Assalamualaikum semua pembaca FS. Aku sememangnya peminat cerita seram jadi setiap kali login fesbuk, laman FS ni menjadi suatu kemestian untuk aku godek. Cerita-cerita yang dikongsikan agak menarik, membuatkan aku terpengaruh sama untuk berkongsi pengalaman mistik yang aku alami. Kalau tak berapa seram maaflah ye. Ok masa tu aku masih menuntut di IPTA nun di utara, jadi setiap kali cuti semester aku akan balik kampung. Sudah menjadi satu kemestian juga aku akan bermalam dua tiga hari di rumah mak sedara aku. Kebetulan mak sedara aku baru pindah rumah sewa yang baru. Aku ingat lagi time tu berlangsungnya Sukan Asia di Doha Qatar.
Jadi malam tu aku dengan sepupu-sepupuku yang bertahun-tahun mudanya dari aku ni berpakat nak berjaga malam tu nak tengok game badminton. Masa tu pasangan beregu Malaysia Koo Kien Kiat dengan Tan Bong Heong tengah tip top permainannya. (diorang menang emas sukan asia time tu). Selalunya diorang tak berani nak berjaga sebab tak ada geng maklumlaa budak-budak lagi time tu, tapi memandangkan aku ada jadi diorang excited sama laa nak berjaga malam tengok sukan. Awal-awal lagi kami dah ready selimut dengan bantal kat ruang tamu depan tv. Buat pengetahuan semua rumah tu bahagian ruang tamu agak tinggi dan semuanya diperbuat dengan papan dengan ada satu bilik utama manakala ruang dapur agak luas memanjang jadi kat ruang sebelum tempat memasak tulaa kami tidur. Masa tu jam dah dekat pukul 3 pagi, kitorang tengah syok tengok perlawanan badminton tu, tiba-tiba terdengar bunyi kayu jatuh dari tempat tinggi. Kuat jugalaa bunyi dia, terdiam sekejap kitorang. Sebenarnya kat depan rumah ni ada bangunan kedai dua tingkat yang masih dalam pembinaan. Jadi gaya bunyi kayu jatuh tu macam dari tingkat atas bangunan tulaa. Lepastu kitorang buat biasa saja dan terus sambung tengok tv. Masa tu aku dah rasa lain macam tapi mengenangkan sepupu-sepupu aku ni penakut yang amat aku abaikan jelaa perasaan tu.
Tak lama lepas tu tiba-tiba pulak lantai papan tempat kami duduk ni bergegar-gegar macam di goyang-goyang seseorang. Apalagi mencicitlaa kami lari ke dapur tinggal tv yang masih terpasang dengan sepupu lelaki yang terbongkang tidur dalam kelambu tu. Terkejut beruklaa jugak kitorang tak boleh bayang macam mana papan tu boleh bergegar sebab memang tinggi tiang bawah dia kalau kudrat manusia biasa memang tak terdaya nak gegar lantai papan tu. Selepas bertenang seketika sepupu aku ambik keputusan kejut mak ayah diorang teman tutup tv. Lepas tu kami tidur dalam ketakutan sepatah pun tak cakap pasal tu. Esok paginya barulah kami berani bercerita. Sepupu aku yang perempuan rupanya masa kayu jatuh tu dia ada perasan sesuatu dalam kelambu abang dia (sepupu aku yang lelaki ni memang tidur kat ruang tamu sorang-sorang dia dengan kelambu). Toleh punya toleh nampaklah dia lembaga besar macam beruk tu dok di kepala abang dia . Masa tu abang dia dah berdengkur dengan syoknya tak ingat apa dah. Lepas tu dia buat tak tahu saja ingat bayangan perasaan aje.
Lepas tu terbongkarlah cerita sebenar, mak sedara aku cerita masa mula-mula pindah rumah tu dia ada kemas rumah tu. Lepas tu dia terjumpa lesung batu yang berlubang kat tengah tengah dengan tiga biji batu. Mak sedara aku tanpa was-wasnya campakkan ajelaa benda-benda tu kat luar rumah. Esoknya dia nampak ada ular hitam dekat ruang tamu rumah masa tu dia tengah menyapu kat ruang tamu tu. Takut punya pasal dia halaulaa ular tu dengan penyapu lidi tu, secepat kilat ular tu lari menyelinap ke bawah celah-celah lantai papan tu. Mak sedara aku cepat-cepat laa turun pergi tengok bawah rumah takut sembunyi kat mana-mana, bahaya katanya. Tup tup hilang macam tu aje.
Sejak hari tu dia batuk-batuk tak berhenti. Puas laa makan ubat tapi tak jalan juga. Selidik punya selidik rupanya rumah tu dulu ada penyewa Indonesia pernah duduk tak tahulaa ilmu apa yang dia menuntut dia tinggal macam tu aje ‘belaan’ dia tu. Tu yang mengamuk kat kitorang tu sebab tuan dia tak bagi makan. Lepas tahu cerita merata laa mak sedara aku pergi berubat alternatif. Kebetulan satu malam ni aku masih lagi stay kat rumah mak sedara aku. Mak dengan bapa sedara aku pergi luar daerah pergi berubat. Tinggallah aku dengan sepupu-sepupu aku ni. Lepas solat maghrib aku ajaklaa sepupu aku baca yasin kat dapur tu nak kurangkan sikit rasa takut tu. Tengah syok-syok dok baca tu tiba-tiba ‘dia’ pergi goyang rak pinggan kat dapur depan kami tu. Rak pinggan jenis besi tu ada dua mak sedara aku susun sebelah menyebelah. Bising amat bunyi pinggan berlaga dengan rak tu. Kami tak tunggu lama dengan yasin sekali kami angkut ke ruang tamu. Allah saja yang tahu perasaan kami time tu. Lama jugak kami duduk kat ruang tamu tak bergerak ke mana-mana nak kencing pun terpaksa tahan. Takut punya pasal. Lemahnya iman baca yasin pun ‘benda’ tu buat derk aje. Mungkin sebab baca sekadar baca saja, yakin tak ada. Lepas tu tak tahan dengan gangguan tu semua, mak sedara aku ambil keputusan pindah rumah. Lepas tu kami tak tahu dah apa jadi kat rumah tu.
Pengajarannya kita ni manusia mahkluk yang mulia jadi janganlah dok berkawan atau membela makhluk-makhluk yang dah memang terbukti sesat lagi menyesatkan ni. Bayangkan jin syaitan iblis semua tu diorang ni umur beratus-ratus tahun umur kita paling maksimum 60 tahun lebih aje. Jadi kalau dah buat perjanjian membela bagai ni tak ke menyusahkan orang lain ke, anak cucu semua. Jadi elok jauhkanlah diri perkara-perkara khurafat semua ni, jangan selubungi hidup kita dengan misteri. Banyak cari pasal dari faedah. Yang penting ALLAH memang laknat orang yang belajar ilmu sihir lagilaa buat khianat kat orang. Sekian, nanti kalau rajin boleh kongsi cerita lain. Maaflah kalau tak berapa seram dan ayat agak berbelit ye.
:Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Diorg yg dtg dri seberang ni rmai yg bwk pendamping skali,konon utk jge diorg tp last2 mende tu beranak pinak atau ditinggal kn n mengganggu org lain..x caye dtg cni kg baru hicom sek.26 shah alam ni mcm2 jenis ade..
wowww…lgi dahsyatt..ce la awk upload plak cite awak..kot2 menarik..
Berapa banyak “tu” daa..
oh kisahnye….tp betul la..jgn buat benda2 khurafat ni