Selisih

Assalamualaikum pembaca FS semua. Terima kasih pada pihak FS sebab sudi share kisah saya.

Kisah saya ni adalah dari pengalaman saya sewaktu saya belajar di sebuah kolej di area Timur Malaysia. Waktu tu saya berada di Sem 5. Kolej saya ni ade satu team khas yang ditugaskan untuk membuat persiapan/perhiasan/deco apabila pihak kolej nak buat ape2 majlis atau event . Ahli team ni semua yang tinggal di asrama. Tak ramai pelajar yang tinggal di luar nak join team, mungkin atas sebab kekangan waktu memandangkan kami biasanye akan buat kerja deco ni sampai tengah malam, itu pun bergantung pada kerja dan waktu yang ada.

Pada suatu hujung minggu, waktu kejadian adalah waktu malam. Masa tu team kami sedang sibuk buat deco di dewan besar (tak ingat untuk event apa). Kebetulan event tu akan berlangsung pada hari Ahad, dan kami pun baru nak start buat kerja pada hari jumaat malam. Dengan waktu yang agak terhad, tambah pulak pihak kolej nak deco itu ini, kami pun bekerja la sampai tengah malam. Pada malam tu tak ramai ahli team yang dapat datang. Yang ada hanya 6 orang iaitu saya, ana, ali, atan, abu dan 1 org junior (nama2 tu bkn nama sebenar).

Kami berjanji berkumpul di dewan untuk buat tugasan tu pada pukul 8.30mlm. Saya dan Ana pergi awal sikit , pukul 8 dah ade kat dewan. Lokasi dewan ni tidaklah jauh sangat dengan asrama kami. Kt area belakang Kolej saya ni ada ladang kelapa sawit dan kawasan kolej saya ni berbukit. Asrama kami ni terletak di kawan rendah. Jadi, untuk sampai ke dewan tu kami kene jalan naik bukit , tepi laluan bukit tu ade tangki air. Biasanye, lepas naik bukit tu pelajar akan gune jalan utama yg direct masuk ke café untuk pergi ke dewan. Tapi kalau nak cepat boleh je lalu ikut jalan yang betol2 tepi tangki tu sebab jalan tu terus ke dewan, tapi sunyi sikit la, terutama pada waktu malam. Lampu jalan pun malap kelip2 je.

Saya dan ana datang awal sebab nak prepare barang. Dalam pukul 8.30 lebih barulah geng lelaki tu sampai (ali, atan, abu & 1 junior). Then, kami pun start la buat keje. sambil bekerja, sambil bersembang, agak bising la kami malam tu.

Malam tu angin agak kuat. Asyik betiup je. Saya dan ana da perasan angin kuat ni sejak kami masuk dewan lagi. Angin kuat ni sebenarnye biasa pada kami memandangkan kolej kami ni berada di kawasan yang mukabuminye berbukit. Dalam lebih kurang pkul 11 mlm, angin kuat menderu sampai ke dalam dewan, pintu terbuka, tertutup berterusan. Sejujurnye saya dan ana ni tak perasan pun bende2 pelik. Kami sangat tumpu kat deco tu dan tak peduli pun kt pintu yang asyik tebuka tutup tu. Pada masa tu kami just fikir maybe nak hujan sebab tu angin kuat lain macam. Tibe2 si ali ni tegur saya, die tanya tak nak balik lagi ke? Saya n ana jawab belum sebab banyak keje.

Punye la angin kuat macam nak ribut malam tu, kalau kami nak bercakap kene jerit kuat. Tak cukup pintu terbuka tututp, kerusi plastik pun teralih. Kami ni buat keje kt area atas pentas, so kami tak la buka semua lampu. Bahagian hujung dewan tu gelap . Dan yang sebenar2 nye bulu roma saya, terutama kat bahagian leher rasa meremang je tanpa sebab. Nak kate sejuk, tak, nak kate nervous pun tak. Jadi saya abaikan saje.

Tetibe je ali, atan, abu dan lagi 2 junior ni duk wat keje dekat2 dengan saya dan ana. Muka serius je, jap2 tanya bile kami nak balik. Saya cakap kt diorang kalau nak balik dlu pun takpe, saya dan ana tak kisah. Lagipun angin kuat macam nk ribut je n kami dah ade payung kalu tetibe ujan. Pastu ali ni duk bertegas suh kitrg balik dulu nanti pagi esok datang awal skit sambung buat keje. Saya dan ana pun sebenarnye letih jugak. So dalam pkul 1pg tu kami pun beransur nk balik asrama. Time nak balik tu, kami lalu ikut jalan dekat tu. Pelik pulak yang ali, atan , abu tu beria nak hantar kami balik smpai asrama. Dah sampai depan pagar asrama tu diorg siap tunggu kami betol2 masuk pintu besar baru diorang balik. Kami perasan ade banyak kete kat perkarangan asrama, tapi kami tak fikir panjang la. Dah lewat, kami balik bilik masing2 jela. Roommate saya belum tido. Muka cuak je, saya tanye kenapa, die cakap “takde pape, tapi rase lega” .. pastu terus tido. Pelik saya dengan jawapan die tu.

Pagi esok tu before saya bersiap2 nak ke dewan , roommate saya tanya saya “akak smalam balik takde jadi ape2 ke?”, saya jawab takde pape. Terus die buka cerita yang malam tu ade satu group pelajar perempuan buat study group kt café. Dalam pkul 12 tu diorang balik.

on the way balik tu, salah sorang dari pelajar tu, Si A ternampak sesuatu terbang dari arah dewan dan bertenggek atas tangki air. Automatic die tertegur “eh, ape yg putih tu?” sambil mata duk pandang tangki air. 2- 3 saat die duk perati situ tak berganjak. Kawan2 die terus pecut lari tapi sempat la tarik die skali.

Sampai je diorg dalam bilik, budak tu dah lain macam. Mula2 menggeletar, lepas tu menangis, perlakuan die macam org yang ketakutan. Kawan2 die yang lain pun berkumpul dan baca yasin. Kawan yang bilik seblah pun join sekali. So dalam bilik tu ade 8 org termasuk si A. Ditakdirkan tuhan, si A histeria.

Terus jangkit sorang2. Akhirnye semua 8 orang histeria. Riuh la jugak malam tu. Bilik diorang sama blok dengan bilik saya. Warden dan ustaz datang tengok dan buat ape yang patut. Katenye baca yasin nk jadi pendinding, tapi last2 jadi kandang, bende tu sakit tak boleh nak keluar, tu yang mengamuk situ semua kene histeria (Wallahualam). Ade yang rumah tak jauh tu, parent datang ambil. Tu yang ade kereta banyak time saya dan ana blik dari dewan tu. Meremang jugak la lepas tau. Roommate saya tinggal sorang, tu yang lega sangat bile saya dah balik bilik, baru die boleh tido. Takut betol die sebab bilik kami mengadap tangki.

Dalam pukul 9 pg, saya dan ana pergi ke dewan nak sambung keje yang tak siap semalam. Bile ali da sampai terus saya buka cerita pasal yang jadi semalam. Tapi ali tak nampak macam terkejut pun. Die cakap diorg semua dah agak sebab bende tu dah singgah kat dewan tu dulu. Saya dan ana je yang tak nampak.

Bende tu duk main pintu. Die tutup semua pintu, pastu buka balik satu-satu.. Muncul kat pintu tu, muncul kat pintu ni. Orang yang betul nampak fizikal bende tu adalah junior yang join malam tu. Bende tu tak de la datang dekat dengan kitorang, tapi die duk main kat hujung dewan yang gelap tu. Pagi, junior tu demam.

Ali cakap bende tu macam cik ponti. (maaf la xdapat nk describe btol2, saya x Nampak bende tu. Yang nampk plak demam, x sempat nk crita). Ali cakap lame jugak bende tu main kat dewan tapi last2 die hilang tak tahu ke mana. Tu yang masa saya dan ana nak balik tu , diorg beria hantar balik. Bimbang jadi pape kat kami.

Agak selisih la jugak malam tu. Ditakdirkan tuhan bende tu tak muncul depan saya, Alhamdulliah…. Sekian cerita saya, maaf la kalau tak seram untuk reader semua.

– Siti Spek –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *