Sekolah 2 – Histeria (part 2)

“Ya Allah!!!!”

Jantungku bagai direntap keluar. Segala jenis bapak keringat keluar membasahi dari ubun-ubun kepala hingga hujung ibu jari kaki. Aku bermandi peluh sendiri….

Sudah 3 hari aku dihantui igauan mimpi ngeri sejak peristiwa tempoh hari. Bermimpikan Fatin & Farah, silih berganti menganggu aku dalam mimpi. Ada kala Fatin seorang sahaja. Muncul entah dari mana dan tiba tiba..

Pernah satu malam tu aku bermimpi sedang tengok tv, dan fatin muncul ala ala ju-on dari kaca tv. Ada sekali tu aku mimpi makan dalam dulang dan Fatin jatuh dari langit keatas dulang makananku.

Boleh bayang bertapa ngerinya mimpiku?

Itu belum lagi farah. Mengkerekot sana sini. Paling seram lihat dia mendongak kebelakang sehingga kepalanya cecah tumit kaki. Ish….. Mintak mintaklah realitinya jangan begitu….

“Allah.. Allah… ” Tak putus putus aku berdoa memohon dilindungi diriku dan keluarga dari syaitan dan iblis yang direjam..

” Kenapa abang termenung?” Isteriku menyoal. Dia memandangku dengan penuh kerisauan.

Ya aku memang tak pernah sembunyikan apa apa dari dia. Dia tahu segala yang berlaku. Dia juga insan yang sentiasa beri kekuatan taktala aku berdepan dengan situasi sebegini. Cuma terlalu banyak dia tahu buat dia risau. Risau aku jatuh sakit kembali seperti dulu.

“Abang ingat pesan ustaz rizal. Jangan stress sangat nanti jiwa lemah senang benda tu ganggu abang” nada suaranya lembut tetapi tegas. Mengingatkan aku pesan pesan ustaz rizal yang mengubatku dahulu..

Aku melemparkan senyum. Biar kelat tapi cukup berkesan untuk hilangkan kerisauannya padaku..

Dah 3 hari juga si Fatin Dan Farah bercuti. Aku kira keduanya masih berehat. Aku harap mereka terus bercuti sehingga keadaan reda. Buat masa sekarang, aku cukup terseksa kerana terpaksa berhadapan dengan mata mata yang tak tahu pangkal cerita tapi memandang serong kepadaku.

Aku tahu ada banyak gosip tersebar yang menyalahkan aku dan menuduh aku sebagai punca, buli dan ‘mental torture ‘ sehingga budak budak tu naik histeria!

Kalau aku dapat mulut yang menyebar memang ku tapak dengan kasut saiz 10! Baru mereka tahu!!!

Elok aku berkira kira keduanya tak hadir…

Tadaaa….

Elok je si fatin dan farah berjalan melintasi hadapanku. Siap berpegang tangan bagai kawan rapat. Ironinya fatin budak baru, kawan rapat farah adalah razita dan nadia. Tak pernah aku nampak fatin dan farah rapat sebegini sebelum ni.

“Cikguuuu~~ cikgu~~”

Kedua-duanya melambai lembut kearahku. Seolah olah tiada masalah berlaku antara kami. Sambil berpegang tangan keduanya datang merapati aku. Aku nampak banyak mata mata mula melihat kearah kami. Aku percaya ramai yang mula mengata..

“Cikgu nak pergi mana~ he.. he.. he..”

Farah dan Fatin berbicara serentak. Lagaknya seperti budak coral speaking.

“Cikgu tak nak join kami ke? He.. he.. he…”

Sekali lagi mereka bercakap serentak. Ketawa juga serentak. Aku mula tak sedap hati.

“Join kemana? Kamu siapa? Aku tak kenal kamu!” Aku bertegas. Aku yakin ada sesuatu yang tak kena dengan keduanya..

