Sekolah: Perempuan Bilik Koko (ep 3)

Awan mendung hitam berarak, angin kuat bertiup, sesekali disulam bunyi-bunyi guruh menggegarkan langit.

“Nak ribut” getus hatiku.

Aku berkemeja maroon dan seluar slack hitam berdiri di hadapan bilik koko memandang ke langit. Entah kenapa hatiku turut sama berkongsi resah seolah-olah ada petanda buruk akan berlaku.

Keadaan agak luar biasa hari itu. Entah kenapa tiada siapa dalam bilik koko hari tersebut. Makinlah seram aku dibuatnya. Habis segala bapak lampu aku buka untuk menerangi bilik koko. Biar cerah.

Hantu kan takut cahaya?

Atas alasan itu aku berkuat bahawa tiada apa akan berlaku.

BROooDoommMm…..!!!!

Satu gemaan sangat kuat dari langit. Sekelip mata seantero dunia bagai diterangi cahaya kebiruan semegah alam. Serentak itu juga!!!

Tuuuuppp!!!!

“Alamak!!!”

Seluruh premis koko bergelap. Aku jamin bukan koko sahaja, tetapi seluruh sekolah!!!

Oh tidak!!!

Seluruh Pekan Banting ini terputus bekalan elektrik!!!

Keadaan amat gelap, dan aku hanya berseorangan. Jantung ku berdegup kencang. Walau sejuk entah kenapa aku berpeluh bagai bermandi hujan.

Dup.. dup… Dup…

Semakin lama semakin laju jantungku berdetak.

“Ah!! tak boleh jadi kalau begini. Buatnya dia muncul!! Parah aku!!”

Bertemankan sedikit pencahayaan aku yakin ia membawa aku ke pintu keluar. Aku mesti keluar!! Aku mestiii keluaar!!

Elok sahaja aku bangun dan bergerak, tiba tiba!!…

Bam!! …….bam!! ………Bam!! ………Bammm!!!

Bunyi bola dibam ke lantai!. Ia datang dari bilik hujung. Bunyi hentaman bola tersebut semakin lama semakin kuat. Benda paling buruk boleh ku harap sedang berlaku sekarang..

“Bodoh kau Ahmad!, jangan mengada nak pergi tengok bilik tu!!!”

Entah kenapa badan ku tidak menurut kata. Sedikit demi sedikit aku tertarik ke bilik tersebut bagai ada yang memaksa. Entah kenapa juga walaupun aku takut bagai nak gila, tapi dalam masa yang sama aku memang nak ke sana!. Aku nak lihat sendiri, aku nak lihat sendiri siapa dia!

Aku boleh nampak, kelibat seorang perempuan berambut panjang separas pinggang.. memakai baju kurung bunga kecil. aku kira dia terlalu muda untuk ku panggil wanita. Selayaknya dari susuk yang ku lihat, aku teka mungkin umurnya dalam lingkungan 16 ke 18 tahun. Aku semakin dekat…

Bagai direntap jantung ku apabila susuk di hadapanku berpaling menghadap ku secara tiba-tiba !!

Tooo… Tolooonnnnnnggg!!!

Hanya itu yang terpacul dari mulut. Ku pejamkan mata sambil dua tangan terkapai kapai… Ketakutan menguasai seluruh diriku…

Eh…??

Tiada apa yang berlaku, susuk itu masih di hadapanku. Tersenyum memerhati gelagat ku yang nampak sangat ketakutan. Sesekali dia ketawa kecil.

Kau ingat lawak?!!

Perempuan itu meletakkan bola di tangannya dan berjalan ke arah ku…

“Oh! Ada kaki? Sejak bila hantu ada kaki?”

Aku tak tahu logik mana yang ku pakai namun itulah yang bermain di minda ku pada ketika itu.

Perempuan itu menunjukkan arah bilik bertentangan.. seolah-olah dia mengarahkan ku untuk berjalan ke situ bersamanya. Macam ada sesuatu hendak ditunjuknya..

Dia melambai-lambai tangannya ke arah ku.. meminta ku bergerak lebih pantas mengekorinya. Sekali lagi aku gagal mengawal diriku, aku bergerak mengikut kemahuannya. Entahlah mungkin hari itu, hari bodoh ku agaknya. Aku mengikutnya tanpa mampu menolak. Sehingga sampai di hadapan pintu itu..

Ajaibnya keadaan bilik tersebut amat lain. Tak seperti di bilik koko. Luas dan ia seolah-olah seperti sebuah rumah papan lama. Perempuan itu memberi aku arahan untuk masuk dan terus mengekorinya. Aku ikut sahaja. Aku tak tahu kenapa.. aku ikut sahaja..

Dia masuk ke sebuah bilik yang diterangi cahaya lilin.

“Ah sudahhh….. Kenapa pula ke dalam bilik…” Bisik hatiku

Ahhhhhhh!!!!

Longlai seluruh tubuhku melihat dia berdiri di sebelah seorang nenek tua!! Bukan nenek tua biasa! Tapi sebiji seperti nenek tua yang Sapek ceritakan. Perempuan itu berdiri di sebelah nenek tua separuh badan!!!!!

***

“Abang!! Bangunnn abang!!! Hish abang ni banguuunnn!! Dah besar-besar ni kenapa pula mengingau ni?”

Eh.. aku buka mata.. keadaan jauh berbeza. Aku blur sekejap…

“Abang bangunlah, dah pukul 6. Nanti lewat ke sekolah, itulah balik lambat lagi semalam. Asal keluar dengan Sapek dan Ramly je mesti balik lewat. Dah tau awak tu nak kerja esok hish.” Isteriku membebel. Itulah bebelan paling indah untuk aku dengar setelah apa yang aku alami sepanjang malam.

Biarpun ia mimpi namun terasa seolah-olah amat benar sekali. Aku bersiap mandi dan solat. Bila selesai, aku menukar baju ku kepada baju kerja. Isteriku seorang guru namun bab baju dia tak pernah lupa untuk menyediakan yang terbaik buat ku biar aku tahu dia lebih sibuk dari ku kerana jarak sekolahnya lebih jauh memerlukan dia keluar awal dari rumah.

Aku berdiri di hadapan cermin, berbaju kemeja maroon dan berseluar slack hitam. Macam ada yang tak kena namun aku lupa apa sebabnya!!

Ah.. sekali sekala aku garu kepala ku yang tak gatal. Semua serba tak kena pagi itu. Aku tak tahu kenapa..

“Abang jangan lupa. Nak hujan dekat luar tu. Payung ada dekat garaj kereta. Sayang gantung dekat situ” isteriku mengingatkan ku.

Aku bersiap dan keluar rumah. Langit semakin hitam. Mungkin nak ribut, aku ambil kunci kereta dan bertolak ke sekolah seperti biasa.

“Apasal aku tak sedap hati ni?”
Mungkin kah ada sesuatu bakal terjadi?”

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

13 thoughts on “Sekolah: Perempuan Bilik Koko (ep 3)”

    • Rasa nye SAMUSKD ni…sbb surau mmg dr bangunan kayu n 2 tingkat.surau kat atas sebelahnye kantin.kolam ikan yg xde ikan tu depan tapak perhimpunan tu.hahhaah….

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.