Sekolah: Kunci ep. 5

Beberapa hari yang tenang. Seronok juga bila sekali sekala dapat bertugas di luar. Terlibat dengan program ‘My Talent’ anjuran PPD Daerah bagai memberi aku satu rahmat untuk berehat sebentar dari segala yang berlaku. Dua hari bertugas di luar benar-benar membuatkan semangat aku pulih kembali

Aku tak lupa dan tidak akan lupa apa yang telah berlaku. Malah aku mesti berjumpa Nizam dalam masa terdekat untuk mendengar sendiri ceritanya. Aku juga nekad untuk duduk semeja dengan Fizy selepas ini. Tiada lagi rahsia yang dia boleh simpan dari aku. Aku nak tahu apa yang dia tahu. By hook or by crook dia kena bagi tahu!!

Isnin itu aku kembali dengan satu misi, untuk korek rahsia dari Fizy dan dengar sendiri cerita dari Nizam. Sebelum ke sekolah, aku singgah beli nasi lemak 10 bungkus,. Aku tak nak Fizy bagi alasan lapar atau nak ke kantin untuk sarapan, sebab aku dah bawak sarapan. Dia tak ada alasan. Dia tak ada alasan!

Sampai sahaja aku terus ke biliknya. Ternyata dia sedang duduk di hadapan komputer. Mungkin sedang buat kerja. Dia kan Setiausaha Sukan. Mungkin nak siapkan laporan hujung tahun.

” Assalamualaikum bro, aku bawak sarapan ni, jom la sarap dulu” ajak aku. Ternyata Fizy tidak menolak ajakan aku.

“Wah!! nasi lemak mana kau beli ni mad, nampak ngam betul” Fizy sedikit teruja.

Nasi lemak ni bukan calang-calang. Nasi lemak sotong dia memang berhantu. Nasi murah, sotong banyak, santan dia memang terasa. Pendek kata kalau kau makan lepas tu kata tak sedap, memang sah lidah kau yang bermasalah!!. Di banting, nasi lemak ini memang terkenal di kalangan orang tempatan. Nasi lemak ‘permatang’. Kalau makan di sini, 2 bungkus kadang tak cukup!!!.

“Makan bro, aku beli 10. Berapa kau larat habiskan kau habiskan” aku mempelawa.

Kami makan sambil sembang dua tiga perkara berkaitan kerja.

“Bro boleh aku tanya sikit, aku harap kali ni kalau ada apa sahaja yang bro tak cakap waktu first time aku tanya dulu, harap kali ni bro boleh open semua cerita” pintaku.

Fizi berkerut…

“Cerita pasal apa ni?” Fizy menunggu soalan ku penuh minat.

Aku cuba menyusun ayat lebih baik. Aku tak nak maksud aku tidak sampai dan dia salah faham. Nanti objektif ku akan gagal. Aku tak nak!!

“Dulu kan aku pernah tanya pasal bilik ni ada berlaku apa- apa ke yang mistik? Maksud aku ada tak yang nampak lembaga ke, atau kelibat ke..?” Belum sempat aku menyambung ayat, Fizy mencelah.

“Hantu? Maksud kau bilik ni ada hantu?” Fizy nampak tenang melayan nasi lemak sotong.

Dibukanya bungkus kedua tanda nasi itu kena dengan seleranya. Aku mengangguk mengiakan apa yang dikata oleh Fizy.

“Kalau aku cakap ada, kau percaya? Kalau aku cakap tak ada pula, kau nak percaya?” Fizy cuba menguji. Aku tak dapat baca apa yang bermain di fikiran nya.

Bungkus kedua nasi lemaknya selesai. Dia sendawa tanda berpuas hati dengan apa yang dijamahnya.

“Okay, kalau kau nak dengar, aku cerita. Tapi… aku nak kau dengar saja apa aku nak cakap. Jangan potong dulu dan jangan soal aku apa-apa. Boleh?” Aku tiada pilihan, aku setuju sahaja dengan syaratnya.

“Bilik ni dah lama aku duduk. Mula 2001 dari bilik ni bilik kaunseling dengan bilik disiplin lagi. Aku yang bawak koko ke dalam bilik ni, waktu zaman bapak kau pengetua lagi” Fizi berhenti sebentar untuk minum air. Dia menyambung kembali.

“Aku memang tahu bilik ni ada ‘sesuatu’ silap-silap sekarang pun dia ada dengan kita mendengar apa aku cerita ni” Fizy tersengih.

Aku yang meremang!!!

“Siot orang tua ni, sempat dia main-main!!!!”

Fizy menyambung..

“Kalau ikut kata guru-guru lama, bangunan ni dulu dibina atas kubur tak bernama dan takda bernisan. Waktu nak bina bangunan, baru tau ada kubur. Jadi orang dulu pindahkan kubur tu dekat sebelah bangunan ni” sambil Fizy menuding tangannya ke arah bilik alatan sukan.

“Kau perasan sebelah bilik tu ada toilet lama tak digunakan? Kau fikir kenapa tak diguna? Sebab generasi selepas tu tak tau. Mereka bina toilet tu atas kubur tu, habis semua kena ganggu” sekali lagi Fizy meneguk air. Kali ni aku lihat dia teguk agak banyak.

“Jadi bila kena ganggu, mereka tinggalkan tempat tu. Waktu dulu ada dijemput ustaz untuk pagar dan rawat mereka yang kena ganggu, aku tak pasti dia buat apa, aku cuma dengar dari mulut orang lama katanya ada janji. Janji apa itu aku tak pasti” Fizy menambah.

“Rileks!! Aku tau banyak benda kau nak tanya, tapi tak banyak yang boleh aku beritahu. Cuma…” Lama dia berhenti. Seolah-olah ada sesuatu yang ditahan dari keluar daripada mulutnya..

“Tempat ni memang ada penunggunya. Cuma sudah bertahun aku dekat sini tak pernah pula dia kacau” Fizy bersandar. Dia memandang tepat ke arah aku.

“Ada je dia muncul. Kadang tengah hari buta pun ada. Tapi dia tak buat apa. Muncul dan hilang. Kalau kau tak kacau dia, tak ada apa yang perlu kau risau” Fizy memberi jaminan.

“Tapi!!” Fizy sedikit tegas suaranya. Dibetulkan tempat duduknya supaya lebih selesa.

“Sejak kau datang, aku perasan ‘benda’ tu agak agresif lah, kau buat apa?” Aku geleng kepala. Aku betul tak tahu kenapa dan mengapa?.

“Mungkin, kau ada buat sesuatu yang benda tu tak suka, atau mungkin juga…” Aku menunggu Fizi menyambung kata-katanya. Tiba โ€“tiba, dia mengubah perbualan kepada soalan untuk aku.

“Dari kecil sampai besar, pernah tak kau kena ganggu seperti ni? Maksud aku, sebelum semua ni, ada tak kau kena dekat mana-mana?”

Aku terdiam sebentar. Entah kenapa aku agak kaget dengan persoalan yang dilontarkan. Aku menggeleng perlahan

“Baik kau fikir betul-betul, fikir betul-betul Mad.”

Dia senyum dan bangun dari tempat duduknya. Dia minta izin untuk ke kelas. Tak lupa dia berterima kasih untuk nasi lemak yang sedap katanya.

Aku ikut Fizy keluar, kerana aku tak bercadang untuk berseorangan dalam bilik koko tu. Buatnya benda tu muncul, masak aku!. Aku ke kantin.

Kata-kata Fizy yang terakhir tu, betul-betul buat aku berfikir panjang. Aku termenung memikirkan semula kata katanya sebentar tadi.

“Aku ke puncanya? Apa aku dah buat sampai benda tu kacau aku?”
Dari kantin aku lemparkan pandangan ke bilik koko tersebut. Aku tenggelam dalam fikiran ku. Aku tak tahu di mana perlu aku mula untuk mencari sebab kenapa semua ni berlaku. Aku tahu semuanya bermula sejak peristiwa qiam dahulu. Tapi apa salah ku?! Tak kan sebab aku ponteng qiam kot? Aku keliru

Sebelum semua ni berlaku, aku tak pernah kena gangguan mistik. Seingat aku, kalau ada pun, kecil dulu aku pernah bermimpi labah-labah besar jatuh atas badan dan nampak bayang-bayang berlari atas loteng. Tapi waktu itu umur aku baru 6 tahun!! Tapi semua tu dah lama. Aku pun tak ingat kalau-kalau ianya mimpi, atau memang aku kena ganggu. Kalaupun begitu apa kaitannya?

Semakin lama, aku semakin keliru. Beribu persoalan bermain di kotak fikiran ku. Makin lama difikir, makin jauh aku dengan jawapannya.

“Ah! Mengarutlah!!” Aku bercakap sendirian.

Tiba-tiba!!!

Bahu ku dipegang oleh sepasang tangan dari belakang. Satu suara yang tidak asing menegur aku dari belakang.

“Cikgu okay?”

Nizam menghampiriku. Dia menyapa ku dengan senyum seribu makna. Aku tahu inilah masanya untuk aku merungkai segala misteri yang ada.

Mungkin kunci terhadap siri gangguan ini memang benar-benar ada padaku!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

26 comments

    1. asalnya semua ada total 9 episode. tapi sebab admin fs kata x nak approve kalau bersambung, saya combine ep 6-9. saya dah hantar. tunggu admin release je.

      1. Bagus la tu..kalo brsmbung stakat 2@3 episod ok je cikgu..ni dah bnyk sgt episod..cerita pn pendek2 je, xpnjg sgt..lau panjang boleh consider la lau bnyk episod.. apa2 pn cite cikgu best!

        1. hehe saya baru 1st time join fs ni. x tau lagi reader jenis macam mana. dulu saya tulis di wall fb saya je. jadi reader okay je cerita pendek sambung2.

          ni dah tahu, kalau ada lagi cerita lepas ni saya tulis panjang2 plak ya

  1. โ€œSejak kau datang, aku perasan โ€˜bendaโ€™ tu agak agresif lah, kau buat apa?โ€ Aku geleng kepala. Aku betul tak tahu kenapa dan mengapa?.

    rasa2nya macam tau kenapa ia jadi agresif??

    menunggu jwpn di ep6..harap tekaan sy betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *