Saya Maafkan Ibu

Salam kepada semua readers, cerita yang aku nak smpaikan ni memag kadang bila kita fikir tak masuk akal tapi realitinya memang betul dan aku sendiri yang kena.

Nama aku nelly. Nama samaran sahaja. Aku takut family aku ada yang terbaca cerita ni. Kisah ni terjadi masa aku berumur 21 tahun. Aku kerja disebuah restaurant terkemuka di malaysia. Aku seorang gadis yang tidak suka bercinta dan entah lah aku kurang gemar jika ada lelaki cuba nak mendekati aku .

Pada suatu hari aku berkenalan dengan seorang lelaki yang memang berjaya amik hati aku. Satu tempat kerja tapi lain cawangan. Banyak2 yang try semua tak jalan tapi bila dengan dia rasa macam tenang je. Kami bercinta tapi tak macam pasangan lain yang berkepit 24 jam. Sebab aku jenis yang dikongkong oleh family tak boleh keluar malam langsung. Masa aku tengah kerja ni aku cuma part time sebab tengah cuti sem masa tu .

Hari demi hari berkawan aku pun start bercerita tentang dia kepada ibu aku. Untuk pengetahuan korang ibu aku ni jenis memilih sedikit. Masa memula cerita ibu cuma senyap je ingtkan dia boleh terima tapi selepas 2 hari kemudian ibu berjumpa dengan aku berbincang tentang hal ni, ibu cakap aku kne cari lelaki yang berpelajaran setanding dengan aku, mempunyai kerja tetap bukan kerja dekat kedai macam tu je.

Aku betul2 kecil hati bila ibu cakap macam tu. Ye memang betul lelaki tu tiada ciri2 yang ibu nak tapi sepanjang kami berkawan dia ikhlas dengan aku. Berbeza sangat dengan ex aku yang dulu yg tak hargai aku. Aku melawan cakap ibu aku tetap teruskan berkawan dgn dia.

Kami berkawan sudah lebih 2 tahun. Sementara tu aku sambung degree, hubungan kami baik je walaupun dalam jarak jauh. Masing2 pandai jaga diri. Aku rahsiakan hubungan aku dengan dia dari ibu cuma aku cerita dekat dia pasal masalah yang aku kena ni. Dia cakap dia akan usaha amik hati ibu.

Selepas 2 tahun berkawan, aku tetiba mula tawar hati dengan dia tanpa sebab. Masa aku di rumah sewa aku kerap di ganggu. Aku asyik nampak kelibat perempuan. Bayangkan pada satu malam aku nak gosok gigi cuci muka tetiba aku tunduk bila aku bangun tengok cermin ada sesuatu di belakang aku iaitu perempuan rambut panjag muka macam orang dah m**i memang pucat muka dia. Masa tu rasa speechless. Aku jerit pejam mata bila buka dh hilang .

Start dari kes tu aku makin kerap berubah. Aku selalu kurung diri aku dalam bilik. Kawan2 aku semua risau tapi dia takut nk rapat nak tnya kenapa sebab pernah sekali aku tengking diaorang. Paling aku tak boleh lupa masa tu aku nak drive balik ke melaka. Aku study di kedah dan masa ni bru mula cuti sem. Kereta yang aku pandu sorang2 tetiba berat. Aku juga ada tertegur bau yang sangat busuk macam bangkai dalam kereta. Aku dengar ada suara perempuan macam tengh nyanyi tapi tak kluar suara. Time berterabur ayat kursi aku baca. Aku memang tak berani pandang seat belakang. Aku berhenti dekat pam minyak untuk hilangkn rasa takut .

Bila sampai je di rumah ibu tegur aku dah lain. Berat aku susut macam tak terurus. Mengenai lelaki yang aku kawan tu. Aku jarang contact dia tapi dia kerap cari aku. Aku yang jauhkn diri dari dia. Dia tahu aku tengah cuti sem. Dia datang rumah jumpa aku. Aku sikit pun tak endah apa dia cakap. Rasa benci tu sangat2 menebal. Lepas dia balik ibu tanya aku masih lagi kawan dengan dia ke. Aku tak jawab terus masuk rumah .

