Salam admin. Hari2 dok bace cerita org je, hari ni rase terpanggil nak kongsi cerita sendiri pulak. Kejadian yg berlaku dlm 2-3 tahun lepas. Setakat ni family and kawan2 terdekat je yg tau kisah ni, tapi harini nk kongsi dgn semua pembaca. Mase kejadian ni berlaku, aku tengah on job trainning kat shah alam sebelom diserap sebagai pekerja tetap kat cyberjaya. Oleh kerana waktu tu aku stay kat semenyih and perjalanan dari semenyih ke shah alam ambik mase dlm 2 jam la jugak. Tu dh tolak campur dgn jem ape semua. So lepas sebulan aku decide nk menyewa kat sane je berkongsi dgn sorang lg kawan kolej yg aku namakan sebagai S same2 dpt trainning tu. So bermula lah pencarian rumah sewa kami. Survey punye survey dpt la 1 rumah ni yg bersebelahan dgn uitm tempat kami belajar dulu.
Dalam rumah tu ade 3 lg penyewa lain yg masih merupakan student kat uitm tu. Kehidupan berjalan macam biasa sampailah 1 hari tu. Haritu si S ni tak datang class training sbb dia balik kampung kat selatan tanah air. 3 org lg penyewa tu pon takde kat rumah mungkin masing2 balik kampung memandangkan waktu tu cuti midsem. Maka tinggal lah aku sorang. Petang tu habis je class, aku tak terus balik rumah tp singgah dulu kat masjid shah alam. Entah kenape aku rase tak sedap hati haritu. Mungkin sebab tengah demam kot. Duduk lepak kat masjid sampai lepas solat maghrib. Yg best aku siap mandi lg kat masjid tu sbb toilet dia besau and best sgt2 ok.
Lepas maghrib aku pon drive la balik rumah. Masuk rumah macam biasa. On lampu ruang tamu and terus masuk bilik. Oleh kerana dh solat maghrib and dah pon mandi cume tak tukar baju je, jadi aku pon baring jap text bf sampai la tertido. Jeng jeng jeng. Tengah sedap tido, telinga aku terdengar bunyik bising. Malas nk bangun bukak mate, sempat lagi aku pikir mungkin housemate yg lain dah balik kot. Jadi aku biakan je dulu. Tp makin lame makin tak sedap hati pulak. Dengan malas2 aku pon bangun la dengan niat nk tengok sape yg buat bising.
Untuk pengetahuan, bilik aku ni keluar je pintu akan nampak sofa yg berhadapan dgn tv. Harap2 korg dapat la imagine ye sebab tak reti sgt nk describe. Mase aku keluar tu, mate aku terus nampak something kat sofa. Duduk sambil menundukkan muke. Senyap tak bergerak walau seinci. Agak lame jugak la aku tenung bende tu sebab mamai and otak tak sempat nk process. Seakan berkabus and boleh nampak dinding kat belakang bende tu. Kiranya macam lut sinar la. Bile sel otak dh mula berhubung, aku macam tersedar. Cepat2 aku tgk tv pulak. Patut la bising, rupenye dia yg tengok tv tu.
Mase tu macam dah start takot tapi still boleh control. Aku jalan mengundur untuk make sure bende tu tak same2 bangun ikot aku. haha…korang bayangkan aku jalan dgn badan yang aku rapatkan ke dinding sambil mengundur. Konon2 buat macam tu biar bende tu tak dapat nak sergah dr belakang la tibe2 kan. Aku masuk bilik balik capai fon and terus call bf aku. Tgk jam kat fon mase tu dalam pukul 2 lebih. Bf aku siap gelak2 lg buat lawak antarabangsa sebab tak nak aku panic. Nasib baik dia gelak2, kalau dia pon gelabah tak tau la ape jadi mase tu kan. So bf aku suruh aku blah dr rumah tu balik semenyih.
Mase aku dah separuh jalan nk keluar pintu utama, baru aku terpikir. Tak kan nk blah macam tu je kan dengan lampu and tv masih on. Haihh…kang housemate balik m**i aku kene marah. Aku pon ckp la kat bf aku pasal lampu and tv tu. Memula dia macam tergamam dgn soalan aku. Tapi lepas tu dia suruh off. Dalam mase takot tu, mate aku pon melilau la carik remote tv tanpa bergerak dr dinding tempat aku bersandar tu. Sekali mate terpandang remote kat atas sofa betul2 sebelah bende tadi. Aduhh…kerja gile kalau nk pegi ambik pulak kan. Sel otak masih banyak yg x berhubung waktu tu. Aku pon tanye lg kat bf macam mane. Boleh pulak dia bongok kan aku ek. Suruh aku off tv kat suiz dinding tu je. Macam mane lah boleh tak terpikir. Kan free2 je kene bongok. Aku pon jalan bersandar ke dinding macam tadi pegi kat suiz tv sambil mate tak lepas2 tengok bende tu. Just nk make sure dia tak bergerak. Dalam hati dah pikir kalau dia bangun bergerak je, memang aku lari terus..haha.
Dpt je off suiz tv aku pon cepat2 jalan bersandar tu sampai ke pintu utama. Nasib suiz lampu semua kat situ. Tangan kanan pegang tombol kiri pegang suiz lampu. Zapp. Sekelip mate pintu and lampu off serentak. Tak tunggu lame, aku keluar terus dr rumah tu dgn perasaan tak sabar nak lari. Mase nk tutup pintu tetibe aku macam nak tengok balik bende tu ade lg ke tak, so aku pon bukak sikit pintu utk mengintai. Sah masih tak bergerak tapi dia boleh senyum kat aku! Senyum yg keluarkan bunyik tu wei. Aduhh..menyesal bukak pintu! Lepas tu je aku terus lari pegi kat kereta and pecut balik semenyih dgn speed 150km/j. Punye lah takot.
Tulah kisah aku. Tak la seram sangat tp bile igt2 balik, haihh…tak boleh lupe bunyik senyuman tu…hihihihihi…wassalam
::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Adoiii suspen nya… ko berjaya takut kan akk dik
pergghhh seram. kalau aku kena confirm terkencing kat situ jugak.
Kalau jumpa benda tu siap senyum deyyy kiraaaa serammm latuuuu!!