Sebuah persoalan yang tak terjawab

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca fiksyen shasha. Aku ada sebuah cerita yang tidaklah seram, tapi aku ingin berkongsi dengan sebuah kisah yang sehingga kini mendatangkan seribu satu pertanyaan di dalam diri ini. Ini bukanlah kisah seram, sekadar kisah yang membawa kepada sebuah pertanyaan kepada diriku. Setelah membaca beberapa cerita di dalam laman fiksyen shasha ini, ia mengingatkan aku dengan sebuah kisah di waktu kecilku. Sewaktu kecil, aku tinggal di sebuah di sebuah perkampungan yang terletak berdekatan dengan sebuah pantai yang indah, namun sedikit angker bagiku. Rumahku juga terletak tidak sampai dua meter sahaja dari tanah perkuburan.

Alkisah bermula pada tahun 1998, aku mula didaftarkan ke sebuah Tadika Kemas oleh ayahku untuk memulakan fasa pembelajaranku di peringkat kanak-kanak. Di dalam kelasku, terdapat lebih kurang 20 orang kanak-kanak yang berumur di antara 5 tahun dan 6 tahun. Kelasku pada awalnya berjalan seperti biasa sahaja sebagaimana di sekolah awal kanak-kanak yang lain sehinggalah pada suatu hari, aku terperasan bahawa setiap kali waktu pelajaran bermula, ada seorang budak perempuan nun jauh di barisan paling belakang bersendirian. Dia tidak duduk sebaris dengan yang lain. Pada awalnya, aku fikirkan yang dia adalah anak cikgu tadika tersebut, jadi aku hanya membiarkan sahaja tanpa mengambil tahu dengan lebih lanjut.

Mengenai fizikalnya, dia seorang budak perempuan yang agak tinggi berbanding budak umur lima tahun yang lain (itu yang membuatkan aku menyedari akan kehadirannya). Rambutnya berwarna hitam dan ikal mayang, berbaju gaun/dress pendek berwarna putih yang disertakan dengan sedikit renda-renda (maaf lah, apa beza gaun dengan dress? Hahaha). Wajahnya cerah dan gebu, manakala rambutnya yang ikal-mayang itu dihiasi dengan sekalung bunga melati putih dan bunga harum mekar malam. Kasut yang dipakainya pula seperti kasut penari ‚ballet‘, berwarna kelabu dan sedikit manik-manik kecil (mungkin juga permata) dihiasi di atasnya. Wajahnya pula susah untuk diterangkan, tapi jika sesiapa melihatnya pasti akan mengagumi kecantikkannya walaupun berumur 5 tahun. Sebenarnya, ada seorang lagi budak perempuan yang sama tinggi dengannya, bezanya yang seorang lagi mengikat rambutnya gaya “ponytail“ dan berbaju kurung tadika serta berkulit kuning langsat.

Pada awal musim pembelajaran di Tadika tersebut, aku hanya menjalani hari-hari mengikut jadual pembelajaran seperti biasa iaitu waktu belajar, waktu makan, waktu bermain, dan bercerita. Namun, saban hari perasaan aku makin membuak untuk mengetahui siapakah si gadis yang menawan itu. Ini kerana setiap kali aku melihatnya, dia hanya keseorang sahaja. Namun, dia tidak lekang daripada terus mengukir sebuah senyuman tatkala aku melihatnya.

“Hari-hari sorang-sorang je aku tengok.. Dia memang tak da kawan ke apa?,“ persoalan itulah yang sering aku lontarkan di dalam hati setiap kali melihatnya. Pernah sekali aku bertanya dengan rakan sekelas aku,‘‘weh, sape budak perempuan baju putih dekat belakang tu?“. Rata-ratanya akan menjawab,‘‘taktau..Gi la try tegur dia“. Tapi aku tak berani nak tegur. Pada waktu itu, aku hanya mampu berbalas pandangan dan senyuman sahaja dengannya. Nama dia pun aku tak tahu, apatah lagi untuk menegurnya.

Namun, pada suatu hari, selesai waktu makan pagi, cikgu memberi isyarat pertukaran sesi pula dari waktu makan kepada waktu bermain. Lantas, berpusu-pusu rakan sekelasku merebut mainan-mainan yang ada. Selalunya aku akan bermain dengan rakan-rakanku. Namun, pada hari itu aku terasa macam nak bersendirian. Di dalam kelas aku terdapat sebuah rumah mainan yang muat untuk dimasuki oleh budak-budak. Di dalamnya juga ada set mainan budak-budak yang mana selalunya rumah ini dimonopoli oleh budak perempuanlah sebab ada set mainan masak-masak kat dalam tu.

Kemudian, aku masuk ke dalam rumah mainan tersebut untuk memeriksa “line“ sama ada dah ada orang ke belum dalam tu. Aku juga mencari di mana budak perempuan “itu“ sebab dia kan tak ada kawan, siapa tahu jika di dalam rumah itulah di melepaskan rasa sunyinya di tadika tersebut, dan aku mendapati dia sedang menemani budak perempuan yang lain bermain congkak. Setelah yakin tidak ada seorang pun dalam tu, aku panggil beberapa kawan aku untuk menyertai aku. Lantas, kawan-kawan aku bingkas bangun dari tempat mereka dan menuju ke arahku. Aku menunggu di hadapan pintu rumah mainan tersebut. Bila dah berkumpul, aku diminta untuk mengetuai pergerakkan untuk masuk ke dalam rumah tersebut, tiba-tiba aku nampak budak perempuan misteri tu ada dalam rumah mainan tersebut. Aku terdiam seketika dan menundukkan pandangan. “bukan ke dia duk main congkak dengan budak perempuan ke tadi?,“ soalku di dalam hati. Aku mengangkat kembali pandanganku untuk melihat sekali lagi siapa yang berada di hadapan aku tadi. Sah!! Memang dia!! Dia melemparkan sebuah senyuman kepadaku sambil duduk bersimpuh. Entah mengapa aku merasakan yang senyuman kali ini agak menyeramkan. Tambahan pula kedudukan rumah mainan tersebut di hujung ruang membuatkan keadaan di dalam rumah tersebut agak suram berbanding di luar.

“nak main sekali?,“ budak perempuan tersebut bertanya sambil menghulurkan tangannya. Masa tu aku rasa agak seram sejuk lantas aku meminta maaf (dah menjadi kebiasaan aku untuk minta maaf kalau rasa macam menganggu orang) dengannya seraya melangkah keluar dengan cepat. Kawan yang berada di belakangku semuanya aku tolak.Sesudah keluar dari rumah tersebut, semua orang kehairan dan tanya kenapa aku tergopoh-gopoh keluar. Tanpa menjawab soalan mereka, aku terus tarik kawan-kawan aku untuk bermain mainan askar di luar.

Kemudian, sesuai kesemua sesi, kami semua bergegas untuk pulang ke rumah. Ada yang dijemput oleh ibu-bapa mereka, ada yang berbasikal sendiri dan ada yang pulang sendiri berjalan kaki. Sama juga dengan aku, aku berjalan kaki sendirian pulang ke rumah. Setelah bersalaman dengan para guru, aku melangkah keluar untuk pulang. Di luar tadika tersebut, ada sebuah buaian besi yang agak tua usianya. Pada masa aku nak baik tu, aku nampak budak perempuan tersebut sedang bermain di sekitar buaian tu sendirian sambil tersenyum. Haihh, tahu la comel, senyum aje kerja dia. Aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Berdekatan dengan rumah aku, ada sebuah pokok besar yang rendang, pada pokok tu, orang-orang tua meletakkan sebuah buaian sendirian berhad menggunakan papan sebagai buaian. Selalu juga aku main buaian tu pada waktu petang dengan kawan-kawan aku.

Sewaktu aku menghampiri arah pokok yang rendang tu, tiba-tiba aku nampak budak perempuan misteri tu tengah bermain dengan buaian tersebut. Dia mengayunkan sendiri buaian dengan kakinya sambil mulutnya terkumat-kamit menyanyi lagu yang tidak aku fahami bahasa apakah itu. Kedengaran agak klasik lagunya. Sekali lagu aku langkahku terhenti dan aku terdiam. Walaupun muka dia tidaklah seram langsung, malah boleh mencairkan jiwa yang melihatnya, tetapi kemunculan secara tiba-tiba tersebut yang menyeramkan aku. Tetapi, masa tu aku nekad untuk bertanya siapakah dia. “Nama siapa?,“ tanya aku dengan suara yang agak kuat kerana aku berdiri agak jauh darinya. Agak berfikir panjang juga aku sebelum bertanyakan soalan tu. Mana la tahu takut-takut tiba-tiba menangis ke, marah-marah ke kata aku gatal ke. Tak fasal-fasal aku pula yang kena marah dengan orang kampung yang hidup bermuafakat ni.

Pertanyaan aku tidak dijawab. Dia terdiam dan ayunan buaiannya terhenti sambil memandang ke arah aku. Lama juga dia memandang ke arah aku. Meskipun pada masa tu waktu tengah hari, aku tetap berdebar bila dipandang macam tu. Lantas dia mengukir sebuah lagi senyuman kepadaku. “Puteri,“ balas budak perempuan tu sambil meneruskan ayunan buaiannya. Dia tidak lagi bersuara. Senandung yang tidak aku fahami tadi tidak lagi dialunkannya. Melihat seperti dia kesipuan atau mungkin tidak selesa dengan kehadiran aku, aku membiarkan dia bermain dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

Di rumah, aku selalu lepak di beranda rumah sebab berangin. Almaklumlah rumah dekat dengan pantai. Tengah-tengah lepak, aku nampak budak perempuan tu tengah berlari-lari anak ala-ala watak Mei Mei dalam animasi upin dan ipin tu. Di menuju ke pantai. Aku segera bertanya dekat mak aku. “Ma, siapa budak perempuan rambut panjang yang sama tadika dengan orang tu?,“Tanya aku sambil menunjuk ke arah budak tu. Tanpa melihat ke arah yang aku tunjuk, mak aku menjawab, “budak rumah mengadap kubur tu“. Masa kecil dulu aku mengiyakan sahaja. Bila dah besar dan ingat balik jawapan mak aku tu, aku jadi tertanya balik, bukan ke yang dimaksudkan oleh mak aku tu adalah budak perempuan yang seorang lagi ke? Bukan yang pakai baju kurung tadika tu ke? Seingat aku rumah yang mak aku cakap itu lah rumah budak perempuan berbaju kurung tadika itu. Di belakang rumah aku pada waktu itu ada sebuah pokok yang rimbunnya mencecah ke tanah sampai nampak macam pondok yang dibuat daripada daun. Di dalamnya ada ruang yang boleh dimasuki oleh semua orang. Sekitar 10 orang boleh buat dalam satu-satu masa. Kadang-kadang bila aku bermain dalam pokok tu seorang diri, tiba-tiba dia ada. Terutamanya bila menjelang waktu asar sampai maghrib.

Berbalik kepada kisah tadi, selepas daripada tu, aku buat macam biasa je dalam kelas. Tak fikir sangat. Kemudiaan, pada tahun 1999, aku masih lagi belajar di tadika Kemas tersebut sebagai pelajar umur 6 tahun. Yang peliknya, pada tahun 1999, kedua-dua budak perempuan baik yang bergaun pendek mahupun yang berbaju kurung tu tak tak ada. Aku tanyakan kepada cikgu dan cikgu memaklumkan yang budak perempuan yang berbaju kurung tadika tu dah masuk ke darjah satu. Kiranya dia umur 6 tahun dah darjah satu dah. Memang seingat aku dia seorang yang bijak. Tapi, macam mana dengan yang bergaun pendek? Mana dia? Aku tak pasti sama ada cikgu dah maklumankan tapi aku tak dengar atau cikgu tak ingat nak maklumkan ataupun cikgu sendiri tak tau tentang budak perempuan bergaun tu. Aku agak berdukacita dengan ketiadaan budak perempuan bergaun tu. Hihi.

Tapi, anehnya, masa akhir tahun akan ada sesi fotografi ala-ala gambar graduasi gitu. Sewaktu gambar beramai-ramai, aku tengok budak perempuan bergaun pendek tu muncul balik. Dia ada di barisan belakang paling hujung. Bila dah dapat gambar, aku dapati, dia berdiri agak jauh sedikit berbanding yang lain. Tapi, masa tu tak ada apa-apa yang pelik pun sebab dia ada dalam gambar tu. Walaubagaimanapun, setelah aku masuk ke alam sekolah menengah, masa tu aku berada di tingkatan tiga. Dalam 8 tahun kemudian. Aku lepak bersama kawan-kawan aku dan ada jugalah beberapa orang kawan setadika dengan aku. Lalu aku tergerak hati untuk bertanya, dan aku tanya dekat diaorang tentang budak perempuan tu. Semua terdiam mendengar soalan aku. Salah seorang bertanya balik, “Mu cakap pasal siapa? Mana ada budak pakai gaun masa kita tadika dulu. Pakai bunga lagi? Mana ada weh!“. Semua menyokong kenyataan balas yang diutarakan oleh salah seorang kawan aku itu menbuatkan dengan aku sekali terdiam.

Habis tu, selama dua tahun aku nampak siapa? Bukan manusia ke? Imiginasi macam imginasi rose tentang jack tu ke? Faktor pengaruh media massa mungkin? Aku cuba cari semula gambar beramai-ramai tu untuk membuktikannya tetapi hampa sebab dah hilang. Kalau tak, boleh jadi bukti sebab mata aku jelas nampak dia ada dalam gambar. Sejak masuk alam persekolahan, aku dah tak jumpa dah budak tu. Dia yang hari-hari lalu depan rumah aku untuk menuju ke pantai pun dah tak kelihatan sejak dari tu. Budak perempuan berbaju kurung pun tak silap aku dah pindah rasanya sebab rumah dia ada kes b***h ke apa entah. Rumah dia dah jadi tempat angker dah. Sejak dari itu juga, budak perempuan bergaun pendek dan berkalung bunga melati itu kekal menjadi misteri bagi aku. Aku pernah tanya orang-orang yang ahli dengan ilmu perubatan Islam, kebanyakanya mengatakan itu adalah anak hulubalang bunian.

Wallahu’alam bissowab. Itu sahajalah yang hendak aku ceritakan. Maaf sebab tak menyeramkan langsung. Terima kasih di atas waktu yang diluangkan untuk mebaca. Terima kasih juga kepada admin di atas kesudian memaparkan cerita saya ini. Maaf juga jika ada ayat yang tidak difahami di dalam cerita ini dan maaf juga jika membosankan.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

14 thoughts on “Sebuah persoalan yang tak terjawab”

  1. hmmm, ko ni agak2 la pon kalau nak cerita imaginasi..
    umur 5 tahun weyy, ko boleh ingat detail macam tu,
    cara ko cerita tu macam diri ko yg skrg, bukan apa yg bdak2 pikir, adoii

    Reply
  2. menarik cerita ni..mula2 ingatkan penulis seorang perempuan..kalau jumpa gambar tu semula, smbung la lagi ye kalau ada sambungan

    Reply
      • tak semua orang akan lupa kisah silam . sebab aku masih ingat pengalaman2 mase kecik . Secara details . Nama² kawan dari tadika sampai sekarang . Nama² cikgu yang pernah mengajar . Depends pada orang tu jugak kot .

        Reply
        • aku pun still dpt ingt semua memori zaman kanak2 aku dn nama kawan2 aku masa sekolah rendah wpun aku selalu berpindah sekolah.

          Reply
  3. tak mustahil jugak , masa aku kecik2 dulu aku ingat lagi dengan jelas aku ade seorang kakak yang aku panggil kak wati.. (walaupun aku anak sulung). kak wati ni datang dari imaginasi aku, dia bercakap dengan aku, ajak main, jalan-jalan, borak2.. semua nya kak wati sampailah ayah aku bawak aku p berubat, lepas dari tu kak wati ni perlahan2 pergi dari hidup aku lepas aku cakap dengan dia akak kita dah tak boleh kawan dengan akak lagi, selamat tinggal. walhal aku hanya bercakap dalam hati tak keluar dari mulut… aku sendiri pun pelik celah mane entah datang kak wati tu.. dulu masa kecik2 aku ingat dengan jelas sekarang da makin tua makin hilang dah ingatan tentang kak wati tu… even mak ayah aku pun tak tau sape kak wati tu..

    Reply
  4. Aku sejak 2 menjak ni makin banyak memori dari umur sebelum masuk tadika muncul,mungkin ada peristiwa2 kecik yang trigger memori ni,bila baca cerita penulis ni tetiba teringat balik semua susun atur rak mainan dalam tadika, kawan2 lama, makanan dalam tu. Maybe penulis dikurniakan kekuatan memori yang lebih plus dia selalu fikir pasal misteri budak tu so xley lupa sampai sekarang kot

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.