Salam Pengenalan

Assalamualaikum Fiksyen Shasha. Di sini saya nak berkongsi pengalaman saya. Sebelum tu saya nak menceritakan sedikit latar belakang saya. Saya merupakan seorang guru pendidikan khas yang baru posting di SK Chenor pada awal tahun 2015.

Kisahnya bermula pada satu petang, di mana pada minggu tu saya merancang untuk melakukan sedikit ubah suai di dalam kelas bagi memberikan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada anak murid saya. Bermula dengan mengikis cat lama sehinggalah menghias, saya lakukan seorang diri memandangkan saya sahaja guru lelaki bujang, yang lain semua perempuan dan sudah berkeluarga. Jadi saya tak mahu menyusahkan cikgu lain.

Pada petang itu, selepas pulang dari sekolah saya berehat sebentar di rumah. Pada pukul 3 petang, saya datang semula ke sekolah untuk menyambung tugas ubah suai kelas yang belum selesai. Hanya tinggal kerja mengecat sahaja. Ketika saya mengecat, kadangkala ada murid-murid sekolah kafa yang datang menegur sambil berborak dengan saya. Kemudian saya meneruskan lagi kerja saya.

Sehinggalah pada waktu riadah, sekitar pukul 6 petang. Kedengaran suara murid perempuan yang bermain bola jaring di padang bola jaring berhampiran dengan kelas saya. Suasana itu berlanjutan sehingga pukul 6.45 petang. Suara mereka masih lagi riuh. Kemudian kedengaran bunyi seperti tong sampah jatuh di kelas tahun 2 di sebelah. Saya yang pada ketika itu berada di atas tangga lipat, sedang mengecat bahagian atas dinding.

Saya menoleh ke arah jam. “Lambat betul budak-budak ni balik. Biasanya pukul 6.30 semua dah balik”. Saya pun memberhentikan kerja mengecat saya dan terus turun dari tangga kerana ingin menegur mereka supaya balik ke rumah kerana sudah senja dan bimbang ibu bapa mereka mencari mereka.

Sebaik sahaja saya buka pintu, suara murid-murid perempuan yang kedengaran tadi terus hilang. Dan sememangnya tiada langsung kelibat murid di padang bola jaring. Kalau difikirkan, memang tidak logik. Selepas itu saya terus mengemas barang dan pulang ke rumah. Mungkin itu salam perkenalan dari ‘mereka’ buat saya…

::hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Hafizuddin bin Jaafar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Salam Pengenalan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.