Rumah Sewa Di Seremban 2 Bahagian 3

Untuk bahagian 3 ni aku akan bahas sedikit sebab masa tak berapa panjang…

Jam 3.30, tiba-tiba dengar pula bunyi tapak kaki dekat dari dalam bilik aku di main room, rumah tu main roomnye kat depan tengah-tengah, tempat dinding kitorang bersandar tu la main room.. dengar bunyi tapak kaki macam orang tengah berlari lari, Man yang tengah baring terus menyandar kat dinding, aku lak terus kaku tak tau nak buat apa.. dah serah takdir je masa tu kalau dah dia nak nampakan diri pun aku redha je dah..huhuhu.. bunyi tapak kaki tambah kuat seperti ramai pula yang belari lari kat bilik tu, Wan kuatkan radio masa tu si isma halil tengah pasang lagu jaket biru, die tak nak dengar bunyi tu. Tapitak pasal-pasal pula bunyi tapak kaki tu lebih kuat dan betambah dekat dengan kitorang, rasa rasanya dah dekat dengan pintu, dah la pintu tu tak bertutup, memang saja tak nak tutup dan lampu terang benderang di semua bilik..

Wan tak puas hati, dia kuatkan lagi lagu tu sikit.. aku dah siap bekelubung dengan selimut sambil baring, baru je si Wan kuatkan bunyi radio dengan suara budak-budak gelak, bukan sorang tapi ramai. Man yang tekejut terus bediri dan azan, Wan aku tak tau dah buat apa, tapi aku dah tutup muka aku dengan selimut masa tu, dah tak tau apa berlaku.. masa si Man azan tu aku leh dengar suara kanak-kanak tu tambah dekat seolah olah berada di sebelah aku, mungkin aku berkelubung tu jadi bunyi jauh jadi dekat. Tapi entah la, Man azan sampai lebih 15 kali, sampai la bunyi gelak dan tapak kaki tu takde dah. Sedar-sear dah jam 5.30, tk tau la brapa lama masa tu..

Habis si Man azan, aku pun pelan-pelan buka selimut sebab ingatkan benda tu dah tak de, aku rasa macam jantung nak jatuh tengok tengok bayang-bayang budak-budak umur dalam 6-7 tahun melayang layang dekat atas kepala Man, sambil memegang mancis api kayu yang menyala, aku memang kaki kali ni sebab tak tau nak buat apa-apa dah. Aku dah jadi batu tak tau apa tejadi dah masa tu, aku rasa macam terpaku lama sebelum Man sambung azan sekali lagi. Aku sempat nampak si Wan dah mata terbeliak memandang ke atas tak begerak, sama macam yang aku alami tadi..

Aku pun tiba-tiba rasa mata dah gelap semacam, aku hanya dengar Man laungkan azan berkali kali, aku semacam lemas.. berkali kali aku gamit si Man dan Wan tapi diorang buat takl reti, mungkin perasaan aku. Aku cuba lawan dengan membaca ayat kursi tapi tak mau gak.. aku tak tau apa jadi kat aku masa tu, yang aku tahu aku lemas dan duniaku gelap, aku tarik napas panjang-panjang dan aku paksa mata aku celik dan sebut Allahuakbar banyak kali sampai la aku sedar, dah time tu aku tengok si Wan dah keras sejuk tapi meronta ronta dengan mata tejegil. Si Man plak berdiri takde buat apa-apa dah azan pun dah tak keluar dari mulutnya, aku sentap diorang berdua sampailah diorang tekejut dah si Wan sempat menjerit kata lehernya dicekik.. sambil dia tebatuk batuk..

Man pula macam aku juga rasa lemas, terus tarik napas panjang-panjang. Mungkin wan rasa macam tercekik sebab diakan ada asma, jadi lemas tu menyebabkan dia tecekik. Man tak dapat tahan marah terus menjerit cabar bende tu, aku pula ganti azan kali ni.. Habis azan aku tengok kat luar dah ada cahaya matahari, aku ajak diorang kluar sebab masa tu dah 6.30am. Aku tak tahu apa jadi 30 minit kitorang lemas.. Ni barulah permulaan, nanti aku sambung balik cerita ni ye. Kes jadi teruk selepas ayah si Man bawak pawang ubat rumahh ni atau mengahlau benda yang menganggu****

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

2 thoughts on “Rumah Sewa Di Seremban 2 Bahagian 3”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.