Assalamualikum semua reader reader FS. Terima kasih admin sebab diberi peluang kedua untuk publishkan dan harap dipublishkan lagi skali ya cerita sambungan di Dusun *** resort.
Okay selepas kejadian malam pertama tu berakhir jujur mmg kami semua rasa kehairanan bin pelik apa yang terjadi tu. Selepas solat subuh pagi tu kami semua dalam dorm susun aturkan balik katil katil yg kami semua kumpulkan di tengah ruang dorm tu takut takut abg fasi ada yg bising cakap jgn ubah kedudukan ke apa. Katil aku berada di belakang hujung kiri sebelah tingkap. Sebab dkt tingkap tu ada vertilation fan belah atas dia. Biasalah budak skolah nakal kan mesti otak berkembang nk cari port yg senang nk merokok. Hahah. Hampir semua jugalah kawan kawan kelas aku tu semua nakal ada kes dengan disiplin merokok semua. Semua memang ambik port dekat katil aku sebab nk smoke. Habis semua cadar tilam bantal aku diperlaku mcm sendiri punya. Dipijak semuanya jgn cakap lah.
Lepas aktiviti riadah petang kami semua pgi obstacle road and so on. Kami pun ada sesi mengeteh katanya lah kan. Lepas habis solat isya’ kami ada aktiviti malam kebudayaan lah perform mcm biasa semua tu. Alah korang sure tahu kan kalau camp mcmtu mesti apa yg dibuat semua. Okay now sambungan cerita ni sendiri terjadi dkt diri aku yg digelarkan chippy ni. Mcmni cerita dia.
Kiteorang dkt skolah and taman perumahan kami mmg terkenal dengan satu permainan dipanggil ‘Main Toyol’ sebenarnya bukanlah mcm korang sangkakan seru toyol tu ke apa. Takk, cuma kiteorang berpakat nk kenakan siapa yg takpernah tahu pasal game ni. Game ni simple je. Ambik la sebeberapa bilangan org yg turut serta tapi yg penting duduk dalam satu bulatan dan dari tu masuklah skit skit unsur mistik contoh macam ‘angin da smpai’ jgn keluar dari bulatan ni semuanya lah. And kiteorang pun semua berpakat nk kenakan salah seorang kawan perempuan kiteorang sebab dia baru pindah skolah and masuk kelas kiteorang. Dia ni gaya dia A mcm bagus je cerita pun good good je. So lepas dibincang dengan beberapa “pelakon” game ni, semua sepakat nk kenakan si polan tu. Jam berdetik pukul 12 malam. Kiteorang seludupkan dalam 5-6 org pelajar perempuan termasuk mangsa ni. Kite gelarkan dia siti lah senang kan. So aku dipipih untuk menjadi pengantara antara “toyol” dan manusia ni.
Belum pape mula lagi kiteorang suruh semua diam di dalam dorm tu dan warning jgn takut sbb semuanya ‘under control’. So bermulalah kiteorang duduk satu bulatan dalam 20+ org. Takde bulat pun sbb hall dorm tu tk besar asal jadi je semua sblah sblah. Perempuan semua depan kiteorang. Tengah asyik ‘menyeru’ tuh, tiba tiba pelakon A ni mulalah dengan aksinya. Berguling bergelak segalanya sendiri dlm bulatan tu. Abis semua disakatnya. Mmg tk senang duduk jadinya perempuan tu semua, semua ketakutan. Yes itulah kiteorang nak. Dengan berlatar belakangkan kawan skema ada yg baca surah al-fatihah berulang kali, suara screamo lah ada selawat semuanya. Memang suasana sngtlah menyeronokkan mana yg faham situasi game ni. Elok si pelakon A ni tunjuk dkt kawan si siti ni smbil menjeling je terus ke mata.
Aku pun bertanyalah kepada kawan situ tu “Apa kau dah buat ? Kenapa benda ni boleh tunjuk dekat kau?” Terus tanpa segan silu boleh pulak kawan siti ni cerita yg dia sebenarnya tengah unzur then dia buang tuala wanita tu dlm toilet bowl tanpa basuhkan dahulu. Ya Allah aku pun seriau dengar jawapan dia. Habis semualah kecam perempuan tu kenapa kau buat mcmtu semua. Hbislah benda ni cari kau nnti semua. Menangis kawan si siti ni. Tiba tiba pelakon A ni terdiam dan mcm konon dah tak kena rasuklah. Ada lah dlm 3-4 papah dia bangun duduk balik dengan kami. Tengah aku nk brain-wash kawan siti ni. Pelakon B pulak mengorak langkah mcm kena rasuk pulak. Ni lagi lintang pukang. Betul menjiwai gile dia punya peranan tu. Siap nak jadi mcm rimau lah monyet lah semuanya. Terusnya pelakon B ni buat aksi dlm 5 minit kami pun masuk konon nk tenangkan dia balik lah kan. Pelakon B ni boleh tunjuk dkt si siti pulak sbb nk takutkan dia. Tiba-tiba
Siti Ni boleh gelak tak ingat dunia. Dia gelak ya Allah mcm mengilai gilai. Seriously ! Dalam hati aku berkata “kalau itu bukan dia,tapi benda lain. Sumpah aku tdor dlm surau cari ustaz cari pakdin wa nk peluk tdur dia tak kisahhhhhhh”. Lepas dia gelak dlm 10 saat tu. Dia boleh cakap “elehh ingat aku tktau ke kalau kena rasuk slalu jadi cm harimau ke singa ke anjing ke , ni dia muka ketat terus pandang aku mcm takde ape”. Terus sejuk hati aku jap sebab dengar dia cakap mcm biasa , ingtkan kena sampuk tadi mmg aku terajang dia dlu. Ahahaha. Lepastu pelakon B ni tk puas hatilah sebab dah habis jiwai watak pun ada yg tk percaya. Habislah kena kecam si siti tu beramai ramai dlm dorm tu sbb tk percaya. Suasana dari tegang terus jadi diam kejap lepas pelakon B ni berlari di sebalik katil dan tersembam “oh dah penat lah tu” kata aku dlm diam.
Tak smpai 5 saat si pelakon B ni dtg balik terus baring dgn kiteorang sbb dia cakap dkt blakang tk best berbisik dengan aku. Pelakon C mengorak langkah buat benda lagi pelik yg mmg kiteorang tk plan pun. Dikacaunya semua budak skema dlm tu. Smpai ada kawan aku sorang ni konon nk jadi hero. Dia pakai kain pelikat badan tutup ngn selimut dia cakap xpe dia nak azan malam tu. Lpas si pelakon C ni kacau semua orang, kumpulan permpuan tu akhirnya menangis ketakutan sbb diaorg fikir ni semuanya betul bukan rekaan. Jam menunjukkan pukul 2 pagi, kawan aku yg bajet hero ni masuk dorm lalu ingin melaungkan azan katanya. Tapi disebabkan bebal or sbb tskut dia boleh pulak takbir raya. Ahahahahaha. Panik lebih dia ni. Semua dlm dorm ada yg gelak ada yg nangis ada yg tak ambik port. Ada lagi kedengaran surah al-fatihah dibaca oleh org yg sama. Tktau lah ni nak gelak ke tidak.
Lepas habis pelakon C penat buat kerja dia. Dia diam tengah bulatan. Kami semua sepakat konon nk habiskan permainan ni lah. Aku sebagai pengantara tiba tiba terasa berani tak bersebab. Aku pandang ke arah pintu dorm yg tertutup rapi lepas mamat baca takbir tu masuk, aku berkata “nyah kau dari sini. Aku tknk kau kacau kami semua. Kami tk seru kau, balik ke tempat asal kau”sambil memandang pelakon C dan jari aku menghala ke pintu tadi. Percaya atau tidak ,habis je aku cakap mcmtu, pintu tu terbukak skit dalam anggaran 10 cm mcmtu. Ya Allah hanya tuhan je tahu berderau d***h aku lepas tgk pintu terbukak mcmtu !
Habis semuanya tercengang dan tak percaya lagi benda mcmtu jadi. Aku lagilah terkejot kenapa mcmtu jadinya. Semua perempuan dlm dorm kami tu minta diri nk balik. Yess mission accomplish sebab siti menangis teresak esak nk balik malam tu gak. Aku pun escort lah dia balik dorm dia, dlm perjalanan tk smpai 3 minit tu, aku terasa mcm ada sesuatu angin mengembus dkt aku. Ahh sudahhh ! Kenapa tiba tiba ni. Smpai depan dorm je si kawan siti ni cakap siti berkeras nak balik malam tu juga. Duk call call mak dia suruh ambik nak balik sebab takut. Aku pun masuklah dalam dorm diaorang yg kongsi sama skolah lain tu.
Diam diam kakiku melangkah pegi katil dia and pujuk dia cakap xperlu balik ni semua berlakon dan tkde serious pun. Semua berlakon. Dia tetap berkeras smbil dail number mak dia. Line telepon situ memang hampeh tkde. Kena pegi dkt pintu gate besar baru ada line. Lepas 10 minit pujuk dia dengan rasa takut yelah aku masuk dorm perempuan kot. Kalau ada yg tak kenal aku tersedar aku dalam dorm mau jadi masalah nnti.(Maaf pakdin tkde niat nk seludup masuk, nak tnangkan orang ja dalam tu) Siti dah reda tangisan dia semua dia pun nk tdur dia nk jugak suruh kiteorang confront and mengaku tu semua lakonan dan mmg nak sakat dia je.
Sejejaknya kaki aku keluar dorm siti, badan aku terasa gatal gatal yang amat. Dalam perjalanan balik dorm aku tergaru sana tergaru sini semuanya. Apa yg bermain dkt fikiran aku ialah mungkin sebab kotor kawan aku tumpang katil aku nk isap rokok ke apa depa semua duk pijak ke apa kan. Tapi tkkan lah dan dan kena mcmni. Aku berjalan masuk dorm lalu jumpa si pelakon B tanye dia kenapa dia dari belakang kati kiteorang semua terus ke kiteorang. Dia cakap time tu dia tertiarap dia terpandang dekat katil katil tu ada mcm bayang tengah pandang dia and senyum. Dia tk jelas rupanya. Mau tak dia lari kedepan.
Aku pun garu punya garu gatal badan aku ni sbb yelah gatal mcm allergic kot. Sekali nah aku bukak baju habis satu badan aku naik ruam! Badan, kaki, ketiak muka semua ada ruam tu. Semua decide lah sblum tidur nk baca yassin ramai ramai sebab tknk benda apa apa jadi kan. So kiteorang turun lah berjemaah pegi ambik air sembahyang dlu dkt toilet bawah tu ha. Sesudah ambik air sembahyang aku kejutkan hakim kawan aku sorang ni sbb dia dilena mimpi dari sblum kami bermain game tu. Pada sesiapa tktau hakim tu siapa, dia kawan aku yg alim mmg tk tinggal sembahyang punya orang lah. Dia pun bagun dan trus turun bawah pg ambik air sembahyang. Lama jugalah kami tunggu dia , mata mengatuk dah ni. Pukul 330 pagi masa tu, so kiteorang decide tk jadi nk baca yassin malam tu and tdur dlm keadaan redha. Rapatkan semua katil di tengah dorm and tidur.
Esok pagi aku bangun alhamdulillah tkde pape dah ruam dekat badan aku semuanya sehat belaka. Melayu kalau dah janji nk buat benda mesti kadangkala tk jadilah pasal nk baca yassin tu. Ahahaha. Lepas siap siap kemas dan berhimpun sebab nk balik. Mcm biasa lah berhimpun ada sepatah dua kata dari pihak resort and ambik sjil bagai smpai lah jam 12 semuanya selesai. Tengah tunggu bas kiteorg confront lah si siti ni minta maaf segalanya lah. Ada abg fasi dalam 5 org hampiri kami semua tanye. “Dah kenapa smlm korang menjerit bising nangis siap ada takbir raya dlm dorm?” Kiteorang gelak je tanpa sebarang komen, yelah sbb dorm dorang berhadapan tk silap dengan dorm kiteorang tak sure lah tk ingt. Tpi mmg dorang ada dlm 14 org je dorang duduk satu dorm kecik je.
Mesti korang tertanye apa jadi dgn hakim kan ? Ahaha. Aku dalam bas tu mmg sengaja duduk sblah hakim sebab nk tanye dia kenapa lama sngt turun toilet. Ni jawapan dia and ni cerita dia malam tu. Apa yg aku ingt tulis ni adalah hakim.
Cerita hakim malam kedua:
Aku turun bawah nk pg ambik air sembahyang lah kan sbb kau dah kejutkan aku semua. Mmg malas sebenarnya. Tapi tulah sbb member kan aku pun pegi lah dlm mamai mcmtu. Once aku masuk toilet je aku dengar ada bunyi flush dari toilet hujung skali. Ingtkan ada lah peneman aku dlm toilet tu, aku panggilah “brother, lama lagi tak dlm tu? Aku nk ambik air sembahyang and chow dah ni. Kalau lama aku temankan kau je dlu kejap yelah pkul berapa dah ni kau sorang tgh melabur”. Skali tkde respond aku pun pgi lah nk tgk siapa yg flush tu. Skali aku smpai toilet tu, tadaaaaa. Tkde orang dlm tu. Aku pun buat dono lah kan, tkkan nk baca surah pape dlm toilet betul tak. Baru lepas 3 toilet sblah dia, ada yg flush dkt toilet sblah dia tu. Ah sudahh. Aku pun teruskan niat nk pegi ambik air sembahyang dkt sinki je. Tak sempat aku nk pegang tombol singki tu, air keluar sendirinya dkt sblah singki aku tu. Aku buat bodo ambik air smbahyang lah, masa nak keluar tu mcm ada benda pegang kaki aku dan tk bagi aku keluar, aku nk jerit tp tkde suara.
Mmg semua flush berbunyi masa tu. Singki pun terbukak semua shower pun turut serta. Dalam 8 tapak aku nk keluar tu, terasa mcm 15 minit gaklah nk habiskan 8 tapak tu. Kau bayangkan lah mcmne. Aku naik je dorm tgk semua dah tdur. Dengan kau kau skali tdur dasar melayu janji kata nak baca yassin. Ada pun sorang je naim tengah tggu aku smbil terangguk angguk dia mengantuk. Aku duduk bebetul sblah katil kau belah atas. Kiranya aku sblah katil dengan kau lah dengan naim skali dekat katil aku. Lepas aku baca berdua dengan naim, dua muka surat terakhir buku surah yassin tu melekat mcm kena gam gajah. Atau pun mmg “benda” tu tknk aku hbiskan.
Tengah aku berusaha nk bukak muka surat tu, naim sapa peha aku yelah sebab aku duduk bersila dkt atas katil sblah kau ngn naim skali. Naim buat isyarat mulut suruh tengok dkt hujung katil kau. Ya Allah chippy aku terkejut. Ada benda dkt hujung katil kau tengah tenung je kau dari tadi non stop. Aku rasa sbab tu kot muka surat ni melekat and aku tk boleh habiskan. Aku pun beranikan diri cakap “lepaskan lah dia kawan aku tu, tak berniat dia nk buat kacau dkt tmpat kau, dia naif dia tktau pape. Harap kau boleh lepaskan dia” sejurus aku cakap cmtu benda tu pndang aku dgn naim smbil tersenyum aku terus tunduk dan dapatlah aku bukak muka surat tu. Tu cerita dari hakim peristiwa malam tu.
So lepas aku dengar cerita dari hakim aku terus terkesima dan baru sedar. Game “toyol” ni tak semua tmpt boleh buat, kenakan orang. Lupa pulak aku masa tu aku dkt hutan belantara. Ahahahah. Balik aku ceritakan dkt sorang pakcik kenalan ku tentang apa yg aku kena malam tu. Pakcik tu boleh gelak dekat aku dan dia cakap “kau kena ludah dengan pontibaby tu , kau masuk umah dia kau buat hal”smbil gelak mengekek pakcik tu. So pengajaran banyak aku belajar. Patutlah pintu tu terbukak sendiri bila aku seru suruh keluar. Allahu. Seram seram.
Cerita smpai disini saja, moga pembaca semua dapat memahami shortform yg aku gunakan dan fahamilah. Dkt dunia ni bukan kita manusia yg berkuasa/hebat. Ahaha. Smpai la ni aku tobat tkmain dah game tu. Kalau hangpa semua pgi dkt resort tu. Masih ada lagi sign name aku dkt board directory tertulis *****08. Smpai disini pengalaman tkleh lupa woi smpai bebila. MIAR-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
hahaha, oke laa citer best senang nak paham.
kan dah mendapat pekdahnye nak kenakan orang sangat. haha
nasib tak beria kena. takpe laa jadikan pengajaran. haha
hmm…x de keje la korang ni main benda2 cam ni lam hutan….nasib baik la jin/syaitan tu x kacau lebih2 ..bahaya tau..kot2 salah sorang mmg lemah sgt x ke naya…tobat dah kan…jgn ajar kt junior yer lepas ni 😛
Ahah xdelah ingt nk gegurau je. Tktau melarat mcmni. Dlu senior kiteorng buat siap ragging lagi keliling taman permainan bogel bulat. Haa lgi hardcore. Ahah
Patutlah pintu tu terbukak sendiri bila aku seru suruh keluar.
X fahamlah mksd tu… Boleh explain x kat teman…
mgkin “benda” tu memang dah ada dgn dorg. bila dia jerit suh kluar tu, pintu terbukak sendiri tu maksudnya “benda” tu keluar sendiri la.
Mksd dia rasanya ‘benda’ tu mmg ada dlm dorm ngn kiteorang. And mungkin dia nk tunjuk siapa lg hebat dari lakonan kiteorang masa game tu. Tu yg dia bukak pintu nk bior kiteorang sedar rasanya. Tobat dah tknk main lagi. Ahaha
seram wehh. Dulu ada pengalaman pergi sana masa zaman belajar,alhamdulillah tak ada apa2 tak baik jadi. yg paling aku ingt masa pergi sana, enjoy sbb air sejuk & aktiviti best2. huhuhu.
moral of the story, kena selalu beringat2 bila masuk tempat org.
Xnak buat dah. Tobatt nak main lagi mcmtu. Dah berumur skrg. Hantu di masa belia ni lagi seram dari zaman skolah dlu dlu. Hantu gst,cukai sana sini. Tu semua hantu tu. Ahah
hahaha. ni win.
HAHAHA -_-” nasib baik aku dah lama pergi tempat ni
dan nasib time aku pegi “DER” ni takde pape
tapi mmg takde line kt situ hareyy
best
best..
#cumel