Assalamualaikum. Saya nak kongsi pengalaman. Seram atau tak saya x bertanggungjawab ye.
Kisah ni berlaku pada tahun 2005. Masa tu saya dan kawan2 form 5 tinggal di asrama. Saay ada 3 kawan karib. Dua orang kawan saya ni, ( S dan J ) sebilik dengan saya dan mereka ni asal kampung yang sama. Kami kenal mula2 masa 2002. Sorang lagi ( Z ) tinggal kat bilik sebelah, asal kampung sama dengan saya. Dia ni memang sahabat saya dari kecik sampailah sekarang. Dia ni sepupu saya tapi saya anggap dia kawan sekepala yang gila2. Memang kami rapat sangat. Z ni ada kelebihan, dia ada sixth sense huhu. Makhluk2 halus ni dia boleh nampak. Jadi macam2 lah yang dia nampak dekat asrama tu. Lupa nak bagitahu. Z ni baru je masuk asrama masa form 5. Hampir tiap hari dia akan cerita kat saya apa yang dia nampak.
Begini ceritanya..
Masa bulan ogos tahun 2005, S demam. Teruk jugak lah sampai tak larat nak bangun mandi. Jadi malam tu saya tawarkn diri nak jaga S, kebetulan saya period saya x pergi surau. J dan Z juga period. Sementara menunggu masa prep bermula, diorang lepak la dekat bilik kami. Ada 3 orang lagi junior yang period n join jugak lah sembang2 kat bilik. Masa tu Z sedang bersemangat cerita berkaitan makhluk2 halus yang dia nampk kat bilik dia. Saya pula sibuk cari panadol untuk S dari bilik ke bilik. Bila dah dapat saya balik semula ke bilik.
Tak ramai yang stay dekat bilik masing2 masa tu. Pelajar yang lain pergi ke surau untuk solat maghrib n isyak berjemaah. Masa saya masuk je bilik tu, saya rasa angin bertiup kuat sangat tapi sekali lalu je terus hilang. Kertas2 di atas meja semua berterbangan. Saya tengok Z dan 3 junior tekun sangat bercerita. J pula sibuk baca novel. S dah lama dibuai mimpi. Maklumlah orang demam kena tidur hihi. Dalam hati saya tertanya2 xda sape2 ke yang perasan angin tadi kuat sangat. Saya rasa x sedap hati tapi cepat2 saya buang perasaan negatif tu.
Selepas selesai beri S makan ubat, saya suruh S sambung balik mimpi dia semula. Saya pun join sekali jadi pendengar Z bercerita. Semua yang dia ceritakan tu sebenarnya saya dah pernah dengar. Apa taknye tiap kali Z ada nampak apa2 mesti saya orang pertama dia akan cerita.
Ini cerita daripada Z, dan semuanya berlaku pada waktu malam ketika waktu tidur:
1. Ada 1 malam tu saya mimpi ada makhluk yang besar berdiri di sebelah katil saya (Z katil atas). Saya terkejut dan bangun dari tidur. Saya pandang sebelah kanan dan betul2 ternampk makhluk yang besar di sebelah katil saya. Saya x nampak kepala dan kaki, cuma badan je sebab benda tu memang besar. Saya cepat2 tutup muka dengan bantal dan tidur membelakangi benda tu.
2. Z pindah dari katil atas ke katil bawah sebab dah banyak kali nampak makhluk besar tu.
1 malam tu, sedang saya tidur tiba2 saya terbangun. Rasa macam x tidur lagi. Mata saya tiba2 je terbuka dan rasa segar. Masa tu lampu di bilik semua kena off kan. Lampu dekat koridor je on. At least ada juga lah cahaya sikit2 masuk kat bilik. Sedang saya terkebil2 nak cuba tidur semula, saya terpandang katil kawan paling hujung. Cahaya lampu koridor terpancar kat kawan tu jadi sy boleh nampak dengan jelas kawan tu sedang tidur. Yang mnjadi tumpuan saya bukan kawan yang tidur tu, tapi perempuan yang sedang duduk disamping kawan tu. Dia pandang je saya x kelip2 mata dia. Perempuan tu bertudung putih. Kulitnya putih pucat. Cantik. Saya cuba ingat sape perempuan tu sebab saya x pernah nampak dia sebelum ni. Saya tutup mata dan cuba tidur tapi x dapat. Saya buka mata dan perempuan tu masih lagi pandang saya x gerak2. Saya tutup mata dan baca2 lah apa yang saya ingat sampailah tertidur.
3. Z pindah katil atas tapi line sebelah.
Masa semua orang dah tidur, saya seperti biasa dah sedap2 tidur, tiba2 ada je yang mengganggu. Kali ni saya terkjut dair tidur sebab saya terdengar bola melantun dan bergolek. Saya cuba dengar betul ke bunyi tu wujud atau x. Bunyi bola bergolek tu makin kuat. Saya cuba pandang bawah katil dan ternampak bola keranjang sedang bergolek di atas lantai.
Lepas je Z habis cerita yang nombor 3 tu, ( sebenarnya banyak lagi tapi x ingat dah ) saya dah rasa sangat2 x sedap hati. Rasa macam bilik kami masa tu ada bayang2 hitam sedang terbang mengelilingi kawasan bilik. Walaupun semua lampu terpasang tapi terasa cahaya bilik tu suram semacam je.
Saya katalah pada Z, “cukuplah, setakat tu je cerita untuk malam ni. Esok sambung lagi ye”.
Tapi Z taknak. Dia merayu nak ceritakan juga, “kejap. Saya cerita 1 lagi. Please 1 cerita je lepas tu sudah. Boleh ye”.
3 org junior tu pun merengek2 nak juga dengar cerita tu.
“Ok la. 1 je tau. Lepas tu kita makan keropok ni”. Saya dah x sedap hati yang amat. Saya xde sixth sense macam Z. Tapi sebenarnya jika saya pergi mana2 berdua dengan Z, kalau dia ternampak bnda2 ghaib, saya juga boleh rasa. Tapi setakat rasa benda tu ada je lah n nampak bayang2, tapi x lah jelas macam yg Z nampak tu.
Masa Z rancak bercerita, saya rasa malas nak dengar. Takut pun ada, seram sejuk je. Saya pandang sekeliling bilik kami rasa mcm ada aura negatif je. Saya ambil keputusan nak ke katil S yang sedang tidur. Masa saya bangun tu, 3 orang junior tu dengan Z sekali terperanjat. Hah berteriak melatah pon ade. Saya pun gelak habis lah. Sapa suruh feeling sangat dengar cerita seram tu. Orang bangun nak berdiri je pon boleh terperanjat habis.
“Apelah akak ni. Terkejut saya tau. Orang dah menghayati cerita, yang akak pergi berdiri tiba2 tu kenape”, junior tu marah sangat sambil urut dadanya.
“Haahhh. Sapa suruh cerita lagi waktu malam2. Kan dah takut. Dah, dah esok je sambung”, saya berpaling dan berjalan ke arah S. Masa tu saya sempat pandang Z. Saya perasan Z pandang ke arah bawah katil hujung bilik tu. Cepat2 dia pandang saya dan menangis.
“C. Tolong saya, C. Tolong”, Z tutup muka dan nangis2 ketakutan.
Saya cepat2 dapatkan Z.
“Kenapa ni Z??? Apa yang kau nampak tadi???”. Saya dapat rasakan yang dia ada nampak sesuatu. Weei, seram pula saya taip cerita ni. Tiba2 naik bulu roma huhuhu.
“Tolong saya, C. Saya nampak kepala perempuan dekat bawah katil tu. Dia pandang saya dan senyum senget”, Z sambung menangis.
Junior 3 orang tu dah gelabah, “wei, wei biar betul Z? Kau jangan nak takut2 kan saya. Meremang bulu2 saay ni Z. Betul ke ?”.
Saya cuba tenangkan Z. Dia kuat semangat sebenarnya. Tapi ikut pengalaman, dia jarang2 nampak wajah benda2 yang dia nampak tu. Selalunya just bentuk badan tapi jarang sangat benda tu nak tayang wajah. Siap senyum pulak tu.
“Haaa. Kan saya dah larang teruskan cerita tadi. Saya dah rasa lain macam dah tadi. Saya tengok kamu ni pun dah lain je, obses semacam nak dengar seram2. Z pun dah lebih semangat nak bercerita. Lain kali berpada2 dah la. Nak cerita, cerita masa siang2”, panjang je ceramah saya. Masa tu perasaan takut Allah je tau. Tapi saya cuba gagahkan.
Malam tu kami dikumpulkan ramai2 tidur kat bilik sebelah. Bilik kami tu dikosongkan untuk malam tu je. Ada lagi yang berlaku pada malam tu tapi penatlah menaip. Bukan sekali tu je tau. Gangguan2 berterusan sampai lah kami tamat SPM. Paling saya x lupa bunyi kambing mengembek tengah2 malam di dalam almari dan tiba2 ada bunyi seperti orang mengetuk belakang almari. Macam orang nak minta buka pintu bunyinya. Kuat tu. Tapi macam mana nak ketuk belakang almari tu. Almari tersebut kan melekat kat dinding bilik. Huhuhuhu seram tak??? Ni kisah benar tau. Bukan rekaan.
Tq admin. Tq yang sudi membaca. Rajin2 solat dan baca Quran ye. Assalamualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Selalu org yg boleh nampak2 ni jaraaaannggg nk share2 citer die…
Baguslah Z nk share…
Ade gak cerita…
mcmana lah kehidupan orang yang hijab terbuka ni….tiap hari nampak je benda2 mistik
xmau ler sixth sense nih, huu..haru betol beliau..
tu la..nak sgt cerita pengalamannye…kan da mendapat..haih