“Ala cikgu ni… Asyik nak marah kami je hehehe…. Faaarahhh.. tengok cikgu ni… Dia marah kita la” Fatin berlagak seperti pasangan kekasih farah.

WHAT THE FISHHH!!!

Farah memandangku sambil tersenyum..

“Jomlah cikgu ikut kami, kami nak jumpa kawan kawan. Mereka tunggu kami. Ada ramai tau. Macam macam kami nak main hari ini” farah memujuk rayuku. Aku mula rasa rimas.

“Jahanam kau makhluk yang tak sedar diuntung!!” Aku menggumam sendirian. Ku genggam erat kedua belah penumbukku..

“Kamu nak saya pergi ikut kamu kemana?” Soalku. Ku pandang tepat kearah keduanya…

“Sebelah surau dekat pokok pisang!! Hehehe…” Kedua-duanya menjawab serentak dan mereka terus beredar ke arah tempat yang diperkatakan sambil melambai lambai kearah ku. Sesekali memanggil manggil namaku dan mengajak aku untuk mengekori mereka.

Hilang sahaja keduanya dari pandangan mataku aku bergegas ke kelas 2 fairuz. Ya, aku rasa ada sesuatu berlaku antara farah dan fatin. Aku percaya seseorang pasti tahu sesuatu!!!

Mungkin razita? Atau Nadia? Keduanya baik dengan farah sejak sekolah rendah. Mesti mereka tahu apa yang berlaku

Dan…

Sesampainya aku di 2 fairuz….

Beg beg sekolah bertaburan di lantai. Buku buku bersepah. Kelas bagai baru sudah dilanda ribut taufan.. beberapa meja terbalik.. ku kutip buku buku yang berselerakkan..

“Ish..mana pergi semua budak dalam kelas ni?” Aku melihat sekeliling. Ternampak 2 bag bersandar pada dinding belakang kelas. Dua bag tersebut kelihatan seolah olah tidak berusik.

Lalu, dengan penuh rasa ingin tahu aku periksa keduanya dan aku tidak terkejut untuk mengetahui bahawa…

Bag bag tersebut milik Fatin Dan Farah…

CIKGU BUAT APA TU??!! KENAPA SELONGKAR BAG KAMI???!!!

“Kami baru balik dari library lepas kelas ustazah eli. Bila kami sampai kelas nampak kelas macam tongkang pecah ustaz” geng geng fiennas silih berganti memberi keterangan kepada ustaz has, ya, ustaz has sudah jadi pk 1 kami.

Ustaz has mendengar dengan penuh minat sambil sesekali dia menjeling kearah ku. Seolah olah mahu aku berterus terang dengannya supaya mudah selesai kes tersebut.

Fiennas, mereka terdiri dari 6 orang pelajar perempuan. Kawan baik kepada farah. Mereka ialah Aqilah, nadia, atiqah,nisha,najwa,razita dan sudah tentu yang terakhir adalah farah.

Dari mana wujud akronim fiennas?

Jangan tanya aku. Aku pun tak tahu. Yang aku tahu mereka memang rapat mungkin sejak sekolah rendah lagi. Kali ni, hanya mereka berenam sahaja yang ada di depan ustaz has. Farah tiada. Mana dia pergi? Aku pun tak tahu..

“Bila kami sampai kami nampak cikgu tengah selongkar beg Farah…” ujar Najwa salah seorang fiennas. Dia menghabiskan ceritanya dihadapan ustaz has. Mereka selesai memberi keterangan dan ustaz mengarahkan mereka pulang ke kelas dan mengemas semula kelas mereka.

“Ko pula mad, jelaskan apa yang berlaku” ustaz has bertanya kepadaku. aku menarik nafas dalam dalam. Aku menerangkan satu persatu apa yang telah berlaku.

“Saya baru pegang bag tersebut dan buka, tiba tiba budak budak tu sampai dan nampak perbuatan saya” aku mengakhiri cerita dengan bersungguh-sungguh. Ustaz has menunjukkan reaksi ragu ragu atas keterangan ku. Aku tau dia terpengaruh dengan khabar angin yang ada.

“Ustaz, saya bukan obses dengan budak berdua tu jauh sekali nak buli mereka. Saya cikgu mereka, saya mengaku memang salah saya awal dahulu bertanya soalan entah apa apa dalam kelas. Mungkin budak fatin tu terasa dengan saya. Sebab tu dia buat begini” aku cuba meletakkan segala kesalahan pada Fatin. Ego ku menguasai diri

“Beginilah mad, kalau mereka mengadu kepada mak bapak, benda ni boleh jadi kes berat dan ko boleh kena tindakkan tatatertib. Nasihat saya, kau jadi profesional la mad. Jangan macam budak budak lagi” ustaz has menyudahkan sesi soal siasat kami dan meminta aku untuk profesional.

“Pffft macam la selama ni aku x profesional!!” Marah ku sendirian. Aku semakin tertekan. Kepala ku pening pening. Mungkin d***h tinggi naik. Dalam keadaan sedikit terhuyung hayang aku bergerak untuk ke bilik guru.

Dan..

Di hujung koridor sebaris bilik guru, kelibat Fatin dan Farah melambai ku dari jauh. Tersengih-sengih gembira. Meraikan kejayaan mereka mengenakan aku mungkin. Melambai lambai dan ketawa.

“Seronok ya? Nanti kau!!” Aku membalas lambaian mereka dengan menjegil dua biji mataku.

Dalam keadaan tersangat marah dan sakit kepala yang teramat, aku berpaling dan memutar tombol pintu bilik guru dan sebelum pintu terbuka….

AKU NAMPAK SESUATU YANG TELAH LAMA DAH AKU TAK NAMPAK…

KELIBAT NENEK TUA SEPARUH BADAN DAN BUDAK PEREMPUAN SEDANG BERDIRI DI SEBELAH BILIK GURU, MENUDING KEARAH FATIN DAN FARAH!!!

segalanya tiba tiba pudar… Aku tak perasan bila aku jatuh.. dan… Di… Kerumuni ramai orang….

Dan… Gelap….

Terasa mukaku disapu sesuatu.. basah.. tiba tiba sahaja bagai ada satu kekuatan memasuki tubuhku dan aku tersedar dan kembali bertenaga semula…

“Bro kau okay bro?” Suara yang tidak asing lagi. Suara fizy. Dia yang menyapu air ke muka ku tadi. Kepalaku masih sakit tetapi tidak seteruk tadi. Aku terbaring diatas katil bilik rawatan.

“Patah pinggang weyh angkat kau bro, jangan pengsan lagi sudah. Memang aku panggil kren” acap berseloroh. Aku mula jelas dengan keadaan persekitaran ku.

Menurut fizy dan acap, aku pengsan depan bilik guru. Banyak soalan yang dilontarkan kepadaku namun aku memilih untuk berdiam diri. Entah kenapa aku seolah olah teringat sesuatu yang buat aku rasa seram sejuk…

Budak perempuan dan nenek tua!! Ya, aku nampak mereka. Aku yakin aku memang nampak keduanya… Tapi sejak berubat aku memang dah x boleh nampak benda benda ni lagi. Ustaz rizal kata dia dah tutup kedua mataku… Mana mungkin aku nampak mereka lagi? Aku bingung…

Semakin aku fikir semakin sakit kepalaku..

“Aku okay insyallah, cuma nak balik berehat”

fizy dan acap mengangguk tanda setuju dengan tindakkan ku. Dia juga menawarkan diri untuk hantar aku pulang, tapi aku tolak pelawaannya baik baik. Aku nak menyendiri..

Jam baru pukul 12. Aku dah minta kebenaran untuk pulang rehat awal. Kereta dihidupkan. Aku membiarkan pintu terbuka untuk menghilangkan rasa panas dalam kereta. Kebiasaan memang aku letak kereta dihadapan kantin berdekatan bilik koko. Sementara tunggu kereta sejuk, aku memerhati keadaan bilik koko. Sekali lagi babak sebelum aku pitam bermain difikiranku.. aku berasa sangat pasti bahawa aku nampak budak perempuan dan nenek tua menuding jari ke arah fatin dan farah.

“Hurm… Mungkin aku silap…” Aku meyakinkan diri

Kereta dah sejuk. Aku memandu pulang. Sesampainya aku ke pondok keselamatan, sempat aku angkat tangan pada pengawal bertugas. Aku memandu keluar perlahan lahan.

Mataku terpandang sesuatu di surau baru yang terletak di luar pintu pagar sekolah.

SEORANG LELAKI SERBA KUNING, BERPAKAIAN ALA ALA PENDEKAR DAHULU KALA LENGKAP BERTANJAK BERDIRI BERSEBELAHAN SURAU BARU!!

LELAKI YANG SAMA AKU NAMPAK PADA HARI PERTAMA SEMUA INI BERLAKU!!!!

Ah.. aku dah mula nampak yang bukan bukan agaknya…

“Ya Allah Ya tuhanku, aku bermohon perlindungan darimu, lindungilah aku dan keluargaku dari bala bencana yang nampak mahupun tak nampak. Amin ya rabb” terasa sedikit tenang. Memang benarlah bahawa solat itu menenangkan hati. Hilang sebentar segala kekusutan yang menghantui fikiranku

“Apa kau nak buat mad.. apa yang boleh kau buat untuk selesaikan hal ni…”

Entah kenapa timbul rasa kesian kepada fatin dan farah. Aku yakin mereka tak sihat sebenarnya. Aku mungkin x berapa kenal fatin, tapi farah? Aku x percaya farah boleh berubah sebegitu. Aku yakin dia sakit sebenarnya. Dan puncanya ada pada fatin!!

Tapi… Kenapa farah?

Siapa pula laki bertanjak bagai tu?

Betulkah aku nampak budak dengan neneknya sekali lagi?

Perlukah aku telefon ustaz rizal?

Mengenang kembali waktu aku dirawat ustaz rizal. Dia berpesan beberapa perkara. Antaranya dia minta aku banyak berdoa dan mendoakan orang ramai. Kerana berkat doa tersebut akan turut sampai kepadaku. Bila rasa x sedap hati bacalah Al-Quran supaya tenang…

Owh ya… Mungkin aku boleh cuba kaedah ini. Pasangkan ruqyah ketika bertemu mereka berdua. Dengan cara tu aku boleh tau jika mereka benar benar sakit atau tak…

“Aku mesti cuba besok!!” Aku tekad..

Esoknya…

Hatiku berdebar debar. Aku ada kelas dengan 2 fairuz pagi ini. Terlalu macam macam berlaku buat aku hilang motivasi untuk mengajar, apatah lagi masuk ke kelas 2 fairuz yang menjadi antara tempat yang merakam semua kejadian yang menimpa aku sepanjang seminggu ini.

“Aku mesti masuk!!” Aku kuatkan hati sambil ku gagahkan kakiku untuk melangkah menuju kelas 2 fairuz

“Bangunn!!! Assalamualaikum cikgu!!” Najib bangun mengetuai kelas untuk memberi salam. Sebagai seorang ketua kelas dia memang dedikasi. Cuma kadangkala terlebih semangat. Boleh tahan kuat mengarah..

“Baiklah duduk semua!!” Aku memberi arahan. Mataku melilau mencari kelibat farah dan fatin.

Mereka berdua ada!!! Malah duduk bersebelahan!!! Mereka tersenyum mengejek apabila aku memandang tepat kearah keduanya. Cis!! Memang ada yang tak kena ni…

Aku ajar beberapa subtopik dan beri mereka kerja kumpulan bertiga. Memang sengaja aku buat bergitu. Farah dan Fatin membentuk kumpulan bersama hazimah, budak hitam manis yang pendiam..

Ketika aktiviti berjalan sengaja aku ronda keliling kelas. Pergi dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Aku berhenti agak lama pada kumpulan nadia,nisha dan najwa yang berada betul betul dibelakang kumpulan fatin, farah dan hazimah.

Sengaja aku mencuri dengar perbualan fatin dan farah. Tiada apa yang mencurigakan. Cuma rapatnya mereka berdua seolah olah pasangan kekasih!!!

“Cikgu cikgu…” Nadia berbisik. Dia menunjukkan isyarat seolah olah mahu memberitahuku sesuatu.

Aku memberi isyarat untuk nadia keluar. Nadia mengangguk. Aku ambil kesempatan untuk bertemu nadia diluar kelas..

“Kami fiennas dah tak tahan dengan farah.. dia berubah sangat… Saya rasa ada sesuatu yang kawal dia cikgu” nadia memberitahuku. Aku mengangguk setuju.

“Farah tu sakit. Ada sesuatu pada dia. Sesuatu yang orang biasa seperti kita tak nampak” aku berlapik.

Bukan niatku untuk menakutkan nadia. Aku nampak nadia menekup kedua mukanya. Mungkin dia cuba hadam kiasan ku tadi..

“Betullah cakap budak laki… Najib semalam whatsapp saya bincang pasal perubahan farah.. dia cakap farah kena rasuk… Tapi kami fiennas memang x percaya. Cumanya bila farah langsung dah xnak layan kitaorang rasa peliklah juga” nadia menyambung. Katanya tersekat sekat seperti ada sesuatu yang ditahan tahan dari keluar dari mulutnya…

“Cikgu!! Dulu pun farah pernah kene rasuk cikgu waktu sekolah rendah, dia tu lemah semangat cikgu. Cikgu kena tolong dia!!” Aku mendengar cerita nadia.

Menurut nadia, farah memang selalu kerasukkan waktu sekolah rendah. Kejap jadi nenek, kejap jadi lelaki kadang kadang macam ular!! Nadia mematikan ceritanya bila aku beri isyarat untuk dia diam. Sesekali dengar suara fatin dan farah ketawa kuat…

“Nadia, saya ada rancangan…”

Aku menulis beberapa keping nota arahan dan menyerahkan kepada nadia. Dia mendengar setiap rancanganku dengan teliti. Dia mengangguk tanda faham. Aku minta dia masuk dahulu ke dalam kelas. Aku akan menyusul kemudian..

Nadia bergegas masuk kedalam kelas. Dia muka menjalankan misinya. Keping keping kertas arahan yang aku beri, dia sampaikan sembunyi sembunyi. Kini semuanya telah bersedia. Cuma tinggal tunggu aku sahaja!!!

“Dah siap ke belummm!!”

Aku melangkah masuk ke dalam kelas. Gendang sudah dipalu!!!

Fatin dan Farah taulah korang nanti!!!

“Cikgu betul tak apa saya buat ni?” Nadia sengaja bertanya.

Nadia buat buat tanya kerja yang aku bagi tadi. Aku yakin semua sudah bersedia. Nisha dan Najwa turut mengangguk sebagai isyarat mereka tahu akan tugas mereka

Aku mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah berulang kali, di ikuti Ayatul kursi. Aku ulang dan ulang….

TAKDE RESPON!! MALAH FATIN DAN FARAH SIAP BERGELAK KETAWA LAGI!!

hampir sahaja aku mengalah… kalini aku memberi isyarat kepada nadia dan kawan kawannya untuk turut sama membaca..

Sesuatu telah berlaku.. aku mula nampak fatin dan farah mengurut ngurut bahu mereka. Sekejap sekejap mereka mengepak leher ke kiri dan kekanan. Lagak seperti orang yang kelenguhan.
Apa yang menambah keyakinanku apabila keduanya bergerak seiring. Jika farah memegang bahu kiri, fatin akan mengurut bahu kanannya!!!

Tiba tiba…

Farah menjerit!!! Kedua tangannya memegang kepala. Aku memberi isyarat kepada semua supaya mula membaca ayat qursi. Farah mula kekejangan dia mencakar cakar lantai. Jarinya berdarah aku risau keadaan lebih teruk berlaku. Aku arahkan najwa dan nisha memegang farah tapi fatin menghalang!!

Mata fatin merah berurat. Mukanya merah padam. Bunyi nafasnya mendengus kedengaran seperti perokok tua yang sesak nafas

Hurghhh… Hurghh….

Fatin memandang tepat kearah kami. Bulu roma ku meremang. Aku yakin mereka yang lain juga ketakutan. Najib mengajak beberapa rakan lelaki untuk mengelilingi fatin dan farah. Mereka mula membaca surah Yasin beramai ramai..

Tindakkan membaca surah Yasin ternyata memberi kesan kepada fatin dan farah. Farah mula mengerekot. Dia mula menjerit sakit.. ditariknya rambut rambut dikepalanya. Bersepah rambut farah dilantai bercampur d***h luka dari jari jarinya.

Aku nekad!!

Aku terkam farah!! Aku mintak beberapa orang bantu aku untuk menghalang farah terus mencarik rambutnya dan mencakar lantai. Najwa dan Hazimah membantuku kerana yang lain dihalang fatin. Kekuatan farah tidak seperti budak perempuan. Sangat kuat. Beberapa kali aku hampir tergolek ditolak oleh farah. Nadia dan nisha turut membantu kami. Mereka memelik farah sambil mulut terus menerus membaca ayat qursi.

Tiba tiba…

Fatin merempuh najib dan beberapa rakannya. Lagaknya tak ubah seperti seorang pemain ragbi yang merempuh lawannya!!

Najib tergolek!!

Allah!! Fatin terlepas keluar!!

Serentak dengan itu…

FARAH MERONTA SEKUAT HATI.. FARAH BANGUN DAN MELOMPAT KEATAS MEJA. DIA MELOMPAT DARI SATU MEJA KE SATU MEJA!!

FARAH!! Jangan lompat!!!! Aku menjerit memberi amaran..

Farah berdiri membelakangi aku. Mendengar jeritanku dia berhenti dari melompat..

Ahhhhhhh!!!!…. Beberapa murid perempuan menjerit apabila melihat farah!!!

Farah telah mendongak ke belakang.. separuh badannya seperti terkepak kebelakang. Rambutnya mengurai jatuh.. matanya merah menyala dan liurnya menitik ke lantai..

Aku menerpa kearah farah dan memegang kedua kakinya. Dibantu oleh beberapa murid lelaki tetapi…

Keadaan bertambah teruk secara tiba tiba…

Nisha tiba tiba menangis dan meracau racau!!!

Aqilah cuba menenangkan nisha.. dalam keadaan takut dia memeluk nisha dan cuba menenangkannya…

Namun…

Aqilah juga tewas… Bagai wabak berjangkit… Aqilah pula ketawa berdekah dekah… Keadaan semakin tidak terkawal.. bertambah buruk lagi apabila aku lihat hazimah mula berlari tak tentu arah!!

Aku? aku? Aku sudah hilang punca!! Aku hilang kawalan terhadap situasi… Farah terlepas dan melompat semula dari meja ke meja. Hazimah berlari merempuh segala yang ada. Nisha menangis dan meraunh raung. Aqilah pula ketawa mengilai ngilai.. fatin? Hilang entah kemana…

SEMUA YANG ADA DALAM KELAS INI TOLONG KELUAR!! TUTUP DAN KUNCI PINTU!!!

keadaan sunyi seketika, beberapa orang murid mula berlari keluar kelas setelah mendengar arahan tersebut. Aku kurang pasti, siapa yang memberi arahan. Kepalaku sangat sakit. Telingaku berdesing seperti ada yang menggerudi kedalam telingaku!!!

Papppp!!! Satu tamparan kuat singgah dipipiku. Cukup untuk menyedarkan aku untuk bangun dan melihat keadaan sekeliling..

Fizy dan acap sedang memegang farah. Fizy sedang membaca sesuatu kepada farah dan aku lihat farah menjadi lembik dan longlai..

Sesusuk tubuh berdiri berdekatan aku, acap kali memanggil namaku dan bertanya jika aku ok ke tidak. Ustaz has, sesekali dia menggoncang goncang badanku.

“Kau bangun mad.. bangun!! Pergi ambil wudhu.. kuatkan semangat!!” Ustaz has memberi arahan..

Nisha dan aqilah telah terbaring pengsan.. aku mengangguk lemah. Perlahan aku menuju keluar untuk ambil angin dan berwudhu…

Aku buka pintu…

Kacau bilau… Ya itulah perkataan yang tepat untuk menggambarkan keadaan ketika itu.. murid berlari kesana sini.. jeritan bersahut sahutan.. aku lihat beberapa orang ustaz dan ustazah berlari ke sana kemari. Ada sahaja murid yang tiba tiba menunjukkan simptom histeria. Menjerit, menangis dan ketawa secara tiba tiba.

Aku terus berjalan sehingga berada di gelanggang yang berada ditengah tengah antara bangunan blok A & blok B.. kepala ku kembali sakit.. dalam samar samar aku nampak sesuatu berlari kearahku dan merempuhku…

Aku terjatuh…

Dalam kesakitan aku membuka mata… Sekilas itu aku ternampak kelibat lelaki bertanjak ala ala pendekar zaman dahulu berdiri dihadapanku…

Sedikit demi sedikit wajah tersebut berubah… Kini fatin yang berdiri dihadapanku sambil tersengih sengih dan menyeringai.. air liurnya melilih ke lantai…

FATIN!! APA KAU NAK HA!!!!….

Bersambung….

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ahmad

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

33 thoughts on “Sekolah 2 – Histeria (part 2)”

  1. Nice..tp..bsambung lagi..lahh..ingat kan sambung trus sampai abis..
    Seram jg keadaan klas tu cigu..bdiri bulu tengkuk baca cite nie..

    Reply
  2. ‘Farah telah mendongak ke belakang.. separuh badannya seperti terkepak kebelakang.’

    Aku pulak yg rasa sakit belakang… T.T
    Xde bunyi krakk krakk ke masa badan dia berlipat tu??
    ??

    Reply
  3. Ramai org baru komen kat sini. Tahniahh..akak xrajin komen bnyk2..satu story satu j komen akak.paling byk pun 2 komen?

    Apa2 pun citer cikgu ni mmg best.akak da bc d whole story..mmg best.

    Farah n fatin.2 shbt misteri yang akrab.teruskn mnulis pglmn cikgu.ramai peminat dah ni.kipidap!

    Reply
  4. Lorrr..sambung gak kerr…adoiii…alngkah bestnye baca 1 fiksyen skali harung…lenguh plak nk tunggu…Cikgu Ahmad, sis bg hang 4bintang dlu…nnt da abes cite ni baru dpt lagi 12bintang ekkk…huhuhu

    Reply
  5. “Pernah satu malam tu aku bermimpi sedang tengok tv, dan fatin muncul ala ala ju-on dari kaca tv.” Pasal ju-on ni aku paling ingat sampai sekarang ialah scene atas siling yang tiba2 warna hitam merebak tu. Seriau wei! Kadang2 aku tak berani nak tengok atas siling walaupun dalam rumah aku sendiri hahahahaha

    Allah! Kesian budak2 tu. Semua jadi mangsa. So, lelaki bertanjak tu siapa sebenarnya? Nenek dgn budak perempuan tu nak tolong cikgu ke?

    Sambung cepat tau cikgu! Semoga di permudahkan segala urusan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.