Sapa atas katil tu?-IPTA Melaka

Assalamualaikum. Terima kasih fs sebab publishkan kisah aku ni.

Kisah ni terjadi time aku belajar dekat ipta di Melaka. Betapa seronoknya aku dapat sambung lagi pengajian aku. Kena pulak ipta tu baru lagi. Melaka memang cantik. Ada banyak tempat yang best2 tapi akukan masih study. Duit pun dok harap dana ma&pa lagi, mana boleh berjoli-joli. Tempat selalu aku ngn geng aku pegi ialah mydin.. Kmi selalu lepak kat situ kena plak barang murah. Ha la student lg…

Nak dijadikan cerita petang tu kami pegi mydin. Tak plan pon nak keluar tapi tah macam mana petang tu kami nak keluar. Memang dah lewat pun masa tu. Lepas makan, solat dan membeli kami pun gerak nak balik. Jam masa tu dah lewat dah dekat pukul 10 malam. Ya Allah macam mana boleh lewat ni selalu kami balik awal tu pun sebelum maghrib xpenah lewat mcam ni.

Aku orang utara tapi ajaibnya geng aku ni faham aku dok cakap utara walaupun depa dok belah selatan. Haaaa keluaq dah utara aku. Aku ajak la kawan2 aku ni .

” Wei, jom balik. lambat dh ni”. Depa pon ikut la. Kena plak time tu hujan. Alamak cmna ni orang ramai plak tu. Pakat berebut nak naik teksi. Kami memang xsempat nak berebut.

Lepas sebijik, sebijik teksi terlepas. Time tu pakat patah kaki la motor ka kereta ka mana ada. Semua naik bas dan teksi ja. Ok berbalik cerita tadi. Tunggu punya tunggu. Tiba-tiba ada bas tapi bas tu tak berhenti depan Mydin. Agak jauh jugak la gelap plak tu. Aku n the geng dok pikir nak naik atau tak. Lama jugak bas tu berhenti. Mula-mula kami takut nak naik tapi memikirkan dah lewat sangat kami berani dirikan jugak.

Aku ngan kawan2 aku berlari dalam hujan pi dekat bas. Bila kami nak sampai ja bas tu pon bergerak… H***M J***H betoi..

Kami berteduh dekat satu bangunan tu. Dah malam memang gelap laa. Mana ada cahaya lampu time tu sebab dah lewat sangat. Nak pusing balik. Malu sebab sakan sangat lari kejar bas. Time dekat bangunan tu tak rasa apa-apa pun. Sampailah ada kilat. Baru aku rasa takut. Rasa seram. Baru aku sedar gelapnya tempat ni. Dalam hati aku terbayang kalau la terjadi apa-apa dekat kami memang orang takkan tau sebab kawasan tu gelap.

Aku cakap dekat kawan-kawan aku “wei jom kita pi dekat sana ( Mydin) balik. Sini gelap satgi tak nampak kalau teksi lalu”. Time tu hujan dah berhenti.  Masa kami berjalan ke Mydin. Alhamdulillah. Teksi lalu dekat situ. Kami pun apa lagi tahan tak kira la. Pakcik teksi tu terkejut dengan kami. Nasib baik dia bawak jugak kami balik. Terasa lega yang amat sangat…

Sampai kolej kediaman kami pun balik bilik masing-masing. Rumah aku dekat atas sekali. Punyalah letih naik tangga dengan bawa barang lagi. Masuk rumah n masuk bilik ja aku letak barang terus pi mandi. Badan dah melekit dan basah. Malam tu aku letih dan mengantuk tapi tak boleh tidur.

Kena plak roommate aku tidur blik kawan dia. Aku ngan roommate aku memang tak ngam sebab satu isu ja. Percaya mulut orang terus tak bertegur sampai habis sem. Namun malam tu aku tewas jugak, tak tau pukul berapa aku tidur…

Esoknya pagi lepas subuh aku tidur balik lagipun hari tu hari ahad. Hihihi biasa la ramai student macam ni kan??? Tapi sebelum aku terlelap aku ada sms kawan aku, Ira (time ni sms lagi takda wassap) “satgi hang nak turun makan, ajak aku sama na”. Dia pun balas “ok”.pastu aku sambung balik tidur..

Benda ni jadi waktu ni, dalam pukul 8 rasa-rasa aku la. Pintu bilik aku diketuk, pastu pintu bilik aku dibuka. Aku jenis tak kunci pintu bilik sebab housemate aku baik dan tak pernah terjadi kes kecurian dalam rumah tu. Aku dengar semua tu tapi aku tak larat nak bangun terasa letih sangat Lagipun aku tidur mengiring ke dinding (mengiring ke kanan kan sunat).

Aku dengar dia berjalan masuk dan dia cakap kat aku ” tidoq lagi, kesian….penat”aku pun beralih ke kiri dan bukak mata sikit. Dalam keadaan mamai tu. Aku nampak ada sorang perempuan bersila atas katil roommate aku. Dia tunduk ja,muka tak nampak, rambut panjang melepasi bahu agak mengerbang, posisi macam orang tengah main laptop atas katil.

Dalam otak aku terpikir member aku ira sebab dari segi fizikal dan percakapan dia. Ira pun orang utara jugak. Aku tutup mata balik..

Tiba-tiba dalam masa yang sama aku terpikir ” ish aku ni perangai huduh betoi, Ira mai bilik aku boleh tidoq. Kesian kat dia”. Aku pun buka la mata balik tapi takda sapa pun atas katil tu…

Automatik aku bangun mandi. Lepas mandi, masa aku bersiap. Ira mai bilik aku. Aku tanyala dia kalau² ada ke bilik aku tadi tapi dia cakap tak pun. Aku hairan jugak. Sapa tadi? Kalu roommate aku tak mungkin sebab roommate aku berambut pendek lagipun benda tu jadi sekejap sangat.

Aku ada cerita kat member aku tu… Dia pun kena ganggu jugak. Dia cakap malam tu time dia nak tidur ada orang menjerit dan berbisik2 di telinga dia.

Perghhh takut plak bila teringat cerita ni. Setakat ini saja kisah aku. Maaf kalau tak seram dan panjang plak tu cerita aku…

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Sapa atas katil tu?-IPTA Melaka”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.