Assalamualaikum, thanks FS sebab publishkan story ” Saka Tok Nenek”. Aku dah baca komen-komen korang dekat fb pasal ayat berterabur, tak cukup nafas, dan apa-apatah lagi. Haha seriously aku baca balik memang betul lah, kalau aku pun, aku maki sebab banyak gile typo.
Padahal aku dah check semua ok, tak macam yang dipublish tu. Tak tau la kenapa jadi camtu, dan sejak aku tulis cerita ni, aku rasa macam ade orang perhatikan aku je. Anak aku pun asyik meragam je. Entah la, tak tahulah kalau “benda” tu marah ke atau dia ade je dengan aku, tapi aku tak nampak, mungkin anak aku yang nampak, tu sebab dia asyik menangis je.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
* Copy paste dari FS sebab file yang aku type dah hilang. Sila search ” Saka Tok Nenek” dekat FS untuk cerita sebelum ni.
*Assalamualaikum semua pembaca setia fs, macam tajuk dekat atas ” Saka Tok Nenek” semuanya asal dari arwah datuk aku yang mana dia dulu askar mungkin orang dulu-dulu guna saka untuk menjaga anak cucu untuk melindungi diri lagi pulak arwah atok aku askar. Untuk pengetahuan korang aku tak penah pon kenal atau jumpa arwah atok aku sebab dia dah meninggal sebelum kiteorang lahir lagi dan aku stay dekat rumah arwah atok, ayah aku bawa family aku tinggal kat sana yang adik beradik ayah aku semua kerja dekat tempat lain so takde sapa nak jaga rumah tu ayah aku deside tinggal je kat situ.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Mungkin story ni agak panjang, tapi aku habiskan dekat sini je.Hope lepas ni, hidup aku tenteramlah..lepas aku dah habiskan apa yang aku dah mulakan.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Assalamualaikum semua pembaca, untuk pengetahuan semua, ayah aku dah pun meninggal dunia 8 tahun lepas.(Al-Fatihah untuk arwah ayah). Waktu kejadian kami sekeluarga tahu pasal “saka” tinggalan arwah atok, waktu tu aku masih sekolah menengah tapi, tak berapa ingat form berapa. Dan mak cik aku yang transfer “saka” dekat ayah aku tu pun, sampai sekarang aku rasa, “saka” tu ada dekat dia, tapi dia tak cerita dekat sapa-sapa.
Arwah ayah ada penyakit kencing manis. Time aku dengan abang sekolah rendah lagi, kteorang dah berdikari pergi sekolah naik bas awam sendiri, sebab ayah dah start keluar masuk hospital. Mula-mula doctor detect usus tersumbat, lepas operate, semua ok, dan detect kencing manis pulak.
Ayah ada 8 orang adik-beradik. 5 lelaki dan 3 perempuan. Yang mula-mula dapat “saka” ni adalah mak cik aku yang bongsu. Aku ada 4 adik beradik. 1lelaki, 3 perempuan. Aku anak no 2. Aku perempuan.
Sejak arwah ayah ambil “saka” tu aku tengok sakit dia makin berkurang. Dah tak masuk wad sangat macam dulu. Dia kembali sihat macam biasa, satu hari ayah sakit teruk. Mak jaga ayah beberapa bulan di hospital.
6.30pagi 2009, pak acik call, suruh kami adik beradik bersiap segera ke hospital, katanya ayah dah tenat. Mak memang dah ada di hospital, Abang masih belajar di university, adik no 3 sekolah teknik, jadi tinggal aku dan adik bongsu dekat rumah. Aku baru sahaja habis STPM dan adik bongsu sekolah rendah.
