Sapa budak tu?

Assalamualaikum pembaca semua. ni saya nak ceritakan kisah yang jd kat saya masa sy masih kecik lagi. tak pasti umur berapa masa tu. dalam darjah 4 macam tu rasanyaa kot. cerita dia macam ni.

masa tu saya dgn family pi rumah sepupu saya dekat pokok sena, kedah. rumah dia area taman perumahan la. kalau tak silap saya ada masjid kat jalan masuk taman tu. (saya jarang sgt ziarah rumah dorg jadi agak lupa mcm mana rupa kawasan taman perumahan tu). tapi yang pastinya, perumahan tu mmg nampak agak lama la. bukan taman perumahan yang baru dibangunkan ke apa.

ceritanya. masa tu malam. rumah sepupu saya tu ada 3 bilik. kalau masuk dr pintu depan. akan nampak 2 pintu bilik sebelah kiri, lepastu jalan lagi akan jumpa dapur and bilik air tandas semua tu. before masuk dapur tu akan jumpa bilik no 3 sebelah kanan. jadi bilik no 3 ni dorg jadikan bilik makan la. ada rak pinggan, peti sejuk and meja makan semua tu.

jadi malam tu semua org dduk kat ruang tamu borak2 apa semua kan. sy nak minum air. so pegi laaa kat bilik tu. amek cawan tuang air kosong minum. lepas saya habis minum tu. saya tgok tingkap bilik tu. tingkap dia bukan tingkap sliding ke apa ke. mmg tingkap nako biasa je. and malam tu tingkap tu terbuka. so mmg boleh nampak blkg rumah laa kan. ada lorong blakang rumah la kiranya.

saya tgok mcm tu je. tiba2 saya nampak something yg sampai skrg saya tak percaya yg saya pernah nampak, dan saya pasti tu bukan manusia. kot. mula2 saya nampak ada budak perempuan yg agak pucat. dia lintas kat tingkap tu dari kiri ke kanan. tp dari pergerakan dia, saya tahu dia bukan berjalan atau lari. dia terbang! sbb badan dia mmg statik gilaa. and dia pandang depan je. macam shiuuuuuuuuu dia terbang camtu. rambut dia agak panjang, menggerbang. saya masih terbayang lg.

tu satu. lepas tu saya nampak sorang lg budak lelaki. dia mcm kejar budak prempuan tadi. tapi budak lelaki ni mmg nampak obvious dia berlari kejar prempuan tu. saya tak tahu sama ada siapa yg manusia atau tak.

nak kata si budak prempuan tu naik hoverboard tu pun, mustahil la. tu zaman tahun 2000+. lepas saya nampak kelibat2 tu then macam, terkejut sgt. betul. sebab nampak jelas. terus cpat2 sy pegi dduk depan balik dekat ramai2 tu. alahai.

One comment

  1. Betul tu, taman tu mmg dah lama n agak suram kwsan dia. Antara taman paling lama kt pokok sena.Sy tahu kwsn tu sbb sy tinggal bdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *