Semalaman Di “Ward” DEMC

Hai semua, aku nak share pengalaman aku sendiri. Sepanjang 24 tahun hidup, ni la baru kali pertama aku diganggu. Sebelum tu mula, aku cerita sikit background aku. Aku dah kahwin and menetap di JB bersama suami, parents aku kat Damansara and aku sekolah di Shah Alam.

Okay nak dijadikan cerita, time raya puasa lepas aku decide nak surprise kan parents aku, sebab aku cakap raya tahun ni beraya rumah mentua di Perak. Raya ke3 konon nak datang ke Damansara tapi aku tak cakap dekat parents aku. Kitaorg sergah je datang tup tup sampai depan rumah kereta tak ada. Nak tak nak aku terpaksa call parents aku and diaorg kata diorang otw back Muar rumah atok aku. Okay fine, sekarang siapa surprise siapa??

Aku cakap kat suami, kita balik JB la memandangkan parents pun tak ada. Tapi tiba2 suami aku macam tak sihat, pucat and muntah2. Takkan nak drive balik JB dengan keadaan suami aku macam tu. Suami pun cakap suruh checkin 1 malam kat sini bagi dia rest dulu. Oleh sebab aku tak familiar jalan kat Damansara aku pun decide turun Shah Alam cari hotel. Tengok kat website booking.com, ada 1 hotel budget kat seksyen 9 and without hesitate aku pergi book.

Dah book baru macam perasan, ” ehh kat nine ada hotel ke? Mcm tk pernah ada,mcm ada concorde je.” Tapi sebab dah kesian sangat tgk suami aku , dah mcm orang pregnant 3 minggu muntah2, aku pun cari lah hotel yang aku book tu. Cari2 aku tak jumpa, sampai aku call hotel tu and dia kata hotel tu ada kat atas mamak sederet dominos. Hahh pergi cari sana. Okay dah jumpa! Masih curious sebab pelik la keadaan hotel ni.

Jeng jeng jeng kat sini kisah bermula, masa masuk je dalam tu aku dah macam pelik, asal lain macam tempat ni. Owner hotel tu datang collect duit and tunjuk bilik. Tak ada reception! Even hotel budget pun selalu aku rasa ada reception. Yang ni dia datang, suruh tunggu depan pintu lift, lepas bayar terus tunjuk bilik. Bila dah masuk bilik aku baru teringat!!!!

Weyhhh mana pergi DEMC kat sini?? Pindah mana? Maklumlah aku dah lama tak datang Shah Alam lepas kahwin. And tak tau mana dah pergi kedudukan DEMC kt situ. Tak semena mena bulu roma aku berdiri semua, rasa macam ada yang tiup belakang telinga. Aku selawat banyak2, and aku tak nak cakap kt suami aku yang kita sekarang tengah bermalam kat bekas hospital!!

Suami aku cakap dia nak turun bawah amik hp yg tertinggal dalam kereta, aku dah mula cuak tapi aku sedapkan hati. Tinggal aku berdua dengan anak aku dalam bilik tu yang memang bilik ward -___-”
Masa aku letak anak aku atas katil, aku nak ke toilet and aku dengar anak aku gelak2, galak ya rabbi macam ada orang main dengan dia. Lagi la buat aku serammm yang amat .

Terbantut terus nak membuang, aku jengah and aku panggil anakku, “honey , awak buat apa tu” dia toleh and dia tunjuk2 kat 1 bucu lepas tu dia ketawa lagi. Anak aku baru setahun, so tak pandai cakap lagi tapi boleh faham apa yang aku cakap. Honey tepuk2 tangan and mata dia pandang kat area bucu tu sambil gelak. Serious memang ada orang main dengan dia ni.

Laki aku ni pun lama sangat amik hp nya, aku memang dah seram habis dah. Aku dukung anak aku nak bagi dia stop main, tiba tiba frame yang ada kt area bucu tu jatuh, tak ada angin kot! Macam marah pulak aku angkat anak aku. Aku selawat banyak banyak , aku nak angkat frame tu letak atas meja. Masa nak angkat, mata aku pandang pintu sebab laki aku bukak pintu. Time aku pegang frame tu aku rasa macam ada orang pegang tangan aku,sejuk macam air batu weyh rasa dia. Aku laju laju tarik tangan aku! Terus lompat atas katil, suami aku pelik tapi dia malas nak tanya mungkin sebab dia penat. Aku dah rungsing dah, apa lah yang pegang tangan aku tadi tu, aku tak keruan!

Sifat ingin tahu aku meluap-luap jadi aku keluar bilik and tengok bilik-bilik yang lain. Ada lebih kurang 10 bilik dalam “ward” yang aku duduk. Kat tombol bilik tu semua ada kunci tergantung means tak ada orang dalam semua bilik tu kecuali aku. Entah kenapa aku rasa nk bukak 1 per 1 bilik tu semua, ada 1 bilik ni dia macam bilik doktor sebab pintu dia ada cermin, and ada bekas nama doktor yang dah ditanggalkan. Time nak bukak bilik tu, aku rasa mcm ada orang pegang bahu aku, terkejut terus toleh belakang! Ya Allahhhh suami aku rupanya, dia tanya awak kenapa mcm takut ni, aku cakap tak ada apa, jom masuk tidur.

Suami dah tidur dulu, aku masih cuba nak tidurkan anak aku sebab honey tiba2 meragam. Nangis-nangis tunjuk kat area bucu tu, aku jadi stress, entah macam mana tiba-tiba je mulut aku cakap jangan kacau anak aku, honey nak tidur ni. Terus anak aku tidur dengan lenanya, tapi kurang ajar benda tu sebab dia tak kacau anak aku tapi dia kacau aku!!

Lepas anak aku tidur, mula la dia nak timbulkan diri, aku nampak bayang bayang kat area bucu tu. Subhanallah aku betul2 mengigil ketakutan, aku goyang2 suami tapi dia tidur m**i, mulut aku macam terkunci! Tak boleh nak jerit, aku toleh ke dinding and pejam mata. Aku rasa pipi aku kena sentuh dengan benda yang sentuh tangan aku tadi, sejuk!!!! Sejuk sangat! Ya Allah apasal la pulak aku yang kena semua ni!!

Aku selubung terus pejam mata sambil selawat sampai tertidur. Sedar je dah pagi. Alhamdullilah nasib dia tak tunjuk muka, kalau tak ada aku ajak suami aku tidur dalam kereta. Lepas checkout otw balik JB suami aku tanya, “awak semalam dah kenapa kibas-kibas rambut awak kat saya? Nasib saya penat sangat jadi malas nak marah” . Persoalannya, bila masa aku buat???

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

14 thoughts on “Semalaman Di “Ward” DEMC”

  1. Gulp! DEMC jadi hotel???? DEMC dah pindah kat Sek. 14. Dekat dengan Kompleks PKNS. Hospital kot situ dah jadi hotel. Dah sah sah ler bermacam benda jadi. Dah la DEMC ni terkenal dengan bad repo especially bab bersalin. Perghh!! Hotel ya. Hebat…! hebat… owner hotel tu! Yang lain sila take note hotel berkenaan.

    Reply
    • Adik saya 4 orang mak saya lahirkan di DEMC yang kat bangunan lama tu. Alhamdulillah semua okay dan selamat and with the same doctor everytime. Never heard of their bad repo pun before this.

      Reply
  2. Pernah gak nak bermalam kat situ tapi cancel sebab ada seorang pakcik ni ckp,JANGAN BERMALAM DISINI SEBB TAK ELOK.. Perghh,,len mcm pula pakcik tu cakap cam tu..

    Reply
  3. Aku pernah stay kat situ 2 malam. Kalau nak rasa apa rasa pergi stay sana satu malam pun dah cukup. Boleh rasa orang bernafas depan muka.

    Reply
  4. Kat situ dah byk kes dah, mcm2 dah sy dengar sbb sy dok shah alam dulu. hari2 lalu jalan tu nk p ofis. jangan la p dok situ, banyak lagi hotel area seksyen 13, seksyen 7 yang selesa dan bebas dari gangguan.

    Reply
  5. Bangunan kedai pejabat bekas DEMC rasenya tak penah jadi hotel. Tahyul mahyul ni. 2004 anak saya lahir di sana. Semua ok, Alhamdulillah.. Skarang DeMC dah pindah ke seksyen 14 dan nama pun dah tukar kpd Avisena.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.