saka opah

Salam dan hai semua pembaca FS and terima kasih admin FS sebab siarkan cerita aku. Okay, firstly aku tak tahu la cerita aku ni seram ke tak. Cerita dia macam ni.

Dulu keluarga aku hidup menumpang dekat tanah opah je. Rumah opah pun kalau pergi dapur dia boleh tembus dapur aku rumah macam bentuk you. Sebelah2 je. Sejak arwah ayah aku meninggal, keluarga aku macam macam kena kacau. Kadang aku tengah basuh pingan kat dapur rasa macam ada orang kat belakang kadang benda tu tiup kat telinga.

Adik bongsu kalau nak pergi rumah opah lalu dapur dia selalu terserempak benda hitam mata merah pandang dia. Terus dia patah balik hahaha. Lepastu kalau aku nak solat ke apa mesti dapat rasa orang perati jeee.

Abang aku pulaa suka tidur rumah opah, selalu abang kena tindih. Pernah ritu abang punya phone hilang. Abang syak opah yang amik. Abang marah2 siap nak bakar rumah opah. Pastu malam tu abang tidur, abang kena cakar. Fuhhhh, banyak gila kesan cakar tu. Opah kerja dia bidan tukang urut je. Bila kaki bengkak ke seliuh ke cari dia, dia urut terus okay.

Sejak kejadian phone abang hilang, abang, adik no 3 dengan ibu jadi musuh ketat opah. Selalu jugak dorang bergaduh. Ibu selalu kena tindih, adik no3 selalu kena kacau. Kitaorang pun nekad nak pindah rumah. Bila lagi seminggu nak pindah. Opah pergi siam, sekejap je dia pergi. Masa kitaorang dah pindah sikit sikit barang. Time tu tidur lagi kat rumah lama.

Bila esok pagi nak beli breakfast buka pintu, tetiba ada bungkusan kuning macam sup bunjut tu. Time tu allah je thu kita rasa macam mana. Aku pun tak tahu nak buat apa. Selawat patuh libas je pakai penyapu lidi campak dekat sungai. Lepastu kitaorang pindah. Kat rumah baru dah ni. Bila tidur selalu je dengar tapak kaki berjalan la, bunyi sofa guli orang tumbuk guna batu lesung terus rumah buka lampu sampai ke pagi.

Ppernah time tu aku otp sampai pagi kat luar rumah, tetiba burung hitam lalu atas kepala banyk kali dia pusing. Lepastu aku dulu suka la balik lepak lewat2 time cuti kan. Bila masuk umah je, bunyi burung hantu sampai pukul 4pagi baru dia stop. Kadang nak mandi pun macam orang mengintai. Haish, kalau boleh hari hari dengar orang berjalan. Terdetik hati ibu. Ibu nak pergi berubat. Bila tengah berubat, ustad tu cakap saka opah ada dalam badan ibu. Bila nak keluarkan tu la, saka tu cakap “aku dah lama tak makan” bila nak keluarkan dia tak nak keluar, terus benda tu masuk kat badan adik ustad tu.

Ustad tu cakap kat ibu jangan pandang. Ibu pun terpandang terus ibu nangis. Adik ustad dah kena sampuk main kais2 tikar nak pergi kat ibu. Nak masuk balik, cara dia cakap “toksah takmau” kitaorang dah tahu la sape yang hantar tu. Bila check adik no 3, dia kena pula busung angin. Tapi takde la kena sampuk. Bila check kat abang, abang hampir kena. Bila check kat aku, aku kosong heheh sebab aku rapat dengan opah.

Pastu masa arwah maksu aku meninggal, pukul 3pagi aku pergi umah opah. sebab jenazah kat sana kan. Time tu aku tak tahu nak cakap apa dah. Bayang kan depan rumah opah penuh dengan pasu bunga, daun bambu, tepi rumah pula pokok nangka, pokok pisang, pokok inai, macam mcm lah. Gelap je depan rumah opah tu. Dalam rumah je ada lampu.

Bila aku dah naik tangga nak masuk rumah opah tu, atas bumbung aku dah nampak benda tu bertengek. Depan rumah benda tu pandang aku macam nak marah. Bila tengok jenazah maksu. Allah :((( benda tu main langkah2 kaki maksu. Aku tak tahu kenapa aku boleh nampak. Esok tu aku demam pergi berubat pagar rumah semua aku pagar.

Bila ustad masuk bilik aku dia cakap saka tu betul2 duduk kat sebelah katil aku. Rupanya sebelah katil aku tu ada bekas. Dalam bekas tu ada syiling lama. Syiling tu opah yang bagi. Aku buang semua apa yang opah bagi. Sampai sekarang alhamdulillah tak kena kacau, cuma kalau pergi umah opah aku tak makan tak minum. Kadang jamah sikit balik tu mesti jumpa ustad. emm tu jelah aku nak cerita.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *