SAPA LETAK BUAH LIMAU TU???

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semoga kisah aku ni dipublishkan oleh admin. Thanks admin yang comel. Ok lah aku kenalkan diri aku dulu ya, nama aku Eton (Nama samaran je ni). Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung di pedalaman kelantan. Aku ni anak bongsu dari 6 adik beradik. Mak dan ayah(arwah) aku ni memang aktif dalam politik. Apa kaitan dengan politik nanti aku cerita ya. Jangan tanya pro kerajaan ke pembankang, aku takkan jawab.hihihi.

Aku dan adik beradik aku ni kira jarak umur yang agak jauh la. Masa kejadian ni aku berumur lebih kurang dalam 8tahun. Abang yang no. 5 umur 12tahun. Adik beradik yang lain semua tinggal diasrama ketika tu. Tinggal mak,ayah abang no.5 dan aku sahaja tinggal di rumah masa tu. Aku namakan abang no.5 aku tu pakda(nama panggilan).

Pada suatu hari mak ayah aku ada mesyuarat parti politik di Gua Musang. Jarak kampung aku dan Gua Musang agak jauh. Tambahan pula kampung aku terletak diceruk pedalaman, maka susah nak dapatkan pengangkutan awam kecuali keretapi lokal. Keretapi lokal ni menghubungkan antara daerah di kelantan. Jadual perjalanan keretapi lokal ni pulak, sehala pagi dan sehala petang. Mak ayah aku menaiki keretapi lokal ni pada awal pagi ke Gua Musang, dan mereka hanya akan balik pada petang hari sahaja. pengangkutan awam lain memang tak masuk ke kampung aku.

Selepas balik dari sekolah, aku mengajak kawan aku bermain dirumah kami. Masa tu aku berdua dengan kawan aku je. Pakda tak ada keluar ke rumah kawannya yang agak jauh jugak dari rumah. Sedang kami bermain-main aku terdengar zink bumbung dipijak orang. Masa tu memang ada zink bumbung yang ayah aku letak dibelakang rumah. Memang cuak lah lepas dengar bunyi macam tu kan. Aku ajak kawan aku ke rumah jiran. Kebetulan masa tu Pakda juga berada kat rumah tu. Aku cerita apa yang berlaku padanya namun dia tak percaya. Pakda mengajak aku untuk balik dan tengok apa yang berlaku.

Bila Pakda bukak pintu depan rumah kami, aku ternampak buah limau manis tergantung dalam bungkusan plastik di pintu bilik utama. Memang menjadi kebiasaan mak aku kalau keluar ke pekan untuk membeli buah limau manis. Aku memang pelik sangat sebab mak dan ayah aku belum balik lg. Sapa pula yang gantung plastik buah limau tu kat situ? Ala biasa la kan budak kecik mana nak fikir kemungkinan yang berlaku. Masa tu memang aku excited gila nak makan buah tu tapi Pakda tak benarkan aku makan. Cepat-cepat dia ajak aku kembali ke rumah jiran dan menunggu kepulangan mak ayah aku disana.

Selepas mak ayah aku sampai kami semua kembali ke rumah dan aku tengok buah limau manis yang tergantung di pintu utama tu dah tak ada. memang sumpah pelik wei,mana pergi buah limau tu. Aku tanya mak aku,ada beli buah limau manis tak,mak aku memang tak beli sebab tak sempat nak singgah mana-mana kedai. Sampai ke hari ni aku tak tahu sapa yang letak buah limau manis kt pintu utama tu,dan kemana hilang buah tu. Nak kata aku mengigau abang aku pon nampak. Dah hampir 20tahun dah benda ni jadi tapi aku still tak jumpa jawapan.

Sekarang rumah tu dah tak ada sebab hanyut akibat banjir disember 2014. Sampai sekarang mak aku tak boleh pergi ke tapak rumah tu, dan tak tahu kenapa mak aku tak boleh jejak tapak rumah tu. Kalau mak aku jejak tapak rumah tu mesti mak aku akan jatuh sakit sampai tak boleh bangun. bunyi macam tak seram kan,tapi kalau korang jadi macam tu korang fikir ape???dan apa akan jadi pada aku kalau aku makan buah tu???????

ETON

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “SAPA LETAK BUAH LIMAU TU???”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.