#RumahMewahSewanyaMurah-“Kita Sedarah”

Hi FS dan followers.
Thanks admin sbb publish cerita #RumahMewahSewanyaMurah.

Sekarang kita sambung pula apa yg jadi selepas itu.

Saya masih lagi Eya, umur 30++ dan sekarang sudah tinggal di rumah sendiri. Cerita ni bermula selepas tepat 6 bulan selepas saya pindah dari rumah tersebut.

Ingatkah uols pasal bau hangit sebelum maghrib tu? Kata geng paranormal, bau tu akan terhasil apabila entiti mahu munculkan diri disebabkan pertembungan dua ion. Ini fakta. Jadi kalau bau hangit tiba tiba tu pandang pandanglah sekeliling ok.

Ok selepas a few months saya still lagi berubat tapi tu lah, bila makin lama makin malas kan nak minum air segala tu.  Pastu kononnya da lupa la. MaklUmlah da lama kan.. Tapi di luar sedar, benda tu datang balik malahan makin berani. Dan saya kerap bermimpi mendengar suara ghaib yang berbisik, “kita sedarah”. X bagitau ibu pon sebab anggap mimpi je.

Satu hari ni dekat kampung, lepak lah kan amek peluang masa byk ni. Lama juga saya ada kat kg selepas berhenti keje kononnya nak berehat seketika kan.

Da seminggu di kg xde ape ape yg pelik pon. Cuma lately kalo bangun tdo bdn rasa lenguh lenguh,terutama skali dekat tulang kipas tu malah makin teruk bila tgh period.

Dan aritu mcm biasala ladies time, mula lah bergulung gulung, duduk x senang berdiri x betah. Tapi pelik sebab xde aliran period pon yang keluar. Beranggapan masuk angin kot. So just sapu minyak angin je..

Dan bila dah nk jadi kisah,that day xde org pulak kat rumah. Ibu ke kampung sebelah dengan ayah. Ade kematian. Adik adik kat asrama so tinggallah saya sorang. Nak takut apa rumah sdiri kan.

Rumah saya ni saya ni 2 tingkat. Tapi tingkat kedua tu loteng je iaitu bilik saya. Beranda depan mengadap jalan utama yang x besar mana manakala tingkap mengadap kebun getah lama yang da berupa hutan.Pintu pula sebelah tingkap tu. Katil saya mengadap tingkap tu.

Rumah kampung ialah sebuah rumah yg besar walaupon bukan rumah org kaya kaya kan. Dan toilet pastinya kat dapur paling hujung. So jauh juga la kalo nk terkencing tengah malam tu. Tapi da rumah sdiri kan nak takut ape.

Ok back to the story. Lepas letak minyak angin tu rasa lega sikit walaupon masih lagi terasa gulung gulung. Sambil dok gosok gosok perut, saya tertido. Tido lepas asar lagi ye. Dalam tido tu tiba tiba rasa aliran period tu sangat laju seolah olah empangan yg baru dibuka pintunya.

Walaupon da rasa abis lencun semua, saya tak mampu nk buka mata. Dalam mamai mamai dengan hanya mata terbuka sikit, nmpk ada benda bergerak kat hujung katil manakala tingkap semua sudah bertutup dan gelap sgt sgt. Dekat kampung pukul 7 ptg da mcm pukol 10 mlm ye.

Serentak dgn itu bau bau hangit busuk hanyir semua menerjah. Paling kuat bau kapur barus dan kemenyan. Busuk gila weh busukkk.. Bayangkan bau d***h ayam ikan ke yg korang perap dlm tong sampah tu seminggu,korang kali kan dgn 5kali ganda. Ha tu la busuk dia camne.

Dalam samar samar tu lah saya nampak “beliau” yg kurus tu muncul dan berdiri betol betol di hujung kaki saya menghadap saya. Kali ni x nmpk muka sbb gelap tp masih bole nmpk bentuknya camne. Tp kornea mata kita ni akan bertindak mencari cahaya dan lama kelamaan, agak jelas juga la walaupon dalam cahaya yg sikit kan.

Kalo dulu dia hanya munculkan diri, kali ni siap berdesis sambil mengekek ketawa. Rambutnya masih panjang cuma kali ni nmpk rambut tu menipis. Bentuknya masih sama cuma dia sekejap berdiri sekejap merangkak sekejap mengengsot tapi di kedudukan yang sama. Jari jari runcing yang panjang dengan kuku yang sedepa tu kerap tunjuk ke belakang saya. Macam ada seseorang di belakang kepala saya yang saya xnak sahkan ye ke tak sbb x mampu nak tengok dah.

Masa tu xtau nk describekan perasaan ni mcm mana. Cuba cari selimut ke bantal nak tutup muka semua tapi ternyata hanya saya sahaja berada di tengah  tilam queen dalam keadaan lencun d***h period kat kain batik dan baju. Bantal selimut semua sudah jatuh ke bwh katil.

Masa ni la dia mula bergerak menunduk dan mencangkung, dan mula mengeluarkan lidah yg panjang mencecah ke kain batik saya. Dan pergerakan dia masih perlahan lahan seolah olah masa terhenti. Seakan dia da dapat apa yg diinginkan dia mula mengilai nyaring. Kemudian saya nampak dia patah patahkan badan dia dan mula merangkak perlahan lahan ke atas katil di sebelah saya. Dia merangkak secara terbalik. Dan bunyi kuku dia bertembung satu sama lain.Saya bole rasa kain dan rambut tu kena kulit saya dan bole rasa pergerakan dia atas tilam.

Saya berharap saya pengsan time ni tapi dia seakan akan mahu saya tengok ape movement dia. Saya hanya mampu pejam mata dan rasa dapat rasakan dia mengelilingi saya tapi berhenti seketika di belakang kepala saya. Dan kemudian terus bergerak sampai ke hujung kaki saya kembali. Masa ni lah, saya mendengar suara berbisik dalam bahasa klasik,

“(Mengilai yg mengekek),
darahmu akan menjadi pengikat antara kita,utusan akan menjadi urusan,kau dan aku bersemadi,kita sedarah,kita setanah”

Suara ni dr belakang saya bukan dr hadapan. Siapa dia saya pon tertanya tanya dan adakah pemilik suara ini yg ditunjuk oleh “beliau” tadi dan di tempat “beliau” berhenti td.

Saya masih dan akan ingat kata kata tu sampai bila bila.Suara org tua yg terketar ketar tetapi garau dan dalam.

Dgn susah payah dan dalam ketakutan yang amat, saya cuba bangun. Akhirnya saya dapat bergerak dan menjerit sekuat hati dan nenek tua tu menembusi dinding tingkap bilik saya sambil melirik tajam dan mengilai lg tatkala azan maghrib berkumandang. Bila da takut nak baca bismillah pon tak mampu.

Ketika itulah ibu saya masuk ke bilik, sambil beristighfar dia mula memeluk saya. Tp saya dalam keadaan kering tanpa setitik d***h pon. Saya hanya mampu menangis dan memeluk ibu saya.

Masa td serasa begitu lama walhal x sampai 2 jam pon saya terlelap. Ibu cerita yg masa ni saya mula meracau racau dan beranggapan saka kawan saya tu datang kembali. Ibu dan ayah baru je buka pintu rumah pada masa saya menjerit tu. Laju ibu naik ke bilik saya masa tu lps dgr sy menjerit.

Ayah terus pegang saya sambil ibu mula membaca ayat kursi dan yg sewaktu dgnnya.

Say mula bercerita dan masatulah saya diberitahu oleh ibu yg beliau tu cuma utusan saja. Yg mengawalnya adalah suara yg berbisik tadi.

Rupanya ada 2 dan yg lagi 1 lagi kuat dr beliau yg kurus tu. Saya agak bernasib baik racauan tu sekejap saje. Lepas saya dah sedar, saya bgtau ibu saya period tapi tiada aliran yg keluar dan ibu marah saya sbb tido time time mcm tu dah la period.

Dalam bebel tu,kata ibu benda tu akan cuba lagi sekiranya saya lalai dan ye memang saya lalai sbb saya beranggapan sudah lama kejadian di rumah sewa tu dan tiada lagi gangguan yg teruk selepas tu.

Mlm tu kami ke rumah ustaz yg ubatkan saya sebelum ni. Kata ustaz tu, kawan saya da x mampu nk handle belaan ni. Jd dia hanya berserah. Dan saya mengaku saya x habiskan air bacaan yg ustaz tu bg.Ustaz hanya geleng kepala dan bertanya adakah saya pernah period semasa berada di rumah sewa tu, saya ckp ye pada minggu pertama hari ke 5 di rumah itu bersamaan hari ke2 dan minggu pertama bulan tersebut(2hb).Masih ingat lagi hari tu kawan saya yg belikan minyak angin tu sambil senyum senyum bermakna.

Disitulah kata ustaz permulaan “kita sedarah”. Mungkin d***h period saya yg digunakan utk memuja. (Ingat tak yg bekas air yg saya kata tempat d***h tu?d***h aku rupanya) Berkenaan suara yg berbisik tu, ustaz tersebut tidak dapat mengesahkan adakah milik kawan saya atau siapa tetapi kata ustaz tersebut, benda tu mmg telah ada dgn sy sbb ikot kiraan, ini ialah period saya yg ke 6 selepas period pertama di rumah sewa.

Dan mengikut kiraan saya,hari ini ialah hari ulangan masa period kat rumah sewa iaitu hari 2 minggu pertama pada bulan tu.(ya tarikh,hari kedudukan period semua sama) Jadinya kitaran prosesnya tu telah sempurna. Kita mungkin anggap benda tu mcm biasa je,tp mereka yg memuja ni akan mengambil kira segala bentuk persamaan dan keganjilan yg ada.

Dan bermula pada hari itu, saya mula sakit yang teruk dan period saya mula bermasalah yang akan saya ceritakan pada submission ke seterusnya. Dan saka ni mula mengganas yang korang sendiri pon samada percaya atau tidak dengan gangguan seterusnya.

Kawan saya tu pula, saya akan ceritakan khas pasal dia dalam submission yang lain mcm mana keadaan dia yang telah disampaikan oleh kawan yang lain yang juga rapat dengan dia.

Pesan saya pada dia:

U, tolonglah hubungi kami semua.. I x salah kan u sebab i pon tahu u terseksa. Kita berdua perlu berubat segara dan perlu bersama sama berubat untuk buang saka ni sebab tiada apa yg lebih berkuasa melainkan Allah SWT.

Eya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 thoughts on “#RumahMewahSewanyaMurah-“Kita Sedarah””

  1. Sambung semua cepat jangan stop lagi plssssssss… Nak tau sambungan and pasal kawan tu.. Biar panjang kami x jemu membaca.. Lagi suka sbn x gantung

    Reply
  2. Semoga tabah menghadapi ujian Allah..saudari terpilih diuji dengan ujian sebegini…mungkin Allah nk uji tahap keimanan saudari.

    P/s : jangan malas2 amalkan apa yg ustaz ajar tau

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.