Setiap kali aku melewati perkarangan Masjid Lebai Hashim di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, untuk pulang ke rumah sewa di Taman Kota Permai, sering kali jugalah ingatanku terimbau bila mana terpandang perkarangan kubur tempat bersemadinya mereka yang pernah hadir di sepanjang hidupku. Di situ telah bersemadinya rakan2, nenek & ibu saudaraku yang lebih awal dijemput Allah. Kenanganku pada arwah Zharif atau lebih mesra di kalangan rakan2 sebagai Mat Arip.
Sebelum tahun 2010, aku dan keluarga (orang tua & adik2) tinggal di Taman Markisah yang juga berhampiran kawasan Bukit Minyak sejak tahun 1992. Sepanjang tinggal di sana, aku telah kehilangan 4 orang rakan akibat kemalangan jalan raya. Salah seorangnya Mat Arip yg meninggal dunia sekitar awal tahun 2004.
Aku kenal Mat Arip yg baru berpindah ke Taman Markisah kalau tak silap pd 1998. Kami tidaklah rapat malah sekadar mengangkat tangan bila terserempak di kawasan kejiranan. Kadang-kadang masing-masing buat tak peduli bila ternampak.
Terdapat sedikit persamaan antara kami iaitu masing-masing mempunyai sebuah motor kapcai jenis Honda 70. Aku punya jenis lampu bulan & Mat Arip jenis lampu petak. Aku tak rapat pada awalnya mungkin kerana aku berbeza sekolah dengannya tambahan pulak dia muda setahun daripada aku. Satu lagi sebab waktu itu aku tak berapa berkenan dengan style dia yang ke hulu ke hilir motor kapcai Honda 70nya dengan ekzos bising. Pernah suatu ketika arwah bereksperimen menyambung buluh di ekzos motor.
Lalu bergemalah bunyi meletup-letup kapcainya tu. Rumahku di hadapan laluan utama di depan taman jadi selalulah nampak dia kalau bersiar-siar dengan kapcai setiap petang dan jarak rumah dia dengan rumahku sekitar 200 meter saja. Dengan aku dia sedikit sombong la tapi bila jumpa kawan2 aku yg lain, dia agak ramah dan mudah membantu.
Habis SPM, aku menyambung pelajaran di tingkatan 6 di tahun 2003. Waktu itu aku cuba mencari duit poket dengan membantu seorang kakak (Kak Sue) di gerai burger di depan taman. Ketika itulah, hubungan kami jadi rapat kerana Mat Arip pun pernah bekerja dengan Kak Sue & suaminya namun tidak lama kerana tak berpuas hati soal pembayaran. Aku tak kisah dapat income kecil janji dapat cuba benda baru dan duit poket.
Dari situ kami jadi rapat. Mat Arip sering lepak di gerai burger tempat aku bekerja. Selalu juga dia tolong aku kalau nampak aku sibuk. Beberapa kali juga dia pernah bantu aku ke kedai frozen kalau aku ada masalah. Bila nak hulur duit minyak, dia menolak. Cukup sekadar belanja daging burger favorite dia (daging tak dibelah tengah digoreng dgn bawang). Dia pun faham sebab aku dibayar upah rm5 sehari tanpa pembantu. Jadi ditolongnya aku meringankan beban.
Sampai ketika aku daripada kerja dgn Kak Sue sampailah dapat sewa gerai tu sendiri beberapa bulan kemudian. Aku ajak Mat Arip sama-sama bekerja tapi dia tolak…jdi aku ambil Meon (Syazrul Ikmal) dan Mamu (Muhammad Afif) sebagai pembantu. Mat Arip masih sering lepak dgn kami setiap malam dan bantu mana yang patut.
Masuk upper 6, aku buat keputusan nak berhenti meniaga kerana nak tumpu STPM. Aku pilih Februari utk mula stop meniaga burger dan semua rakan akur termasuk Mat Arip.
Jadi kisahnya bermula di sini. Sekitar awal tahun 2004 (tak ingat tpi dekat2 nak Februari), petang tu Mat Arip nak tolong aku pergi beli stok2 burger di kedai lain yang jauh sedikit dri tempat yang aku biasa beli sebab ada stok yang tak ada di kedai biasa. Lagipun kata Mat Arip, dia nak singgah di kilang Syafiq (bukan nama sebenar) di Simpang Ampat sebab nak jumpa rakan2 kami yg tengah lepak di sana.
Aku yang membonceng kapcai Honda Mat Arip dah masak dgn cara tunggangan dia. Macam ribut selalunya. Tapi hari itu lain macam sket. Mat Arip bawak relax cuma menyelit sikit2 jer la. Taklah cuak mcm selalu aku naik dgn dia sebelum2 ni. Sampai di kilang Syafiq, kami nampak member dalam 5, 6 orang tengah baik ‘yamseng’ arak. Syafik nampak kami berdua dah smpai terus dia nak hulur segelas kat Mat Arip…
Syafiq tahu aku tak minum jdi dia tak pelawa akulah. Dengan tiba2 Mat Arip bersuara kuat “Aku dah tak sentuh la ayaq kencing setan ni. Apalah nak jadi kat hangpa ni…” antara kata2 yang aku masih ingat. Aku terkejut malah rakan2 yang lain terpinga-pinga sebab Mat Arip tak pernah2 nak bersuara tinggi pasal ni. Habis membebel, Mat Arip terus ajak aku balik bukak gerai sebab dah nak maghrib.
Di atas motor, aku tanya dia “Aku ingat hang ajak pi jumpa Syafiq sebab nak pi yamseng skali dengan depa”. Kata Mat Arip, “Taklah aku hantar surat bapak aku kat dia”…ya, aku tak ingat pulak yang Mat Arip ni part-time dgn ayah dia yg ada company senibina. Time atas motor tu, berkali-kali Mat Arip pesan kat aku jgn diikut perangai rakan2 yg minum arak…dan dia luahkan perasaan kecewa terhadap Syafiq yang dia sifatkan rakan rapat sejak sekolah…aku perasan Mat Arip bawak motor lagi relax time ni banding sebelum pergi.
Habis di situ, aku kerap jumpa Mat Arip lagi lepas tu…adalah dia ajak lepak2 minum. Yang aku jadi mcm tak percaya bila dia belanja makan….tak pernah-pernah dia nak belanja camni walaupun dia tau aku ada duit sbb berstatus tokey burger time tu…haha.
Pastu esok2nya malam Mat Arip datang ke rumah aku bersama Mamu. Dia ajak lepak depan rumah aku nak bersembang. Macam2 topik yang kami bualkan…tak sembang kosonglah sangat. Antaranya, banyak sentuh pasal pelajaran. Mat Arip kata lagi 3 hari dia nak ke Kolej Komuniti di Kepala Batas nak mohon belajar. Katanya tak mahu sekadar ada SPM. Lagipun segan tengok kawan2 yang tak patah semangat sambung belajar. Termasuklah aku yang waktu itu di tingkatan 6.
Dia banyak nasihat aku malam itu sampaikan aku bersuara “hang ni lain macam ja Mat Arip…nasihat aku mcm2 ni ada apa2 ka? Aku takdak syiling nak bgi kat hang..” Dia kata tak ada apa2 cuma tak mahu lihat kawan-kawan rosakkan masa depan. Dia bagi contoh terdekat rakan2 yang terjebak dengan jenayah & dadah. Jadi dia tak mahu itu berlaku pada aku dan Mamu. Malam itu juga kami banyak mengimbau kenangan sebelum ini terutama waktu Mat Arip belum rapat dgn aku. Aku dikatakannya sombong dahulu. eh, aku pun sangka dia sombong dulu…benarlah kata2 tak kenal maka tak cintalah ya…haha
Tak silap kami lepak malam tu lama benar…sejak pukul 9/10 lebih smpailah ke pukul 4 pagi. Aku cakap kat Mat Arip & Mamu yang aku bajet sampai pukul 2 nak masuk tidur tapi banyak kali ditahan Mat Arip. Katanya, “bila lagi nak lepak dengan hang sebab lepas ni aku nak sambung belajar di tempat lain, Mamu pun dah nak pi tempat lain. Hang pun nanti habis STPM trus boleh masuk universiti kalau dpat result 4 prinsipal saja…”
Banyak kali kot dia ditahan aku daripada masuk rumah. Jam pukul 4 kami pun salam2 lalu Mat Arip dan Mamu pun pulang. Sebelum pulang, lagi sekali Mat Arip byk memberikan nasihat yang berulang mengenai pelajaran & turut dititipkan doa kejayaan buat kami semua.
3 hari berlalu, hari itu hari isnin, jam sekitar 12 lebih tengahari, adik perempuan aku mengejutkan aku yang masih di kamar tidur. Hari cuti sekolah biasalah bangun lewat. Haha. Dengan suara cemas adik berkata “Abang, abang! Mat Arip meninggal!”. Aku yang separa sedar bertanya Mat Arip mana satu ni? (ada dua rakan nama sama). “Mat Arip Pakcik Senu lah,” kata adik. Aku bingkas bangun terus bersiap-siap menuju ke rumah arwah.
Di sana aku mendapat khabar Mat Arip meninggal akibat kecederaan di kepala dalam kemalangan melibatkan lori di lebuhraya hadapan Masjid Seberang Jaya sewaktu dalam perjalanan ke Kolej Komuniti di Kepala Batas. Rakannya yang aku tak kenali membonceng bersama arwah khabarnya cedera di kaki.
Aku nampak adik lelaki Mat Arip tengah bersedih di halaman rumah. Aku tegur dan dia kata arwah tengah dibedah siasat dan akan dikebumikan selepas Asar. Adiknya yang mirip rupa arwah tu bercerita pagi itu arwah sangat lain. Tutur katanya baik dan siap bantu repair motor kapcai adiknya sebelum bertolak ke Kepala Batas.
Lepas Asar, jenazah tiba di perkuburan. Kami yang menanti di sana sempat diberi peluang menatap wajah arwah buat kali terakhir. Saat itu, tak dapat aku gambarkan betapa sedihnya perasaan hati ini apatah lagi terkenang seminggu yang terakhir itu bersama arwah….dan paling tersentuh pada malam 3 hari sebelum kematiannya. Rupa-rupanya arwah halang aku daripada menghentikan perbualan malam itu kerana itulah malam terakhir aku berbicara bersama arwah.
Aku sangat berterima kasih pada Allah kerana menghadirkan rakan seperti arwah yang pernah memberi inspirasi serta mendoakan kejayaanku dalam STPM sehingga ke menara gading.
Al Fatihah kepada sahabatku itu, Zharif Syafiq bin Senu. Terima kasih kerana membaca serpihan kisah hidupku ini.
– Pak Usop –
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Memang sedih tapi silap forum ni ? al fatihah untuk arwah mat arip
Sedihhh. Di doakan semoga arwah termasuk dlm kalangn org beriman.aamiin
Haaaaaa sedih nyaaaaa ?
tetibe teringat dekat arwah sahabat aku ! ? aku dengan arwah dah mcm kembar kat skolah , walaupun kelas lain2.. kami sangat rapat ! masa rehat kalau aku tak dea duit dia ajak aku makan dengan dia , kongsi pinggan , dia tak penah kedekut .. bila dia tak dea duit aku pulak belanja dia .. 1 skolah dah tau kami memang mcm belangkas ! rumah sukan pon sama , bila ada kokurikulum aku akan lepak rumah dia dulu sementara tunggu waktu yang ditetapkan tuu .. solat semua kat rumah dia memandangkan rumah dia dekat sangat ngan skolah.. hari khamis malam jumaat pukul 6pm dia ada msg aku kata nak jumpe hari isnin next week , sbb dia ada last paper kimia , habis paper dia nak balik kampung sementara tunggu result spm kluar .. so aku kata oke jea laa walaupun last paper spm aku pada hari rabu , aku sanggup dtg skola semata mata nak jumpe dia, memang nak jumpe pon mane laa tau lepas niee masing2 buat haluan sendiri kan.. so maghrib pon tiba , lepas dah decide nak jumpe kami pon stop msg .. esok pagii aku tengah tidur , dtg kawan satu taman aku bgtau yang arwah dah tak dea .. aku pelik laa betul kee niee? kee silap org, sbb semalam baru msg dengan dia .. nak ajak jumpee hari isnin.. kawan aku ckp yea kalau tak caya call mak dia , aku call mak dia then memang betul dia dah tak dea .. aku masih tergamam.. ape punca? aku tnya , mak dia ckp dia muntah d***h dlm toilet then terus rebah , masa dorg bawak pii sepital tuu arwah masih lagii bernafas , sampai hosp doc ckp dia 50/50 , pagi jumaat tuu dia meninggal .. aku terkilan , akuu tak sanggup hilang sahabat susah senang sama-sama .. seminggu lepas arwah meninggal , adik dia cerita , rupanya arwah kene buatan orang ??? kejammmm !!!!! al-fatihah untuk sahabat aku dunia akhirat .. aku tak penah lupakan kauu .. doa aku sentiasa mengiringi kau .. spm2009
dan sampai sekarang aku tak penah jumpe lagi sahabat sebaik arwah .. aku tetap setia pada arwah dan tak penah ada sahabat baik selepas pemergian arwah.. dan arwah tak penah betekak ngan aku walaupun kami ada terasa hati .. dia sangat lembut dalam tutur kata, seorang gadis yang cantik dan bijak .. aku sayang kau anis.
ni bukan cerita hantu la bhaiii.. Admin plzz tengok cerita dulu baru postt!!!!
laa apa salah ya kalau bukan cerita hantu pun.
betul ! ??
before this pon ada cerita lain .. tak dea masalah pon.. oke apee ..
Ye la ni kan kisah seorang sahabat banyak tauladan aku dapat masa bace tadi ape ape pun semoga arwah tergolong dalam orang2 yg beriman
nama pun fiksyen shasha.. bkn wajib cerita hantu
tringt arwah uncle aku.. dsbbkn beza umo aku 1thun jer ngn dye so kitaorg mmbesar sekali..sminggu sbelum mninggl aku da jnji ngn dye nty aku nk bwk dye jumpa bakal fiance aku kt kl.. mse tu dye bru dpt kjer kt airport .dye sungguh2 nk jumpa excited gila..ye la sbb aku mmg rpt ngn dye..aku ank buah sulung kn.. before dye balik kl dye pesan byk kali tolong jga opah baik2..aku ingt cara dye ckp tu..and tht day smpat la aku brrposing ngn superbike pink dye tu.. sudden sgt dye pegi masa tu sminggu seblum puasa..mlm tu dye siap dinner ngn gfie dye and gfie dye tk ksi dye blik ipoh mmlm..tp dye kata dye rindu mak dye and dye ad bnd nk setelknn kt ipoh..3 pg aku dpt cll yg pkchu aku excdnt mninggl..i was like.. mustahil..aku cll gfie dye and she was like crying smp tk tau nk ckp ap.. gfie dye with bos derng shoot dtg ipoh and gfie dye tnjuk last pic dye ngn pk chu aku mlm tu..muka dye sgt lain..mcm sedih.. no wonder y mlm tu dye kata dye syg gfie dye and suh gfie dye move on if anything happen dan redha.. kitaorg yg tk perasan tu petanda dye nk pegi.. 11.50 pm last seen whtsapp dye aku txt dye tny dye kt mne and dye kata dye kt RnR taph.. tk sngka tu last perhentian dye bfore excdnt dgn treler load loader tk jauh dr RnR tu..Al-Fatihah utk Pakchu ..reht la ..kitaorg mnyusul nnty..
lorrrr aku sedih la kwn ang meninggal tp ni page seram. fs pls la tgk sket content sblm publish. cite aku yg seram 3 bulan lepas aku anta pon ko xpublish. cite mcmni jgk ko publish. penat aku cari part seram. kecewaaa kecewaaa
Faham x maksud fiksyen? Bru msk sekolah ke cmne….
Maaf tak online dah 2 hari & tak sangka pulak cerita yg saya karang sepintas lalu tgah malam sabtu dipublish 2 hari kemudian…rasa saya mustahil admin tak check…lagipun admin dah nyatakan syarat2 sesebuah kisah yg boleh dipaparkan. Pada yg kecewa tu, maaf krn saya buat anda kecewa…haha!
Memang betul, di FS ni tak semua org mampu membangkitkan emosi seram pembaca wlaupun dibawaknya hantu, jin ataupun iblis dlm cerita tu. Byk cliche smpaikan jdi tak seram…haha! Saya pun ada kisah seram tpi rasanya jdi cliche kalau bawa di sini sbb ada yg jalan ceritanya lebih kurang sama dgn org yg dah kongsikan pengalaman di sini.
Apapun, terima kasih di atas kritikan & komen2 membina. Memang sengaja saya lari tema seram & kaitkan unsur ghaib (gerak hati si m**i) dlm penceritaan. Saya kongsi pengalaman ni atas dasar minat dgn page FS…tiada niat menyinggung mana2 pihak (yg terlibat mahupun pembaca). Lagipun elok juga dibangkitkan sebagai pedoman pd kita yg masih hidup sekaligus dpat kita sedekahkan doa buat mereka2 yg dah pergi…ingatan ikhlas kita pd mereka2 yg pernah hadir mewarnai hidup kita. Jgn lupakan mereka krn mereka juga mengharapkan doa2 drpd kita yg masih hidup.
Terima kasih sekali lgi pd semua…terima kasih byk di atas doa kalian pd arwah. Semoga Allah merahmati kita semua…amin.
X pe aku fahan kadang2 kita nak meluah kan tu bkn senang ad org faham ad org jenis ko luah kn pon xguna msk telinga kanan klua telinga kiri…. Al-fatihah takziah utk kawan sedara…. Terima kasih sebab ingatkan aku ttg sahabat dlm page nie.
ko silap panggung ni dik non..
panggung ko B3..
ape lah..beli tiket cerita tamil ko pegi masuk kat panggung F8…
podah…
Tak seram pon syaitan…wat rugi masa ak bace shj
Pedih berayor mata ni ha banyak sangat bawang dok kupas
xfhm
salam takziah…