Rumah Sewa Berhantu di Labuan

Assalammualaikum FS followers, ni kali ketiga aku kongsikan kisah seram dekat page ni. Thankyouu admin sebab sudi siarkan 2 kisah aku sebelum ni. Kisah ketiga ni juga merupakan kisah yang betul2 jadi dekat kakak aku. Seperti yang aku maklumkan sebelum ni, kakak aku memang ada sixth sense. Berbeza dengan aku, hijab mata aku tertutup. Baiklah, berbalik pada cerita seram kakak aku. Kisah ni berlaku di sebuah rumah sewa di Labuan.

Masa tu saya dan keluarga baru berpindah ke rumah tu dalam sebulan macam tu. Rumah sewa tu terletak berdekatan dengan hutan la jugak, tapi selain rumah sewa kami, ada 1 rumah sewa juga sebelah rumah kami dan dalam beberapa ratus meter terletak rumah pemilik rumah sewa kami. Depan rumah kami pula ada lagi sebuah rumah yang merupakan rumah milik keluarga yang menetap di rumah tu. So kiranya, dalam kawasan rumah aku tu, ada 3 buah rumah la yang ada berhampiran dengan rumah kami. Ada beberapa seram yang berlaku dekat kawasan rumah tu dan yang sering mengalami kejadian tu adalah kakak aku yang kedua sebab dalam keluarga aku memang dia sorang jaa yang 6th sense. Kisah ni berlaku pada 6 tahun yang lalu, tetiba pula terdetik nak kongsi cerita waktu dulu2.. Okey, lets begin…

KISAH 1

Waktu pagi dalam kul 3-4 camtu la, sebab suasana masih sunyi sepi dan gelap gelita macam tu, so kakak aku pun tak sure pukul berapa dia tersedar, dia agak ja laa. Kakak aku yang kedua ni sebilik dengan kakak aku yang pertama. Dorang tidur berdua atas tilam saiz queen jaa, takda katil pun. Aku pula tidur dengan mama aku malam tu, umur aku masih 7 tahun masa tu jadi memang aku suka merayap malam2 pi tido dekat bilik mama aku. Waktu kakak aku tersedar tu, dia nampak macam ada lembaga hitam kecik bulat dekat bawah pintu bilik. Kakak aku kan masa tu baru terjaga, so dia malas nak ambil tahu apa benda itu. Cahaya bilik tu pun malap dan hanya bergantung dengan cahaya lampu belajar yang dia lupa tutup malam tu.

Dia pun pejam mata balik. Pastu bila dia buka mata semula, benda tu macam makin hampir. Kakak aku mula tak sedap hati dah, kucing hitam ka, tapi xda juga bentuk kucing. Kali ketiga kakak aku buka mata, baru jelas kakak aku nampak, lembaga hitam yang dia nampak tu sebenarnya kepala yang berambut panjang. Badan dia takda. Rambut makhluk tu tutup muka dia dan selebihnya mengurai ke belakang. Punya main laju jantung dia berdegup masa tu, macam mau tercabut jaa jantung dia, katanya. Kalau jerit pun tak guna juga ni, so, kakak aku terus terkumat kamit baca ayat Kursi dan ayat2 suci Al-quran yang terlintas dalam fikiran.

Kakak aku baca memang dah tak tentu arah, bayangkan laa benda tu ada dalam jarak 20 meter ja dari tempat kakak aku tidur, dah la kakak aku tidur di lantai beralaskan tilam ja. Dia tendang2 kaki kakak aku yang sulong, tapi kakak aku yang sulong tu bole2 langsung tak sedar. Kakak aku siap baca surah2 dengan sekuat hati dia supaya benda tu hilang. Alhamdulillah, benda tu makin lama makin hilang macam kabus. Kakak aku ni menangis2 sambil mengigil satu badan. Perasaan takut mcm nak pengsan pun ada sebab masa tu kakak aku baru umur 13 tahun. Bercampur lagi dengan perasaan marah sebab kakak sulong aku tidur mati sebab langsung tak sedar kakak aku pi tendang dia puluh kali. Alahaiii….Nasib baik la benda tu tak kacau teruk sangat. Dia gerak pelan2 jaa menghampiri kakak aku, tapi Alhamdulillah, kakak aku tak kena rasuk ka apa.

