Saka Tak Bertuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku ada satu kisah yg seram bg aku. Bukan aku jee, tapi hampir kesemua family sebelah papa aku. Kisah ni kira2 dua tahun yg lepas dan kejadian berlaku di kg. Aku ada sorang pakcik ni tapi sekarang dia dah arwah. Arwah pakcik aku ni sakit, dah lama sgt sakitnya. Pihak hospital kata penyakit hati arwah dah sampai tahap 4 dan solution memang kena bawak balik. Tak boleh nak buat apa2 lagi. Lepas keluar dari hospital, arwah ada cakap tolong hantar dia balik kg. Kot2 berubat kg ada penawarnya. Dan dia ada jugak pesan, andai kata hayatnya tak lama, nak dikebumikan di kg.

Anak2 arwah tu sepupu aku la kan, dorang dah bawak arwah balik kg. Ada satu hari tu kami semua dapat berita yg arwah dah nazak. Adik beradik arwah termasuk ayah aku balik dulu ke kg sebab takut tak sempat nak jumpa arwah. Aku dan yg lain2 sampai kat kg dalam waktu maghrib jugak, memang arwah tgh nazak.

Nafasnya kejap panjang kejap pendek, tersekat2. Kitorang sepupu sepapat pakcik makcik dan anak2 arwah ramai2 bacakan yasin kat ruang tamu bawah tempat arwah baring tidur selama di kg. Kami baca yasin dari maghrib tu sampai la ke lepas waktu isyak. Tiba2 arwah pakcik aku bangun dan terus duduk mcm org sihat. Hilang segala nafas dia yg kejap panjang dan pendek tu. Siap mintak rokok sebatang, lepastu nak duduk kat wheelchair sekali bersiul. Dah duduk atas wheelchair, silang kaki lagi. Kami masing2 terkejut, mcm ada benda yg tak kena.

Dah lewat malam dlm pukul 11 mcm tu, ada laa datang sorang kawan pakcik aku, Cik Mus. Dia ni tau pasal benda2 ni tp bukan bomoh. Cik Mus sembang2 dgn arwah. Masa tu kami semua ada kat ruang tamu tgh tgk dan dengar apa yg dorang sembangkan.

Mula2 sembang biasa2 je tiba2 Cik Mus tanya arwah, “ada nampak apa2 tak tadi?” arwah jawab “mesti laa ada. Dia lalu kat sini tadi”. Cik Mus tanya lagi, “Nampak kucing hitam?” arwah pun jawab “aah, tadi dia lalu sini. Besar, hitam sgt. Haa, ni dia baru lalu. Ada kat depan aku sekarang”. Kami yg dengar ni masing2 tengok tapi takde apa pun kat depan arwah. Tapi masing2 meremang dah bulu roma. Kebetulan ada sorang akak sedara aku ni Azi, dia memang boleh rasa ada benda2 ni tp dia tak nampak tetiba bangun. Bangun tu dia nak berjalan tapi kaki dia macam berat, so dia jalan sambil seret kaki dia.

Kami dah rasa semacam. Sambil Azi jalan sambil tu dia menangis lepas tu terus terduduk. Sepupu lain yg dah tau tu terus pujuk dan tenangkan dia sambil bacakan ayat qursi. Kak Azi cuma cakap, “benda tu ada kat sini”. Terus senyap sunyi rumah kg tu, yg ada cuma bunyi cengkerik dgn bunyi katak kat luar rumah.

Cik Mus tanya lagi, “sekarang ada lagi tak kucing hitam tu?’ arwah jawab “takde dah, tapi cuba tengok atas tuu”. Semua yg ada kat dalam rumah tu semua pandang atas tapi tak nampak apa2 pun. Tapi ada sorang makcik aku maklang tanya, “apa tu?’ then dia terus tumbang sambil menggigil dgn mata terpejam. Kecoh satu rumah dibuatnya. Dalam pada masa kecoh2 tu Cik Mus tanya arwah, “siapa yg datang?” tapi arwah cuma gelak dan senyum sinis.

Yang ada anak2 kecik semua dah menangis. Pakcik aku yg lain, Pakteh yg pandai berubat dia baca ayat al quran dan terus tiup kat muka maklang. Lama jugak laa nak pulih keadaan dlm rumah tuu sbb nak setelkan budak2 kecik yg menangis tu lagi. Bila semua dah okey sikit, aku pun tanya maklang dia nampak apa tadi. Maklang cakap “ada benda terbang2 kat atas tuu, hitam putih, banyak sgt. Lepas tu maklang tak ingat apa dah.” Malam tu masing2 tidur tak tidur jee, yasin siap2 letak tepi bantal buat teman.

Hari esoknya sebelum azan zohor semua muka mengantuk je sbb malam tu tak berapa nak lena tidur. Ada yg sanggup tahan mata takut punya pasal. Masuk je azan zohor, arwah jadi mcm semalam, nazak semula, nafas turun naik. Masa ni anak beranak dia semua mintak maaf, kalau ayah dorang nak pergi, pergi laa, dorang redha. Sebaknya tuhan jela yg tau, semua menangis. Setahu kami arwah memang takde membela apa2 tapi macam ada sesuatu yg menghalang.

Kali ni agak lama arwah tenat. Makcik pakcik aku yg lain dah pun pergi jemput jiran2 kg utk baca yasin. Sampai la lepas azan asar tetiba arwah sihat semula macam semalam. Waktu kejadian kecoh2 semalam, kakak aku Sara sorang je tgh tidur sebab dia tak sihat. So bila tgk keadaan jadi macam ni, dia jadi blur.

