Assalamualaikum dan salam sejahtera warga FS sekalian.Bertemu kembali kita dalam episod seterusnya daripada Senyuman Perantau. Sebelum beralih kepada episod seterusnya,aku nak jawab dulu teka teki episod ketiga iaitu Mujahid tu orang Penang. Sapa betul nah cekelat ketburi.hihi.
Ok,hari ni aku nak bercerita tentang satu kisah benar yang dialami oleh seorang rakan SenyumanPerantau,akan tetapi jalan ceritanya diubah sedikit untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini atau “HANTARAN” seterusnya kepada rakan aku ini. Kisah aku kali ini tidak ada kaitan dengan enam sahabat aku sebelum ni ,episod kali ini adalah sebuah kisah benar yang diadaptasikan daripada seorang kawan aku yang bernama Saiful.
Buat pengetahuan semua,aku mengenali Saiful ketika zaman aku menuntut di sebuah universiti. Saiful ni seorang yang alim dan kuat ilmu agamanya.Dia sentiasa di senangi rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah. Walaupun aku tidak menuntut di dalam fakulti yang sama,tetapi aku sering berjumpa dengan Saiful untuk menghabiskan hobi bersama iaitu futsal. Saiful sudah berkahwin ketika tahun ketiga lagi di zaman universiti. Saiful berkahwin dengan seorang isteri yang cantik dan solehah bernama Syahira dan dikurniakan tiga cahaya mata;iaitu Sumayyah,Aisya, dan Fakhrul.
Selesai pembukaan episod kali ni tentang Saiful.Buat pembaca yang mengikuti kisah
Senyuman Perantau,sebelum aku ditugaskan di Sarawak,Saiful ada menghubungi aku dan berbual panjang tentang “kisah” dan “dosa” yang telah dilakukan setahun yang lepas. Walaupun aku mengenali Saiful,aku tidaklah mengetahui kisah hidupnya secara lengkap,sehinggalah pada hari tu,dia menelefon aku dan menangis meluahkan segalanya tentang perangainya sehingga terjadi “episod” ini. Dia mula bercerita,kehidupannya selepas mempunyai anak,dia berasa sunyi dan merasa tidak cukup “sempurna” dengan isterinya.
Walaupun pada pandangan ramai,dia tampak seperti alim dan selalu berusrah,tetapi dia mengakui sebenarnya sering tertewas dengan makhluk tuhan bernama “perempuan”. Selepas anak ketiganya dilahirkan,Saiful mula berkenalan dengan dua orang wanita berlainan bernama Sofie dan Sally. Sofie digambarkan Saiful sebagai seorang yang bertudung labuh,berpurdah dikenalinya ketika program keagamaan yang disertai bersama.Manakala Sally dikenalinya melalui aplikasi WeChat, seorang perempuan yang berambut panjang, “agak gedik dan manja”.
Dia menambah lagi,pada ketika itu,dia sering memberi alasan kepada isterinya yang dia selalu “overtime”,dan isterinya sentiasa memberi sepenuh kepercayaan kepadanya. Saiful selalu berjumpa dan meluangkan masa bersama dengan dua-dua perempuan ini.Bersama Sofie dengan dating “islamiknya” manakala dengan Sally selalu menonton wayang dan karaoke berdua.
Kejadian ini berulang dan terus berulang,sehinggalah pada suatu hari, Sofie dan Sally menjemput Saiful untuk bertemu kedua ibu bapa mereka. Berbekalkan mulut manis dan muka yang sangat alim bagi aku,Saiful mengakui yang dia masih bujang dan ibu bapa mereka percaya bulat-bulat akan kata-kata Saiful. Dan pada satu malam,Saiful bermimpi yang nyawanya sudah tiada, dia telah dikuburkan,ditemani ular dan kalajengking di dalam kubur,api marak bernyala-nyala meratah kulit tubuh badannya.
Saiful terjaga dan mulai beristighfar dan menyesal akan perbuatannya.Dia merenung sedalam-dalam wajah isterinya di sebelah,dia akui,kini walaupun perangai dan layanan dia terhadap isterinya masih sama,tetapi keikhlasan sudah tiada.hilang.lenyap. Ketika detik ini,Saiful teresak-esak meluahkan perasaannya kepada ku. Saiful meminta izin untuk berjumpa aku sebelum aku bertolak ke Sarawak.
Pada malam itu, kami berjanji untuk berjumpa di sebuah warung mamak yang terletak di Nilai. Aku terkejut dengan perubahan Saiful,walaupun sudah setahun tidak bertemu dengannya,keadaannya agak kurus,cengkung dan tidak setampan setahun yang lalu. Aku mulai pelik dan mula bertanya kepadanya, “Epo,kuruh gilo mu lonih,apo jadi benarnyo??”. Dia tersenyum kelat.
Selesai memesan mee goreng mamak dan roti nan cheese special, Saiful mula menyambung ceritanya, setelah mimpi malam tersebut,dia mulai insaf dan cuba menolak jika Sofie ataupun Sally untuk berjumpa dengannya. Dia akui,dengan Sofie dia bertemu dan berterus-terang yang dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak;Sofie seolah-olah redha dan melepaskannya.Manakala dengan Sally,dia memberi alasan yang dia ingin dijodohkan dengan wanita pilihan kedua ibu bapanya.Tetapi Sally seolah-olah tidak berpuas hati, dan menggunakan kepakaran “stalker” fb nya,dan mencari perihal Saiful ni. Untuk pengetahuan semua,Saiful ni tidak menggunakan nama sebenar dalam fbnya,hanya yang betul-betul “expert” sahaja menemui fbnya.
Setelah Sally menemui fbnya,gambar keluarga Saiful,Sally terus menghubungi Saiful, “Woi jantan,berani kau ye buat aku macamni,jaga kau,kau tengoklah apa jadi lepas ni…” bentak Sally lalu meletakkan telefon.
“Lepahtu,lepahtu ganooo..Tu la mu bodo,doh mu gelenya sangat bakpo” dengan sengal aku membalas.Aku ni pun kadang-kadang kejam dan tak fikir perasaan kawan gak dalam berkata-kata. “Ni aku nak sambung la ni,yo la,yo la,saloh aku.insyaAllah aku tak buat doh” balas Saiful. Saiful berkata,selepas kejadian tu yang segala episod misteri berlaku kepada dirinya. Kejadian pertama yang berlaku setelah seminggu putus dengan Sally, Saiful sedang menjamu selera beriani kambing di rumah setelah pulang “overtime yang sebenarnya”.
Dia tiba-tiba rasa tercekik sesuatu ketika enak menikmati daging kambing,dia tersedak-sedak,kerongkongnya tersekat,terasa seperti gumpalan berpintal di dalam tekaknya.Dia berhenti lalu terus menuju ke singki,di tujah-tujah anak tekaknya sehingga memuntahkan gumpalan tersebut. Maka,keluarlah segumpal rambut yang panjang sebesar penumbuk,di dalam rambut tersebut,terdapat seperti manik-manik berkilauan.Saiful terus berhenti dan membuang terus makanan tadi.
Semenjak kejadian segumpal rambut tu,Saiful menjadi kurang berselera,dan sering menghabiskan waktunya bersendirian. Saiful menambah,kejadian kedua berlaku selang 3hari daripada kes gumpalan rambut,dia baru pulang daripada solat isyak dari masjid yang terletak 30 minit daripada rumahnya. Sampai di simpang perumahan rumahnya yang agak gelap,dia terlihat satu perempuan berambut panjang bertenggeng di atas pepohon yang rendang.Matanya putih,pucat,lidahnya menjelir panjang sehingga mencecah tanah,dan berbaju kusam putih bercampur coklat muda.
“Perempuan” ini menjegilkan mata sambil menghayun-hayun lidahnya kekiri kanan. Saiful sangat takut masa ni,dia mengakui,dia telah terkencing dan membasahi separuh kain pelikatnya. “haha.siye pun ado,lucu pun ado” gelak aku berdekah-dekah. Dia pun memecut laju sehingga tiba di garaj di hadapan rumah,dia pun berteriak memanggil isterinya, “Ira,ambik towel kat abi jap”.Ira keluar ke pintu depan rumah bersama towel hijaunya, “Aik,kenapa basah kain tu bang”.
“Air tumpah”balas Saiful memberi alasan. Saiful setelah menukar towel,terus membilas kain pelikat di paip di luar rumah.Sedang asyik mencuci dan membilas “sisanya”,anak Saiful,Aisya yang berumur 4tahun muncul di pintu dan berkata “Abi,apa ninik tu buat terrbang atas tiang,hebatnyaaa ninikkk”..Saiful berpaling dan jelas tiada kelihatan pun “nenek terbang” tersebut. Saiful terus mencampak kain pelikat dan terus masuk mendukung Aisya,tutup pintu dan mengarahkan anak-anaknya tidur.
Kejadian ketiga dan terakhir yang diceritakan,dan ini bagi aku paling seram,Saiful bercerita tentang badannya akan berasa panas dan bahang setiap kali ingin berwudu’ ataupun mengangkat hadas besar.Dia cakap pada satu ketika,dia akan menangis dan terpekik-pekik menjerit kesakitan ketika mengangkat hadas besar. Dia juga mengakui kadang-kadang dia cuba untuk menahan wudu’ daripada terbatal untuk sembahyang yang seterusnya. Dia berkata,benda nil ah paling seram terjadi dekat dia,sebab untuk berwudu’ pun dia akan rasa sakit,pedih,mencucuk-cucuk di bawah kulit terasa seolah-olah dicurahkan air panas dan lalu dilumurkan cili.
Saiful menyambung “Ni ok skek ni Jie,lepah aku jupo soghe ustaz tu, hantaran besar-besar tu takdop la,kecik-kecik tu biaso la”. Saiful sampai sekarang mengakui masih tak tahu samada “HANTARAN” itu dihantar Sally atau Sofie, atau hantaran tuhan kepada hambaNya yang leka dan alpa. Perbualan kami tentang misteri tu pun berhenti setakat tu je,dalam hati aku bercampur-campur perasaan aku ada, Geram dengan perangai Saiful, Rasa kasihan dengan isteri dia, dan pada masa yang sama simpati dengan apa yang menimpa Saiful. Yang best sebelum aku lintas jalan nak pergi ke kereta, Saiful lari ke arah aku,dan berbisik “Jie,aku napok kelibat tino baju putih tu lagi sebelah keto mu”,lantas dia menuju ke motorsikalnya dan memecut meninggalkan aku. “Bewok natey ni gura.Nawok ko sungguh ni” sumpah aku dalam hati.Dan yang bersyukurnya,aku tak kena kacau malam tu.Alhamdulillah.
Nasihat aku untuk pembaca warga FS semua yang dah berkahwin tu,jujurlah dengan pasangan anda. Jangan sekali mengkhianati amanah dan kepercayaan pasangan anda. Sekali anda curang,pasti bahana akan mendatang.
Tubuh terkujur di atas lapangan,
Tepat tikaman tembus jantungnya,
Mesti jujur dengan perhubungan,
Barulah aman sehingga akhirnya.
Ps: Buat sesiapa yang curang dengan pasangan anda tu,hati-hati ye,mungkin “HANTARAN” anda lebih kuat dan boleh berkongsi dengan pembaca FS…
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Elok le yg curang tu kene jenis bale cenggini..
Rase pulak cmne susahnya bila kene uji cmni..
Ce si sepul ni kabo terus terang kat bini dia, kot2 mau baik dari masalah mistik cmni..
Allah uji pelbagai cara..wallahualam
Abg yeop mmg anti org curang ni..keh keh keh tetibe emo
kalini tak ada teka teki ke?
heheheh
Huhu.. serius ckp… exbf aku dulu mcm ni la.. tersgtla alim dan baik orgnya… imam muda lg di sbuah msjid.. tp tu la.. dia di uji dgn hati y mencintai ramai perempuan satu2 masa..
Jwbnya.. bye2 la dri aku.. tp ada la jga kitaorng couple serentak.. aku dgn sorg lg prmpuan tudung labuh. Tapi ada jga lagi girl lain y aku xprnah jmpa jga msa tu mcm ada something dgn dia.. dan kini alhmdulillah wanita solehah y tudung labuh tu jd isteria dia…
Lpas aku brtnang dgn laki aku dia pn ada jga jmpa aku dan cube utk pulihkn hbngn kitaorg tp tu la.. aku da btul2 xde haty kat dia… y ada cume rsa knangan je pn.. tp aku xde la g mandrem o bg pape hantaran kt dia… hahaha… hantran aku cume bt dia rsa kecewa je la sbb aku kahwen aku jmput dia dtg… dia dtg la… hahaha…
semua yang dah berkahwin tu,jujurlah dengan pasangan anda. Jangan sekali mengkhianati amanah dan kepercayaan pasangan anda. Sekali anda curang,pasti bahana akan mendatang
Nasihat perlu diambil perhatian.
Terbaik cite yg boleh ambik pengajaran jngn ikut nafsu je merana diri.
G jumpe Ustaz lah
Pengajaran
Setia & jujur
Masa seronok ‘curang’ nie bukan selama2nya
Best citer nie
Teruskan
Kalau kena camni. Konfem tak berani curang dah.. hahaha baguih jugok