Saka Yang Tidak Diketahui

#bungatulip

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca FS. Sebelum tu terima kasih untuk Admin FS kalau kisah ni admin publish. Kisah ini akan diceritakan menggunakan bahasa kasar sikit iaitu aku, hang, kau, dia dan sebagainya.

Bismillahirrahmanirrahim

Nama aku Lin (bukan nama sebenar). Berumur 26 tahun. Asal Kedah. Kisah yang aku nak story ni jadi masa aku kat sekolah menengah. Nama sekolah dirahsiakan ye. Masa ni aku Form 2 @ Form 3. Tak ingat sangat form apa masa tu. Kisah ni jadi kat kawan aku. Aku antara saksi dan pendengar yang terlibat dalam kejadian ni. So let’s the story begin. Maaf ye kalau cerita x seram 🙂

Aku stay asrama masa kat sekolah menengah tu. Kalau stay asrama biasa lah. Macam-macam kisah hantu yang akan diceritakan dari turun-temurun. Cerita dari senior to junior. Tak kurang jugak dari junior to senior. Masa aku Form 2 @ Form 3 tu, ada sorang budak baru pindah masuk sekolah kami dan budak tu stay kat asrama jugak sebab rumah jauh. Nama dia Ani (bukan nama sebenar). Kami sama umur.

Bulan pertama Ani masuk, x dak apa-apa yang pelik jadi. Bila masuk bulan kedua, mula lah sikit2 episod seram kami. Nak dijadikan cerita malam tu kami semua kat dewan makan, tengah study atau budak asrama panggil ‘prep’. Tiba-tiba Ani ni nak pi toilet sorang. Ada kawan aku nama Ila (bukan nama sebenar) volunteer diri nak teman Ani ni. On the way nak ke toilet tu si Ila tanya kat Ani buat apa nak pi toilet. Yang Ila pun cerdik pi tanya soalan camtu. Mesti la kalau pi toilet nak membuang hajat la kan.

Tapi yang bestnya, si Ani bukan jawab nak membuang. Tapi dia jawab kat Ila “aku nak pi main air”. Ila dah rasa lain macam dah bila Ani jawab macam tu tapi dia buat kental la. Sampai kat toilet, Ila tengok Ani masuk Bilik Basuh. Kami panggil Bilik Basuh sebab situ ada kolah yang besar dan panjang. And kat situ selalu bebudak hostel guna untuk basuh baju.

Si Ila tengok Ani masuk bilik basuh and mula main air. Maksud main air ni bila si Ani dok belai-belai lembut permukaan air kolah yang penuh melimpah tu. Sambil dok belai-belai lembut, dia nyanyi-nyanyi camtu. Ila dah tegak bulu roma dah. Dia tanya Ani “wey hang buat apa tu?” tapi si Ani ni x jawab tapi still dengan keadaan belai-membelai plus nyanyi tadi. Ila memang tak tunggu lama and dia chow balik dewan makan tinggal Ani sorang kat situ. Huhuhu.

Apalagi Ila pun berdesup la cerita kat kami-kami yang ada kat situ pasal keadaan Ani tadi. Then ada sorang member aku ni bagi idea. Bila Ani dah mai kejap lagi, kami plan nak baca ayat Kursi dengan 3 Qul. Kami buat-buat macam tengah hafal sebab esok Ustazah nak suruh sorang-sorang baca dalam kelas. Bila Ani balik ja dari toilet, kami pun start plan tu. And Ani bila dia dengar kami dok baca ayat suci tu, dia tutup telinga. Dia jadi macam resah x tentu hala macam tu. Apalagi, kami yang dok membaca ni pakat tengok sesame sendiri dah. Masing-masing x pernah alami kejadian macam tu depan mata. Bila kami stop baca, Ani Nampak macam okey balik.

Then prep dah setel. Semua dah masuk dorm masing-masing. Malam tu x ada apa kejadian aneh pun. Tapi subuh esok tu jadi sekali lagi. Selalunya bebudak hostel diwajibkan untuk solat Subuh kat surau. Ni kawan aku, Joyah (bukan nama sebenar) yg cerita balik sebab dia sama dorm dengan Ani. Joyah ajak la Ani pi solat Subuh kat surau. Tapi Ani x mau. Bersungguh dia x mau pi. Ani kata ada benda dok tengok dia kat pintu dorm. Dok tunggu dia kat situ. Dia takut. Dia x mau pi surau. Yang Joyah ni dah nak rasa marah kat Ani pasai dok cakap pelik-pelik camtu. Dia dok kata kat Ani mana ada apa depan pintu. Si Ani mula dok meracau-racau dah. Budak dorm dia pakat dok pegang dia dah pasai dok meronta-ronta. Then ada kak senior mai nak tenangkan Ani ni. Alih-alih diterajang nya kak senior ni. Kuat jugak Ani tendang kak tu sampai terkeluar kat koridor jugak la. Tapi aku x ingat macam mana depa pulihkan Ani ni. Joyah cerita tapi aku x ingat. Sorry ye semua. Huhu. Ok kira kejadian pagi Subuh ni dah pulih la.

Dua tiga hari lepas tu, Ani jadi balik. Time ni nak pi sekolah. Tengah hari kot masa kejadian ni. Aku baru sudah mandi. Dok siap pakai baju tudung semua, dengar riuh-riuh kat dorm Ani. Aku pun apa lagi menyibuk la kan. Masa aku pi menyibuk ni, aku nampak Ani dah terbaring atas lantai dengan siap pakai baju sekolah dah. Dia dok meracau meronta-ronta. Budak2 dorm dia pakat dok pegang kiri kanan dah. dia dok menjerit-jerit kata “lepas, lepas aku nak pi kat pokok tu!” . Banyak kali dia dok ulang ayat tu saja.

Kebetulan kat asrama aku ni ada sorang makcik yang boleh jugak la berubat bab-bab camnih. Aku namakan dia Makcik Siti (bukan nama sebenar). Makcik Siti mai and dia picit ibu jari kaki Ani. Menjerit kawan tu kata sakit, sakit. Tapi makcik Siti picit jugak x lepas. Makcik Siti kata “hang keluaq dari badan budak ni! Dia mai nak belajaq! Hang dok kacau dia buat apa??”. Ani x jawab soalan tu. Kalau dalam exam mesti Ani dah fail paper sebab x jawab soalan. Tapi Ani dok maki-maki Makcik Siti tu. Dia dok kata”lepas la bodo! Hang ingat x sakit ka! Ba**! Ba**! Ba**!” banyak kali betul Ani dok ulang nama haiwan yang haram tu. Aku yang tengok ni nak tergelak tapi timing x sesuai okeh. Ani kata lagi “lepas la aku..aku nak pi kat pokok tu sat ja. Sat ja aku nak pi..” nada dia macam merayu-rayu gitu.

Makcik Siti still dok picit ibu jari kaki Ani lagi. Ani dok meronta-ronta suruh lepas. Dah Makcik Siti x lepas jugak, Ani geram kot. Dia kata “lepas la bodo! Hang tau dak kaki aku patah dah ni! Sakit hang tau dak!”. Dialog lepas-melepas, nak pi kat pokok dan keluar-keluar dok bermain antara Ani dan Makcik Siti. Last-last Makcik Siti suruh lepas Ani. Dia kata nak tengok pokok mana yang Ani nak pi sangat tu. Lepas ja budak2 dorm x pegang dia, Ani merangkak sebijik macam harimau. Memang sebijik wey. And guess what? Ani merangkak macam harimau yang patah kaki. Yes macam tercapit-capit gitu. Kan tadi dia kata kaki dia patah kan. So nampaknya betul lah apa yang setan tu bagitau. Huhu.

Dorm Ani ni tingkat 2. So dia kena turun tangaa untuk pi kat pokok yang dia sebut tu. Yang memerhati termasuk aku pun follow Ani kat belakang nak tengok pokok mana dia nak pi. Cara dia turun tangga pun masih dalam keadaan patah kaki tadi. Kaki yang ibu jari dia kena picit tu memang x gerak. Kaku. Hampa imagine jelah macam kucing patah kaki turun tangga. Kang aku suruh imagine rimau, ada yang jawab x pernah tengok rimau patah kaki pulak. Hehe.

And sampai ja kat tingkat bawah, Ani berlari dengan lajunya kat pokok tu (ni masih keadaan merangkak versi harimau/kucing patah kaki tadi ye). Rupanya dia nak pi kat pokok besar yang ada kat garden belakang asrama perempuan ni. Pokok tu pun boleh tahan puaka dia. First time dalam hidup aku nampak scene macam tu live. Memang real dia punya merangkak versi harimau patah kaki tu. Tapi nasib baik Ustaz sempat halang. Dalam dok kecoh-kecoh tadi tu ada student pi inform Ustaz dah. Nasib baik!

Ustaz ambik satu ranting pokok yang dah luruh kat garden tu and dia baca-baca sikit, dia macam pukul slow ranting tu kat Ani yang tengah gigih nak pi kat pokok besar tu. Banyak kali jugak Ustaz buat macam tu, and baru la nampak Ani macam sedar diri. And keadaan kira dah pulih la. Warden pun call mak ayah Ani suruh ambik dia. Suruh bawak pi berubat. And rupanya tu adalah last day Ani kat sekolah tu. Mak ayah dia mohon untuk Ani berhenti sekolah terus and bawak balik kampung.

Lepas tu barulah kami tau yang harimau tu saka nenek dia kalau x silap. Tapi saka-saka macam tu lah. Kira dia x tau pun dia ada saka tu. Maybe dia ja pewaris yang ada. Sebab tu dapat kat dia. Kami sampai sekarang x dengar cerita dah pasai Ani. Moga-moga dia dilindungi dari benda-benda halus ni. In sya Allah.

Ok sampai sini ja cerita aku. X seram kan. Huhu. Saja nak share pengalaman yang x seberapa ni. In sya Allah kalau ada masa dan peluang, nanti aku share kisah lain pulak.

Assalamualaikum.

Lin

Leave a Reply

3 Comments on "Saka Yang Tidak Diketahui"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Kak Yulie

“Hampa imagine jelah macam kucing patah kaki turun tangga. Kang aku suruh imagine rimau, ada yang jawab x pernah tengok rimau patah kaki pulak. Hehe…”

Hahahahahah…
Part ni lawak…
Sebelom ade yg kondem hang dah defense sesiap ekkk…
Baguiiihhh…

Memey

cover baik punye .. hihi

Kucing_meow

👍👍👍.mmg xpnh tgk pun harimau patah kaki lg 😂😂😂😂

wpDiscuz