Aku ingat gangguan aku stop bila aku balik rumah tapi tidak makin teruk. Setiap malam tengah tidur aku akan tersedar sebab selimut aku selalu ditarik macam direntap dengan kuat. Aku selalu muntah yang bau sangat busuk. Ayah nampk perubahan aku. Aku cerita dekat ayah apa yang aku rasa tapi aku tak cerita dekat ibu. Ayah pun plan nak bawak aku berubat tapi didesak oleh ibu. Ibu cakap tu semua syirik. So tak jadi lah berubat .

Satu hari ni aku terima satu ws dari lelaki dia cakap ada orang cuba nak pisahkan aku dengan dia. Dia pun terima macam2 gangguan. Ibu dia yang bagitahu dia. Ibu dia ni reti ubat org. Ibu dia ustazah. Dalam masa yang sama ayah aku pun cuba pulihkn aku. Ustad tu kata memang ada org nak buat aku. Orang tu paling dekat dengan aku. Otak aku confuse lelaki tu ke tpi kenapa dia buat aku jauh dri dia bukan makin tergila-gila. Aku pun tkde berkawan dgn lelaki lain semasa di uni.

Tapi lepas sebulan tu aku dah tak terima apa2 gangguan pun. Macam lenyap semua tu. Rupanya2 ibu aku sendiri yang buat sihir pemisah aku dengan lelaki tu. Aku dapat tahu pun dari ayah. Dia bagitahu aku secara senyap. Untuk kebaikan aku dengan lelaki tu aku cerita perkara yg sebenar. Dia cuba untuk terima hakikat walaupun hati kami berdua memang sangat2 lah sedih. Rindu dia tak tahu lah nak cakap macam mana.

Kami terus putuskan hubungan, sebelum berpisah kami berjumpa. Dia bawa sebentuk cincin dengan niat nak melamar aku dan dia pun dah kumpul duit kerja keras kerja lebih masa semata-mata nak bagi hantaran yang setanding dengan education aku apa semua. Menangis sangat2 aku masa tu. Dia juga cita semua gangguan yang dia kena masa tu. Lagi teruk aku rasa dari aku .

Untuk awak kalau terbaca cerita ni, saya minta maaf. Sayang saya kat awak tak pernah berubah . Terima kasih sebab awak tunjuk effort awak nak jadikan saya yang halal. Tapi apa kan daya restu keluarga lagi penting. Saya harap awak jumpa jodoh yang terbaik.

Mengenai hubungan aku dengan ibu,  aku makin jauh tapi ibu tak tahu aku dah tahu perkara sebenar. Sekarang ni aku berserah pada allah mengenai jodoh aku. Aku tak nak cari jodoh aku sendiri, aku takut orang tu akan terseksa. Biarlah ibu carikan jodoh yang dia nak. Untuk ibu, nelly maafkan apa yang ibu dah buat dan nelly harap ibu cepat berubah.

Maaf kerana terlalu panjang cerita saya ni. Terima kasih kerana sudi siarkan. Harap dapat jadi pengajran untuk semua. Sorry kalau tak seram sangat bagi korang tapi kalau korang kat tempt aku korang rasa lah seram tu macam mana. Seram yang korang sendiri tak tahu punca dia apa. sekian je .

nelly

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

28 thoughts on “Saya Maafkan Ibu”

  1. Kalau betul dia jodoh awak yang telah Allah swt tentukan, insha Allah satu hari awak pasti bersatu dgn dia. Jika tidak, anggaplah dia bukan jodoh awak. Insha Allah ada jodoh awk dgn org lain pula. Cinta bukan semestinya bersatu.

    Reply
  2. Astaga, sampai mcm tu sekali mak awak buat. Geram rasanya bile baca part sihir tu ? In sha Allah kalau dah tertulis jodoh awak dgn si dia satu hari nnti, Bersatu jua. Amin!

    Reply
  3. Mak awak langsung tak kisah utk bermain dgn syaitan. Jaga2. Takut kemudian hari lain plak mak awak buat utk control awak. Maafkan sy kalo terkasar bahasa, nak bercakap pasal seorang ibu ni memang satu topik yg sgt sensitif. Tapi berjaga2 la, ayah awak pun mcm takut2. Harap awak dan ahli keluarga yg lain berada dlm keadaan yg selamat. Sedangkan anak sendiri sanggup disihirnya. Bagaimana dgn suami? Adik beradik? Cucu cicit nanti? Allah..takut sgt2 sebenarnya. Moga ibu awak mendapat hidayah atas perbuatan syiriknya.

    Reply
  4. aku sendiri pernah kena gn mak aku.. sampai gila laki aku. bcerai. tapi bila dah becerai keluarga aku masing2 buat tak tahu hal aku gn anak aku. ada duit ke takda ke. sampai tahap jual barang nak start idop. aku jauhkan diri dari keluarga aku. susa sng tanggung sdri. alhamdulillah tak lama pas cerai laki aku sihat boleh kerja balik. dia tanggung aku gn anak balik wpon aku dah kerja n bukan bini dia lagi. last2 aku mintak izin ayah aku nikahkan kitorang balik.. skg anak aku pon da ada adik.. tapi mmg aku tak jumpa dah gn mak aku lagi.. sakit sgt hati ni.. dia buat bukan secara halus je.. masa laki aku gila merayau cari aku kat uma dia bleh ketuk2 kepala laki aku pakai senduk.. maki hamun.. sedih jgn cakap la.. aku tak daye nak wtpe sbb masa tu mmg aku takda dah tempat nak pegi.. tapi last2 mak aku halau jugak aku sbb kata nya aku mencuri duit kedai dia.. sabo jela.. nasib ada ayah aku nak terima aku gn anak dok uma dia masa tu.. mak gn ayah aku da cerai masing2 kawin lain dah..

    Reply
    • Allahuakbar…
      Peritnya jalan hidup kamu yer…
      Alhamdulillah suami masih dalam kasihnya walau setelah apa yg mak dah aniaya…

      Reply
    • Ya Allah… Sedihnya… Kenapa mak ko buat mcm tu… Baiknya laki ko… Nak nangis rsa…. Kenapa….huuuu… Den doakan hidup ko dan family dirahmati Allah…
      Tapi kan apa² pun kan…maafkan je org yg dah buat salah pada kita…ingt ganjaran Allah klu kita maafkan org…tahu ko yg rsa…tapi tu lah yg den boleh nasihat… Sbb manusia ni kan x lagi drpd kesilapan… Org tu tersilap langkah… Kita pun ada silap jg… Doa²lah bnyk² moga2 mak ko insaf.

      Reply
      • nak tahu sebab pe? ni mak den sendiri yg cakap.. sebab laki den tak reti campo keluarga den.. dia nak menantu yg ramah.. laki den ni pendiam.. dah la lepas je cerai keluar mahkamah elok je jantan tua customer kedai mak den wasap den nak menggatal.. mak den yg rekomen.. blom pape dah jual anak.. udahle jantan tua tu duda pokai kedekut ngikis duit org.. bukan den yg tekena.. ramai dah tekena gn duda tu.. mak deb rekomen sbb mak den sebenarnya yg syok kat duda tu.. sb ape den ckp cmtu.. sb mak den asik sebut2 ye duda tu.. kalau duda tu dtg kedai dia yg excited.. tak hamak den jantan tua cmtu.. apo ghoman ea den umo 26 gn jantan umo 59 bayo gn bapak den.. dah tak kojo.. bokeh stroke.. gatal laie.. satu kojo nak nanggung biawak hidup.. lau buat novel seram cinta pon boleh kisah den gn laki den ni.. memacam mistik jadi.. lau tulis kat fs pon beboleh2 episod jadi nnt..

        Reply
    • Hebatnya ujiannnn… sedihnya sbb dh ada anak kot smpai hati mak puan buat cmtu… pe2 pon dosa mak ayah kite… dia ttp ibu yg lahirkan kite.. kite doa die insaf dan kembali pd Allah.. sy doakan urusan family puan permudahkan aminnn (sebak laaa)

      Reply
  5. Igt kn cite2 mcm ni dlm drama je ade..rupenye real life pon ade..
    Ya Allah..mtk d jauhkan..
    Sanggup seorang ibu sihirkan ank kandung semate2 ikt kn kemahuan..bukan kebahagiaan ank..
    Kesian awk…semoga awk kuat ye dear..
    N ibu awk d beri hidayah..
    SAYA RINDU ARWAH MAK SAYE?

    Reply
  6. sedih baca cerita awak.. awak harap sabar dan tabah menempuh setiap dugaan ni…
    harap awak jumpa jodoh yg terbaik… in shaa ALLAH, amin…

    Reply
  7. MasyaaAllah…
    Restu mak pak mmg penting dlm perhubungan, tp disertai redha Allah…

    Tapi papepon, akk hormat sikap rasional penulis ni, dr memudaratkan semua pihak, dia memilih utk beralah dr mengeruhkan keadaan…
    Sebab walau seburuk mana mak tu, syurga ttp di telapak kakinya kan…
    Klu penulis terusan melawan, lg byk perkara jahat yg mak buat, makin menjauhkan dan menyesatkan mak ke jalan syaitan…

    Walau apepon, teruskan berubat dan bertahan…
    Dan terus mendoakan semoga mak kembali ke jalan Allah dan lembut hatinya…
    Aamiin…

    Reply
  8. Kesian nya sis… Hubungan yg nk di bawa ke jinjang pelamin terputus mcm tu je… I can feel u…ceh mcm pernah rasa plak… Bagus lah sis bersikap positif…dan memaafkan ibu tu.

    Apa kata sis bykkan berdoa dan dekatkan diri kpdNya dan tahajjud.doa…semoga Allah buka pintu hati mak sis.. Kan doa wk2 pagi tu ibarat panah kene tepat pada tmpt dia… N komunikasi baik² dngn mak pujuk dia elok² mungkin dia leh pertimbangkan, … Mungkin dia ada reason sendiri kenapa dia buat begitu. Yg penting usaha doa tawakkal… In syaa Allah… Allah kan ada.

    Reply
  9. Nelly…

    Ni yg sebak nk komen ni… susah nk jumpe org yg leh trime baik buruk kite… tp restu family tu penting … tp tp tp kite leh doa supaya dorg lembut hati tok terima pilihan kita. Istikharah tu penting supaya Allah tunjuk jln yg terbaik tok kite… smuga Allah permudahkan urusan jodoh nelly ya

    Btw bab tgk hantu kt cermin tu that’s sy xsuke tgk cermin sy leh pkai tudung tanpa tgk cermin haha

    Reply
  10. kenapa lah macam ni.. ingatkan sihir2 ni dah terkubur memandangkan kita ni makin hari makin moden, segala-galanya canggih.. ni tak, sihir makin menjadi2 dan upgraded pula tu. hmmm… kepada penulis.. bersabar lah ye, semoga segalanya dipermudahkan…

    Reply
  11. Tidak SYIRIK kalau berubat secara perubatan Islam dan ia merupakan suatu yang SYIRIK apabila meminta pertolongan melainkan Allah Yang Maha Esa
    Semoga ibu awk berubah menuju ke jalan yang diredhai-Nya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.