Selepas Asar

Salam Admin, Mohon diterbitkan penulisan saya kali ini. Ianya berlaku pada tahun 2008. Masa tu umur aku 19 tahun. Kejadian di sebuah universitas di negara jiran, semasa aku menuntut disana. Kat sana, aku tinggal sebilik dengan student dari Singapore dan student local. Dalam satu bilik ada 3 org sahaja. Satu katil double decker satu katil single. Aku, Hong Tui, dan Umaira. 3 – 3 kos yang sama. Setiap hari kelas kitorang paling last pukul 3pm. Lepas itu, free time untuk ke library atau ke mana2 sahaja.

Tapi lain pulak dengan kita org bertiga. Kitorang lebih suka duduk memerap dalam bilik asrama. Umairah aktiviti wajib dia ialah tidur. Tapi habit dia akan tidur selepas solat asar. Kadang2 dia akan tertidur atas sejadah. Kadang2 tidur kat kerusi meja belajar dia. Benda macam ni berlarutan tanpa aku dan Tui peduli pun pasal Umairah yg suka tidur lepas asar. Tak pernah sekali pun aku menegur dia tidur petang. Sebab aku jangkakan itu adalah habit biasa seorang pelajar yang suka stay up waktu malam untuk siapkan esaimen.

Sampailah hampir waktu penghujung semester. Masih aku ingat masa tu hujan renyai, tetapi cuaca panas. Kitorg bertiga sampai ke bilik, aku dan Tui terus membersihkan diri selepas kena hujan. Selesai aku mandi, aku masuk ke bilik terlebih dahulu. Masa aku masuk, aku tengok Umairah duduk di birai katil dia menghadap tingkap.

“Um, kau tak nak mandi ke, kena hujan tadi belengas lah”, Sambil aku duduk mengeringkan rambut aku cuba berbahasa basi dengan dia, tapi dia x menjawab. Dalam hati aku mesti Um tertidur.

Aku masih duduk di katil aku sementara menunggu Tui untuk makan bersama. Tui masuk selepas 10 minit aku siap mengeringkan rambut. Sambil mengikat rambut, aku mengajak Um makan bersama. Tapi dia masih berdiam di birai katil. Tui memandang aku. Aku ingat Tui pernah cakap, Um selalu macam tu kalau dia berdua dengan Um. Jadi, aku cuma menyangkakan Um ingin bersendirian. Tanpa mempedulikan Um, aku mengajak Tui makan di meja belajar bahagian depan bilik. Sedang makan, pintu bilik diketuk.

Tui membuka pintu. Aku tengok Um masuk sambil melibas-libas kan kain baju dia yang kebasahan. Aku pandang Tui. Tui seperti faham apa yang aku fikirkan. Sama ada yang di hadapan kami sekarang ialah Um atau yang di birai katil tadi. Aku bingkas bangun untuk memastikan apa yang terjadi. Um yang baru masuk kehairanan. Dia meluru masuk ke dalam bilik air tanpa memperdulikan aku dan Tui yang kebingungan. Aku ke bilik untuk melihat “Um” yang tadi.

Apa yang aku tengok “Um” tadi sudah tidak ada di birai katil. Um yang sebenar pula sedang mandi. Aku kembali ke meja belajar tadi. Tui mendiamkan diri. Kemudian dia memberitahu aku, hampir seminggu kebelakangan itu, dia sering melihat benda yang sama. Tapi dia bimbang jika aku dan Um tidak percayakan dia.

Keesokannya, aku Um dan Tui ke pekan untuk berseronok. Dalam keseronokan itu aku keliru dengan kejadian semalam. Mulut ini seakan berat mahu menanya kepada Um. Dalam kepala otak aku mungkin Um membela hantu raya atau mungkin saka dari nenek moyangnya. Selesai membeli barang keperluan, dan sebagainya kami bertolak balik ke asrama. Dari pintu belakang Universitas itu kami perlu berjalan jauh sedikit untuk ke asrama perempuan. Sampai di tangga untuk ke gerbang asrama, Umairah mendongak memandang ke arah tingkap bilik kami. Aku turut melihat ke situ. Tui mengalih pandangnya ke lain.

” Eh, itu aku kan?”, Umairah bertanya.

Aku yang terpinga-pinga cuba melihat apa yang Umairah lihat yang dikatakan diri dia. Umairah tersengih keseorangan. Laju langkah dia naik tangga menuju ke lif. Aku dan Tui ditinggalkan. Bimbang perkara tak diingini berlaku, Tui mengajak aku untuk mengejar Um. Kami berlari menaiki tangga kecemasan. Tui berlari dengan pantas menaiki tangga dan aku yang ketinggalan memilih untuk menaiki lif di tingkat 3. Aku sampai di depan pintu bilik. Aku melihat Tui cuba membuka pintu bilik kami. Namun tombol pintu itu seperti dipulas kuat dari dalam. Tui menjerit memanggil Um tapi tidak berbalas. Aku hanya mampu berdiri diam memikirkan apa yang terjadi sebenarnya. Aku hanya mampu memikirkan untuk menghubungi Um melalui telefon bimbit.