Esoknya kakak aku cerita kisah ni dekat kami semua satu family, takda sorang pun sedar suara kakak aku yang kuat, semua syok dibuai mimpi la rasanyaa hehee..

KISAH 2

Kakak aku yang kedua ni kelas dia start petang kul 1.30 macam tu, masa tu dia form 1 dekat SMK Labuan. So, waktu pagi memang dia ja laa yang duduk rumah sorang-sorang. Babah (ayah) aku kerja, mama jalan pi pasar pastu ada kelas mengaji al-Quran untuk mualaf dalam kul 8 pagi camtu, aku dengan kakak aku yang sulong pi sekolah sama2 tapi lain sekolah la, aku sekolah rendah, dia sekolah menengah. Waktu kelas kakak aku yang kedua tu ja pelik sikit sebab mula petang. Then, adalah satu hari ni, kakak aku tengah syok tengok tv dalam pukul 10 macam tu. Pastu rasa macam lapar, dia pi la dapur. Tengok mama aku dah sediakan makanan semua. Kakak aku pun ambil la pinggan nak kaut nasi .. tiba2, bunyi dekat ruang tamu macam makin bertambah riuh. Memang la kakak aku pasang tv waktu tu, tapi bunyi lain macam jaa. Macam ada suara budak kecik ketawa. Kakak aku tak sedap hati sudaa , memang ada benda ni.

Kakak aku batalkan niat nak kaut/cedok nasi tadi tu, dia letak pinggan semula dekat rak. Pastu dia cuba jalan pelan2, pi tengok ada apa dekat ruang tamu. Macam dalam movie pula kakak aku ni, dah tau lain macam, sengaja lagi pi dekat benda tu. Kakak aku cuba untuk positif kan diri dia masa tu sebab yalaa, kan waktu tu pagi, mustahil laa ada hantu siang2, katanya dalam hati.

Rumah kami tu jarak dari dapur ke ruang tamu ada satu laluan memanjang, so kakak aku cuba untuk lalu nak pastikan jaa, suara riuh rendah tu datang dari mana, bunyi dari tv atau bukan. Kakak aku jalan pelan2, pastu akhirnya sampai la di hujung laluan, kakak aku jengukkan kepala dia, tau tak apa kakak aku nampak, dia nampak sorang perempuan baju putih dalam umur lingkungan 30-an camtu berdiri dekat tengah2 ruang tamu, pastu dalam 5-7 orang kanak camtu (agak ja lah, mana sempat nak kira kan) tengah lari2 dalam pusingan mengelilingi perempuan tadi tu. Dorang pun pakai baju putih macam ala-ala jubah putih camtu . Kakak aku nampak jelas muka perepuan dekat tengah tu. Kakak aku pun tergamam laa pastu kaku macam tak dapat gerak. ..

Pastu salah seorang budak tu, berhenti lari dan pandang dekat kakak aku, sambil tuding jari dia dekat muka kakak aku (sebab kakak aku jengukkan kepala ja). Pastu semua benda tu tengok kakak aku dan berhenti main pusing2 ketawa semua, bayangkanlah perasaan kakak aku masa tu, rasa mau pengsan woo. Pastu mak budak2 tu terus senyum sinis dan gelak dengan nada menyeramkan tu. Kakak aku apa lagi terus lari pi bilik dia, papppp dia tutup pintu kuat dan terus kunci. Dia ingat dia dah selamat masuk bilik, tapi salah sangkaan dia. Beberapa saat lepas tu, pintu bilik kena ketuk macam hampir mau tercabut tu pintu kena ketuk. Kuat yang teramat ketukan benda putih tu.

Kakak aku dalam bilik tu baca laa surah apa2 yang dia ingat. Ayat Kursi dan beberapa surah lain. Lama jugak la ketukan tu dalam 3-4 minit macam tu. Makin lama bunyi ketukan tu makin reda. Tak lama lepas tu, pintu bilik kakak aku kena ketuk lagi, tapi kali ni bunyi dia lain sikit. Kakak aku apa lagi, terus sambung baca surah2 lagi, pastu tiba2 dengar suara mama aku panggil, ‘Waniii, masih tidur ka tu, bangun tah’ (Slang bahasa Brunei/kedayan). Kakak aku lega bila dapat tahu mama aku dah balik. Pastu kakak aku cerita apa yang jadi sebelum tu, mama aku tak percaya, kesian kakak aku hehee. Tapi lama2 kemudian, mama aku mula percaya cerita seram kakak aku . Tau sebab apa ? Baca kisah ketiga ni…

KISAH 3 ( KISAH JIRAN AKU YANG LAMA MENETAP KAWASAN TU )

Bila mama aku cerita pasal kakak aku dekat jiran dia, jiran dia pun mula lah buka mulut cerita pasal rumah dia pula. Dalam kul 6 lebih waktu petang dekat masuk Maghrib, jiran aku tu rumah dia ada beranda kecik jadi boleh lepak kat situ minum2 kupi kalau waktu pagi. Time petang tu, dia nampak anak perempuan dia umo 20an cmtu) tengah tercegat berdiri dekat beranda tu duk menyanyi2 lagu apa ntah aku lupa mama aku cerita. Anak perempuan dia siap main2 rambut dia time dia tengah nyanyi tu. Ayah dia (jiran aku) pun panggilah anak dia, ’Siti ! masuklah rumah tutup pintu luar tu, kan maghrib suda ni. Bahapa lagi ko diluar menyanyi2 ..’ (slang bahasa labuan).

Jiran aku, panggil lagi kali kedua, kali ni nada marah sikit ‘Eh siti, inda ko mendengar ka, bapa suruh ko masuk. Kan azan suda ni.’ Suara jiran aku masih tak diendahkan anaknya. Pastu jiran aku tu apa lagi, terus la pi keluar, jerit2 dari dalam tak kena layan, dia baru ja mau jalan pi tepuk bahu anak dia, tapi dia perasan rambut anak dia macam panjang dari sebelumnya. Tak lama lepas tu, bahu jiran aku tu pula kena tepuk dulu. Dia pun toleh la ke belakang, sekalinya dia tengok, anak dia perempuan dia si siti tu. Meremang satu badan jiran aku masa tu. Anak dia cakap, ‘Kenapa kan bapa teriak2 tadi tu, siti di jamban bah tadi, malas kan menyahut, siti mana ada di beranda kan.’ Pastu, dengan sepantas kilat jiran aku toleh dekat beranda, anak perempuan yang berdiri tadi hilang.. Jiran aku pun faham laa, dia dah kena main dengan benda tu. Malamnya, jiran aku demam panas dan semenjak tu, anak dia mula kena histeria tapi jarang2 kena masa kami duduk situ sebab ayah dia dah bawa pi berubat..

Setakat ni lah dulu kisah aku kongsikan, ada lagi banyak kisah seram dekat rumah tu. Ni kisah benar tau, bukan reka2. Tak cayaa, tanya orang Labuan. Hihii. Kisah kakak aku time kecil, dia tak boleh lagi berkomunikasi dengan hantu, hantu tak bawa cakap kan, so kakak aku pun tak da juga nak cakap, dua2 malu mungkin hahaa. Tapi, bila kakak aku makin besar, kakak aku dah boleh berkomunikasi dengan hantu. Sebab tu kakak aku kena bawa pi berubat juga.. Banyak lagi kisah seram kakak aku.. K laa, kalau ada kelapangan masa, aku share story aku lagi ya. Wassalam..
_Ms Penguin

8 comments

  1. kdg2 kan, bila ada yg terkena masa tidur. nak panggil org yg tidur sebelah kita memang dia tak kan sedar. kalau masa tak kena gangguan, kita sepak je org sebelah kita je, dia terus bangun kan. benda tu sengaja suruh org sebelah kita tak sedar sebenarnya.

    sebab sy pernah kena, tp tak bukak mata. buat2 tidur je lah, panggil2 suami tak bangun2, biasa nya dia yg senang bangun.

  2. Sory guys, ada pembetulan skit, bknnya cerita 6 tahun lalu, 13 tahun pulaa suda tu. Lama benorrrrr mcm x caya aku dengan kakak aku msih igt smpai sekarang hahaa 😂😂 yg jrak dlm blik tu pula 2 meter, rmh sewa tu kecik je yerr 😁✌

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *