Rumah Sewa Depan Tangki Air, Sepang.

Assalamua’laikum. First of all macam biasa. Nak berterimakasih dekat admin page kalau cerita ni dipublish.

Sorry kalau panjang

Pertengahan tahun 2013 aku dengan jayanya menyambung diploma di sebuah kolej usahasama uitm di sepang, selangor. Malang sekali bukan miat ye semua. Macam semua student lain, awal sem gigih la nak duduk hostel. Bila dah second sem mula lah nak rasa hidup bebas. Lepas carik punya carik kat mudah.com(tidak disponsor) jadi aku dgn housemate aku semua setuju nak pindah dekat kawasan perumahan yang jarak cuma 15 mins dri kolej.

Masa pergi tengok rumah. Tak pikir apa langsung yang tau, rumah tu besar, 2 tingkat. Atas ada 1 master bedroom + toilet, 3 bilik biasa, 1 tandas. Kat bawah ada lg satu bilik bersebelahan tandas. Rumah kiteorang hadap tangki air. Bilik master bedroom yang berdepan dengan tangki air.

1st story.
Ada satu malam ni aku lepak dekat balkoni bilik master bedroom. Dok sibuk oncall dengan member kedah aku yakni sejantina dengan aku. Aku lepak dengan kaki berjuntai ke bawah. Kiranya kalau orang tolak aku memang jatuh atas kereta kat parkinglah ceritanya. Syok punya dok sembang. Mata aku ni gatal g tengok semak samun. Tetiba mata aku ternampk pada satu benda ni. Kau tau apa? Cik cong doh. Dok tengok aku. Terus aku masuk bilik kunci pintu layan korea.
Aku takdaklah 6th sense ka apa ka tapi kalau benda tu nak tunjuk aku slalu ternampak. Tapi yang aku takut tu sebab bnyak bnyak benda cik cong lah yang paling scary.

2nd story
ada akak sorang ni dia duduk bilik bawah. Nama dia kak ra. Kiranya kalau bukak pintu bilik dia terus nampak dapur. Pintu dapur kitaorang dengan pintu depan selari. Ada satu hari ni nak maghrib gak la dia duk buat cekodok kat dapur. Tetiba dia jerit katanya badan dia panas, gatal gatal. Sampai tak tidur malam dia. Kak ra balik berubat kat kampung katanya dia ganggu laluan benda tu.

Hari yang sama aku dengan roomate aku seronok sembang terdengar orang gelak ngilai kat blakang rumah aku. Aku g tnya classmate aku sebab rumah dia belakang rumah aku. So kalau dah suara perempuan gelak maybe dari rumah dia. Dia cakap “taklah. Mostly housemate aku balik, yang tak balik semua duduk bilik dediam.” jeng jeng jeng

Tengah malam tu jugak member aku ehja ni dok study kat bawah dekat meja makan. Meja makan ni diantara laluan pintu dapur dan pintu depan. Dia tengah syok study ada orang kacau sanggul kat kepala dia smpai terlerai rambut. Kira kasarlah. Lepastu disebabkan penat tunduk je dia baring jap kat lantai. Sekali dia dengar suara orang tegur dia, “hello”. Lepastu dia tak dengar apa apa. Lepas 2mins macam tu baru dengar bunyi kipas. Terus dia lari naik atas. Kiranya memang ganggu laluan dia lah aku rasa.

Kitaorg anggap ni gangguan kecil sbb semua tak rasa yang real punya real smpailah satu ketika ni

3rd story.
Ada lagi sorang akan ni nama dia kak pika. Dia salah sorang yang duduk master bedroom tu. Semua org dalam rumah ada 13 orang. Nak dia jadikkan cerita time tu 10 orang balik awal sebab semua dah habis paper. So yang tinggal 3 orang je sememangnya budak bilik master bedroom. Ada satu malam kak pikah ni nak oncall dengan boyfriend dia dalam pukul 2 pagi macam tu. So dia nak g bilik sebelah lah sebab taknak ganggu orang lain tidur masa nak g bilik sebelah kena lalu tangga. Time tu ada orang tegur dia

“hai.” dia ingat boyfriend dia yang tengah dalam talian tulah. So dia buat taktau. Tengah rancak sembang sekali ada org macam masak nasik goreng kat bawah, bunyi orang ketuk kuali dengan sudip yang macam kat kedai mamak tu. Bunyi tu dalam 3mins. Kak pika ni nak masuk bilik dia balik pon lelaju. Lepastu dia takleh tidur. Dah la ada tabiat gesel kaki sebelum tidur, aku rasa berapi kaki dia malam tu.

Masa nak cuti midsem aku, ehja, dilla orang last kat rumah sebab balik naik train ke sebelah utara senandung langkawi tu memang malam je ada. So sempatlah aku g sembang dengan jiran sebelah ni. Suruh dia tengok tengokkan rumah.

Dia boleh bantai tnya “eh korang tak kena gangguan apa apa ke? Anak pakcik haritu tanggap gambar depan rumah kamu, dari rambut anak pakcik paras bahu tetiba paras pinggang. Tangki air depan rumah kamu tu keras. Cik pon, cik lang punya taman mainan je tu. Haritu orang ada datang pagar kawasan sini tapi tak jalan.” patutlah rumah dia nonstop bukak ayat alquran. Masatu kami bertiga kat rumah. Sorang naik semua naik. Takut.

Jadik sebelum masuk rumah baru atau menyewa tengok keadaan sekeliling. Dan buat bacaan yassin.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

 

Kai Cantik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Rumah Sewa Depan Tangki Air, Sepang.”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.