Panggilan aku tidak berjawab. Aku mencuba lagi sekali. Kali ini Um menjawab.

“Um!! Bukak pintu, aku dengan Tui kat luar bilik ni.”

Telefon bimbit aku hampir jatuh. Tui melihat aku yang terdiam. Apa yang aku dengar tadi masa on call dengan Um, Um kata dia kat pekan lagi. Tekak aku terasa kosong, pahit dan panas secara tiba-tiba. Aku mendekati tombol pintu bilik, cuba memasukkan kunci ke lubang kunci. Aku pulas, dan pintu terbuka. Aku masuk ke dalam terlebih dahulu, Tui membontot dari belakang. Azan Asar berkumandang. Aku dekati bilik kami. Di atas katil Umairah, aku nampak bentuk tubuh manusia berbaring dibawah selimut dari kaki sehingga ke muka nya ditutupi selimut.

Tanpa berfikir panjang aku selak selimut itu. Perasaan marah muncul tiba-tiba. Dalam hati aku menyumpah seranah tanpa aku tahu pada siapa aku tujukan sumpahan itu. Perasaan aku menjadi marah secara membuak-buak. Emosi aku bercelaru. Aku duduk di katil aku dan aku lihat Tui hanya mengusap mukanya dan duduk di hadapan pintu bilik. Entah apa mainan syaitan mengganggu kami bertiga. Tubuh yang berada diatas katil sememangnya Umairah. Pakaian tidur dan keadaan dia tidur memang aku kenal itu adalah Umairah. Lalu aku fikir siapa yang bersama kami sedari pagi tadi. Dalam kepala aku menjadi kosong. Tiada perasaan. Aku bangun dari katil, mendekati Um. Um tersedar dan terpisat2 melihat aku. Tui masih berdiam diri.

“Kalian tinggal aku ya, ke mana kalian tadi” Um mulakan percakapan.

“Pekan” jawab aku pendek. Entah aku keliru. Marah, tertekan dan takut. Aku keliru.

“Enggak bisa kejut aku? Sampai hati kalian..”. Um tanpa merasa apa mejuih bibir merajuk. Sememangnya malam sebelum itu kami berjanji untuk bersama ke pekan berseronok dan membeli keperluan masing-masing.

Petang itu, aku menunaikan solat asar. Aku berdoa dan memohon kepada Allah tunjukkan apa yang terjadi dan berikan aku jalan untuk menyelesaikannya. Jiwa aku keliru diganggu seperti ini. Selesai solat, aku duduk di meja belajar. Aku membaca al-quran dan membaca maknanya sekali. Ekor mata aku menangkap satu bayang dihujung dekat penyidai baju kami. Aku tidak pedulikan bayang itu. Tapi sekali itu aku seperti melihat bayang itu melambai. Aku toleh tapi tidak ada apa disitu. Tui yang duduk di sebelah menyiapkan tugasan tidak sedar kejadian itu. Aku hanya mendiamkan diri. Dalam hati aku memikirkan mungkin itulah makhluk yang menganggu kami.

Keesokannya, kelas kami berakhir seperti biasa. Selesai membeli makanan, kami bertiga berjalan menaiki tangga untuk pulang ke bilik. Sekali lagi Umairah mendongak melihat tingkap bilik. Tapi kali ini aku menghalang pandangannya. Dia menepis aku. Tapi aku masih tidak berganjak. Aku cuba menghalang Um untuk melihat lagi dan berulang lagi kejadian sebelumnya. Um beralah dan kami menaiki lif. Sampai di hadapan pintu bilik kami, aku mencapai tombol sambil membaca ayat kursi. Aku cuba ingat makna ayat tersebut. Tujuan aku supaya tidak ada lagi kejadian pelik seperti sebelum ini. Pintu dibukak, Um terkocoh masuk dan terus ke katil. Dia berbaring sehingga tertidur. Azan asar berkumandang. Aku yang duduk di meja belajar dikejutkan dengan suara Um dari dalam bilik.

“Mana aku..Mana aku..”, jerit Um. Tui tidak kelihatan mungkin dia keluar untuk aktiviti sukan. Aku bersendirian dengan Um ketika itu. Aku mendekati Um yang berada di atas katil. Aku lihat dia masih tidur, bila aku berpusing semula untuk keluar, Um menjerit lagi. Kali ini dia seperti mencari diri sendiri.

” Um..Um..mana aku..Um..”

Keadaan Umairah ketika itu tidak seperti biasa. Aku menghubungi Tui untuk memanggil warden yang bertugas dan mintak Tui memberitahu warden supaya membawa ustaz yg ada di surau bersama. Aku duduk sahaja menunggu mereka semua.

Dua orang ustaz masuk ke bilik dan melihat Umairah. Selang selepas itu, salah seorang Ustaz memanggil aku seperti mahu memberitahu sesuatu.

” Teman kamu ini diganggu mentalnya. Keadaan sebenar sangat berat, perlu dirawat.” Ustaz itu menerangkan.

Malam itu, pelajar2 yang menghuni asrama dipanggil untuk ke surau. Kami bersolat jemaah sehingga selesai waktu Isya’.

Dari arah bilik kaunseling sebelah surau, Umairah dibawa ke tengah bulatan yang dibentuk oleh adik-adik tahfiz. Umairah di duduk kan ditengah-tengah ditemani Mbak Kesuma. Mbak Kesuma memegang kemas kedua tangan Um. Aku yang melihat dari saf perempuan merasa hiba melihat wajah murung Um. Dia hanya tunduk tidak melawan dan hanya berdiam sahaja.

Bacaan zikir dimulakan dan diakhiri bacaan ayat Ruqyah. Kali ini baru aku lihat perubahan pada diri Um. Dia seperti manusia lain. Selesai bacaan ayat al quran, Mbak Kesuma memeluk erat Um. Semua jemaah bersurai dan tinggal aku, Mbak Kesuma bersama Tui, dan Ustaz2 surau. Dihadapan Um, Ustaz Amri menerangkan mengapa Um jadi begitu.

Jelas ustaz Amri, Umairah diganggu “makhluk halus” dan benda itu menumpang badan Um dan tidak mahu keluar dari tubuh Um walaupun sudah dibacakan ayat al quran. Benda yang menganggu Um itu sudah berjaya mengawal minda Um. Sehari selepas itu Umairah dijemput ibu dan ibu sedara dia. Dia dibawa pulang ke kampung nya, 12 jam dari Padang Indonesia. Hanya sebulan khabar Umairah aku terima melalui sms ibu sedara dia. Dia diberi ubat penenang dan dianggap tidak waras. Subhanallah. Sehingga ke hari ini aku tidak dapat berjumpa Um. Selepas kejadian itu, aku merasakan tidur selepas waktu asar itu adalah penyebab roh dan jasad manusia lemah dan mudah diganggu makhluk itu.

Umairah adalah mangsa kepada perbuatan diri dia sendiri. Pulang dari Indonesia aku meneruskan pengajian ke US dan hanya berjumpa Tui semasa dia melawat adik dia di US. Semasa berjumpa, Tui menceritakan dia beberapa kali melihat Umairah bercakap sendirian waktu malam. Tui yang tidur katil atas kerap melihat perkara itu. Disebabkan takut dia tidak berani menceritakan kepada sesiapa. Kadang2, dia akan melihat Um tergelak kecil seperti bergurau dengan seseorang. Aku memang akui tidak pernah sekali melihat pekara itu kerana aku jenis tidur m**i. Semua yang terjadi kepada kami berpunca dari Um. Teringat aku semasa ke pekan sememangnya itu Um dan dibilik berbaring itu juga dia. Mungkin dia yang tidak dapat mengawal percakapan dan perbuatannya benda pelik berlaku kepada kami bertiga. Aku hanya mampu mendoakan supaya Um diberi kesihatan dan diampunkan dosanya. Nauzubilahiminzalik.

DINA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

17 thoughts on “Selepas Asar”

  1. takot nyaa, sampai macam tu sekali.
    hmm, dlu masa blajar slalu gak la tido lepas asaq ni, skrg dah keja, jarang laa,
    hope Um kembali sehatt,
    so kpada kawan2 FS, jaoh kan la tidoq lepas asaq ni naaa

    Reply
  2. My sis marah betul kalau terlelap lepas Asar, katanya akan mewarisi kegilaan.
    Suami pula kata, kita punya lowest point is masa matahari terbit dan terbenam. Means, selepas subuh dan asar tu elakkan tidur.
    Time ni senang musuh dan benda halus nak attack.

    Btw, cepatnya Umaira tu tukar baju tido balik dari pekan tu?

    Reply
  3. saye ni mmg susah tido petang or tido siang. walau penat mane skalipun akan tido mlm jugak. tp kalu sy nak guna tenaga waktu mlm, sy akan cuba jugak lelapkan mate sbb nak recharge.
    hehe

    Reply
  4. Seram aku baca. Kepada semua pembaca FS, Elakkanlah tido lpas asar….ayah sya pon slalu nsihat jgan tido lpas asar

    Reply
  5. Mmg da dipesan oleh org tua,jgn tido lps asar, dlm.islam pon ada dinyatakan mereka yg kerap tdo lps asar bh jd gila dan pendek umur,allahualam

    Reply
  6. Ada pengajaran juga cerita ni. Jangan tidur lepas asar. Aku pernah sekali je tidur lepas asar, bila bangun, ada lebam dekat paha aku.

    Bila aku search dekat google barulah aku tahu yang kita xleh tidur lepas asar. Tu tandanya ada benda yg gigit.

    Mmg serik lpstu nk tido lps asar

    Reply
  7. Omg creepynya. Lps ni dah taknak tdur lps asar klau pnat mcm mna skalipun. Btw, bestlah citer ni. Byk pngajaran :))

    Reply
  8. saya dah lama x dapat tidur lena sejak kecil sehingga sekarang. Pasti akan terjaga pada jam 0300am, 0400am dan 0500am.

    Selepas zohor akan curi2 tidur.

    Tapi betul 44 hari tidur selepas asar akan mewarisi kegilaan dan tubuh jadi lemah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.