Sanggul Lintang

Assalamualaikum kepada pembaca FS. Terima kasih admin sebab publish cerita aku sebelum ni β€œBermusuh dengan anak sendiri”. Bulan Disember memang popular dengan kenduri kahwin kan. Jadi aku pun nak throwback sikit la kejadian masa aku kahwin dulu. Jangan risau, cerita ni full story. Tak ada sambungan berepisod ke apa.

Aku dan suami nikah di rumah aku je dan majlis pun sangat simple sebab aku ni anak ke 4, so abang kakak aku semua dah kahwin jadi macam dah tak heran la untuk family kiteorang nak buat majlis grand pun. Aku pun memang jenis tak kesah, aku lagi suka majlis simple sebab masa tu pun muda lagi, saving pun tak banyak, bukan dari family kaya raya , dan laki aku pun bukan anak CEO. Hehee

Oklah make it short, beberapa hari lepas aku nikah tu aku pergi rumah peninggalan nenek suami aku. Rumah tu diberi pada mak mertua aku sebab dia anak bongsu. Rumah tu dekat jugak la dengan rumah aku dalam 15 minit drive. Aku pergi dengan suami aku sebab nak bersihkan rumah tu sebab masa majlis nikah kat rumah aku, rumah tu dijadikan homestay untuk sedara mara family belah suami.

Tu kira first time aku datang rumah tu walaupun rumah tu dekat je dengan rumah aku. Bila dah siap sapu, bersihkan sikit-sikit dan gulung karpet apa semua, aku pun jalan-jalan dekat belakang rumah dan masuk stor. Aku pun gatal tangan dok pegang-pegang setiap barang dalam stor tu dan tiba-tiba ternampak satu kotak macam klasik. Aku panggil suami aku sebab aku nak bukak kotak tu tapi takut la sebab tu bukan rumah aku dan tu bukan barang aku. Suami aku datang dan cakap β€œoh.. kotak ni.. ni barang arwah nenek dulu. Barang-barang andam dia”. Aku pun macam woahhh.. bila ingat balik memang suami aku pernah cerita yang arwah nenek dia dulu tu mak andam. Tapi aku tak usik pun kotak tu sebab suami aku ajak balik dah petang dan semua pun dah settle.

Lepas balik tu, aku macam curious sangat nak tahu apa ada dalam kotak tu. Lagi-lagi bila tau yang barang dalam kotak tu adalah barang andam arwah nenek. Tapi aku macam berbelah bagi nak cakap kat suami aku yang aku nak tengok isi dalam kotak tu. Yela, masatu majlis belah suami belum berlangsung lagi, manalah tau kot ada barang-barang dalam kotak tu yang aku boleh pakai ke kan, sebab aku memang tertarik dengan barang andam orang lama. Macam klasik kot.

Esoknya aku dan suami balik kl sebab cuti kahwin belah aku dah habis. Tunggu cuti kahwin belah suami je next two months. Masa dalam kereta tu cepat-cepat aku suruh laki aku singgah kejap kat rumah arwah nenek. Suami aku tanya kenapa? Aku cakap ada barang tertinggal. Hehee.. sebenarnya hati aku yang tertinggal nak sangat tengok isi dalam kotak tu. Bila dah sampai, aku ajak suami aku teman pergi stor. Suami aku pelik asal nak pergi stor pulak? Aku cakap la aku nak tengok kotak arwah nenek tu. Suami aku layan je. Dia pun bukakan kotak tu dan tunjukkan aku.

Aku macam amaze gila tengok barang andam arwah nenek tu. Memang klasik. Ada sanggul cucuk, sanggul lintang, ada rantai, ada tiara, tali pinggang. Macam-macam saiz. Memang rambang lah mata time tu. Tengah aku dok belek-belek tu aku cakap kat suami aku yang aku nak pinjam sanggul lintang tu untuk majlis belah suami aku. Suami aku ye kan aje sebab malas nak cakap banyak. Aku pun ambil sanggul lintang yang paling kecil dan yang paling simple. Sebab tu je yang macam sesuai dengan aku. Yang lain semua macam besar gila, yela orang dulu-dulu punya sanggul lintang kan besar macam burung merak.

Aku ambil dan kami terus shoot balik kl. Dan saat yang dinanti telah tiba untuk majlis belah suami aku. Masa mua datang untuk make up kan aku, aku cakap aku nak pakai sanggul lintang ni. Dia pun puji, cantik dan nampak klasik. Sangat sesuai dengan persalinan aku serba songket hari tu. Aku pun senyum je dan majlis haritu berjalan dengan lancar. Ramai yang tegur pasal sanggul lintang tu.

Dannn malam tu lepas penat jadi raja sehari, aku pun terus masuk tidur lepas isyak. Tak tahu lah kenapa penat sangat, padahal bukan aku buat apa sangat pun, kalau nak ikutkan majlis belah aku lagi banyak yang aku settlekan. Tapi sebab sedara mara semua pun dah ramai yang balik, aku buat hati kering jela terus tidur kat bilik.

Malam tu aku tidur rasa macam kejap je. Tau-tau dah subuh. Tapi time aku bangun tu, bahu aku rasa sakit. Aku bagitahu suami aku, dia cakap salah bantal kot. Aku pun ye kan je. Tapi dah lepas 2 hari pun tak elok. Sampai balik honeymoon pun tak elok jugak. Aku dah tak tahan aku pergi berurut kat spa sebab aku tak kenal bidan ke sesiapa yang pandai urut tradisional. Lepas pergi spa pun sama je. Aku dah start tak sedap hati. Aku cerita kat officemate aku sebab nak tanya ada kenal sesiapa tak yang pandai mengurut dan baca-baca (ada ilmu).

Dan akak office aku ada suggest sorang makcik ni, dia dulu ustazah tapi dah pencen awal sebab jaga suami dia sakit. Lepastu aku call makcik ustazah macam nak booking slot la and makcik ustazah suruh datang hari jumaat pagi. So aku apply cuti jumaat dan terus pegi rumah makcik ustazah lepas suami aku pergi kerja. Masuk je rumah makcik ustazah aku rasa lain. Macam tenang sangat.

Makcik ustazah pun mulakan sesi mengurut dan sebelum tu aku ada la cakap yang aku sakit kat bahu dah lama tapi masih tak hilang jugak. Makcik ustazah pun angguk je dan masa mengurut tu aku dengar la dia ada baca2 (ayat al-quran). Lepas selesai mengurut tu dia cakap memang ada yang menumpang. To be specific, ada yang bertenggek kat bahu aku. Aku punya meremang sampai keluar air mata. Tapi makcik ustazah cakap jangan risau sebab dia dah halau.

Lepas balik tu sampai je rumah, aku terus tidur. Dalam tidur tu aku mimpi ada 3 orang perempuan macam dayang ke penari ke aku tak sure, tengah menari dan berpakaian songket siap bersanggul semua lah. Memang cantik. Suasana keliling pun macam dalam istana. Tiba-tiba ada sorang lagi datang, yang ni paling cantik. Dia tegur aku kenapa halau anak dia. Aku dah pelik. Aku cakap aku tak tahu, bila masa aku halau. Dia cakap anak dia tu nak tunggu kawan dia. Dia tak kacau orang pun, kenapa halau? Aku baru beringat pasal apa yang makcik ustazah tadi tu cakap. Rupanya anak dayang ni la yang bertenggek atas bahu aku. Tak kacau orang dia cakap? Nak je aku bagi pelempang kat dia. Dia ingat bahu aku ni dahan pokok ke nak bertenggek bergayut.

Aku cakap kat dayang yang cantik tu, aku tak kenal kau. Aku tak kenal anak kau. Tapi kalau anak kau yang bertenggek atas bahu aku, aku mintak maaf aku terpaksa halau sebab aku tak larat. Aku sakit. pastu dayang tu macam bengang. Dia cakap kalau macam tu, pulangkan barang aku. Dan marah aku sebab ambil barang dia tapi tak nak ikut syarat-syarat dia. Lepas je dia cakap macam tu, aku terus tersedar. Aku bukak je mata, nampak laki aku tengah tercenggang tengok aku. Dia cakap aku menari macam ulik mayang masa tengah tidur. Cuak betul masing-masing.

Malam tu aku cerita la kat suami aku apa yang jadi. Dari apa yang makcik ustazah tu cakap sampai lah mimpi tu. Dan aku memang sangat yakin barang yang dayang tu maksudkan adalah sanggul lintang yang aku ambil dari rumah arwah nenek. Memang aku belum pulangkan sebab tak sempat pun nak balik kampung. Esoknya hari sabtu aku paksa suami aku teman balik kampung sebab nak pulangkan balik sanggul lintang tu.

Lepas je aku pulangkan sanggul lintang tu, aku terus demam. Seminggu. Pergi farmasi makan ubat pun tak kebah. Aku rasa tak sedap hati aku call balik makcik ustazah dan cerita semua kat dia. Dia suruh datang rumah. Aku pun datang rumah dia dan dia urut aku. Takut hilang semangat ke apa. Rupanya-rupanya aku dah ada isi. Alahai. Tak terfikir langsung. Tapi makcik ustazah memang cakap yang jiwa aku kosong lepas mimpi dayang tu. Sebab sebelum ni dia urut aku, aku ok je. Tak kosong sangat jiwa. Maybe terkejut nampak dayang atau tahu ada yang bertenggek tu yang shock lain macam sampai terbang semua jiwa raga kot. Hahaa

Sebelum balik, makcik ustazah ada cerita mak andam dulu-dulu memang ada bagi seri kat pengantin. Ada la bacaan tersendiri. Dan seri tu ditambah dengan peralatan yang dipakai. Kalau tak ikut step, memang ada la yang tak kena. Macam kes aku, makcik ustazah cakap maybe sanggul lintang yang aku pakai tu ada tuan dan tuan tu letak syarat. Kalau langgar syarat, anak aku kena kawan dengan anak dia. Lebih kurang macam tu lah conclusion dan anggapan makcik ustazah tu buat. Aku pun terfikir ada correlation jugak la.

Aku tanya ada apa-apa lagi ke yang dayang tu buat kat saya lepas ni? Yela takut jugak anak dayang tu kawan dengan anak aku ke ambil anak aku ke walaupun aku dah pulang sanggul tu. Sebab memang salah aku, kalau aku jadi dayang tu pun aku marah orang lain ambil/pinjam barang tapi tak ikut syarat tuan empunya barang. Makcik ustazah cakap insyaAllah tak ada. Sebab aku dah pulangkan barang dayang tu dan aku dah jadi cucu kepada arwah nenek aku, so kira diskaun la dayang tu kacau sikit je. Heheyy takut pulak aku nak tanya macam-macam. Cepat je aku stop borak dan beransur balik. Tapi sebelum balik, makcik ustazah ada suruh aku baca ayat doa pendinding dan selalu selawat lagi-lagi dah berbadan dua ni.

Dalam kereta sorang-sorang aku terfikir, patut la anak dayang tu cakap nak tunggu kawan dia. Rupanya dia nak tunggu anak aku rupanya. Hahaa kurang asam betul. Tak kuasa aku nak bagi anak aku kawan dengan makhluk lain. Rupanya bila dah lahir, anak aku pun tak nak kawan dengan aku.. hahaaa yang ni lagi kurang hasam.

Ohh yaa lupa nak update, anak aku Yaya dah ok dah dengan aku. Alhamdulillahhh.. Dah boleh pakai baju sama ootd bila keluar. Boleh suap menyuap. Boleh peluk-peluk. Ayah dia pulak yang jeles.. hmm lantak ko lah yang, aku dulu bertahun jeles tengok korang berkepit, sekarang baru dapat chance.. heheee. Ok tu saja untuk kali ini. Bye..

-TamaT-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

fiksyens

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

24 thoughts on “Sanggul Lintang”

  1. Bagus..πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ€— 1 episod.semua terungkai. Dengan tanpa segan silunya akak rate terus.
    5🌟🌟🌟🌟🌟

    Reply
  2. skali jalan je. byk cerita kt fs ni jenis sambung menyambung. kuasa aku. aku baca bila semua cerita siap. baca sekali harung. ok sis aku payung kau 5 bintang!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.