Assalamualaikum untuk semua readers. First, terima kasih aku nak ucapkan pada admin FS jikalau cerita aku ini disiarkan. Aku nak cerita pasal rumah sewa yang aku duduk masa aku belajar semester 3 dekat salah satu Uni dekat area Kuala Terengganu.
Rumah sewa tu aku mula menyewa dengan 4 orang kawan, iaitu Ila, Tina, Ana & Ima. Rumah ni ade 4 bilik. 3 bilik tingkat atas, satu lagi dekat tingkat bawah, macam bilik kecik bibik or stor. Aku dengan Ila duduk bilik master bedroom. Ima dengan Tina masing-masing duduk seorang sebilik depan bilik master ini. Ana saja yang duduk bilik di tingkat bawah sebelah dapur. Nak ke tingkat atas ada tangga, tangga ini bagi aku macam scary sikit. Bila siang tangga ni memang gelap suram je sebab takda cahaya dari luar. Tak tahu lah. Perasaan sendiri mungkin.
Dari tangga, belah kiri bilik master aku dan Ila, belah kanan ada 2 bilik, bilik Tina dan Ima. Antara bilik aku dengan lagi 2 bilik ni ada satu ruang besar yang kami letak barang sikit, buat tempat menggosok & ruang solat. Bilik aku menghadap jalan depan rumah. Nampakla jiran2. Belah bilik Ima & Tina, menghadap belakang rumah yang nun jauh sikit ada nampak satu bukit menghijau dan ada rumah-rumah lain yg agak jauh dengan area rumah taman kami. Harap readers dapat bayangkan.
Masa sebulan yang pertama, kami semua okay duduk di situ. Tapi masuk bulan kedua, dah mula dah. Tina mula mengadu dia tak dapat tidur malam. Sebab ada macam-macam bunyi yang dia dengar. Ade bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia lah, bunyi orang ketuk tingkap bilik dia lah. Mula2 dia buat tak tahu tapi sampai setiap malam dia tak tahan. Yelah, kami kan student, kena pergi kelas. Kalau tak tidur, memang tingtong lah dalam kelas. Aku suruh dia tidur tak tutup lampu tapi still ada bunyi-bunyi tu. Aku ajak dia tidur dengan aku dengan Ila lah sekali dalam bilik master tu, dia taknak. Nak jugak bilik dia.
Satu malam, termasuk malam tu dah 3 hari Tina tak boleh tidur langsung, start je tengah malam dia akan pakai earphone, pasang lagu2 dia. Dia pasang sebab taknak bagi dengar bunyi tu. Tapi malam tu bunyi tu tak de tapi dia nampak bayang2 macam kaki orang dekat depan pintu bilik dia. Tau kan bentuk kaki orang bila berdiri depan pintu kan. Lepas tu dia ada dengar macam bunyi orang dekat area tengah depan bilik kitaorang. Esoknya dia tanya kitaorang ada kat luar bilik ke malam tadi. Kitaorang dah selamat tidur dah masa tu. Cuaknya lahai hati aku ni. Aku suruh dia kuatkan pendinding diri, rajinkan mengaji & jaga kebersihan bilik sebab bilik dia bersepah tapi dia kata dia suka bilik dia bersepah baru dia tak takut.
OK tinggal dulu part Tina. Kan ada si Ana dekat bawah kan. Bagi kitaorang dia ni sangatlah berani tidur bawah sorang2. Sebab biasa malam2 lampu bawah semua tutup, yang bukak lampu tangga je. Bayangkan betapa gelapnya belah bawah tu. Ana ini ada anugerah yang ALLAH bagi kat dia. Senang kata, boleh nampaklah. Aku share cerita yang Tina bagitahu dekat Ana. Ana kata dia ok je duduk bawah. Kalau dengar tu biasalah tapi dia fikir tu dah biasa so, dia abaikan.
Tina cerita dia mimpi dia susukan baby. Kami fikir biasa tanda2 saka susukan baby kan. Tapi dalam minggu yang sama, Ana nak naik tingkat atas nak gosok baju, masa nak naik tangga, dia nampak seorang perempuan berbaju putih lusuh kuning macam tu berdiri dekat tangga! Tengah pegang baby. Masa tu dia terkejut takut sangat sebab dia nak lalu situ tapi dia cover dia naik jugak sambil panggil nama aku kuat2. Aku keluar jengah. Bila dia cerita, aku dah takut jugak sebab bagi aku bila Ana yang paling kuat bagi aku dalam rumah tu dah takut, aku akan jadi takut sekali. Apetah lagi yg lain semua lemah semangat dari aku.
Lain hari, Tina still mimpi lagi dan Tina kata dia ternampak kepala orang naik ke arah tangga. Bagi kitaorang, hal ni dah jadi makin teruk sebab masing2 dah nampak benda, bukan bunyi2 lagi. Kitaorang start tidur berlima dalam satu bilik, bila sorang nak turun bawah dorang suruh aku teman, yang lain akan turun bawah. Bila ada nak amik barang kat bilik dorang, aku teman, yang lain akan ikut teman, bila ada yang balik kelas lambat dan dia sorang, semua turun tunggu depan pintu. Aku ibaratkan kitaorang macam anak ayam. Aku ni ibu ayam, yang kena jaga diaorang. Memang sengsara sangat rasa masa tu.
Satu malam, macam malam2 yang sebelumnya, kami tidur berlima dalam bilik master. Aku tidur sebelah Tina sebab semua tak nak tidur sebelah Tina, takut katanya. Hujung sekali dekat dengan pintu ada Ima. Kira Tina tengah2 antara aku dengan Ima. Malam tu bila semua dah tidur nyenyak, aku terbangun bukak mata sebab aku rasa macam kena himpit. Aku rasa aku kena peluk dengan Tina jadi aku rasa lemas. Aku tolak tangan Tina. Masa tu aku mengiring ke Tina.