Kami mmg tak cerita kat dia sebab dia ni lemah semangat tapi boleh nampak benda2 kat alam lain. Aku dgn Sara ambik la air sembahyang nak solat. Kami solat kat ruang tamu atas. Masa nak naik tangga ke atas tu Sara pergi pandang muka arwah dan arwah tenung je muka dia sambil senyum2 semacam. Bayangkan lah mcm mana org yg tgh tenat, nazak tetiba blh elok siap senyum2 yg menyeramkan tu, ya allah seriau rasa.

Aku tgh bentang sejadah dan kami pun dah siap pakai telekung. Tiba2 dengar Sara ni cakap “sakit, sakit”, lepas tu dia gelak. Aku pun marah laa dia, “kau dah kenapa ni kak? Nak solat kan, main2 plak.” Pakteh pun naik atas, tgk muka mcm dia dapat rasa ada sesuatu nak jadi. Terus Sara terduduk dan menangis.

Tengah2 nangis tu blh pulak dia gelak. Makin lama makin besar gelaknya. Aku memang dah takut habis dah, yg arwah kat bawah pun gelak mcm tu, si Sara ni mcm ni. Dah laa dia pakai telekung lepas tu blh pulak buat seram kejap nangis kejap gelak. Ada benda yg tak kena. Makin lama aku makin takut, aku nak keluar dah sekali Pakteh panggil sepupu2 lelaki yg ada mintak tlg sama.

Pakteh dah pesan, yg ada anak kecik bawak keluar rumah dulu, yg lemah semangat pun sama. Masa tu aku tgk maklang pun dah ada kat luar. Risau jugak takut maklang kena macam malam semalam. Separuh dari jiran yg dtg bacakan yasin pun ada yg terus keluar balik. Sambil tu aku tgk Pakteh ada baca2, Sara dah meronta2, menjerit2 cakap sakit. Lepas tu dia panggil2 aku menangis mintak tlg lepaskan dia.

Aku pun cakap la kat Pakteh, “dah la tu Pakteh, dia tgh sakit tuu. Kita lepaskan dia ye, kesian kat dia” Pakteh pesan, “apa jadi sekalipun pegang dia elok2, jgn bagi lepas. Ni bukan dia, ni benda tu yg nak menyesatkan kita.” Aku pun diam jelaa dah takut punya pasal. Elok2 pegang tangan Sara, dia gigit tangan aku. Dia tunjuk ke bawah tempat arwah pakcik aku baring dan jerit, “Roslan mesti mati esok! Mesti mati!” Pakteh terus baca ayat alquran, Sara pun pengsan.

Dalam keadaan tgh kecoh tu boleh pulak blackout. Hari pun dah nak masuk senja. Ada pulak anak buah aku form 1 tanya “kenapa pakcik Roslan mengintai kat tangga tu?” Kami semua tengok, mana ada sesiapa. Lepas tu termenung kejap, bukan ke arwah baring kat ruang tamu bawah. Seram sejuk dah aku rasa.

Tapi da lepas dari maghrib tu baru ada elektrik semula. Sara pun dah okey sikit tp dia still lemah. Malam tu jugak aku ajak papa balik. Nanti Sara kena lagi. Elok je kami balik malam tu, esoknya dapat call dari kg, arwah pakcik aku dah meninggal dunia. Kami pun pack sekali lagi barang utk balik semula ke kg esoknya tu. Pakcik makcik yg lain pun semua gerak balik ke kg sekali dgn kami.

Sampai je kg, kami semua terus tengok arwah pakcik, kurus sgt muka arwah. Aku dan sepupu lain baca yasin kat sebelah arwah. Dah selesai kebumi, malam tu lepas tahlil tiba2 atas bumbung rumah bergegar. Org tgh kemas2 pinggan cawan semua letak balik. Kami berkumpul kat ruang tamu bawah ramai2. Salah sorang sepupu aku terus tutup semua pintu yg ada. Bunyi bergegar tu mcm nak roboh bumbung tu.

Budak2 kecik dah start meraung dah. Ingatkan dah selesai semua, rupanya belum lagi. Dalam kami ketakutan tu, tiba2 ada org ketuk pintu, masing2 memang tak nak bukak la sebab fikir dibuatnya pocong ke apa ke depan pintu tu. Aku pun ntah mcm mana dtg berani, aku bukak pintu tu dan memang ada pocong. Allahu akbar. Aku dah nak pitam masa tu, terus tutup pintu semula kuat2. Sekali lagi bunyi pintu diketuk, aku memang tak bukak dah.

Sepupu aku tgk kat tingkap dan ada sorang lelaki tua lebih kurang mcm atok. Kami pun bagi dia masuk dan tutup pintu semula. Atok tu terus kibas kain selendang yg ada kat bahu dia di sekeliling rumah tu sambal baca2. Terus senyap bunyi bergegar atas bumbung. Atok tu cuma cakap, “alhamdulillah, usah khawatir. Segalanya udah selesai”.

Masa tu laa kami baru dapat taw atok tu ada datang masa kami semua dah balik dari kg semalam, dan lepas je dia balik dari melawat arwah pakcik, arwah pakcik terus menghembuskan nafasnya yg terakhir. Katanya arwah pakcik aku ada ambik saka yg tak bertuan. Saka tu kakek dari indonesia dan dia perlukan waris dari arwah.

Waris yg dia perlukan adalah cucu arwah, tapi arwah pakcik aku menantu pun takde lagi, tu yg membuatkan arwah susah nak pergi sebab benda tu tak nak lepaskan dia selagi belum bagi waris. Wallahualam. Kejadian2 yg mcm ni memang kadang kala tak masuk akal, tp ianya memang wujud. Ni la pertama kalinya jadi dalam hidup aku yg nampak dan rasa depan mata. Selalu dengar dan baca cerita org je. Al-fatihah utk arwah pakcik aku, terima kasih sudi baca.

HANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *