SAKA TUMPANG

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana menerbitkan “Selepas Asar“. Walaupun ada yang musykil kenapa pagar belakang Univ aku disana sangat jauh dengan blok asrama kami. Ye itulah hakikatnya tak dapat dinafikan jarak sejauh itu atau mungkin kami bertiga berjalan dalam mode “kura2”. Hee.

Kali ini aku terpanggil untuk menceritakan pengalaman menjadi agen hartanah. Antara kisah seram dan kelakar pun ada. Selepas tamat pengajian di Indonesia, aku pulang ke Malaysia. Hampir 1 tahun aku di tanah air, jadi aku berpeluang bekerja sementara menunggu panggilan untuk sambung belajar ke US.

Bulan 6 tahun 2010. Shah Alam.

Aku mula bekerja sebagai agen hartanah di syarikat bapa saudara aku. Petang khamis hari ke empat aku mula bekerja, aku dah diassignkan membawa klien untuk melihat rumah yang akan mereka beli. Jadi sehari sebelum membawa klien, aku diarahkan untuk memeriksa keadaan rumah. Aku decide untuk ke rumah itu hari Rabu memandangkan aku perlukan masa mencari team cleaning untuk membersihkan rumah itu.

Hari Rabu setelah tamat waktu bekerja, aku menjemput 3 orang warga indonesia yang bersetuju untuk membersihkan rumah itu. Walaupun belum pernah pergi ke rumah tersebut, rumah itu mempunyai 3 bilik besar di tingkat bawah, tandas ada 2, dapur kering/ dapur basah, ruang tamu 1, 2 & 3. Tingkat kedua ada 2 bilik sederhana besar, bilik air dan sebuah bilik kecik sesuai untuk jadi bilik bacaan. Tingkat ketiga ruang kosong dan boleh dijadikan stor simpanan memandangkan keluasan dan lebarnya hanya sesuai dijadikan stor. Semuanya ada dalam pelan rumah yang disediakan oleh Nur (clerk).

Sampai depan pagar rumah, keadaan gelap dan sunyi memandangkan rumah itu berada di lot paling hujung. Jadi aku masuk dan memberikan salam walaupun tak ada sesiapa di dalam. Kami berempat masuk ke dalam rumah dan salah seorang cleaner menekan suis dari main box.

Aku memetik suis untuk menyalakan lampu ruang tamu pertama. Kakak cleaner dua orang tadi mula menyapu dan mengemop lantai untuk digunakan solat sekejap lagi. Selesai solat maghrib, Abg Lan membaca surah yassin dan kami ikut bersama. Selesai solat dan membaca yassin (tujuan membersihkan rumah dari semua tumpangan makhluk halus), kami berempat membersihkan semua kawasan dalam rumah. Hampir jam 11 malam semua kerja selesai.

Sebelum pulang, aku memastikan tingkap, dan suis semua dipadamkan. Tidak semena, sebelum melangkah keluar pintu aku mendengar dengan jelas suara seperti seseorang sedang berbual. Aku cuba meneliti bunyi suara itu. Jelas kedengaran ianya memang suara yang kedengaran seperti berbual tapi apa yang dibualkan aku tak dapat tangkap walau sepatah kata. Ah sudah, dalam hati aku mungkin rumah ini sudah 3 bulan ditinggalkan barangkali ada makhluk menumpang.

Aku panggil mereka bertiga, aku ajak mereka naik ke atas dari arah bunyi suara tadi. Mereka bertiga mengikut sahaja tanpa bertanya apa2. Yang kelakarnya aku sendiri tak pasti samada Abg Lan takut atau dia ternampak sesuatu bila kami menaiki tangga untuk ke tingkat atas. Dia terjelupuk dan bersandar di dinding tangga sambil mengurut kakinya. Jadi aku ajak Kak Mina naik sementara kak Dewi membantu Abg Lan yang mengadu kesakitan.

Masa melangkah di tangga yang terakhir, suara tadi semakin halus kedengaran. Dalam hati aku mengesahkan iya rumah itu ada “sesuatu” yang menumpang.

Kak mina yang membontoti aku tiba-tiba menjerit kecil. Dia tarik lengan aku dan menunjuk ke arah bilik bacaan. Bilik antara bilik air dan bilik tidur. Aku tak nampak apa-apa tapi kak Mina tetap menarik lengan aku tanda dia tak bersetuju untuk aku terus ada disitu.

Aku mengajak mereka semua keluar. Aku fikir tak boleh jadi kalau masih ada benda menumpang pasti klien nanti akan keluar semula dari rumah jika diganggu makhluk itu. Jadi aku tinggalkan mereka bertiga di pagar depan rumah dan aku menuju ke rumah agam tadi.

Aku menekan loceng, dan setelah 3 kali membunyikan loceng, seorang wanita indonesia keluar menjenguk dari arah pintu utama rumah itu. Dia kemudian keluar ke pagar dan bertanya apa tujuan aku ke rumah tuannya. Jadi aku terangkan pada dia, dan aku mahu tahu sebab owner lama rumah itu decide untuk jual rumah tersebut.

Cerita Ibu Tari (Maid Rumah Agam)

“Saya datang untuk cuci rumah tu, tapi tadi masa saya nak keluar dari rumah saya dengar sesuatu lah..” jelas aku pada Ibu Tari.

“Iya, kenapa cuci malam-malam. Siang aja.” Ibu Tari mula bicara.

” tak apa lah buk, selesai sudah. Tapi saya mahu tanya. Kenapa ya seperti nya ada suara dari tingkat dua. Ada kes jenayah ke sebelum ni?”, aku memandai. Yela mana lah tahu ada kes jenayah seperti rompak ke sampai kena b***h. Manalah tahu kan.

“nggak. Maid dia itu kawan saya, dia bilang bunyi itu selalu datang dari bilik tengah. Selalu juga dia diminta meletakkan garam dan lada di dalam bilik. Katanya Isteri si Dani menantu sulung, ada menyimpan saka”.

Ibu Tari memberi jawapan pada soalan aku. Sedang aku berbual, Abg Lan memanggil aku. Aku bergegas kembali semula kepada mereka bertiga. Aku tengok Kak dewi menggeletar.
Kak Mina berbisik kepada aku, kak dewi teihat sesuatu di tingkap bilik atas yang menghadap mereka. Aku tidak mahu buang masa sebelum ada benda yang tak diingin terjadi lalu kami bertolak pulang. Selesai menghantar mereka pulang, aku pulang ke rumah.
Fail yang disediakan untuk klien esok aku selak. Aku baca details Owner lama. Jari aku tergerak untuk mendail nombor yang dibekalkan dalam details form.

“Hello?” Suara dari nombor itu menjawab. Tenang sahaja suaranya.

“Hello, emmm maaf ye. Ini encik Rashid?”

” Ya saya” pendek jawabnya.

“emm saya. Maya, Agen yang bekerja di XX. Esok kiranya saya nak bawak klien ke rumah lama encik. Tapi..”

“Ye. (suara keluhan kedengaran). Saya harap klien esok bersetuju membeli dan tidak seperti klien sebelum ini ye cik Maya.”

“Kenapa ya” ringkas soalan aku.

“Saya harap perkara yang terjadi pada kami sekeluarga tak berulang. Menantu sulung saya, dia sendiri tak tahu dia ada saka yang menumpang. Hasil dari perkenalan dia dengan mak angkatnya di kampung. Disebabkan mak angkatnya tidak mempunyai anak, jadi dia diberi saka tanpa dia sendiri tahu dan bersetuju. Kami tahu pun selepas bermacam kejadian dalam rumah sehingga anak bongsu perempuan saya meninggal sebelum ini. Arwah tertengok saka itu bertenggek di almari buku dalam bilik bacaan, lalu jatuh ditangga. Sebab itulah kami sekeluarga decide untuk keluar dari rumah itu.”

Panjang cerita encik Rashid. Yang aku ingat lagi, menantu dia berubat dengan ustaz Syifa’. Tapi disebabkan saka itu belum bertuan maka ianya masih di dalam rumah banglo itu.

Aku termangu memimkirkan nasib bakal pembeli rumah itu nanti. Mr Kelvin. Keluarga cina. Aku keliru adakah aku perlu jujur atau tidak untuk menceritakan mengapa owner lama mahu menjual rumah itu sedangkan rumah itu dalam keadaan yang sangat baik. Harga juga hanya mencecah 1.5 juta.

Seminggu selepas Mr Kelvin sekeluarga pindah ke rumah itu, dia menelefon aku. Dia mengadu anaknya sering dijumpai tidur di tangga padahal dia sudah pastikan anaknya tidur dalam bilik. Dimaklumkan bilik bacaan itu dijadikan bilik anak kecil mereka. Paling mengerikan, setiap malam anaknya ketawa sendiri dan mereka kerap mendengar suara dengusan dan suara seperti berbual. Jadi aku ketika itu hanya m**i kutu. Memikirkan jalan tapi aku dinasihatkan untuk tidak menghubung atau menerima panggilan lagi klien selepas selesai urusan jual beli rumah itu.

* Cerita saka menantu sulung encik rashid juga menarik. Mungkin akan aku tulis jika ada masa terluang nanti. Sekian, dari #hantuMaya

HantuMaya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “SAKA TUMPANG”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.