Rumahku & Atul

Maaf kalau cerita aku ni agak panjang, ni semua pengalaman aku kat umah je, tetiba aku rasa nak kongsi cerita dengan semua. Sorry juga kalau tak berapa nak seram/angker. Maybe ada la sikit kemisteriannya tu. Semua cerita ni based on pengalaman aku kat rumah. Jadi aku just nak cerita yang aku kehilangan anak semasa dalam kandungan, lebih kurang 6 bulan dalam kandungan, disebabkan virus, based on medical report. Aku redha. Cuma yang masih aku ingat, sehari sebelum aku tumpah d***h kat rumah, masa aku tengah ambil wudhuk untuk Asar, tetiba rasa ada benda merayap kat betis.

Rupa-rupanya ada kala jengking tengah merayap naik. Terkejut gile aku dan nasib baik sempat aku tepis guna getah paip. Tapi aku taktau la kalau kejadian ni ade kaitan dengan tragedi tumpah d***h aku esoknya, sampai membawa kepada kehilangan anakku dalam kandungan. Wallahualam. Dan sejak daripada itu, anak-anak buah rapat dgn aku, diorang la pengubat kesedihanku dan kadang-kadang tidur sekali denganku bila suamiku outstation.

Lepas kawin, aku tinggal dgn mak ayah sebab mereka tinggal berdua je. Walaupun umah akak aku sebelah umah mak ayah, tapi umah mak ni agak besar 2 tingkat, dan sunyi sangat kalau berdua. So kami berdua decide temankan mak ayah. Bilik aku berada di hujung sebelah depan rumah, agak jauh ke depan. Bilik aku ni depan ruang tamu kedua, yg selalunya kosong sebab jarang guna, unless anak-anak buah semua balik bercuti hujung minggu baru ramai-ramai lepak situ. Ruang tamu ni biasanya akan dibiarkan gelap, so selalu aku akan masuk bilik aku dalam keadaan gelap, sebab kena melalui ruang tamu ni. Bila malam je baru bukak 1 lampu tepi ruang tamu kedua tu.

Dipendekkan cerita, gangguan bermula apabila anak buah aku Atul, yang paling rapat dan tiap hari lepak kat bilik dengan aku & hasben, dah taknak lepak dengan aku lagi. Dia macam takut tapi dia taknak bagitau. Puas kami pujuk tapi dia tetap tak mau dah. Macam ada sesuatu yang dia takut/halang dia. Bila aku ajak lepak bilik, mesti dia pandang ruang tamu gelap tu sambil ketakutan. Masa tu umur dia dalam 4 tahun. Masa kejadian ni, aku bekerja & tengah sambung study. Jadi aku ambil cuti beberapa bulan sebab nak attend kelas. So most of the time banyak masa kat umah. Sejak Atul taknak datang spend masa ngan aku, banyak kejadian pelik berlaku. Yang paling aku ingat, masa aircond bilik aku rosak. Jadi bilik sangat la panas untuk tidur so kami decide nak tidur kat ruang tamu kedua depan bilik kami tu je. Ruang tamu tu agak besar, cuma ada karpet yg dibentang luas, ada bilik air & ada sliding door. Sebabnya situ ada aircond, so mak aku pun suruh kami tidur je situ, tarik tilam & bantal tidur depan tu.

Malam first tidur situ, laki aku dah berdengkur ke laut, aku yg terkelip-kelip takleh lelapkan mata sebab ruang tamu tu luas, rasa macam tak selesa. Tiba-tiba aku terdengar bunyi pasir dibaling ke dinding. Mula-mula sekali je, lelama banyak kali juga. Bila diamati bunyi tu datang dari dalam bilik air di ruang tamu tu. Aku sedapkan hati dengan anggap tu bunyi biasa maklumlah rumah agak lama & mungkin akibat pertukaran cuaca panas sejuk. Lagipun aku dah biasa dengar bunyi bergolek-golek atas atap dapur. Yang tu hampir tiap malam kami dengar, sampai dah lali. So hari kedua dan ketiga aku tidur kat ruang tamu tu, bunyi yang sama juga aku dengar & aku pun ada ceritakan pada suami. Tapi biasa la dia anggap benda tu takde apa-apa, & dia berdengkur macam biasa je.

Dalam masa yang sama, kakak aku (mak Atul) mula bukak cerita pasal Atul. Atul start cerita pelik-pelik. Atul cerita dia ada ‘kawan’ baru. Kawan yang dia sorang je boleh nampak. Kawan tu selalu datang main-main dengan dia. Kawan dia datang dari belakang umah dia (which is scary sebab belakang umah dia hutan). Tapi kebanyakan masa Atul taknak cerita bila mak dia tanya macam-macam pasal kawan dia tu. Dia just geleng-geleng je. Aku pun penah tanya Atul, siapa kawan dia tu. Dia geleng-geleng siap cakap dia tak nak bagitau, nanti kawan dia buat muka mcm ni : sambil tunjuk gigi taring & buat muka hodoh. Terkejut aku.

Kawan dia marah bila kitorang tanya banyak-banyak kat Atul. Ada sekali tu Atul pernah bukak mulut, cerita kat mak dia yang kawan dia tu nak cari mak dia, dia kata dia suka kat aku. Nak aku jadi mak dia. Huhu aku dengar je cerita tu, meremang roma. Aduh. Selera makan Atul pun berubah start dia berkawan dengan kawan baru dia tu. Dia hanya nak makan telur rebus je. Setiap masa telur rebus. Bila dia melukis pun, dia akan lukis gambar telur. Kalau datang rumah aku pun dia mintak nak telur rebus. Dan pernah juga tiba-tiba dia mintak nak makan pulut kuning. Mak aku cakap biasanya kalau telur rebus & pulut kuning ni ada kaitan dengan ilmu hitam/sihir/pemujaan. Ye kot. Wallahualam.

Okay berbalik pada bunyi pasir dibaling kat ruang tamu kedua tu, ada 1 kejadian yang berlaku pada malam aku nak exam esoknye. Malam tu aku study la depan sliding door tu, suami aku biase la dah start enjin ke laut dia, so aku khusyuk la menghafal. Masa tu dalam pukul 2-3 pagi gitu. Bunyi pasir kena baling tu aku dah tak heran dah sebab malas nak layan, mesti ada je. Tetibe aku dengar bunyi mcm bayi menangis plak. Tapi susah nak explain sebab bunyi mcm anak kucing mengiau pun ye juga. Bunyi tu makin kuat, bebetul depan sliding door. Huhu. Tapi sebab nak exam punye pasal, aku cecepat amek earphone sumbat kat telinga, aku pasang ayat alQuran. Aku kuatkan hati. Lelama bunyi tangisan tu hilang.

Aku citer semua yang jadi kat mak ayah aku. Di samping cerita-cerita oleh kakak aku pasal ‘kawan’ Atul ni. Aku pun cerita kat diorang, setiap kali balik umah bila malam, nak bukak pagar rumah, aku rasa macam diperhatikan. Perasaannya susah nak diterangkan tapi kadang-kadang meremang padahal takde ape pun. Entahlah. Bunyi pasir dibaling pun dah selalu sangat, kadang waktu siang pun aku boleh dengar juga. Aku penah panggil ayah aku cepat-cepat masa dengar bunyi tu, dia masuk ke bilik air ruang tamu tu, check kot-kot ada yg tak kena, lepas tu terus bunyi tu hilang.

Ada satu petang tu, lepas aku balik dari exam, aku masuk umah & terus tertidur sebab penat sangat. Mak ayah aku keluar rupanya petang tu. Suami aku balik malam. So aku pulak tertidur la sampai ke Maghrib dengan tak bukak lampu langsung kat rumah tu. Aku tidur dalam bilik pun dalam gelap sebab masa aku balik tu cerah lagi. Bila terjaga terkejut gak sebab bilik gelap, bila keluar bilik pun, seluruh rumah gelap gelita. Pastu lepas mak ayah aku balik, akak aku datang, dia terkejut tengok aku ade kat rumah. Dia kata time awal Maghrib tu, dia nampak aku keluar dari pintu belakang dapur, taktau pergi mana. Tapi dia memang nampak aku bukak pintu & grill dapur, terus keluar. Dia tengok dari tingkap rumah dia. Dari tingkap rumah dia boleh nampak pintu belakang dapur rumah mak. Siap boleh dengar bunyi grill tu terbukak. Wallahualam taktau la siapa yang keluar tu. Sebab aku terjaga dari tidur tu pun dah dekat pukul 8 malam. Huhu.

Ada sekali tu, mak ayah aku balik kampung, jadi tinggallah aku berdua ngan suami je kat rumah, & akak aku kat rumah sebelah. Peliknya bila pepagi sepanjang ketiadaan mak ayah aku,
aku selalu dengar kat dapur bunyi penutup cawan yg ayah aku selalu guna bila dia siap bancuh air dia pagi-pagi kat dapur. Huhu seram juga sebab penutup tu takkan bergerak sendiri kot. Malam tu, mak ayah aku sampai dari kampung. Aku & kakak aku lepak kat dapur sementara tolong diorang unload barang-barang, & sambil sembang-sembang. Antaranya kami sembang pasal bunyi-bunyi & perangai pelik Atul.

Tetiba terdengar bunyi benda bergolek atas bumbung dapur, kuat juga. Sejurus lepas tu, kami semua dengar bunyi tangisan kat luar. Sebijik macam yang aku dengar masa tengah stay up study depan sliding door sebelum tu. Tapi kali ni kuat lagi. Kami semua terkejut & saspen juga. Ayah aku terus keluar. Kami semua keluar rumah ikut ayah. Ayah aku mcm nak marah juga sebab berani juga bunyi tu berlaku terang-terangan kan. Kami semua keluar termasuk la abang ipar aku & anak-anak dia dari rumah sebelah. Ayah aku bawak torchlight & suluh ke arah bunyi tu. Bunyi tu macam datang dari arah kebun tepi rumah.

Masa ramai-ramai kat luar, kami perasan yang Atul ni macam terlebih excited, dia macam nak berlari ke arah bunyi tu, tapi nasib baik kakak aku pegang & halang dia. Memang seram sebab bunyi tu kuat depan kami semua. Ayah aku ada jerkah-jerkah juga & baca ayat-ayat tertentu. Lama kelamaan bunyi tu hilang sayup-sayup gitu. Kakak aku bagitau, masa kami smua tengah rushing keluar rumah nak find out bunyi tu, dia nampak sesuatu tengah bergayut kat wayar letrik depan rumah dia. Benda besar mcm beruang berbulu & hitam. Bergayut & masuk ke dalam kebun. Wallahualam. Kami dengar sambil meremang roma.

Macam-macam lagi kejadian aneh yang tak dapat aku nak ceritakan semuanya. Tapi yang aku ingat, kejadian last sebelum kami semua pindah ke rumah baru. Malam raya tu, patutnya aku & suami kene balik kampung belah suami. Tapi sebab kesian mak ayah aku berdua je, kebetulan giliran kakak-kakak aku semuanya kena away raya tu. So kami decide malam tu tidur rumah mak je, esok pagi raya baru gerak balik kampung suami. Malam tu kami tolong kemas-kemas rumah, aku tolong kat dapur, isikan balang kuih raya mak, suami aku sibuk mop lantai luar rumah depan ruang tamu. Masa tu dalam pukul 11 lebih dah, dekat kul 12 malam rasanya.

Tengah susun balang kuih kat meja makan, tetiba aku dengar bunyi pelik dari luar rumah. Pintu rumah terbukak sebab suami tengah mop kat luar. Pintu pagar rumah pun terbukak luas. Bunyi macam anjing/serigala/harimau tengah menderam, macam nak menerkam. Sangat kuat sampai aku di dalam pun boleh dengar dengan jelas. Aku jengah suami kat luar tu, dia pun macam terkejut & terhenti mengemop. Aku cepat-cepat suruh dia masuk rumah, scary sangat & risau gak kot bebetul ade anjing/rimau yang tengah ready nak terkam dia ke. Dia cecepat gi tutup gate, dah la jauh gate ngan pintu umah. Dia boleh wat muke rilek lagi ye la takkan nak tunjuk takut depan aku kan hehe. Cecepat kami masuk. Mak aku pun dengar bunyi tu. Ayah dah lama masuk tidur. Lelama bunyi tu hilang dengan sendirinya. So esoknya pagi raya kami berdua pun balik kampung, tinggallah mak ayah berdua je kat rumah.

Raya ketiga aku balik rumah, mak cerita yang malam raya kedua tu (hari kami berdua dah balik kampung), pukul 4 pagi mak terjaga sebab dengar bunyi menderam yang sama kat luar rumah. Kuat juga. Jadi pagi tu ayah panggil kawan baik dia, seorang ustaz yang boleh tengokkan apa yg jadi sebenarnya. Ustaz tu maklumkan yang bunyi tu ialah bunyi serigala yang dah lama duk tunggu kat luar rumah, nak terkam masuk tapi tak boleh. Maybe sebab ada halangan/pagar/ayat-ayat amalan yang menghalang. Lagipun dah masuk Syawal, masa Ramadhan tu maybe terhalang kot. Ustaz tu katanya dah halau serigala tu, lepas tu dah takde lagi bunyi tu. Wallahualam.

Lepas tu kami semua berpindah rumah kat tempat lain. Cuma dah takde gangguan yang aneh-aneh sangat, sikit-sikit tu biasalah. Dan Atul pun dah kurang bercerita pasal kawan dia, dia pun dah pandai hafal ayat-ayat pendinding sendiri, sebab dia pun takut. Cuma ada sekali tu sebelum kami pindah, dia cerita yang kawan dia tengah tidur kat rumah baru yg kami nak pindah tu, masa tu rumah baru tengah dibina. Huhu. Sejak pindah rumah ni, dia selalu mimpi yg menakutkan, & bila bangun pagi, belakang badan dia mesti penuh dengan cakaran-cakaran halus. Kesian, tak pasti sebab apa.. wallahualam. Maknya pun ada bawa dia berubat & rasanya dah beransur baik. InshaAllah. So tu je yang aku nak kongsikan. Harapnya takde lah lagi pengalaman seram dah lepas ni.. Wallahualam.

The Wayfarer

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “Rumahku & Atul”

  1. Seriau weyh.. Kalo aku, first time demgar tu aku dah cuak panggil ustaz. Yang ni kira banyak kali kejadian baru panggil..kira berani lah ni.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.