk pergi ke bilik air. Dalam keadaan bilik bercahaya samar-samar, aku pun cuba la camera fone aku. Nak test katanya power ke tak. Aku on camera, aku mula hala camera ke jam dinding, aku cuba fokus jam dinding tu, tapi gagal. Aku ubah hala ke pintu bilik air. Tiba-tiba aku nampak sesuatu. Aku nampak seorang perempuan rambut panjang dan barbaju putih. Aku sangkakan kakak aku yang berdiri di depan pintu bilik air. Tapi aku rasa kakak aku tak pakai baju putih. Aku cuba tgk diluar skrin fone aku, tak dak orang pun berdiri depan pintu bilik air. Aku tengok balik di skrin fone aku, dia masih ada berdiri dipintu. Kali ni aku tgk betul-betul wajahnya. Rambut panjang lurus rapi, mukanya pucat, tiada mata cuma ada hidung. Aku jadi takut, tangan aku menggigil. Aku tak tahu nak fikir apa, nak snap ke tak. Makin lama makin tajam pandangan dia pada aku. Aku terus off camera dan menjerit minta kawan aku buka lampu bilik. Semua orang rumah terkejut. Aku pun cerita apa yang aku nampak tadi.

Sejak dari kejadian tu, hidup aku jadi tak keruan. Aku jadi takut, sampai aku takut nak tidur waktu malam. Keluarga aku berusaha bawa aku berubat, barulah terjawab semua persoalan kami. Kenapa jiran tak bertegur siapa? Kenapa penyewa sebelum ni tak tukar alamat surat menyurat? Siapa kakak dalam bilik stor? Siapa yang muncul dalam fone aku?

Penyewa sebelum ini telah gantung diri didepan pintu bilik air! Aku tak tahu apa ceritanya tetapi dia la yang aku nampak. Seorang lelaki berpakaian wanita, berambut panjang. Rohnya masih terperangkap didalam rumah tu. Aku berpendapat jiran sebelah rumah cuba mengelak dari kami supaya kami tak bertanya tentang penyewa sebelum ni. Kami cuba pulihkan rumah tu, tetapi aku masih tak keruan. Akhirnya, kami berpindah ke tempat lain.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

11 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *