Saka Keturunan – Akhir

Assalam semua pembaca setia FS dan terima kasih tak terhingga kepada admin FS kerana sudi menyiarkan sambungan kisah saya ni (Saka Keturunan). Seperti yang saya bagitau sebelum ni, untuk episod kali ni saya akan ceritakan tentang kisah adik beradik saya.

Anak pertama (abang)
Selepas kami dapat tahu kami ni ada saka keturunan, abang saya ada bagitau saya. Dulu masa dia sekolah, masa tu dia dalam tingkatan 5, dia pernah bergaduh dengan kawan sekolah dia. Masa kejadian tu, kawan-kawan dia yang lain kata, dia tiba-tiba bersilat lepas tu macam dia nak b***h saja kawan dia tu. Dia pun pelik kenapa dia boleh bersilat sedangkan dia tak pernah pun belajar silat. Abang saya kata mungkin saka tu la kot datang kepadanya masa tu. Abang saya ni memang panas baran orangnya. Bila dia marah muka dia memang lain macam bukan dia.

Anak kedua (abang)
Saya tak berapa rapat sangat dengan dia ni. Tapi dia pun ada cerita kisah dia sedikit. Masa dia kecil dulu, dia pernah jalan masuk hutan seorang diri. Dia kata dia tengok bapa saya masuk dalam hutan tu, tu yang dia ikut. Maka bapa saya masa tu dah pergi kerja. Bayangkan jak la abang saya tu dari pagi hingga ke petang baru dapat dijumpa. Dia kata masa dia dalam hutan tu dia asyik ikut jak orang tu (yang menyerupai bapa saya) tapi orang tu tak pun apa-apa kan abang saya. Yang peliknya, orang tu juga yang tunjukkan jalan balik ke rumah.

Anak ketiga (kakak)
Kakak saya ni paling banyak kisah dia. Sebab saka tu nak kan dia. Kebetulan, anak saudara saya kan lelaki (yang terkena sawan tu). Saya ada bagitau kan masa episod lalu, saka tu cuma nak cucu lelaki. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, kakak saya ni paling rapat dengan bapa saya. Menurut ustaz kan, saka tu nak kakak saya sebab dia yang paling rapat dengan bapa saya. Kalau saya nak cerita kisah kakak saya ni sampai tahun depan pun tak habis sebab terlalu banyak. Tapi episod yang lepas saya dah ceritakan tentang kakak saya.

Anak keempat (abang)
Abang yang ni pun jenis yang pendiam, rahu dia belajar saja. Tapi dari kecil sampai ke besar selalu saja sakit. Abang saya ni pun selalu kena sawan masa kecil dan selalu juga tengok lembaga hitam tu di rumah kami. Asalkan dia dah tengok benda tu mesti sakit. Begitulah yang diceritakan kepada saya.

Anak kelima (abang)
Abang yang ni cuma biasa dapat gangguan masa dalam rumah saja. Kisah pelik jarang berlaku dengan dia. Sebab dia ni jenis kuat semangat. Bila nampak lembaga hitam tu di rumah kami, dia buat tak tahu saja. Boleh dikata setiap hari dia tengok pagi petang siang malam.

Anak keenam (saya)
Saya? Nanti saya akan ceritakan di bawah ya.

Anak ketujuh (adik)
Masa kita mula tahu pasal saka ni, adik saya tengah belajar di semenanjung. Dia kata, dia memang dah mula dengar ayat-ayat rukyah. Katanya, susah nak tidur malam. Sebab dia selalu rasa ada yang perhatikan dia.

Berbalik kepada kisah saya, masa saya mengandung tu, kerap juga saya nampak lembaga hitam tu. Kadang saya tengok dia berdiri depan saya sambil perhatikan saya. Tapi dia cuma tunjukkan diri saja tak buat apa-apa. Sebab tu saya kata, kalau kita tahu kita ni ada saka, jangan takut sebab dia tak kan buat apa-apa kat kita. Alhamdulillah anak saya membesar dengan sihat. Tapi, baru-baru, dua bulan lepas kalau saya tak silap ingat saya ada bermimpi. Dalam mimpi tu, ada sorang lelaki (saya gelarkan X ya) datang jumpa saya dan terjadi lah perbualan kami :

Saya : Siapa kau?
X : Saya lah penjaga kau.
Saya : Penjaga? Sejak bila pula kau jadi penjaga saya?
X : Dah lama
Saya : Macam mana pula kau boleh jadi penjaga saya? Siapa suruh kau jadi penjaga aku?
X : Bapa kau (sambil dia tersenyum)
Arghhhh…
Saya : Aku tak perlukan kau lah, aku pandai jaga diri aku sendiri. Kau boleh pergi dari sini.
X : Tak boleh. Ni tugas aku. Aku tak boleh tinggalkan kau.

Lepas tu, saya pun terus terbangun. Bila saya ceritakan dengan suami, suami kata mungkin saka tu la tu yang datang. Masa ni kan, saya dan suami dah tak tinggal serumah dengan mak saya. Bayangkan jakla, saya keluar dari rumah mak saya pun benda tu nak ikut. Ustaz pernah cakap, kemungkinan juga setiap sorang dari kami adik beradik ada penjaganya sendiri yang telah ditugaskan. Argghh.

Sebenarnya, kisah saya ni masih panjang lagi. Ada banyak benda lagi yang ustaz tu bagitau dan terangkan dengan kami.
Tapi, saya rasa cukuplah saya ceritakan setakat ni. Sebab benda masih tak selesai lagi sampai sekarang. Masih lagi dalam proses rawatan. Bapa saya sekarang pun dah makin sihat. Dulu pernah dah nazak dah, kami siap nangis dah semua, tapi bapa saya masih dipanjangkan umur. Ustaz kata selagi saka tu tak diturunkan selagi tu la macam tu. Kami memang tak nak terima saka tu, doakan saja kami dapat buang saka tu. Tau la buang saka ni bukan senang, teringat pula dengan filem Alif dalam 7 dimensi. Anak saudara saya tu macam dalam cerita tu la, ada sixth sense. Boleh tengok benda yang kita tak boleh tengok dengan mata kasar.

Kesimpulan kisah saya ni, korang jangan takut dan gelabah bila korang tau korang ada saka keturunan lebih-lebih lagi bila saka tu sebenarnya dah lama tunjukkan diri dia. Cuma korang jak yang tak perasan.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pembaca setia FS sebab sudi mengikuti kisah saya ni. Saya mohon maaf kalau ada tersilap kata hingga menyinggung perasaan sesiapa pun dan maaf sebab buat korang tertunggu-tunggu sambungan kisah saya ni. Terima kasih saya ucapkan kepada admin FS sebab sudi menyiarkan kisah saya yang tak berapa seram ni.

Sekian, assalam

#kisahbenarsaya
#MsZie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

8 thoughts on “Saka Keturunan – Akhir”

  1. nasib smpai 7 beradik ye..kalo x jenuh nak terangkab satu2..pape leh update la mszie, proses rawatan nye berjalan cmne? Ape pengalaman n cabaran yg kene tempuh..ak rase yg ni mungkin lagi seraammmm

    Reply
  2. Tolonglah , sehari sudah berlalu , jangan gantungkan cerita yee , nanti cerita lagi , yg paling ak nk tau pasal six sence anak saudara kau tu . cerita please

    Reply
  3. tbaca seja *blajar dismnanjung* , cnfirm borneo .
    huhu .
    btw kisah kita sama .
    cuma kami melalui keris turun tmurun yg bukan milik kami .
    smoga rawatan berjalan lancar .
    klu rasa perlukan bantuan , sy boleh berikan salah satu alamat perubatan islam disandakan.
    sekolah islam.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.