SAKA AMALAN SENDIRI

Hai semua, terima kasih kepada admin FS yang sudi menyiarkan kisah2 aku sebelum ini. Walaupun ada yang suka, ada yang kutuk cerita2 Piza, terpulanglah. Aku bercerita berdasarkan pengalaman yang aku lalui. Tapi bukan setiap hari aku lalui perkara seram. Kepada yang tak suka cerita2 Piza. Tolong jangan baca cerita aku yang ini. Aku mohon yang tak suka aku, skip cerita aku awal2.

Kepada ahli keluarga atau sahabat handai yang membaca kisah aku, tolong jangan mentioned nama aku di fb. Biarlah identiti aku dirahsiakan. Cukuplah sekadar aku bercerita, berkongsi pengalaman aku dengan para pembaca setia FiKSYEN SHASHA. Kisah aku kali ni agak emosional sikit buat aku. Aku harap korang pandai2lah jaga tangan dari type yang bukan2. Aku nampak siapa yang komen cerita aku. Cerita ni agak panjang. Maaf kalau ia agak membosankan korang, tapi seboleh2nya aku cuba habiskan cerita ni tanpa ada sambungan.

5 tahun yang lepas, aku mendapat panggilan telefon dari keluarga. Masa tu dah nak raya puasa. Ayah aku tanya aku, “raya ni balik ke tak? Ayah nak balik ke kampung tengok tokwan sakit, masuk hospital”. Aku cakap dengan ayah aku, aku akan balik. Hari yang ditunggu sampai. Aku dan keluarga balik ke kampung ayah di utara. Sampai sana hari dah lewat malam. Esok baru kami dapat tengok tokwan di hospital.

Besoknya kami semua ke hospital tengok tokwan. Alangkah sedih aku tengok tokwan aku terlantar di katil, dalam keadaan lemah, dengan tangan yang penuh wayar, kurus sangat keadaan tokwan aku. Tokwan tak boleh bercakap boleh angguk saja. Aku difahamkan dah 2 minggu tokwan aku duduk di hospital. Tapi tetap macam tu keadaannya. Sambil2 tu aku berbisik kat telinga ayah aku.

“Ayah. Tokwan ni bukan sakit biasa, kita kena ikhtiar cara lain, bawa jumpa ustaz”. Ayah aku suruh aku diam sebab dia tak percaya kalau aku cakap macam tu. Aku ni, memang ada sedikit sixth sense. Aku boleh tengok seseorang tu. Sakit biasa atau sakit luar biasa. Tengok saja keadaan tokwan aku, aku dah tau dia bukan sakit biasa2. Yang dia alami sekarang, adalah penyakit mistik. Masalah aku ni, tiada siapa pun yang akan percaya kata2 aku termasuk ayah dengan mama aku.

Hari kedua aku melawat tokwan, doktor suruh bawa tokwan aku balik rumah, sebab tokwan aku tiada penyakit. Tapi pakcik aku berdegil, nak tokwan terus dirawat ke hospital. Aku sarankan kepada pakcik aku, kita cari ustaz rawat Tokwan. Pakcik aku ni, walaupun dia kuat sembahyang, tapi dia tak percaya dengan perubatan lain kecuali hospital. Aku bertekak dengan pakcik aku di luar hospital, suruh carikan ustaz, atau orang bijak pandai yang boleh ubatkan sakit tokwan. Ayah aku, biasalah. Mana nak dengar cakap aku, dia mana percaya kata2 aku, malah dia suruh aku mengalah, jangan berdebat dengan pakcik. Sebab pakcik memang tak nak percaya perubatan tradisional.

Aku ingat lagi, hari tu hari jumaat. Aku bercakap dengan ayah, paklong dan pakcik aku, termasuk sedara mara yang ada di hospital masa tu,
“Tak kira. Lepas sembahyang jumaat ni, kita sendiri yang akan cari ustaz untuk rawat tokwan yang tengah sakit, walaupun kita bukan orang sini, tapi kita akan cari sampai dapat” itulah yang aku nekad dalam hati waktu itu.

Waktu nak dekat2 habis solat jumaat, aku suruh adik aku teman ikut aku, cari orang yang boleh ubatkan tokwan. Aku menuju ke sebuah masjid. Di sana aku nampak ada beberapa orang tua yang menurut firasat aku, itu mesti orang kampung tu yang boleh membantu aku. Aku jumpa orang tu, memberikan salam dan bertanya tentang ustaz atau orang yang pandai merawat orang yang sakit mistik. Dan orang tu menunjukan aku jalan untuk ke rumah seseorang yang padai mengubat.

Sesampai di rumah perawat tersebut, dia tanya aku dari mana dan tujuan datang ke rumahnya, aku pun cakap aku dari Johor, tetapi bekerja di KL. Aku datang untuk mencari seseorang yang boleh merawat tokwan yang tengah sakit, tetapi pihak hospital cakap tokwan tiada sebarang penyakit. Perawat tu minta nama Tokwan aku. Aku pun berilah nama Tokwan aku. Lepas tu, dia cakap kat aku “Oooohhh awak ni cucu dia ya? Aku pun jawap, “ya, saya”. Dia sambung cakap semula, “Hurmmm. Ada sebelum ni lelaki datang, suruh tengokkan Tokwan awak ni. Tapi saya lupa nama dia. Saya dah tengok dah. Tapi berat. Saya minta maaf, ilmu saya tak cukup lagi untuk merawat Tokwan awak. Cari perawat lain yang lebih berkebolehan”. Dalam hati aku, bila orang tu cakap macam tu, aku dah agak siapa yang datang jumpa dia sebelum ni. Tak lain tak bukan paklong aku. Sebab paklong aku percaya sikit benda2 mistik ni.

Disebabkan orang tu tak dapat nak menolong, aku pun mencari lagi surau dan masjid yang lain. Tapi tak jumpa apa yang aku nak cari. Dengan hati hampa aku pun balik ke rumah Tokwan. Nampak sedara mara adik-beradik ayah aku tengah berborak pasal tokwan aku. Aku pun duduk pasang telinga, sebab ayah tak bagi aku masuk campur perbualan adik-beradik dia. Aku pun dengar je lah perbulan mereka, doktor suruh bawa tokwan balik. Tapi pakcik aku pulak, nak tokwan aku duduk di hospital dapatkan rawatan di sana. Sebab dari rumah tokwan, nak pergi ke hospital jauh. Bila ada di hospital, cepat sikit doktor boleh tengok penyakit tokwan. Tu pendapat pakcik akulah.

Paklong aku tak setuju tokwan duduk hospital, sebab Doktor cakap tokwan tiada masalah apa2. Dokter check dia tiada penyakit. Tapi kalau tengok keadaan dia. Tak boleh buat apa2. Hanya mampu baring di katil sahaja. Makan pun tak lalu sampai badan dah jadi kurus. Tinggal kulit dengan tulang je. Akhirnya pakcik aku tepaksa mengalah. Dia setuju besok bawa Tokwan balik rumah naik ambulans. Sebab Tokwan tak boleh duduk. Hanya boleh baring atas katil sahaja.

Hati aku lega bila dengar besok tokwan balik rumah. Malam tu, tengah berbual dengan adik2 aku dalam pukul 12 lebih malam. Macam biasalah. Sebelum tidur kami berbual2 dulu. Tengah syok berbual, kat atas bumbung bunyi benda tergolek2. Dahlah atap zink, bunyi memang jelas kedengaran, gedeguk..gedeguk..gedeguk… Benda apa entah tergolek2 atas bumbung, aku sendiri pun tak tau apa. Tapi yang aku perasan, setiap kali balik kampung tidur malam, benda ni selalu berbunyi. Tapi tak sekerap dan sekuat macam tu. Kali ni kami balik, lagi kerap benda ni berbunyi atas bumbung.

Adik aku pun bertanya kat busu aku, “bunyi apa tu busu?”. Busu aku jawab, “Takda apa. Tikus panjat”.
Kita orang pun cakap sesama kita orang, “kau percaya ke tikus tu?”, adik aku yang uda cakap. Bunyinya menyeramkan. Aku terus cakap dengan adik aku,” Aku tak rasa tikus, tapi aku rasa macam ada kepala tergolek2 atas bumbung tu”. Lepas aku cakap, lagi kuat bunyi benda tu bergolek kat atas. Terus kita orang tak jadi nak sambung borak. Masing2 tarik selimut selubung terus tidur.

Besoknya, Tokwan aku dah sampai ke rumah naik ambulans. Sampai di rumah, terus anak2 dia baringkan tokwan aku di katil, di ruang tamu depan. Aku tengok je muka Tokwan aku. Sedihnya tengok dia sakit macam tu. Aku duduk sebelah dia. Aku ambil yassin aku baca. Dari pandangan mata hati, aku tengok. Tokwan aku ni, sebenarnya dah nazak. Perlukan bantuan untuk dia balik. Tapi semua orang takkan percaya cakap aku.

Hari yang seterusnya. Masa ni hari raya. Kami tak raya pun. Sebab Tokwan tengah sakit. So masing2 duduk rumah je gilir2 jaga tokwan. Setiap hari, aku selalu duduk sebelah Tokwan bacakan yassin, ayat qursi dengan ayat2 yang lain. Aku mengaji bagi dia dengar. Keadaan tokwan aku, memang dah tak larat sangat. Tak boleh makan. Minum pun dah tak boleh. Minum pakai sudu kecil, 2-3 kali macam tu je. Mandi pun busu aku lap2kan je.

Di luar aku dengar adik-beradik ayah aku bercerita. Rupanya, sebelum tokwan aku sakit, dia ada bagitau anak sulung dia, anak bongsu dia dengan cucu sulung dia yang dia ada menjaga sesuatu yang dibela. Dia panggil benda ni “KAWAN”. Tokwan aku minta salah sorang dari mereka ni, jagakan kawan tu untuk dia. Tapi semua tak sanggup nak jaga.

Busu aku cerita, dulu masa tokwan sihat, dia selalu perasan. Beberapa bulan sekali, kalau busu masak nasi. Nasi yang masih baru masak, orang lain tak boleh sentuh dulu. Tokwan akan ambill nasi tu sikit, letak kat pinggan. Lepas tu, ambil ikan goreng, tapi ekor dan kepala ikan tu dibuang. Dan dia akan menjamu kawan dia makan di bawah pokok nangka di belakang rumah. Aku dengar cerita tu je, aku terus cakap dengan adik beradik ayah aku, “jomlah kita cari ustaz. Tokwan ni, hanya ustaz saja yang boleh tolong kita”. Pakcik aku bersuara ” hangpa buatlah apa hangpa nak buat, ceq ikut saja”. Maklumlah pakcik aku mana nak percaya benda2 ni semua.

Disebebakan hari tu hari raya pertama, Aku tau perawat2 mesti cuti raya. Adik-beradik ayah aku yang lain semua tak tau nak cari ustaz di mana. Ustaz yang pandai berubat diorang tak tau nak cari kat mana dekat kampung diaorang tu. Tiada katanya. Bomoh banyak lah. Kawasan rumah tokwan aku ni, bersebelahan dengan perkampungan siam. Memang banyak bomoh siam jelah. Aku cakap dengan adik beradik ayah aku semua. Takpe kita cuba cari di fb pulak. Segala fb pusat rawatan islam semua aku cari tengok. Aku call. Ramai yang cuti raya. Ada tu, bila aku call dia cakap jauh sangat. Senang kata memang banyak halangan nak cari perawat. Tak jumpa2.

Hari raya kedua, macam tu juga keadaan tokwan. Tiada perubahan tak boleh cakap. tak makan. Adik beradik aku yang lain, sepupu2 aku yang perempuan, semua takut nak dekat dengan tokwan aku. Kecuali aku. Sebab aku akan duduk sebelah dia. Mengaji kat sebelah dia. Tengah khusyuk mengaji, tetiba tokwan aku, pegang bahu aku, dia bersuara kat aku. “Baca doa”, kata dia. Dengar suara dia macam cemas. Mata dia ngadap ke atas je. Aku yang terkejut tadi terus jadi blur. Aku tanya tokwan aku, nak suruh baca doa apa. Dia jawap balik. “Baca apa2 saja doa”, kata dia. Aku pun baca jelah apa2 doa yang aku tau. Mata dia masih lagi mengadap ke atas. Macam dia nampak sesuatu. Lepas aku baca doa baru aku nampak dia tidur lena.

Lepas tokwan dah tidur, aku keluar ke depan bagitau adik-beradik ayah aku, tadi tokwan suruh aku baca doa. Aku ceritalah kejadian tu kat diaorang. Diaorang pun pelik dia boleh bersuara. Sedangkan nak bercakap pun dia dah tak boleh. Inikan pulak nak angkat tangan dia pegang aku. Habis bercakap ayah aku pun balik. Ayah aku cakap, masa dia pergi singgah solat kat kampung lain, ada orang bagi nombor telefon ustaz yang boleh ubatkan orang. Tu pun sebab ayah aku tanya kat orang kampung situ, nak cari ustaz yang pandai mengubat. Jadi orang kampung situ, bagilah nombor ustaz tu.
Petang tu ayah aku call ustaz tu. Ustaz tu beraya di Kelantan. Dia cakap besok dia balik. Kalau dia sempat, dia akan singgah rumah tokwan.

Raya ketiga, Ustaz call ayah pagi tu. Dia cakap tak sempat nak datang kerana dia ada ada hal lain. Dalam hati aku dah tak sedap, sebab rasa ada je halangan. Memang aku frust bila dengar ustaz tu cakap tak dapat datang. Tapi tengahari tu, ustaz tu call semula ayah. Dia cakap akan datang malam nanti. Alhamdulillah. Tapi ustaz tu suruh ayah sediakan, air 7 kolah masjid, kena guna air kolah. Dengan daun mayat (daun bidara). Ayah dengan anak sedara dia, pergi cari air kolah kat 7 buah masjid. Busu aku pergi cari daun mayat (daun bidara) kat rumah jiran.

Malam tu, Ustaz yang ditunggu pun datang. Ustaz tu bagitau. Kalau tak, dia tak dapat datang, ada urusan tempat lain. Tapi sebab dah janji nak datang, sedaya upaya ustaz tu tunaikan sebab orang meminta pertolongan. Ustaz tu minta izin nak memulakan rawatan. Dia pergi ke kepala tokwan aku. Dia baca rukiyah. Tokwan aku dah mula gelisah. Panas katanya. Lepas tu cakap dia haus. Ustaz tu tetap teruskan rawatan dia dan buat tak tau pada tokwan aku, yang tengah kepanasan.

Ustaz bagitau kami yang melihat proses berubat tu. Ini gangguan jin jenis saka. Ustaz tu baca macam2 ayat dan pergi ke kaki tokwan aku. Dia angkat selimut tokwan nampaklah jari kaki tokwan aku. Aku tak tau nak gambarkan ke korang macam mana. Tapi ustaz ni punya ayat macam ni,
“wahai Jin, aku tahu asal susul kau. Aku tahu kewujudan kau ada di dalam tubuh lelaki ini. Gerakkan jari kaki ini apabila aku bertanya menunjukkan kewujudan kau di sini”.

Dalam keadaan ni, ustaz tak pegang jari kaki satu persatu. Tapi ustaz menunjuk ke arah jari kaki sambil berkata dengan tegas & garang. Ustaz tunjuk ke arah ibu jari kaki, ” wahai jin, sekiranya kau jin ifrit, gerakkan kaki ini”. Tiada apa2 berlaku. Tiada sebarang jari yang begerak. Seterusnya, “wahai jin, sekiranya kau jin dari tanah, gerakkan kaki ini”. Sama juga diam sahaja. Maaf korang, jari ketiga dan keempat, aku tak ingat ustaz tu sebut jin apa. Jari terakhir, ustaz sebut ” Wahai jin, sekiranya kau jin dari amalan sendiri gerakkan kaki ini”. Tetiba jari kaki kelingking tokwan aku bergerak. 3 kali ustaz ulang soalan yang sama. Jari tu saja yang bergerak.

Ustaz tu bagitau kami, jin yang menganggu ni, jin dari amalan sendiri. Maksudnya pakai untuk diri sendiri. Orang dulu2 kan selalu buat kerja masuk hutan, tak terkecuali tokwan aku, kerja dalam hutan, jadi dia amalkan membaca sesuatu. Contoh macam ayat2 supaya tak diganggu binatang buas ke, nak kuat, untuk kebal ke. Mengamalkan sesuatu ayat yang bukan ayat Al-Quran, ayat tu akan bertukar menjadi seru. Bila dah jadi seru. Jin yang mendamping. Jin itu datang dari amalan sendiri. Dipakai untuk diri sendiri dan menjaga ahli keluarganya sahaja. Bukan bertujuan untuk aniaya orang.

Apa yang ustaz tu terangkan, bila kita amalkan sesuatu pekara yang macam tu. Jin akan mendampingi kita. Dan sekiranya kita terus amalkan perbuatan tu, ia akan bertukar menjadi saka. Dan saka pulak, akan pergi ke keturunan. Ustaz tu bagitau kami, biasanya saka akan pergi ke anak sulung, anak bongsu, cucu sulung, ahli keluarga yang paling lemah semangat atau orang yang paling dia rapat.

Ustaz meminta, air 7 kolah masjid dengan daun mayat(daun bidara) untuk diruqyahkan. Ayah aku menyediakan 7 botol air kolah berlainan masjid. Setelah selesai barang2 tersebut diruqyah. Ustaz suruh kami memandikan tokwan dengan menggunakan air kolah 7 masjid tersebut setiap hari. Manakala daun mayat (daun bidara) ustaz suruh kami dapatkan patinya untuk disapu di tubuh badan tokwan pada malam itu. Macam mana nak dapatkan patinya?? Ustaz tak bagi kami blender sebab nak dapatkan yang betul2 pati daun tersebut. Kena tumbuk ataupun giling. Nasib baik rumah tokwan aku ada alat nak giling.

Tanpa buang masa, aku suruh mama ajar cara nak giling, yang adik aku pulak tumbuk daun tu pakai lesung batu. Aku giling semua daun tersebut, dapatkan patinya yang piau hijau pekat tu. Agak2 dah banyak 1 mangkuk, terus bagi ke ustaz tu. Ustaz suruh adik-beradik ayah yang lelaki sapukan pati daun tu ke seuluruh tubuh badan tokwan. Kemudian Ustaz tersebut bacakan beberapa p****g ayat kat segelas air putih suruh tokwan aku minum. Disebabkan tokwan aku tak boleh minum, air tu ustaz suruh titiskan saja di dalam mulut tokwan aku.

Lepas dah buat tu semua, ustaz cakap dengan kami semua. Dengan izin Allah dalam masa tak lebih dari 7 hari, tokwan boleh balik. Dalam masa tersebut anak2 kena pantau keadaannya. Lepas tu ustaz tu tanya kami, ada tak pesakit simpan benda2 lama, simpan tangkal ke, keris ke, lembing ke, ayat2 ke, dia suruh kami cari dalam rumah waktu tu. Sebab dia nak hapuskan benda tu semua, kerana benda tu semua ada saka. Yang aku dengan sepupu aku pun pergi carilah 1 rumah. Tiada jumpa apa pun. Puas bongkar 1 rumah, ustaz tu cakap takpe, tapi kalau ada jumpa, bagitau dia, kerana benda2 macam tu kena dihapuskan. Apa2 masalah boleh rujuk dengan ustaz tu semula. Setelah selesai semua malam tu, ustaz tu balik.

Malam tu, nak tidur tak boleh. Adik2 aku semua penakut. Mau tak takut, benda yang bergolek kat atas bumbung bunyi dengan kuat, mengamuk agaknya. Gedeguk..gedeguk..gedeguk. Setiap 1 jam berbunyi. Makin kuat bunyi atas bumbung tu. Memang rasa seram lain macam malam tu. Macam nak roboh atap zink tu pun ada. Tapi bila kami bertanya, adik-beradik ayah aku semua cakap tiada apa, kucing kejar tikus katanya. Padahal aku rasa, diorang pun seram dengar bunyi tu. Baru je nak tertidur, pakcik aku pulak cakap tokwan aku buang air besar. Tapi najis warna hitam. Malam tu lepas berubat banyak kali tokwan aku buang air besar. Berulang kali juga diorang bersihkan tokwan aku.

Raya Keempat, aku tengok pagi tu pakcik mandikan tokwan dengan air 7 kolah tu dibantu dengan paklong aku. Lepas tokwan dah siap mandi semua, Busu aku bagi makan. Tapi tokwan tak nak makan. Bagi minum pun titiskan saja pakai sudu 2-3 kali. Aku sentiasa duduk sebelah tokwan tak lekang tangan aku dengan Yassin. Hari2 aku dengan sedara aku yang lain baca Yassin sebelah tokwan. Keadaan tokwan asyik buang air besar je. Terpaksalah pakcik aku alas tilam dengan plastik dan kain batik. Bila malam, adik-beradik ayah aku semua tidur bergilir2. Sebab nak pantau keadaan tokwan aku.

Bila malam raya keempat tu. Benda yang bergolek kat atas bumbung tu, semakin menjadi2 bunyinyer. Kuat sangat bunyi. Nasib tak roboh je atap zink tu. Macam tu la rutin kami sampai raya kelima. Tokwan pun hari2 entah berapa kali membuang air besar, dah tak terkira dah. Macam orang kena cirit-birit kejap2 buang air besar. Malam kelima tu, masa paklong aku berjaga malam, paklong aku nampak encik gula2 dalam rumah kat pintu waktu kami semua tengah tidur. Bila paklong pandang lagi sekali, gula2 tu dah tiada. Dengar paklong cerita kami dah seram.

Raya keenam, aku dengan family aku balik. Ayah aku kena naik kerja, kami dah seminggu lebih di kampung. Aku pun kena balik kl, kerja aku pun dah berlambak tertangguh. Tak sampai sehari naik kerja. Baru setengah hari tu. Aku dapat pangilan telefon dari ayah. Ayah aku bagitau tokwan baru meninggal. Alhamdulillah. Akhirnya tokwan aku dapat balik ke penciptaNya pada usia 84 tahun.

Selepas tokwan meninggal, tiap kali balik ke kampung, dah tiada lagi dengar bunyi benda bergolek kat atas bumbung. Aku pun tak tau, apa benda yang selalu berbunyi dulu atas bumbung tu. Tapi aku membayangkan benda tu macam kepala orang yang tergolek2. Oklah kalau aku rajin, aku cerita pasal kisah yang lain pulak. Terima kasih sudi baca kisah aku sampai habis. Al-Fatihah Tokwan. Sentiasa ada dalam kenangan. Satu2nya atuk aku yang terlibat dalam perang dunia. Satu2nya atuk aku yang menjadi pekerja landasan keretapi tentera jepun.

Piza

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 5]

12 thoughts on “SAKA AMALAN SENDIRI”

  1. kesianlah piza ni dah la pembaca asyik kutuk ja tak percaya,ayah dgn pakcik pun ada masalah nak percaya.huhu

    panjang betul post kali ni. baca sampai habis dan fahamlah juga.

    baru tahu ada pula saka jenis mcm ini. bahaya seru pertolongan selain drp Allah. apa apa pun hanya Allah jua yg berhak mengampuni salah silap arwah.

    Reply
    • yang mana tak suka saya, tak payah la baca cerita saya kan…. Ini tak sudah2 nak mengejek cerita saya. Ingat orang tiada perasaan ke. Saya nak berkongsi kisah saya. Bukan nak collect peminat dalam ni. Yang saya kongsi, semuanya cerita yang benar terjadi. Ni ada yang cakap khayalan, mainan perasaan, nak jadi penulis tapi tak kesampaian. Ingat saya gila glamer sangat. Saya kongsi cerita. Bukan saya mereka-reka cerita. Siapa yang tak balas komen, kalau dah keji saya bukan2. Tak habis2 cari salah orang. Padahal kt tak ganggu orang lain pun. Tak suka saya, jangan baca cerita2 saya. Terima kasih N.

      Reply
  2. inilah cerita yg terbaik yg pernah sya baca..bukan brmksud cerita lain tak menarik,tp antara smua cerita,cerita inilah yg mmpu mmbuatkn sya rasa seram..sumpah mmg tak bleh tdO wehh..dlm kpala asyik mmbayangkan cerita ni je..terbaiklah piza,sya nntikan cerita awak yg seterusnya..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.