Bila aku bukak mata, aku tengok Tina senyum kat aku dgn mata dah terbuka. Senyum scary tu. Ya Allah, masa tu aku terkejut sangat. Aku tutup mata cepat2 tapi aku dapat rasa tangan dia cengkam lengan aku. Sakitt. Aku tolak kuat2 dan aku terus ubah posisi aku mengadap Ila sebelah aku. Dengan harapan, aku tak kena pegang lagi tapi, aku rasa tangan Tina cuba peluk aku. Masa tu aku tak boleh gerak langsung. Aku cuba mengucap, istighfar, baca semua doa tapi xboleh. Semua tunggang langgang sebab aku takut yang teramat. Aku try gerakkan jari aku, aku genggam selimut Ila kuat2 tapi Ila tak sedar langsung. Nak nangis aku rasa. Aku tak boleh lupa sampai sekarang.
Lepas beberapa minit, aku rasa Tina dah takde pegang2, baru aku tenang sikit. Aku toleh belakang, Tina mengiring mengadap Ima pulak. Aku tak tahu masa tu pukul brapa. Subuh tu, aku bangun, aku tanya Ima, okay tak tidur. Sebab aku nak make sure apa yang aku rasa tu mimpi ke bukan. Ima macam taknak story kat aku, tapi aku cerita apa aku kena, terus Ima cakap, dia pun rasa apa Tina buat kat dia. Tapi dia tak nampak sebab dia tak bukak mata langsung. Kira aku kena lagi teruklah. Aku tak tahu nak husnudzon macam mana dengan Tina. Dengan senyuman scary dia, lirikan mata dia, cengkaman tangan dia. Huhu.
Petang tu, lepas habis kelas, kami bertiga nekad, nak jumpa jiran sebelah. Tapi Tina taknak. Owner ada bagitau dulu, jiran sebelah kami ni cikgu agama & isteri dia, suri rumah. Ni la first time kami tegur yang betul2 tegur. Sebelum ni setakat senyum malu2 je. (Jangan ikut perangai kami, x tegur sapa dengan jiran ya). Masa kami pergi rumah pakcik sebelah ni, Ima tak habis kelas lagi & Tina tak nak ikut. Masa tu kitaorang macam marah, boleh dia nak tinggal sorang dalam rumah berhantu tu.
Kitaorang cerita semua yang kitaorang kena dekat pakcik makcik tu, aku perasan pakcik makcik tu senyum sambil pandang-pandang antara dorang. Memang dalam hati dah tertanya2. Pakcik makcik tu cakap, sebenarnya sejarah kawasan taman tu dulu bendang. Taman ni kira baru lagi la tak sampai 7 tahun. Ingat tak yang aku cakap ada bukit tu? Perempuan dukung baby tu? Katanya perempuan dukung baby tu dulu duduk area bukit tu. Lepas dia meninggal, tak ingat sebab apa, ramai yang nampak arwah berkeliaran masa lepas asar ke atas dekat area bawah bukit tu sampailah ke taman kitaorang tu. Ramai penduduk dah kena kacau.
Ada dulu, biasalah budak2 petang suka main dengan kawan2. Dorang nampak perempuan tu dukung baby bawah pokok, ada siap tegur tu siapa, tak pasal2 meracau lepas tu. Sebab tu dulu lepas asar, sorang pun takkan jalan2 dekat kawasan situ. Pakcik tu kata, dah lama kisah ‘perempuan & bayi’ tu tak dengar. Kira dah lama xde org nampak tapi tiba2 kami pulak kena. Ada jugak dulu penduduk taman dekat area situ kena. Penyewa tu satu family sewa depan rumah yang aku sewa. Tapi sekarang rumah tu kosong. Family tu ada beberapa org anak kecik. Setiap hari anak2 dia nangis, kata nampak hantu la. Bunyi guli pun ada. Ayah budak2 tu nak bertahan nak lawan tapi sampai satu tahap dorang tak tahan, dorang pindah. Hurmm. Masa tu rasa macam dah boleh relate kan dah mimpi dan apa yang kitaorang kena tu.
Aku rasa dah panjang sangat ni. Ada masa aku sambung ye pasal kisah Tina yang berperangai pelik lepas kitaorang jumpa pakcik tu ya. Terima kasih sudi baca.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Peliknya dngn Tina. Kenapa ya?
Saspennye tina tu…
Ke die mmg dh sediakala ade peneman tanpa sedar…????
Cepat sambung…
cepat sambung…
sambung pasal tina pleaseeeeeeeeeee
bape kali le aku nak cakap
boleh nmpk tu bukan anugerah la ngok
kalo anugerah tu semua org nak..
ni anugerah yg ko maksudkan tu ko nak x>????
jawab soalan aku ko nak??
so dah tau jawapannye kan..
betulkan mind set ko bab ni
anugerah ialah tak smua org blh dpt. dlm berjuta org dkt muka bumi ni, brpe org yg blh nmpak bnde slain drpd kita? tulaa dia mksud anugerah.
macam mana dengan PT3? Okay ke?
Ohh tidakk, aku pun pemah mimpi susukan baby. Apakah ini semuaaaa??
Saya pernah mimpi menyusu kt perempuan..seramnya…
hahahaha .. seramnye … hahahaha .. mak ko sendiri kan .. 😛
amboi..ni da terbalik da ni..bukan baby..hahaha
Bila nak sambung?? ?
Alahai.. Cpt sambung.. Nk tau knp dgn tina..
sambungan takde ke?
Yg tu maksudnya jin nk berkawan dgn kita