Keadaan ayah kembali stabil, disebabkan aku free time tu, giliran aku pulak untuk jaga ayah di hospital. First time aku jaga ayah, dan itulah kali terakhir aku jaga ayah aku. Aku memang tak ngam dengan ayah, tak tahu kenapa asyik bergaduh je, dan kitaorang memang tak rapat langsung. Ayah tak boleh nak bangun lepas doctor dah tebuk lubang dekat pinggang ayah untuk cuci darah. So aku jaga ayah aku betul-betul time tu sampai satu malam, ayah bercerita ambil menangis depan aku. Ayah aku kata aku jaga dia baik sangat tak sama macam abang dan adik no 3 jaga dia. Aku tak penah tengok ayah menangis sampai macam tu. Malam tu aku borak-borak dengan ayah aku, dan macam-macam pesanan dia bagi. Esoknya mak aku datang dengan adik beradik semua, dan petang tu ayah aku koma. Sehari kemudian ayah aku meninggal.Ayah disahkan meninggal disebabkan kegagalan organ dalaman berfungsi dalam badan.
Lepas ayah meninggal, ada bunyi macam orang berlari dekat atas bumbung dapur. Dapur rumah dah renovate, tapi guna atap zink sahaja. So, memang jelas kalau ada kucing berjalan atau ranting pokok jatuh atas bumbung dapur. Memang sangat ketara bunyi macam berlari kadang-kadang melompat, tapi mak aku kata kucing dok berjalan je tu. Belakang rumah aku ada satu perigi lama. Di keliling perigi tu memang dah disimen. Masa kecil dulu kami adik beradik suka main dekat perigi tu. Lepas arwah ayah renovate dapur, semua batu bata lebihan tu, ayah buang dalam perigi sampai tertutup seluruh perigi tu dengan batu bata.
Barang-barang dalam beg briefcase arwah ayah, mak dah serahkan pada Darussyifa. Dan ada jugak yang dah dibuang ke sungai oleh ustaz yang datang merawat rumah sebelum tu. Ada barang yang dah hilang dalam briefcase, aku syak ada diantara pak cik aku yang ambil. Tak lama lepas arwah ayah meninggal, pak ngah dan pak acik pon meninggal. Doctor detect penyakit kencing manis. Dan sekarang tinggal Pak long yang masih menghidap kencing manis sampai sekarang.
Waktu ustaz dari Darussyifa datang merawat di rumah, aku tengah belajar di university. Mak aku cerita, masa ustaz datang rumah dia ada nampak 2 “ lembaga” besar duduk dekat kiri kanan hadapan rumah kami. Ustaz dah buang “benda” tu dan dah pagarkan rumah, barang-barang semuanya dah dibawa untuk “dibersihkan”. Ustaz juga ada bagitahu perigi dekat belakang rumah tu adalah tempat tinggal “benda” dulu-dulu. Asalkan depa tak kacau kita takpa, jangan kita kacau depa. Dalam rumah pulak dekat ruang tv, ustaz dah buatkan laluan untuk “benda” tu lalu. Dulu memang tv dekat rumah akan bunyi macam diketuk, kami ingat tv rosak sebab tv lama.
Patutlah bila adik beradik arwah ayah balik kampung (rumah yang kami tinggalkan rumah arwah atok, jadi semua berkumpul disitu.) mesti mengantuk je. Ustaz dah buatkan laluan untuk “benda” tu ke atas rumah. Laluan macam mana aku pun tak tahu.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Kisah aku tahu “puteri” follow aku adalah dari seorang mak cik. Mak cik ni merupakan biras mertua aku. Dia ni pandai mengurut orang dan ada kadamnya. Mula-mula aku dapat tahupun dari tunang aku (dah jadi laki aku sekarang). 1st time jumpa mak cik ni, aku namakan dia Mak Tam. Masa tu aku follow bf aku (suami aku sekarang) dengan rombongan merisik abang dia dan family di selatan tanahair. Mak Tam nampak aku je muka dia dah lain, dia tengok aku semacam. Aku hulur tangan nak salam, cepat-cepat dia tarik tangan aku dan dia pergi jauh-jauh. Aku ingat memang dia jenis macam tu kot perangai dia tak suka orang salam cium tangan ke apa huhu. Lepas balik dari rombongan merisik tu bf aku cerita yang Mak Tam nampak “puteri” follow je aku pergi mana-mana.
Aku macam tak percaya macam mana “saka puteri” boleh pergi dekat aku. Bila aku fikir-fikir balik mungkin malam kejadian ayah aku menangis dekat aku tu ayah aku ade hulur tangan, mungkin time tu “saka puteri” pergi dekat aku.
Beberapa tahun lepas abang bf aku bertunang, aku pun bertunang dengan bf aku. Mak Tam follow sekali rombongan ke rumah aku. Dari jauh aku nampak dia perati je aku, sesuatu betul dia ni. Lepas semuanya selesai, semua tetamu makan dekat kawasan hadapan rumah. Mak Tam tanya aku dekat mana toilet. Aku tunjuk arah toilet dia kata takpa, dia boleh pergi sendiri. Lama aku tengok dia tak muncul-muncul dekat tempat makan. Bila dia datang dekat meja makan, muka dia pucat, dah kenapa la Mak Tam ni kan. Esoknya tunang aku cerita dekat aku apa yang dah terjadi masa Mak Tam pegi toilet.
Sebenarnya Mak Tam tak nak pun pergi toilet, sebab ada “benda” panggil dia suruh pergi belakang rumah. Mulanya dia tak mau ikut tapi “benda” tu berkeras jugak suruh dia ikut ke belakang rumah. Mak Tam disuruh masuk dalam bilik aku, tapi Mak Tam tak nak, ye la.. kan datang rumah orang dah kenapa tiba-tiba nak masuk bilik pulakkan, tu yang dia bagi alasan nak pergi tandas. Sampai dekat belakang rumah “benda” tu ajak pergi ke perigi. Mak Tam tak mau sebab dia pun sebenarnya dah cuak sebab kat perigi lagi banyak “family” dia.
Penghuni Perigi : “Buat apa kau datang sini”?
Mak Tam : “ Saya ikut rombongan meminang anak tuan rumah ni”
Penghuni Perigi : “Betul ke? Takda tujuan lain”?
Mak Tam : “Betul, kejap lagi nak balik la”
Penghuni perigi : “ Marilah ikut aku pergi dekat perigi belakang tu”
Mak Tam : “ Takpelah, nak balik dah kejap lagi, nanti orang tanya pulak lama sangat saya dekat belakang ni”.
Mak Tam terus tinggalkan “dia” dekat belakang rumah. Mak Tam bagitahu jugak ada “saka panglima” follow pak long aku. Pak Long pon tak berapa sihat, dia pakai tongkat sebab kaki dia sakit kencing manis, susah nak jalan atau berdiri lama-lama. Dekat Pak Usu pulak, Mak Tam nampak ada “perempuan” bunian yang follow je kemana saja Pak Usu pergi.(Pak Usu masih bujang, mungkin peminat setia dia)
Beberapa tahun kemudian, aku pun dah berkahwin, dan baru-baru ni aku dapat anak perempuan. Suami aku nak aku beranak dekat Utara, dekat kampung dia. Aku pon follow je la, time tu baru 3 hari berpantang, aku sakit kepala sangat, mungkin masuk angin, tak tahu nak panggil siapa untuk urutkan aku,family suami aku panggil Mak Tam. (Time aku kawin Mak Tam tak datang). Mak Tam datang dengan bawa beg kecil. Masa ni mak aku dah datang nak tengok aku dengan cucu dia.Mak Tam buat biase je, tapi aku tak salam dia pun,sebab fikirkan kejadian dulu. Mak aku ada sekali waktu Mak Tam urut aku. Mula-mula, Mak Tam macam baca doa, aku tak pasti apa yang dia bacakan, tiba- tiba dia kata “Assalamualaikum puteri” dan dia sambung baca sambil tutup mata dia, sambil tu dia urut2 kepala aku. Dalam hati aku, puteri mana dia bagi salam.
Lepas dah settle urut dia bagitahu tadi, “puteri” datang melawat tu dia bagi salam. Mak aku dah buat muka terkejut , macam mana Mak Tam boleh tau pasal “puteri” dan kenapa “puteri still ada lagi. Mak Tam pun cerita la hal sebenar. Mak Tam bagitahu “saka” tu ada je dekat rumah kami, dia tak ganggu cuma menjaga kami sahaja.
Beberapa hari lepas tu, aku mengurut pulak dengan sorang akak ni. Aku namakan dia Kak Ju. Time tu aku berpantang dekat rumah kakak ipar sekejap.Kak Ju urut aku dia baca sama macam Mak Tam baca tempoh hari. Selama 3 hari berturut-turut aku berurut dengan Kak Ju sampai la aku balik kampung berpantang dekat rumah mak aku. Suami aku bagitahu aku, Kak Ju ada tanya pasal aku dekat kakak ipar aku. Dia kata dia ada benda nak cerita pasal aku. Dan sampai hari ni, Kak Ju tak cerita pun apa-apa dekat kakak ipar aku. Kakak ipar aku tanya dekat dia, apa yang dia nak bagitahu, tapi Kak Ju kata takda apa-apa.
Dari hari pertama aku bawa baby balik berpantang dekat rumah mak aku ,(rumah arwah atok) dia asyik menangis je. Serabut betul aku time tu rasa sikit lagi je nak meroyan hahaha. Dia tak mau tido dalam bilik, sampai mak aku bawa keluar bilik baru ok, tu pon kejap je. Tengah malam dia akan start menangis sambil mata tengok satu tempat je. Aku pon cuak jugak, kan budak kecil boleh nampak benda-benda halus ni. Aku tak pasti dia nampak ke atau memang budak-budak memang macam tu.
Nak dekat habis pantang anak aku dah ok sikit takda nangis teruk-teruk.
Sekarang anak aku dah 3 bulan, tiap malam, time aku dengan suami main dengan dia, dia akan pandang atas kejap-kejap pastu dia senyum-senyum. Sama juga bila aku tinggalkan dia sorang-sorang, dia macam bersembang (bahasa baby) bila aku datang dekat dia, dia senyap. Anak aku memang asyik menangis je tiap malam dan dia akan tengok atas je. Aku tak sure memang “saka puteri” still ada dengan kami atau tak.
Hope lepas ni semua get to normal. Sejak aku start tulis pasal cerita ni memang aku rasa macam ade someone duduk dekat seblah aku, tapi takda sapa-sapa. Hati aku jadi tak tenang. So, inilah cerita aku, hope korang semua doakan yang baik-baik untuk kami sekeluarga.
Rerama Biru
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Kes ni x leh biar. Pergi jumpa ustazlah. Klu biar mmg x de usaha mcm mna nak baik.
Sebenarnya dah pernah hantar cerita sambungan ni dekat FS selepas part 1 dah publish tapi tak tahu lah maybe tak masuk. Terpaksa type semula macam file pertama yang hilang tu, tak sangka publish dekat FS jd typo teruk maybe “dia” tak bagi orang baca dan tahu.
Nak jumpa ustaz pon takut sebenarnya. Anak pon kalau saya main dengan dia mesti dia menangis macam takut dengan saya.
Pergilah jumpa, mende tu memang die bagi awak was2 je nk berubat. Lawan. For your own good
Mak Tam tu mcm anti ngan RB sbb Puteri dok follow…
Tapi Mak Tam tu pon sesuatu gak gayanye…
x tnya k puteri tuh nme ap ??
tah la, tak pernah tanya nama apa. Dah lama tak jumpa Mak Tam, dia la yang selalu tegur kalau jumpa.