SAKA

Assalamualaikum peminat FS semua. Aku tertarik untuk cerita kisah keluarga aku mengenai saka. Mesti semua pernah dengar pasal saka ni kan? Apa yang korang tengok dekat tv tu tak sama dengan realiti yang keluarga aku hadapi. Nak ikutkan sejarah keluarga aku, dua-dua belah keluarga aku ada benda-benda ni. Tapi hari ni aku nak cerita sebelah keluarga bapak aku dulu.

Aku ada seorang nenek iaitu mak kepada bapak aku yang dah tua, umur dia lebih 90 tahun tak silap aku. Tapi cuba korang bayangkan dengan umur dia yang dah lanjut tu, dia masih sihat, boleh bersiar-siar ke hulu ke hilir, kadang-kadang tu berjoget dan tinggal dekat rumah yang terletak di hujung kampung sorang-sorang sebab datuk aku dah meninggal. Serious aku cakap sepanjang aku hidup aku tak pernah bermalam di kampung aku ni dan aku rasa ngeri plus seram. Mak aku sendiri pernah cerita yang dari kami (aku dan adik aku) kecik lagi tak boleh bermalam di sana sebab automatik kami dua akan menangis. So nak tak nak keluarga aku terpaksa balik.

Nak dijadikan cerita, hubungan kekeluargaan keluarga besar aku ni tak berapa baik dan nenek aku ni jenis memilih menantu. Dia tak suka dekat mak aku dan beberapa biras mak aku ni. Disebabkan nenek aku ada saka, dia akan hantar khadam-khadam dia pada menantu yang ‘terpilih’. Sebagai contoh, waktu mak aku mengandung dulu, dia akan ganggu mak aku tiap-tiap hari. Mak aku rasa yang perut dia berpusing-pusing. Mak aku jugak selalu mimpi benda pelik-pelik, macam ada orang kejar la, tetiba ada dekat tengah padang pasir, jumpa dengan orang yang dah meninggal, kena tindih dan bila bangun pagi akan ada kesan lebam tak pun bekas gigitan. Kesian dekat mak aku sampai sekarang ni pun masih diganggu walaupun bapak aku dah meninggal.

Dulu-dulu mak bapak aku tak percaya benda macam tapi lepas kawan bapak aku, Razif (bukan nama sebenar) datang rumah untuk ziarah, pak cik Razif ni cakap “rumah kau ni ‘panas’ kau kena pergi berubat ni”. Sejak dari tu, mak bapak aku selalu pergi merata tempat untuk ikhtiar. Kadang-kadang menjadi kadang-kadang tak menjadi. Menurut salah seorang ustaz, nenek aku cuba nak bagi saka dekat bapak aku tapi badan bapak aku tak serasi. Bila dia hantar, malam tu bapak aku akan sakit-sakit belakang badan macam ada orang cakar katanya. Kadang-kadang bapak aku dengar bunyi orang melompat atas bumbung rumah aku. Bila bapak aku dah meninggal, nenek aku cuba nak passing dekat mak aku pulak sebab tu betul-betul lepas bapak aku meninggal mak aku sakit teruk sampai tak boleh buat kerja. Sedih kami satu keluarga. Cuba bayangkan, sebenarnya satu kampung nenek aku tu tahu yang nenek aku ni ‘membela’.

Salah seorang ustaz (ustaz lain pulak), scan rumah aku dia nampak yang nenek aku ada tanam ‘something’ setiap penjuru rumah. Tujuannya untuk mengawal dan memerhati gerak laku kami sekeluarga. Kalau ada apa-apa penambahbaikkan atau upgrade yang berlaku dekat rumah mesti mak aku akan sakit. Baru-baru ni mak aku renovate bahagian belakang rumah, selepas seminggu siap renovation tu mak aku sakit sangat bahagian bahu dan belakang badan. Then, kami pergi ke pusat perubatan Islam untuk ikhtiar alhamdulillah sakit mak aku berkurang.

Aku pun sebenarnya pernah terkena tempias saka nenek aku ni. Mak aku bukan menantu kesayangan dia, so automatik aku bukan cucu kesayangan la jugakkan. Masa ni aku pergi kenduri kakak sepupu masuk rumah baru, jadi ramai saudara-mara yang datang. Tapi nenek aku pandai berlakon. Depan orang ramai beria dia minta maaf, peluk cium bagai mak aku, aku dan adik aku. Aku ni pun senyum kambing je. Nak dijadikan cerita, balik dari kenduri tu aku terus hilang suara. Batuk tak berkahak. Aku siap pergi jumpa doktor nak check, doktor pelik macam mana aku batuk, takde suara tapi tak berkahak. Seminggu jugak aku tak bercakap. Then, mak aku bawak aku jumpa ustaz untuk berubat kaedah alternatif. Alhamdulillah lepas jumpa ustaz, aku dah ada suara balik.

Kebanyakkan menantu perempuan yang bukan kesayangan nenek aku meninggal akibat cancer. Bukan aku nak cakap apa, salah satu daripada tanda yang kita ada saka ada ahli keluarga menghidap cancer. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Pengajaran disini aku nak cakap, elakkan dari mengamal ilmu-ilmu yang tak baik dan bawa-bawa bertaubat. Kembali ke jalan yang benar. Jangan disebabkan kuasa, harta dan kepentingan sendiri, seluruh keluarga akan merasa akibatnya.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

8 thoughts on “SAKA”

  1. Yer tak ni..kau salahkan nenek kau..kalau bukan dia yg buat..kau dh fitnah dia..merangkak la kau cari dia minta ampun kt akhirat….apahal lak kalau meninggal sebab kanser simptom kena ganggu saka…..

    Reply
  2. arwah nenek aku pun mcm ni tapi alhamdulillah saat saat dia nak pergi dia mcm menyesal buat mcm tu kt mak aku. tapi bukan pasal saka tau cuma ada konfliks cara memilih ‘menantu kesayangan’ aje.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.