Rumah Sewa Seksyen 4

Assalamualaikum semua pembaca FS. Nama gua A. Gua ingin kongsikan cerita yg pernah gua alami ketika belajar di IPTA Shah Alam suatu ketika dulu.
Gua stay di kolej, dan ada diantara kawan2 gua yg stay diluar (sewa rumah). Dan gua selalu jugak akan lepak di rumah kawan2 gua di luar ni, terutamanya bila masa lapang, sebab duduk kolej kan kadang2 bosan. Lagipun kat umah diaorang ni ada PS (masa ni PS 1 ). Jadi gua ke sana untuk lepak sambil main PS dengan diaorang.
Satu hari ni gua sampai kat umah diaorang dalam pukul 9 mlm. Selalunya gua berjalan kaki je ke sana. Kolej kat Seksyen 3, rumah diaorg dekat Seksyen 4.
Malam tu gua da makan dulu sebelum ke rumah diaorang.
Sampai je kat sana, diaorang semua tengah siap2 nk pergi makan. Diaorang ajak la ikut skali. Tapi masa tu gua da makan dan dalam hati gua kata “cantik, boleh gua main PS lama2 skit”. Gua tolak pelawaan diaorang kata dengan alasan da makan sambil gua order teh ais dengan diaorang. Kawan2 gua pun keluarlah makan.
Yang tinggal dalam rumah cuma gua dengan ada sorang brader yang dah kerja yang sama2 menyewa rumah tu. Brader tu tidur dalam bilik dia. Mula2 gua layan tv dulu kat ruang tamu diaorang. PS ada dalam bilik member gua kat atas. Dalam bilik utama. Da boring tengok tv, gua pun beransurlah ke atas dengan hajat nak main game.
Jadi gua masuklah bilik member gua tu. Sampai kat depan pintu gua terkejut nampak kat tingkap ada macam org dok berdiri. Gua tengok balik betul2, rupenya member gua ikat bantal peluk kat tiang, lepas tu lukis muka orang kat bantal tu. Memang nampak betul2 macam orang.” Kurang ajar betul” nasib gua x lemah semangat.
Gua pun masuk lah dalam bilik. Sampai je depan almari dalam bilik tu tiba2 gua rasa ada angin kuat sangat yang berhembus kearah gua. Dan yang paling tak best, angin tu datang dari almari tu. Gua dah rasa pelik. Masa tu kipas angin pun tak bukak. Bulu roma gua da meremang gila. Hajat nk main PS tu terpaksa gua batalkan. Langsung turun ke bawah, ke ruang tamu semula.
Kat ruang tamu, gua lepak balik tengok TV sambil2 dok fikirkan kejadian tadi. Masa tu tangga berbunyi macam orang dok berlari dari atas nk turun bawah (tangga tu tangga kayu). Gua intai ke atas, kot2 brader yang kat atas tu dok berlari ke bawah. Intai2 xde orang pun. Gua da semakin rasa pelik dan tak sedap hati. “Jangan main2 dengan gua brader”. Dalam hati ingatkan brader tu saja2 nk gurau.
Dalam dok marah brader tu tiba2 tangga tu bunyi lagi. Dan gua nampak tangga tu macam kena pijak orang. Bunyi tangga tu berlari sampai kebawah. Dan yg tak bestnya gua tak nampak orang yang pijak tangga tu. Gua terus buat tak reti, sambil2 tgk tv kat depan. Dalam hati tuhan je yg tahu. Dup dap!!!. Dalam 2 ke 3 minit jugak dia dok main tangga. Gua buat2 mcm tak dengar je. Dia terus berhenti. Gua rasa dia boring gua tak layan dia kot. Gua pun ok la.
Tiba2 tu gua dengar macam bunyi budak menangis kat atas. Betul2 kat bilik kawan gua tadi. Dalam hati “anak sapa pulak yang nangis malam2 ni?” soal gua. Makin lama makin kuat. Dia nangis pulak. Gua buat2 tak dengar jugak. Saja nak duga gua ni benda ni. Gua buat keras, sambil mata dok tengok skrin TV kat depan.

Dalam hati dok berdoa supaya cepatlah kawan2 gua balik.
Dalam dom berdoa tu, gua nampak cahaya kereta kat depan rumah. Alhamdulilah member gua da balik. Tapi suara tu masih menangis lagi. Pintu rumah terbukak, dan member gua pun masuk. Dan automatik, suara tu hilang. Member gua masuk sambil hulurkan teh ais yang gua pesan tadi. Diaorang ajak naik ke atas. Gua cakap gua nak tengok TV dulu kat bawah. Padahal kena kacau tadi. Akhirnya gua tidur kat bawah.
Esoknya baru gua cerita kat diaorang. Dan diaorang pun ade cerita masing2. Member mimpi budak terbakar 3 malam berturut. Ada kawan lain nampak kelibat budak menangis la bila dia terjaga malam2. Tapi yang bestnya semua pasal budak. Lepas tu bila lepak rumah sewa diaorang, gua tak lepak sorang2 bila member gua ajak keluar makan. Automatik gua ikut, takut budak tu ajak gua main PS plak dengan dia.

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

  1. Ishh ingt kn seksyen 2 je ade umah berantu,seksyen 4 pn ade..teringat mase dok seksyen 17 dlu (2001) mmber ajk sewa kt umah berantu seksyen 2,sewa 50 rggt..sye sorg je x setuju (semua 8 org),yg lain setuju sbb diorg pk ape nk tkut dok rmai2 la..hehe last2 x jd..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *