tingkat-3

Rumah Tingkat 3

Hai.Kali ni aku nak sambung cerita pasal bagaimana hijab aku boleh terbuka memandangkan haritu ada baca komen sorang reader tu pasal aku sorang ke yang dengar dan bau masa kisah Rumah No.23 tu.Yer uols,iols jer yang telah terpilih untuk merasa bukan takat bau dan dengar,tapi juga boleh lihat!Sengsara jugak sebelum aku boleh manage & adapt deria baru ni.Tapi dulu tak macam ni.Benda ni semua terjadi time tu umur aku 25tahun.Ceritanya begini…(jeng.jeng.jeng)

Masa tu aku bujang lagi.Tinggal menyewa dengan sorang kawan yang kerja 1 ofis dengan aku.Rumah aku jenis apartment di Cheras.Kami tinggal berdua jer sebab kononnya nak privacy.Rumah kami sewa ni ada 3 bilik.1 bilik dia,master kawan aku Sara yang duduk.Bilik medium yang menghadap bahagian depan aku yang menginap.

Lagi 1 bilik extra kami buat bilik baju.Dipendekkan cerita,lepas 3 bulan kami tinggal bersama,aku start dapat mimpi yang mengarut dan pelik-pelik.Dia punya pelik tu contohnya macam 1 malam tu,bila aku sedar dari tidur (tak sure pukul berapa) aku nampak ada sorang makcik pakai baju kurung kedah dengan kain batik duk bersila tepi katil aku.Mula-mula aku ingat mimpi so aku pusjng badan menghadap dinding,bila aku jenguk sekali lagi..eh.eh.ada lagi dia.So aku buat-buat tidur sampai betul-betul lena sampai ke pagi esoknya.

Esoknya bila aku cerita kat Sara,Aku describelah setiap inci rupa makcik tu,Sara pun senyum kelat.5minit lepas tu dia masuk bilik dia and keluarkan sekeping gambar.Bila dia hulur kat aku,makcik yang aku nampak semalam ada dalam gambar tu.Kau rasa?!Bila aku dah beria sahkan yang makcik tu lah aku nampak,Sara cakap tu arwah nenek dia.Aku ulangi A.R.W.A.H hoccay!Meninggal time Sara darjah 3!Peluh jantan betina semua keluar dah..seriau aku weeh.

Dua hari lepas lawatan misteri tu,aku dengan Sara drive ke Selayang.Sara nak gi ambil barang kat rumah cousin dia.Sekali time sampai Jalan Kuching tu,depan mata aku,memang clear sorang pakcik tua yang cuma pakai kain pelikat tengah lintas jalan.Aku pun apa lagi,menjeritla!Aku suruh Sara stop kereta.Nyaris terlanggar pakcik tu.

Aku urut dada,Sara tercengang.Pakcik tu jeling tajam kat kami sebelum dia ke bahu jalan.Sara terus bawa kereta sampailah kat depan Tesco Jalan Kuching tu dia tanya aku kenapa aku jerit suruh stop kereta.Aku pun jawabla ‘kan ada pakcik tak pakai baju tu melintas tadi’.Pelik lah pulak aku dengan soalan dia ni.Takkan lah baru gerak 2km dah hilang ingatan.Ada terhantuk ke tadi?Pastu S jeling aku.

Dituduhnya aku mengigau.Dia kata dia syak aku tidur then ngigau!Aku pun apa lagi desrcribe la satu persatu.Manalah tahu si Sara ni dah dihipnotis dengan pakcik tu masa dia bagi jelingan maut tadi.Maka gigihlah aku terangkan one by one kronologi kes tadi.Korang tahu apa response Sara?Dia senyap jer sampai la ke Selayang.Hurm..

Nak dijadikan cerita,sampai Selayang aku pun lepaklah je lah dalam kereta sementara tunggu Sara pergi ambil barangnya.Then dia datang kereta bawa 1 album.Bukan album lagu yer anak-anak,photo album.Dia selak-selak pastu dia tunjuk kat aku 1 gambar.Punyalah lama gambar tu sampai warna dia macam dah kusam.

Laama jugak aku perati gamabr tu sampailah aku perasan sorang lelaki ni.Rambut dia beruban dan beralun kasar,pakai kain pelikat gaya senteng tu(sorry aku buta gaya),tapi tak pakai baju.Muka ketat bak hang..hahaha…sama macam pakcik aku tengok kat Jalan Kuching tu.Yerrr….pakcik yang sama.Aku rasa korang dah boleh agak kot apa cerita selanjutnya,kan?Ok.Takat ni jer la aku cerita.Korang sambung lah..hehehe.

Kat atas tadi aku cerita pasal nenek dia kan?Haa..ni datuk dia pulak.Lagi mengarut bila datuk dia ni meninggal 4 tahun sebelum nenek dia meninggal!4 tahun oiii..aku dah macam takleh hadam dah segala cerita datuk nenek ni.So aku diamlah sambil bermonolog kat dalam hati yang ni mesti mata aku dah penat jadi nampak wajah datuk dia seakan-akan pakcik tadi.

Tambahan pula,sebenarnya,selama aku hidup sampai malam tu,aku adalah manusia yang tak percaya hantu tu wujud!Tapi sampai malam tu jer la.(Please jangan kecam I hoccayyyy)Bila sampai rumah,macam biasa aku mandi dulu sebelum tidur.Tengah duk sabun tu (time tu lebih kurang pukul 1230 tengah malam) aku macam nyanyi lah nak hiburkan hati.

Bila aku dah habis nyanyi,then aku dengar ada orang nyanyi lagu yang bait lagu tu macam ni tau,’Bulan terang hatiku walang..bagaikan pungguk rindukan bulan’(tu jer yang aku ingat).Pastu mendayu-dayu macam suara zaman Saloma tu.So aku dengar jer la walaupun suara mendayu tapi sayup-sayup tu aku rasa macam kat dry yard umah aku jer.Tapi still positive..mungkin dari radio rumah jiran.Settle mandi,aku pun masuk tidur.Baru nak lelap,katil aku kena goyang beb!Bergegar dah macam earthquake walaupun aku tak pernah alami earthquake tu camana.

Pastu stop.Terkebil-kebil aku dalam gelap.Aku pun letak balik kepala kat bantal.Sambil mata melangut pandang siling.Tiba-tiba ada bunyi berdehem tepi telinga (tepi katil).Terus aku bangun duduk bersila.Dalam gelap aku duduk menghadap bunyi tadi.Tiba-tiba aku tangkap bunyi orang baca something dengan laju.Dari volume reendah dah jadi macam bergema dalam bilik aku.Badan aku mula panas.

Rasaa gelisah.Rimas pun ada.Bunyi bacaan tu diselang seli dengan bunyi batuk.Pastu ada jugak bunyi mengeram (bukan macam Misha Omar time nyanyi tu.Ni lagi grrrr).Aku tak panik tapi aku bengang sebab katil aku kena goyang sekali lagi.Pastu dalam gelap,aku tak nampak punca.Nak bangun memang tak dapat lah bila dah namanya goyang macam earthquake.Pastu dia senyap bila almost setengah jam gangguan.Aku bangun buka lampu.Semua dalam keadaan normal.Tutup lampu,aku baring semula kat katil.Kali ni aku berjaya tidur hinggalah aku dikejutkan dengan gegaran lagi sekali pada katil aku.

Time ni memang aku dah nak mengamuk.(Berani la nak mengamuk sebab tengah mamai).Bila aku mata,daah…badan pulak takleh gerak.Jenuhla aku usaha nak bangkit dari katil tapi tak berjaya.Akhirnya sebab dah penat sangat aku dah lemah.Time ni laa aku rasa macam diawang-awangan.

Dengan sendiri badan aku terangkat dari katil dan menuju ke pintu bilik.Bila aku toleh ke arah katil,korang tahu katil aku tu dah rupa apa?Rupa KERANDA!Makanya,aku bangkit dari KERANDA.huhuhu..macam orang gila aku pulas tombol pintu nak keluar tapi macam terkunci pulak aku kat dalam tu.

Aku meraung sambil tendang pintu.Haa..time ni yer aku dah panic.Campur pulak ntah dari mana asap datang.1 bilik berkepul-kepul.Akhirnya,dalam aku duk berteriak tu,selamba jer pibtu terbuka and housemate aku dah tercongok depan pintu.Aku pun apa lagi,takde nak tunggu lama-lama terus tarik dia masuk bilik dia.Tak sempat dia pelawa,aku daah baring kat katil dia sambil peluk bantal busuk aku.(Sempat rembat bantal busuk dalam duk takut)Mampuu?!

Pagi esok,time kami on the way nak gi office,Sara buka cerita pasal aku tidur berdengkur sama macam arwah datuk dia.Pastu dia cerita lag datuk dia ani ada masalah paru-paru dan bla.bla.bla..Aku dah tak dengar sebenarnya cerita seterunya sebab otak aku tak habis lagi tengah buat OT fikirkan kejadian semalam.

Jadi,dipendekkan cerita,makanya makin kerap gangguan tersebut sampailah pada suatu hari,si Sara ni pinjam kereta aku masa weekend nak siapkan kerja.Jadi aku pun tinggallah kat rumah sorang-sorang.Dalam pukul 11 pagi gitu aku dah siap mandi,dah siap kemas bilik.Aku pun pasang lah CD movie kat laptop dalam bilik ditemani semangkuk megi.Time tengah tengok movie sambil layan movie tu,aku nampaklah si Sara ni lalu depan bilik aku masuk ke bilik dia.

Tak lama lepas tu,dia dah salin pakaian lalu sekali lagi depan bilik aku.Mungkin sebab aku pakai headphone so dia tak nak buang masa tegur aku gamaknya.Bila movie dah habis,aku pun menggeliat sambil intai kereta kat parking bawah.Aiikk!Mana kereta aku?Mana pulak minah ni parking.Aku pun keluar dari bilik sebab nak gi letak pinggan kat sinki sambil nak ke toilet.

Dah berkobar-kobar ni nak sambung second movie pulak.Masa nak masuk toilet nampak dan dengar Sara tengah tepuk bantal kusyen.Pastu dia basuh cawan dalam sinki.Pendek kata sibuklah dia berkemas.Baru nak keluar dari tandas,aku dengar Sara masuk bilik dia dan tutup pintu.Aku pun lepas letak pinggan kat dapur terasa gatal pulak tangan ni nak menjenguk Sara kat bilik.So aku ketuk la pintu bilik sambil bagi salam.

Tak menyahut Panggil nama dia pun senyal jer.Aku pulas tombol jenguk ke dalam.Eh…sunyi.Tengok handbag yang dia pakai tadi,takde.Maknanya dia belum balik.Apakah?Ok.Jujur cakap time ni aku rasa macam kat bilik tu kelam sangat dan aku diperhatikan.Aku lekas-lekas keluar pastu aku tutup pintu tu rapat-rapat.Berlari termengah-mengah weii korang aku masuk bilik aku padahal sebelah jer.Aku kunci pintu bilik.Aku baring kat katil dan aku mula dengar macam bunyi barang jatuh berselerak kat bilik Sara.Aku tutup telinga dengan bantal.Time ni aku baca jer apa yang terlintas kat lidah.Sampailah aku terlelap.

Bila aku bangun,hari dah petang.Rasanya maghrib time tu bila aku terjaga sebab bunyi ketukan kat pintu.Aku dengar suara Sara.Tapi aku tak percaya.Aku suruh dia bagi salam penuh.Aku surub dia baca AlFatihah..nasib baik aku tak buat gila suruh dia baca Yaasin depan pintu tu.Kemudian billa aku dah yakin,baru aku buka.

Korang tahu apa soalan pertama dia?”Awak ada buka pintu bilik saya?”..Apakah??
Makanya aku ceritalah segalanya yang dah berlaku.Habis aku cerita,dia pergi kat kabinet dapur then keluarkan seketul kemenyan dari dalam sehelai kain merah.Macamana aku tahu tu kemenyan?Sebab dia bakar then perasap 1 rumah kott.Dah macam kena fogging hidup-hidup.Yang anehnya,masa kejadian Sara perasap rumah tu,semua tingkap tengah terbuka tapi asap tu just berlegar-legar kat ruang tengah.Haa..lagi satu benda pelik.Langsir kat ruang tamu ni,terangkat macam ada angin tolak tapi kaku.

Keras cenggitu sampailah Sara siram kemenyan tu dengan air paip.Serentak tu jugak,langsir jatuh ke bawah pastu baru terasa sejuk dalam rumah tu sebab angin dah masuk.Aku tak sempat nak tanya banyak sebab lepas tu dia tutup lampu suruh masuk tidur.Harmonilah rumah tu untuk sementara sampailah gangguan makin teruk sampai benda tu dengan selamba badak boleh join aku tengok tv.Belum lagi dia makan 2 ekor arnab belaan aku sampai berlobang perut,kering takde darah.Final ujian aku kat sebelum pergi berubat kat Darul Syifa,bila malam tu aku dikejutkan dengan lawatan sambil belajar lipan ke bilik aku.Penuh 1 dinding.Terjerit-jerit aku geli.Aku call boyfriend aku (elele…time ni dah ada boyfriend yang sekarang merangkap suami aku).Dia suruh baca ayat AlFatihah,ayat Qursi dan 3 Qul.Ini mujarab.Sikit demi sikit lipan tu hilang.Aku pun tertidur dengan perasaan sangat penat.

Untuk mudahkan cerita,Darul Syifa ajarkan pagar rumah 3 malam berturut-turut.Malam pertama,waktu boyfriend aku dan kawannya nak pagarkan rumah,gangguan pertama yang berlaku,dorang takleh azan.Aku dan kawan aku,Zati pulak kat ruang tamu dah berpeluh sebab rumah jadi macam dalam oven.boyfriend aku dengan kawan dia lagilah,dah macam mandi hujan.Dekat sejam juga dorang tak dapat nak azan kat bilik aku dan Sara.Lepas tu berjaya diteruskan pula dengan tabur garam yang dah dicampur lada hitam.

Selain pagar rumah,aku pula diwajibkan mandi dan minum daun bidara.Dari Maghrib hari pertama ni,gatal dan miang 1 badan.Bukan takat muntah berbuih-buih tapi sampai keluar segala isi perut.Azabnya Tuhan jer tahu.Malam kedua,Zati datang temankan aku lagi.Geng azan dah boleh azan dengan cemerlangnya.Aku pula petang tu time mandi dan minum air bidara,keluar lebam menyerupai bekas tapak tangan lengkap dengan 5 jari.

Seluruh peha aku sampai ke betis lebam dan berbirat.Aku muntah lagi sampai pedih anak tekak.Takde perkara ganjil berlaku pada malam kedua sampailah malam ketiga.Hari keesokannya,aku bersama Sara dan boyfriend aku ke Darul Syifa sekali lagi untu laporkan perkembangan.Masa perjumpaan malam tu,ustaz tu rancak gila berborak dengan Sara sampai aku kurang diendahkan padahal aku yang sakit.

Sebelum balik,dia minta boyfriend aku(syarat kena lelaki) buat lagi 3 malam pagar rumah.Lagi,pesan ustaz tu camni,”Saya boleh buang jin yang ganggu awak sekarang tapi apa guna kalau bila awak balik dia datang kat awak balik”.Masa ni aku dah langsung tak faham.Sepanjang 2 hari duk pagar rumah tu,aku kena migrain.

Zati pula hari pertama jer muncul.Hari kedua dah gagal dihubungi.Rupanya dia demam teruk and aku Cuma dapat tahu seminggu selepas tu.Masuk hari ketiga,time tu aku kat office,aku tak tahu apa yang dah gerakan conscious mind aku.Tiba-tiba aku terfikir dari hari mula-mula kami pagar rumah,semua orang dapat musibah.Boyfriend aku demam,kawan dia batuk berdarah,aku migrain then Zati pulak demam panas.Kalau korang perasan cerita aku kat atas tu,mesti korang boleh agak ape yang aku cuba sampaikan.

Yerr…pandaiii!
Aku pun tak faham.Dari hari mula-mula dia asyik stayback kat office sampai pukul 10 malam.Kalau pun tak stayback kat office dia akan gi lepak dengan kawan-kawan office.Tanya khabar pasal aktiviti kat rumah pun tidak.Paling-paling pun dia akan message(zaman ni takde whatsapp lagi)suruh call dia bila semua dah siap.So memandangkan aku ni manusia yang tak lepas dari curiga(cheewah!),entah macamana aku rasa nak balik awal.(Masa ni kami dah tak kerja 1 office.Aku dapat better offer kat company lain)Pukul 3 aku dah keluar jumpa prospect kononnya.

On the way nak balik,nyaris aku cium bontot Hilux sebab aku tertido.Mengantuknya Tuhan jer tahu.Bila sampai rumah,terkocoh-kocoh aku berwudhuk nak kejar zohor.Masa solat ni aku dah dengar bunyi-bunyian tapi sebab sikap mengabaikan aku masih kental dan utuh walaupun sedikit goyah,tetap aku tenang jer.Lepas solat zohor aku lepak jap depan tv sementara nak tunggu Asar.Masa ni perkara paling bidaah paling berlaku kat aku.Cuba koraang bayangkan,elok jer kau duk gelak tengok TV,tiba-tiba ada orang sambung gelak kau gaya malu-malu.

Tu satu hal.Pastu bila kau dah perasan dia pun dah join kau,dia start buat kalut duk ke sana sini kat belakang kau.Of course kau boleh rasa kott.And paling mengharukan,bila kau dah standby nak lari masuk bilik,alih-alih dia dah tercongok kat sebelah kau.Rupa?Takde rupa.Macam kabus tapi gelap.Maka keras kejung la kau kat situ sambil berharap cepatlah masuk azan Asar.Time ni walaupun seguni kau maki dalam hati,dia boleh selamba tengok TV sambil gelak bila ada part lucu.Nak tukar channel memang tak la.Tu cari pasal kak oiiii…

Masuk jer azan Asar,aku lari ke bilik.Masa tu aku dengar suara terkekek ketawa.Aku hempas pintu kuat-kuat.Nasib baik wudhuk yang zohor tadi still ada.Aku solat Asar dengan bunyi tapak kaki mundar mandir depan pintu bilik aku.Aku baca surah kuat-kuat(Maaflah kalau aku cakap,masa aku type cerita ni,sekarang tepat 2.22 pagi.

Aku jadi meremang bila ingatkan kejadian ni)Habis solat Asar,aku capai handbag dengan kunci kereta.Aku intai dulu kat celah pintu sebelum aku keluar sepenuhnya.Dari bilik nak ke pintu depan rasa macam dari Garden nak ke Mid Valley.Macam jauh bebenor gayanya.Bila aku buka jer pintu rumah tu,aku ingat lagi bunyi berdehem kat belakang aku.Keras bunyinya.Bila aku tutup pintu dan waktu aku tengah kunci grill,aku dapat dengar ada suara ketawa(bukan mengilai)dibalik pintu.

Rumah aku tingkat 3,tapi tak sampai seminit aku dah kat bawah.Korang rasa macam mana aku turun?Bila aku masuk kereta,aku nampak dengan jelas yang langsir rumah aku yang tadinya terikat rapi dah terburai.Langsir tu tertutup rapat.Aku cepat-cepat undur kereta tapi time tu aku blank.Tak tahu nak kemana.Bila dah sampai kat Plaza Phoenix (masa tu still projek terbengkalai) barulah aku terfikir nak tuju ke rumah cousin aku.Bayangkan lagi sekali,Cheras ke Ampang Waterfront agak-agaknya kalau korang bertolak pukul 5 petang ,ada ke patut sampai pukul 9 malam?Haa.Itulah yang berlaku.Cousin aku dah risau.

Call tak dapat padahal elok jer phone aku kat tepi pintu.Macam balik Johor pulak dia punya lama.Sampai rumah cousin aku,aku mandi and solat.Lepastu dapat call dari boyfriend aku yang dia cakap kena datang pagar rumah lewat sikit malam tu.Aku terus menyampuk suruh dia tunggu aku kat kedai tomyam depan tu dulu kalau dia sampai dulu sebelum aku kat Cheras.Dia macam pelik tapi dia OK kan ajer.

Perjalanan dari Ampang ke Cheras kali ni sangat pendek.Pukul 1030 aku gerak dari rumah cousin aku,then 1045 aku dah sampai depan kedai tomyam.Boyfriend aku datang dengan 2 orang sepupunya.Dipendekkan cerita,aku pun ceritalah segala kejadian yang berlaku tadi.Pastu aku sampaikan juga segala doubt yang aku duk terlintas kat office siang tadi.Selamba jer boyfriend aku jawab yang actually dah lama dia nak tanya and cakap benda sama tapi dia takut aku annoying sebab question pasal housemate aku.

Malam tu kami sepakat taknak pagar rumah.Apa nak jadi pun jadilah.Aku minta dorang teman aku balik untuk ambil pakaian.Then malam tu aku nak gi tidur rumah pakcik aku kat Shah Alam sebab tu paling dekat dengan office aku.Sesampainya aku kat rumah,(kereta boyfriend aku kami parking depan kedai tomyam) aku nampak ruang tamu cerah dengan bilik Sara cerah.Bilik aku jer bergelap.Aku naik dengan boyfriend aku.Sepupu dia tunggu kat kereta.Misterinya bermula kat sini..

Waktu aku naik,aku nyalakan lampu bilik aku dulu.Boyfriend aku tunggu kat ruang tamu sambil merokok.Aku pula jenguk bilik Sara yang sedang menyala.Pintu bilik pun dia tak tutup.Bila aku jenguk,Sara sedang nyenyak tidur.Aku matikan lampu dan tutup pintu bilik dia.Lantas aku ke bilik aku dan jenguk ke kereta.Budak 2 orang tu dah ada kat luar kereta.Duduk tercongok atas divider jalan.Sorang lagi bersandar kat kereta.Aku pun dengan pantas packing barang.Tiba-tiba aku dengar suara Sara tegur aku.

Dia tanya camni,”Awak nak gi mana?”.Bila aku toleh takde.Aku pun bangun gi jenguk bilik dia yang masih macam kali terakhir aku singgah tadi.Dia masih tidur.Aku kembali menyambung kerja packing barang yang tergendala tadi.Kali ni dia buat lagiii hoiii!Jelas kat telinga aku dia tanya,”Awak nak tinggal saya ker?”..yang ni dah tak kelakar sebab bila aku toleh tetap takde orang!Aku peluk beg pakaian then berlari ke pintu.Dah keluar ke pintu,lupalah pulak nak ajak boyfriend aku turun balik.Patah balik lah ceritanya.

Yang boyfriend aku boleh pulak tanya macamana aku boleh datang dari luar padahal dia tunggu aku tepi dinding sebelah pintu tu jer.Bunyi pintu pun dia tak dengar apa lagi nak nampak aku keluar.Tu versi dia la.1 versi lagi dengan budak 2 orang yang masa aku sampai ke bawah,tengah kusyuk baca yaasin sampai mata terpejam rapat (dorang hafal).Habis baca dorang dengan gaya rilex tapi cuak masuk dalam kereta and gesa kitorang suruh tinggalkan tempat tu.Bila dah sampai depan kedai tomyam barulah dorang bercerita.Kisahnya,dari time aku tinggalkan kereta,patung smurf dalam kereta tu ligat berputar sedangkan takde angin bertiup.So dorang keluar duduk luar kereta.Rupanya makin ligat benda tu berputar.

Jadi dorang decide baca ayat Yaasin,and part seram bila ada orang lain ikut bacaan dorang sambil cuba tukar sebutan.Tiba-tiba Afiq soal aku tentang housemate aku.Katanya cun jugak housemate aku then dia describe apa dia nampak.Memang sah lah tu rupanya.So seronokla aku bercerita pasal housemate sampai aku sedar yang macamana dia nampak housemate aku sedangkan bilik Sara gelap and Sara sedang tidur.Jawab adik si Afiq ni,kononnya,Sara adalah duk mundar mandir dalam bilik dia.Bilik pun cerah.

Aku dengan boyfriend terdiam.Actually semua dah diam time ni.Kesudahannya budak 2 orang bawa kereta boyfriend aku balik rumah.Aku pula dihantar oleh dia ke rumah pakcik aku.Setibanya aku depan pintu pagar rumah pakcik aku,telefon berdering.Sara yang call.Bila aku angkat suara Sara merintih menangis tanya aku kat mana dan dia ngadu sakit perut.Dia suruh aku balik but aku cakap aku kat rumah pakcik aku sebab esok aku ada meeting awal pagi.Takut lambat kalau gerak dari Cheras.Then dia nangis lagi sampai teresak-esak.End up dia letak phone.Aku kira sampai 10 then aku call balik.Boyfriend aku dah pelik dengan perangai aku.Korang tahu apa response Sara bila aku call ni?Langsung takde teriak tangis mendayu hiba tu dah pulakkk…Bila aku tanya perut camana dia cakap dah ok makan panadol tadi.Agak-agakla kan dalam kiraan 10 sempat tuang air ,makan panadol pastu eh.eh..dah elok dah!Hurm…suspicious.

Perasan dari tadi aku bercerita pasal gangguan tapi tak pernah ada kerasukan kan? Esoknya selepas kejadian paling pelik tu,waktu tu aku dah EL sebab penat.Boyfriend aku pulak pagi-pagi dah call bagitahu haritu dia MC sebab malam tadi lepas hantar aku dia kena gangguan lagi.So pagi tu dia rasa nak demam.Tengahari tu,aku gi makan kat KFC Petaling Jaya.Di situlah sejarah tercipta buat pertama kalinya aku dirasuk dan pada ketika ni lah hijab aku terbuka seluasnya.

Nasib baik boyfriend aku dapat cover time aku kena rasuk kalau tak confirm muka aku dah ada kat YouTube beb.Maluuuu!Bila aku dah OK abah aku minta aku balik dengan flight haritu jugak.Sebelum balik aku singgah rumah sewa aku tu.Lantai yang kami tabur garam tu dah takde.Lantai pun dah berkilat siap di mop.Aku capai apa yang patut.Kereta aku tinggalkan kat boyfriend aku.Bermulalah rentetan aku mengenal perubatan Islam,mendalami Islam dan percaya kewujudan iblis.

Oh ya..tak baik aku biarkan korang gantung camtu jer kan.
Masa aku balik berubat,7 tempat parents aku usahakan.Ketujuh-tujuh tempat bagi petunjuk yang sama.Lebih parah,3 tempat aku berubat tu,wajah dan suara aku berubah ke rupa dan suara si pelaku.Belum lagi tengah berubat tiba-tiba perut aku kembung macam katak.Bila berubat keluar lah segala kotor yang aku dah termakan selama ni termasuklah air abu mayat,serbuk tulang anjing hitam,abu taring babi jantan,dan segala mak nenek benda kotor lain.

Dekat 4 bulan aku berubat,(masa ni dapat cuti dengan gaji jalan)satu hari aku terima message dari pelaku ni.Dia minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.Lagi,dia minta halal segala apa makan minum dan kesalahan dia sepanjang kami bersama.Sekarang korang mesti nak tahu apa motif semua kejadian tu kan?

Al-kisahnya,keturunan dia ada saka.Saka ni pula akan menguasai tuan dia macam conquer and takleh share hatta dengan suami sekalipun.So maknanya selagi dia ada makanya tak boleh berkahwin lah mereka yang perempuan dalam keluarga ni.The only way untuk keturunan dia terlepas ialah dengan melepaskan saka tersebut kepada orang lain yang dirasakan layak secara sedar atau tak sedar penerimaannya.

So aku lah calon paling sempurna sebab aku melayan jer semua benda yang datang pasa walnya.Kalau bukan pasal pergi berubat,sebenarnya misi mereka hampir terlaksana.Macamana aku tahu?Tuan punya badan yang datang mengaku.

Next time aku sambung lagi cabaran gangguan sampai aku baling kasut time bertunang akibat kerasukan.Ingat tau,semuanya bermula di Rumah Tingkat 3!

24 comments

    1. Aku syak engkau ni ‘sara’. Hahahahaah lek la. Baca lek lek. Takyah gopoh gapah. Nk ke mana gopoh gapah. Apsal ko kata serabut.

  1. Wooooo wooooooooooooo! Tarik handbrake jap. Mmg keje gila si pelaku ni. Actually kawan-kawan, kena baca teliti corak penyampaian cerita dia. Dia cerita secara detail, perkara jadi tak faham sebab, penyampaian dia berbalik, dan dikaitkan dengan kejadian sebelumnya. Saya suka jalan penyampaian dia yang bersahaja. Seolah-olah, saya sendiri berada bersama dalam situasi beliau. Cuba cabar diri sendiri utk memahami dan meletakkan anda dlm diri si pencerita. Bukan baca sekali lalu, tapi hayati. Kalau dah hayati tapi masih tak dpt nak fahamkan, mmg salah si penyampai. Jgn cepat mengklasifikasikan sesuatu cerita kepada “serabut. ntah apa apa”.
    Teruskan dengan pengalaman selanjutnya. Corak penyampaian macam ini yang menarik orang utk mengetahui lebih lanjut kisah seterusnya. Terima kasih.

  2. ralik no aku cuba menghayati cerita ni. sampai kan officemate aku bercakap kat tepi buat aku terjatuh kerusi dek terkejut. banyak banyak cerita dalam FS ni. ni 1st cerita aku tak sabor nak baca kisah selanjutnya. sebelum ni baca cerita dalam FS takdak perasaan langsung. teruskan…

  3. mmg best cerita ni, mmg kena baca dgn penghayatan baru boleh faham…klu baca sekali lalu tu yg rasa serabut tu…

    kepada penulis cerita ni, harap ada sambungan…and stay dgn gaya santai anda… (^_^)

  4. Pttnya awl2 sara ckp muka org2 tua tu sama mcm nenek n atok dia ko dh syak n siasat..tp dr penceritaan ko..ko mcm x kisah..aku pelik sekejap kt part ni..n apsl si sara pon mengaku siap tunjuk album bagai..klu ko jenis siasat x ke kantoi..cmne dia nk pas saka tu kt ko..klu aku la awl2 dah dia ngaku cmtu aku dh cabut dah..xnk aku rapat ngn org mcmni..ko ni pelik..smbpi brtahun2 dok mengadap bnda ni..haishhhh

  5. Aku rse ni cerita terbaik stakat ni,walaupun yg menanggung beban tuan pnye badan je yg tau..xde msalah aku bole paham crite ni dgn gaya penympaiannye cewahh..sambung2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *